Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 456 articles
Browse latest View live

Tips Jual Air Balang Boleh Dapat Untung Hingga RM7k Sebulan

$
0
0
Tips Jual Air Balang Boleh Dapat Untung Hingga RM7k Sebulan | Berminat untuk menambah pendapatan korang tapi tak tau nak jual apa? Korang nak tau tak apa bisnes yang agak menguntungkan sekarang ini? Kalau korang tanya Fadzi, Fadzi akan suggest korang buat bisnes jual air.

Malaysia ni panas. Bila panas cepat dahaga. Bila nampak orang jual air, mesti rasa teringin nak beli air, betul tak? Jadi bai Fadzi, jual air ni memang bisnes yang laku keras di Malaysia ni. Cuma korang perlu tahu air apa yang laku keras dijual dan cara buat air yang sedap.  

Tips Jual Air Balang Boleh Dapat Untung Hingga RM7k Sebulan

Kali ni Fadzi nak cerita pasal eBook Bisnes Air Balang. Bagi sesiapa yang berminat untuk tambah pendapatan dengan berjual di pasar malam tapi tak tau nak jual apa, korang mungkin boleh dapatkan ebook ini. 

Ebook Bisnes Air Balang

Bagi Fadzi ebook ni berbaloi sangat untuk didapatkan sebab penulis berkongsi tips-tips terbaik untuk berniaga bisnes air balang, cara-cara serta strategi rahsia untuk menjana pendapatan tinggi dengan hanya menjual air di pasar.

Tambahan lagi, penulis ebook ini sudah lama berniaga air di pasar-pasar dan mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM7000 berniaga di satu lokasi pasar ramadan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja.

Nota: 
Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila korang beli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email korang dan korang perlu download ia ke komputer atau smartphone korang. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah korang.

Penulis

Penulis ebook Bisnes Air Balang ini bernama Mizan Sulaiman. Penulis merupakan seorang penjual air di pasar, pasar tani, pasar ramadan dan juga karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Mizan Sulaiman

Penulis mula berniaga air di pasar ramadan pada tahun 2008. Jadi, pengalaman yang penulis ada ini memang sangat membantu mereka-mereka yang baru nak berjinak meniaga air di pasar.

Penulis ceritakan satu-satu cara, tips serta resepi air terbaik dalam 7 bab yang lengkap dan mudah diikuti. 

7 Bab Dalam ebook Bisnes Air Balang 

Bab 1: Cara Memohon Tapak Niaga
Dalam bab ini, penulis tunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tapak niaga, sijil yang diperlukan serta cara mendapatkan sijil tersebut. Semuanya ditunjukkan beserta contoh  gambar dan resit.

Dalam bab ini juga penulis akan kongsikan kos anggaran bagi saiz tapak yang sesuai serta bayaran bagi setiap tapak.

Bab 2: Tips Memilih Lokasi Bazar
Penulis ada tulis dalam bab ini, tak semua tapak berniaga akan dapat sambutan. Ada lokasi bazar yang diwujudkan semata-mata untuk kaut keuntungan daripada menjual tapak kepada penjual. Banyak dah yang berlaku.

Jadi dalam bab ini, penulis kongsikan dengan korang macam mana nak kenali tapak-tapak hot yang ramai pengunjung. Barulah boleh dapat untung berniaga.


Cara jual air di pasar ramadan
Bab 3: Peralatan Dan Kelengkapan
Perkara paling asas untuk berniaga air balang adalah kanopi dan meja. Dalam bab ini, penulis tunjukkan jenis-jenis kanopi dan meja yang penjual perlukan. Siap dengan tempat serta alamat untuk beli peralatan ini dengna harga yang lebih murah. 

Bab 4: Persediaan Dan Pengurusan Masa Berniaga
Bab ini Fadzi rasa sangat penting nak nak pulak bagi yang baru pertama kali nak berniaga. Dalam bab ini penulis kongsikan 5 tips real life situation masa berniaga di pasar. Apa masalah, apa keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara unutk menghadapi. Kalau korang tak baca bab ini, mesti nanti terkejut beruk first day berniaga di pasar.

Dalam bab ini juga penulis ada share cara untuk menarik pelanggan dan cara untuk jadikan gerai jualan kita unik dan berbeza daripada peniaga-peniaga lain. 

Bab 5: Resepi 20 Jus Best Seller
Bab 5 ini bab yang paling Fadzi suka sebab penulis kongsi habis-habisan 20 resepi air paling laris di pasar ramadan. Siap sekali dengan step by step bergambar. 20 resepi air tersebut adalah:
1. Jus Mangga
2. Jus Tembikai Susu
3. Jus Tembikai
4. Jus Carrot Susu
5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
6. Jus Mata Kucing
7. Jus Air Jagung
8. Jus Buah Naga
9. Jus Nanas Madu
10. Air MILO
11. Air Laici Susu
12. Air Blue Hawaiian Lemonade
13. Air Teh Bunga
14. Air Kelapa Muda
15. Air Bandung Cincau
16. Air Barli
17. Air Cincau
18. Jus Ciku
19. Jus Epal Asam Boi
20. Jus Kiwi

Bab 6: Rahsia Sulit Jus Yang Laris
Bab 6 ini ada berkait juga dengan Bab 5. Dalam bab ini penulis ada tulis 7 tips sulit iaitu kenapa penulis meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi di Bab 5. Kira macam secret resepi lah ni.

Dalam bab ini juga penulis berkongsi di mana korang boleh beli buah-buahan dengan harga yang murah dan tips untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis.

Bab 7: Case Study - Bagaimana Saya Jana RM7k Sebulan Dengan Bisnes Air
Dan dalam bab yang terakhir, penulis cerita semua strategi serta apa yang telah dilakukan penulis sampai dia mampu untuk mencapai keuntungan sebnayak RM7000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadan. 

Serius penulis cerita jenis balang air apa yang digunakan, air apa yang dijual, kos serta untuk menjual air tersebut, teknik tarik pelanggan, lokasi strategik, cara susun balang dan bagaimana penulis gandakan keuntungan hingga 3 kali ganda. 

Tambahan 6 Resepi Terbaik

Kalau korang nak tambah lagi 6 resepi air best seller yang bagi Fadzi memang air hot masa pasar atau pasar ramadan, korang boleh top up sikit harga untuk 6 resepi air ini. Kalau korang tengok, resepi-resepi air ni memang berbaloi untuk dipelajari. 6 resepi best seller terbaik ini adalah:
1. Resepi Terbaik Air Soya 
2. Resepi Terbaik Jus Durian Belanda
3. Resepi Terbaik Coconut Shake
4. Resepi Terbaik Jus Kedondong Asam Boi
5. Resepi Terbaik Teh Ais Viral
6. Resepi Terbaik Air Lemon Soda
Resepi Air Viral


Kalau Fadzi pergi pasar pun, mesti pilihan air adalah air soya, coconut shake dan teh ais viral. Fadzi kan jadi regular customer kalau air yang diaorang buat tu memang best. Kalau ada penjual air dekat pasar yang tak jual air soya, itu pelik namanya. Tak pernah lagi tengok orang jual air tapi tak ada air soya. 

Mesti kalau korang dah habis baca ebook ni, korang akan rasa nak terus buat bisnes air balang ni. Dah tak payah nak buat trial and error resepi itu, resepi ini, strategi itu, strategi ini. Semua dah tersedia. 

Korang cuma perlu ikut cara dan tips yang diberikan dalam ebook ini. Fadzi kalau boleh memang nak menjual air pun tapi mengenangkan anak dua ni kecil lagi, simpan je lah hasrat tu. 

Tengok je lah anak membesar depan biji mata. Nanti dieorang dah besar, baru fikir semula hehehe. Buat masa sekarang, guna saja lah resepi-resepi air untuk bagi suami dan anak minum. Berbaloi jugak tu. 

Oh ye, kalau korang nak dapatkan jugak ebook Bisnes Air Balang ni, korang boleh klik dekat sini - eBook Bisnes Air Balang

    


Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space

$
0
0
Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space | Walaupun Fadzi ni orang Shah Alam, tapi Fadzi tak pernah tahu ada tempat buat event yang menarik macam The Lanai Space Event ni di Shah Alam.

The Lanai Event Space ni terletak di lot-lot kedai di Seksyen 23 Shah Alam. Memang jarang sebenarnya Fadzi nak pergi ke area Shah Alam belah-belah sini tapi Fadzi rasa wow sangat bila tahu pasal The Lanai Event Space ni.

The Lanai Event Space, Shah Alam

Tempat Buat Event Di Shah Alam - The Lanai Event Space

Fadzi suka betul dengan konsep The Lanai Event Space ni. Nampak sangat ekslusif dengan tema Botanical Garden. Jarang-jarang lah nak tengok ada tempat buat event yang buat dekorasi macam ni di Shah Alam.

The Lanai Event Space Shah Alam

Untuk majlis, The Lanai Event Space boleh memuatkan hingga 400 orang dalam satu-satu masa untuk buffet. Kalau jenis banquet pula, boleh muat 160 orang. Sesuai sangat kalau korang nak buat majlis yang kecil-kecilan dan private macam akad nikah, pertunangan, akikah atau majlis hari lahir.

The Lanai Event Space Shah Alam

The Lanai Event Space juga ada buat pakej-pakej yang lengkap dengan catering, meja, kerusi, alas meja, buffet station, sound system, rostrum, pentas, dekorasi pentas, dekorasi entrance dan juga pelayan banquet. 

Pakej Yang Disediakan Mengikut Event

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan nama dan harga bagi pakej-pakej majlis yang disediakan di The Lanai Event Space ni.

Pakej Akikah - RM9750.00
Bagi yang nak buat majlis akikah anak, korang boleh dapat satu majlis yang cukup lengkap. Untuk tambahan kambing untuk akikah, korang perlu tambah RM1500 untuk seekor.

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dengan pakej ini, minimum untuk 150 orang, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan yang menyelerakan dan dekorasi pentas serta ruang masuk secara percuma.

Pakej Birthday Party - RM6500
Kalau nak buat majlis hari lahir pulak, korang boleh ambil pakej ini yang bernilai RM6500, minimum untuk 100 orang tetamu. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dengan pakej ini, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan dari appertizer, main course serta dessert yang menyelerakan. Korang juga akan dapat dekorasi pentas serta ruang masuk secara percuma.

Pakej Akad Nikah/Bertunang - RM10 000
Untuk yang berhasrat nak buat majlis akad nikah atau bertunang, korang boleh pilih pakej yang ini. Untuk pakej ini, minimum 200 orang tetamu. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dengan pakej ini, korang akan dapat kemudahan dewan yang lengkap, menu makanan yang menyelerakan dan cofee corner. Selain itu, korang juga akan dapat dekorasi pelamin, meja untuk akad nikah serta ruang masuk secara percuma.

Hari tu masa Fadzi masuk je dekat dalam bangunan ni, Fadzi terus rasa suka sebab konsep garden diaorang ni. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Korang boleh nampak penggunaan daun-daun di bahagian dinding dan siling ruangan dalam bangunan. Tambah lagi dengan lampu chandelier dan lampu tergantung. Penggunaan warna lampu yang berwarna kuning menjadikan suasana lebih romantik dan selesa. Serius nampak mewah tempat ni. 

Hari tu sempat juga Fadzi rasa makanan yang disediakan masa majlis pelancaran The Lanai Event Space. Not bad makanan yang disediakan. Sedap-sedap dari appertizer, main menu dan dessert nya.

The Lanai Event Space, Shah Alam

The Lanai Event Space, Shah Alam

The Lanai Event Space, Shah Alam

Dekat sini juga ada kemudahan tandas, surau dan tempat letak kereta. The Lanai Event Space ni terletak di antara lot kedai-kedai. Jadi memang banyak tempat parking di sekeliling bangunan ini dan mudah untuk para tetamu korang letak kereta. 

The Lanai Event Space, Shah Alam

Kalau korang tengah mencari-cari tempat untuk buat event di Shah Alam, Fadzi cadangkan korang datanglah dan tengok sendiri The Lanai Event Space ni. Mesti korang rasa tempat ini memang menarik untuk dijadikan tempat buat event.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok info pasal The Lanai Event Space dekat bawah ni.

Alamat: 
No. 36, Jln Pelabur A 23/A, 
Seksyen 23, Shah Alam 
(Google Map: The Lanai Event Space)

Nombor telefon:
03 - 5885 9224          012 - 253 3973
019 - 250 3090          011 - 1878 4681

Facebook:

Instagram:

Website:



Buka Puasa Di Shah Alam 2020 - Taste Of Malaysia @Laman Kayangan

$
0
0
Buka Puasa Di Shah Alam 2020 - Taste Of Malaysia @Laman Kayangan | Ini tahun kedua Fadzi berkesempatan untuk join preview Ramadhan Buffet di Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini.

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Personally, Fadzi rasa tahun ini menu-menu yang disediakan masa buffet Ramadan di Laman Kayangan tahun 2020 lebih menarik daripada tahun lepas. Nak nak lagi bila diaorang menampilkan pelbagai menu tradisi dari pelbagai negeri.

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buka Puasa Di Shah Alam 2020 - Taste Of Malaysia @Laman Kayangan 

Minggu lepas Fadzi sempat pergi ke preview buffet Ramadan Laman Kayangan. Jalan je dari tempat parking ke pintu masuk dewan, tak sempat masuk dewan lagi dah nampak Kambing Golek di atas bara.

Itu baru belah luar tau. Bila masuk dewan, lagi banyak pilihan menu yang boleh dipilih. Kali ini ada 13 stall yang menghidangkan lebih dariapda 100 menu yang boleh korang rasa waktu berbuka puasa nanti.

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Antara signature dish yang korang wajib cuba adalah seperti Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Kambing Mak Dara, Nasi Dagang Pak Hassan dan Sup Daging Merah.

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020

Buffet Ramadan Shah Alam 2020


Antara stall lain yang bakal menghidangkan pelbagai jenis menu Citarasa Malaysia dari pelbagai negeri di Malaysia adalah:

Buka Puasa Di Shah Alam 2020

Masa berbuka nanti, korang jugak akan dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar. Baru lah seronok nak berbuka puasa kan. 

Dekat sini ada pelbagai kemudahan disediakan yang semestinya memudahkan korang untuk berbuka puasa dengan selesa dan tenang. Ada surau disediakan, tempat parking yang banyak dan percuma, ada free wifi dan dalam dewan fully air conditioned. 

Tarikh Dan Masa Buffet Ramadhan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan

Majlis Buffet Ramadhan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan akan diadakan setiap hari bermula dari tarikh seperti di bawah.

25 April 2020 - 20 May 2020

Harga Buffet Ramadan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan harga untuk voucher berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam tahun 2020.

Buka Puasa Di Shah Alam 2020

Early Bird (Pembelian bermula 28 Februari 2020 hingga 24 April 2020)
RM59 - Dewasa 
RM35 - Kanak-kanak dan warga emas 

Harga Asal
RM69 - Dewasa 
RM39 - Kanak-kanak dan warga emas 

Pakej Family
RM138 - Beli 2 dewasa percuma 1 kanak-kanak/warga emas 
RM621 - Beli 9 dewasa percuma 1 dewasa 

Pakej Korporat
RM6900 
Beli 10 meja dapat percuma 1 meja + 5 pax + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 5 pax

RM13800
Beli 20 meja dapat percuma 2 meja + 2 meja VIP setting + 5 pax + 2 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 1 meja

RM20700
Beli 30 meja dapat percuma 3 meja + 3 meja VIP setting + 5 pax + 3 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 1 backdrop 10'x10' 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 3 meja

RM27600
Beli 40 meja dapat percuma 4 meja + 4 meja VIP setting + 5 pax + 400 special gift Ramadan + 4 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 1 backdrop 10'x10' 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 4 meja

RM34500
Beli 50 meja dapat percuma 5 meja + 5 meja VIP setting + 5 pax + 500 special gift Ramadan + 5 hamper raya + 2 bunting + projector & P.A. System + 1 backdrop 10'x10' 15% diskaun untuk pembelian voucher seterusnya untuk 5 meja


Untuk maklumat lanjut tentang Buffet Ramadan Taste Of Malaysia @Laman Kayangan, korang boleh tengok dekat bawah.

Website: https://lamankayangan.com/ramadhan2020/
FB: lamankayanganshahalam

IG: lamankayanganshahalam


Alamat: Dataran Karyawan, Kompleks Belia & Kebudayaan, Negeri Selagor, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor.
Waze/Google Maps (Laman Kayangan)
Nombor telefon: 03-5885 9224/011 1878 4681/019 250 3090

Fadzi tak sabar nak bawak family datang berbuka puasa dekat Laman Kayangan lagi tahun ni. Makanan yang disediakan masa preview buffet Ramadan hari tu memang sedap. Bila makan masa berbuka bulan Ramadan dengan family nanti, mesti lagi sedap :D

Bagi yang mencari tempat berbuka puasa di Shah Alam tahun 2020 ni, korang boleh cepat-cepat beli voucher berbuka puasa di Laman Kayangan ini untuk dapatkan harga promosi. 





Senarai Kelas Phone Photography Online

$
0
0
Senarai Kelas Phone Photography Online | Fadzi mula join kelas phone photography online ni tahun lepas bulan November 2019. Motifnya sebab nak improve skill ambil gambar. 

Senarai Kelas Phone Photography Online

Tengok orang ambil gambar cantik cantik, kita pun nak lah jugak ambil gambar cantik kan. Jadi bila ada nampak kelas-kelas online ni buat opening untuk batch baru, terus Fadzi book tempat.

Senarai Kelas Phone Photography Online

Bila Fadzi mula masuk kelas phone photography online, Fadzi selalu post gambar-gambar yang Fadzi dah ambil dekat Facebook dan Instagram. Selalu jugak orang tanya pakai phone apa dan kata nak belajar ambil gambar macam Fadzi jugak.

Bila ramai yang kata nak belajar ambil gambar macam Fadzi, Fadzi cuma boleh rekemen kelas kelas online yang ada saja. Kalau Fadzi nak ajar, rasa macam tak layak lagi huhu.

Jadi hari ni Fadzi nak share kan kelas kelas phone photography online kepada korang yang berminat untuk belajar ambil gambar guna phone saja. Kalau korang nak join, korang boleh cari teacher teacher ni semua.

Kelas Smartphone Photography

1. Pengajar : Nazia Suhaimi
Facebook : www.facebook.com/nazsuhaimi
Kelas : #KelasSmartPhoto (Klik sini untuk tengok jadual kelas)








Gambar-gambar dekat atas ni semua task yang Fadzi submit dalam kelas SmartPhoto tiap tiap minggu selamat 3 minggu. 

Ada gambar Fadzi yang jadi top 2,ada yang jadi top 10 dan ada juga yang jadi top 20. 

2. Pengajar : Lini Mohd
Facebook : https://www.facebook.com/phopbylinimohd/
Kelas : #PhoP



Sekarang Fadzi tengah belajar dalam kelas Teacher Lini. So far, Teacher Lini yang paling 'garang' Fadzi pernah belajar.

Tapi dalam garang-garang teacher ni, banyakkkkkk sangat benda yang Fadzi belajar. Gambar-gambar yang Fadzi ambil untuk kelas teacher Lini ni Fadzi tak dapat nak all out sebab Fadzi sekarang sorang-sorang jaga anak-anak. Husband outstation sebulan jauh nun di sana. 

Tiap kali nak ambil gambar, Aneeq dan Anas bagi lebih kerja sama sangat. Dieorang ada je nak 'tolong' usik, sentuh dan ambil kan gambar. Mereput Mak hahahaha. Hence, gambar yang tak berapa menarik ni. 

3. Pengajar : Hani & Azean
Facebook : https://www.facebook.com/groups/318395938946882/
Kelas : #SmartPiksel


Ini pulak task final kelas SmartPiksel Basic. Kelas ni seronok sebab cikgu-cikgunya jenis sempoi melayan saja kepala sengal anak-anak murid dalam group. Bagi komen improvement pun lembut je. 

Untuk gambar final task ni Fadzi dapat top 3. Alhamdullilah. Yang ni Fadzi ambil gambar masa Anas tengah tidur. Tapi masa nak setting setting susun barang tu, bergaduh jugah lah dengan anak anak 😆😆

4. Pengajar : Dian
Facebook : #BelajarBersamaDee
Kelas : Advance

5. Pengajar : Zanariah
Facebook : https://www.facebook.com/zanariah.salam
Kelas : #FotoOhsem

6. Pengajar : Anuar Jamal
Facebook : https://www.facebook.com/anuar.jmal
Kelas : Landscape Photography

7. Pengajar : Nur Dhunaa
Facebook : https://www.facebook.com/nurdhunaa.abmaleq
Kelas : #TutorWithDhuna

8. Pengajar : Ann
Instagram : https://instagram.com/fv.flatlay?igshid=1hxwpoih9xmgd
Kelas : FVClassroom

9. Pengajar : Nina Purwanti
Facebook : https://www.facebook.com/inaghassani
Kelas : kelas moto teh ina

10. Pengajar : Mohd Mustaqim (Cikgu Iqqy)
Facebook : https://www.facebook.com/riff.guy
Kelas : Portrait Photography & Art Of Seeing

11. Pengajar : Kamalia Kamal (Kak K) professional photographer
Facebook : https://www.facebook.com/kamaliakamal
Kelas : #fotofon

12. Pengajar : Hazrezal Ahmad (professional photographer)
Facebook : https://www.facebook.com/hazrezal
Kelas : Food Photography

13. Pengajar : Azhar Saini (professional photographer)
Facebook : https://www.facebook.com/azharsaini
Kelas : food/product photography

14. Pengajar : Puji
Facebook : https://www.facebook.com/pujihamzah13/
Kelas : pujihamzahclass

15. Penganjur : Klik14
Instagram : https://instagram.com/klik.14?igshid=1fsbn1xpzlmdl
Kelas : Outdoor Photography (Landscape, Nature, Portrait, Street Photography) & Food Photography

16. Pengajar : Afif
Facebook : https://www.facebook.com/groups/1853957444875721/
Kelas : SFP Smartphone Food Photography

Senarai ni Fadzi dapat dari cikgu phone photography pertama Fadzi iaitu Cikgu Nazia Suhaimi. Senarai ni untuk cikgu-cikgu yang berada di Malaysia dan Indonesia saja. Nanti kalau ada penambahan lagi, Fadzi akan update okay.

Setakat hari ni 3 Mac 2020, Fadzi baru masuk 3 kelas dari 3 cikgu yang berbeza.
  • November 2019 - Kelas SmartPhoto Cikgu Nazia (graduate :p)
  • Januari 2020 - Kelas Basic SmartPiksel Cikgu Hani & Cikgu Azean (graduate :p)
  • Februari 2020 - Kelas Phopbylinimohd Cikgu Lini Mohd (on-going)


Kelas dekat bawah ni pulak kelas yang Fadzi dah book. Tapi kelas akan start bulan Mac dan April 2020 nanti.
  • Mac 2020 - Advanced Private Photography Cikgu Azean
  • Mac 2020 - Hazrezal Ahmad Food Photography Cikgu Hazrezal
  • April 2020 - Advanced PhoP Class Teacher Lini
  • April 2020 - Mobilegraphy With Iqqy Cikgu Iqqy


Ada orang cakap, membazir je masuk kelas online macam ni. Tapi, bagi Fadzi, masuk kelas macam ni bukan untuk duit saja tapi lebih kepada self satisfaction dan self improvement.

Fadzi suka kelas kelas online macam ni sebab:
  • Harga yuran mampu milik. Semua kelas yang Fadzi join yuran dia antara RM30 hingga RM80 saja. Tak ada yang lebih daripada RM100.
  • Belajar secara online. Tak perlu bersiap siap nak keluar rumah, tak perlu nak tinggal anak-anak, tak perlu start enjin kete bazir minyak semua. Cuma perlu spend beberapa jam waktu malam sehari seminggu then buat lah latihan hari hari lain.
  • Nota lengkap. Ada nota lengkap dengan gambar, voice notes, file. Boleh rujuk bila-bila masa.
  • Komen untum improvement. Ada komen penambah baikan daripada cikgu-cikgu. Dekat sini baru tahu mana kita buat salah dan improve next time.
  • Circle yang positif. Dalam kelas ni semua masuk untuk belajar. Jadi masing masing semua positif. Kalau ada nampak macam gambar tak kena, kita boleh saling komen untuk improve kan cara ambil gambar, styling dan editing sebelum di komen oleh cikgu-cikgu. Yang penting tak komen komen memperlekeh hasil kerja orang.


Kalau korang berminat, apa lagi. Pilih je mana mana kelas yang Fadzi dah senarai kan dekat atas. InsyaAllah setiap kelas tu memang berbeza. Dan setiap kali korang masuk kelas yang lain, banyak benda baru yang korang akan belajar. Berbaloi sangat.


Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

$
0
0
Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina | Minggu lepas Fadzi pergi beli barang groceries dekat Giant. Plan nya lepas balik dariapda Giant, nak singgah nursery pokok untuk cari pokok pudina. Tujuannya nak buat props untuk kelas Phonephotography :D

Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

Tapi tengok-tengok eh dekat Giant pun ada jugak pokok-pokok yang diaorang jual. Pokok pudina pun ada sekali. Jadi Fadzi terus beli dekat Giant je. Senang. Tak payah nak berhenti 2 3 tempat dengan bawa budak-budak ni kan.

Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

Sampai saja dekat rumah, Fadzi pun terfikir. Eh macam mana nak jaga pokok pudina ni. Tak pernah-pernah Fadzi tanam dan jaga pokok. Paling-paling pun tanam kacang masa projek sains sekolah dulu. 

Gigih lah Fadzi Google "Cara Tanam Pokok Pudina". Puff, banyak jugak result yang keluar. So, Fadzi kongsikan jugak lah dengan korang, kot-kot korang pun nak tanam dan jaga pokok pudina jugak nanti kan.

1. Cara Tanam
Di Malaysia dikatakan sukar untuk dapat benih pudina berkualiti. Apa yang kita boleh buat adalah beli sahaja beberapa keratan pudina di pasaraya. 

Cara tanam pokok pudina

Kemudian buang semua daun pudina. Kerat sekitar 10cm batang pudina. Cucuk 1/4 keratan tersebut ke dalam pasu . Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru keluar.

2. Penggunaan Bekas
Saiz yang ideal adalah antara bekas 2 liter hingga 5 liter. Erm erm, Fadzi guna bekas pasu yang Giant sediakan tu. Tak pastilah berapa liter.

3. Cahaya Matahari
Pudina boleh membesar dengan baik dengan hanya menerima 3-5 jam sehari cahaya matahari. Jadi kita boleh letak pokok pudina ni di tepi tingkap atau balkoni. Mana-mana di kawasan redup. Fadzi letak dekat sebelah tingkap.


Cara tanam pokok pudina

4. Penggunaan Baja
Pudina adalah tanaman jenis suka jika dibaja berkala. Bubuh baja organik setiap minggu atau dua minggu sekali. 

Beberapa butir tinja ayam yang diproses sudah memadai setiap minggu. Bubuh di dalam tepi bibir pasu. Jangan letak dekat batang pudina nanti batang pokok pudina tu melecur.

Setakat ni Fadzi tak letak apa-apa baja lagi. Tinja ayam tu celah mana entah nak jumpa :D

5. Penyiraman Air
Pudina suka air yang banyak tetapi tak boleh bertakung. Fadzi siram dua kali sehari. Awal pagi dan lewat petang. Fadzi alas pasu pokok pudina tu dengan piring.

Cara tanam pokok pudina

Kalau lepas Fadzi tuang air dalam pasu pastu nampak ada air bertakung dekat piring tu, Fadzi akan buang air dalam piring tak nak bagi dia bertakung. 

6. Penyelenggaraan
Pudina jadi tak merimbun apabila terlalu padat di dalam pasu. Akarnya jadi terlalu banyak dan membuatkan ia semakin kurang subur. 

Kesan dia kita boleh lihat daun pudina tu banyak yang gugur. Banyak tinggal batang sahaja. Daun juga mula menguning banyak. Yang ni Fadzi dah perasan bila masuk ketiga Fadzi jaga pokok pudina tu. 

Cara tanam pokok pudina

1. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita pecahkan pudina kepada dua atau empat bahagian. Setiap bahagian masukkan  ke dalam pasu baharu. Masukkan juga kompos sebagai baja.

Tapi Fadzi tak buat lagi sebab tak sempat nak keluar beli bekas dan baja. Tak tahu lah bila nak keluar beli barang ni >.<

2. Cara untuk bagi pokok pudina jadi lebih rimbun dan banyak daun, tips dia kena cubit pucuknya bila dah ada lima hingga tujuh helai daun. Nanti pokoknya tak lah tumbuh menegak saja.

Pelik jugak tips ni sebenarnya. Fadzi tak cuba lagi. Nanti Fadzi cuba :D

3. Pokok pudina ni cepat je dia membesar. Jadi tak boleh biarkan rimbunan pudina padat. Kena rajin-rajinkan diri kita buang mana-mana daun yang rosak dan kekuningan. 

Setakat tiga hari ni, Fadzi dah ada buang daun-daun yang dah rosak dan daun-daun yang dah nak gugur tu. Bagi senang kerja dia nak membesar.

4. Bila kita lihat pokok pudina mula menjalar, kena cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas catas, kita kena letak baja dekat pokok pudina. 

Proses mencantas ni penting agar pokok pudina kita kekal sihat dan subur. Cantas je walaupun kita tak guna sangat. Kalau rasa sayang, ha korang buatlah soda herbs ke teh o letak pudina ke tetiap hari. Baru tak rasa ralat.

Cara tanam pokok pudina

Itu dia sedikit tips yang Fadzi dapat dari pembacaan di Internet. Kredit sikit dekat Kebun Bandar atas tips-tips ini. Banyak pulak benda yang Fadzi kena buat nak make sure pokok pudina Fadzi ni hidup merimbun. 

Ha, korang ada tanam pokok ape dekat rumah tu?



Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

$
0
0
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020 | Petang tadi kecoh katanya kerajaan nak buat pengumuman penting pukul 9 malam. Fadzi pun macam okay, tunggu je lah nak umum apa kan.

Lockdown Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

Tetiba kecoh pulak orang ramai serbu pasaraya dan kedai-kedai runcit untuk beli stok makanan. Ramai jugak lah kawan-kawan dekat Facebook duk share gambar orang ambil barang penuh 2 3 troli. Risau kena lockdown kot.

Lockdown Malaysia Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

Sampai pukul 9 malam, tengok-tengok diaorang postpone pula pengumuman ke pukul 10 malam. Pukul 10 malam kejap tadi baru dieorang buat pengumuman.

Kalau yang masih tak tau pengumuman tu tentang apa, krang boleh baca dekat sini.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. 

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; 

Pertama:
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.  

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.  

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. 

Kedua:
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga:
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. 

Keempat:
Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti. 

Kelima:
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara. 

Keenam:
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

Bagi yang masih tak beli stok makanan, jangan risau sangat. Pasaraya dan kedai-kedai runcit masih dibuka. Kerajaan juga bagi jaminan stok makanan sentiasa ada. 

Tapi itu pun kalau korang tak beli barang macam nak buat kenduri lah kan. Sebelum buat panic buying, fikir-fikir kan lah orang-orang lain yang tunggu gaji baru boleh beli barang ya.

Beli cukup-cukup untuk family korang dan tinggal-tinggalkan juga untuk family lain. InsyaAllah tak ada apa-apa. Stay inside and have fun watching neflix :D


Habis Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd Dan Result Gambar Fadzi

$
0
0
Habis Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd Dan Result Gambar Fadzi | Akhirnya 2 hari lepas hari last Teacher Lini bagi result untuk task keempat yakni task terakhir untuk kelas phone photography PhopbyLiniMohd Batch 22.

Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd

Dalam entri kali ni, Fadzi nak kongsikan dengan korang antara gambar-gambar yang Fadzi dah ambil dan apa komen Teacher Lini untuk gambar-gambar yang Fadzi dah hantar. 

Habis Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd Dan Result Gambar Fadzi

Untuk pengetahuan korang, kelas PhopbyLiniMohd ni kelas phone photography yang ketiga Fadzi join. Sebenarnya dah lama nak join kelas ni. Tapi setiap kali nak join, kelas cepat je penuh. Berhuhu je lah.

Kelas ni pun Fadzi dah book dari tahun lepas lagi tau. Punya gigih nak masuk kelas teacher ni. And Fadzi rasa berbaloi sangat tunggu lama-lama macam ni sebab kelas Teacher Lini memang best.

Serius kelas kali ni tak senang. Bukan saja sebab Teacher Lini memang strict dalam kelas. Tapi juga sebab sebulan lebih dalam kelas ni Fadzi sorang-sorang jaga anak-anak. Tambah lagi dengan sekarang tengah kecoh dengan COVID19.

Jadi jom kita tengok gambar mana yang Fadzi submit untuk task, apa komen Teacher Lini untuk gambar-gambar yang Fadzi hantar dan gambar Fadzi tersenarai dalam nombor berapa untuk top 40 pilihan Teacher Lini.

Task 1 - Produk/Servis

Untuk task pertama ni mula-mula Fadzi plan nak ambil gambar lain. Tapi last-last Fadzi tangkap gambar dan hantar gambar yang mempamerkan servis yang Fadzi buat iaitu Servis Ghostwriter.

Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd


Komen Teacher Lini:
Teacher Lini cakap gambar ni cantik, very neat dan clean. Tapiiiii, boring. Hua, sentap juga bila dikatakan gambar kita boring. 

Suggestion Teacher Lini adalah buat macam sedikit horror. Bukan horror macam hantu. Gunakan black board. Gunakan ala-ala unsur blacky. Unsur-unsur gothic. Gunakan font yang sedikit sesuai dengan ghostwriter.

Buku tu boleh tulis sesuatu dekat situ. Guna handwriting sendiri. Barulah nampak sikit soul ghostwriternya.

Kedudukan Top 40:
Nombor 19 daripada 40

Task 2 - Street Photography

Task ni Fadzi rasa paling susah Fadzi nak buat. Berhari-hari fikir nak ambil dan submit gambar apa. Fadzi rasa street photography ni antara subjek yang Fadzi fail nak buat. Tapi Fadzi hantar lah juga apa yang mampu.

Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd

Komen Teacher Lini:
Teacher komen scene gambar  ni cantik cumanya gambar ni banyak noise. Banyak grain.

Suggestion teacher buang noise tu. 

Kedudukan Top 40:
Nombor 8 daripada 30

Task 3 - Juice Photography

Untuk task juice ni, Fadzi guna bunga telang dengan jus lemon. Konon-kononnya nak nampak rare sikit lah dan nak bagi wow sikit. Sebenarnya air ni boleh bertukar warna dari biru jadi purple bila campur jus bunga telang dengan jus lemon. Tapi tak ternampak pulak perubahan tu. Huhuhu.

Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd

Komen Teacher Lini:
Komen teacher dekat gambar Fadzi ni lebih kurang macam gambar-gambar orang lain iaitu ais dah cair. Memang masalah besar kot sebab nak shot ni pun ambil masa yang lama jadi ais pun cair hahaha.

Teacher pun ada tegur ROT Fadzi tak tepat dan gelas senget sikit. Plus eye level salah. Haih, banyak lagi Fadzi kena belajar ni.

Suggestion teacher, setting dulu props. Bila dah puas hati baru letak ais dan jus. Lepas tu terus ambil gambar. Baru ais tak cair. Lepas tu, teacher suggest juga untuk cari bunga segar untuk buat hiasan selain daripada bunga telang kering ni.

Kedudukan Top 40:
Nombor 22 daripada 40

Task 4 - Cookies/Biscuit and napkins

Task terakhir ni Fadzi guna biskut old school lebihan daripada biskut masa buat task last kelas phone photography Teacher Hani Zah dan Mamayanz. Alang-alang ada biskut ni je dekat rumah, Fadzi pakai je. Nak keluar risau COVID19.

Kelas Phone Photography Online PHOPbyLiniMohd 

Komen Teacher Lini:
Teacher Lini kata dia suka cara Fadzi susun teko dan cawan dekat belakang tu. Tapi cara pegang phone Fadzi salah menyebabkan ROT lari. Sebab itu jugak piring biskut tu nampak macam nak jatuh ke bawah.

Suggestion teacher, kena pegang phone elok-elok supaya ROT cantik dan tepat. Kalau Fadzi pegang phone betul-betul, gambar memang akan jadi cantik.

Kedudukan Top 40:
Nombor 9 daripada 40

Fuh, tamat sudah kelas Fadzi dengan Teacher Lini. Kelas kali ni memang banyak sangat benda yang Fadzi belajar. Walaupun banyak halangan, Fadzi cuba lah juga habiskan. 

So far, Fadzi suka dengan cara Teacher Lini ajar. Walaupun nampak garang tapi kelakar jugak sebenarnya teacher ni. Kawan-kawan dalam group pun tak lokek nak bagi tunjuk ajar kalau ada kita tersalah.

Kalau korang ada minat untuk belajar ambil gambar macam ni, Fadzi sokong sangat korang join kelas-kelas phone photography macam ni. Banyak sebenarnya kelas-kelas online yang korang boleh join. Fadzi ada share dekat entry sini. Korang boleh lah baca.


4 Resepi Air Dalgano Viral 2020

$
0
0
4 Resepi Air Dalgano Viral 2020 | Sampai minggu lepas resepi air dalgano ni memang jadi hot stuff dekat media sosial. Lepas viral hari tu, rata-rata kawan dalam Facebook Fadzi ada buat air dalgano ni. 

Air dalgano coffee ni rupanya minuman kopi viral yang berasal daripada Korea. Bukan setakat air dalgano coffee je yang ada. Diaorang siap tukar-tukar bahan lagi macam teh hijau dan milo. 

4 Resepi Air Dalgano Viral 2020

Fadzi tak sempat lagi nak into the scene dengan air dalgano viral ni. Jadi Fadzi save je lah semua resepi dekat sini so that lepas habis PKP nanti, boleh lah keluar beli barang untuk buat air viral ni hahaha.

Dalgano Coffee

1. Dalgano Coffee


Bahan-bahan:
Susu segar
Serbuk kopi/Nescafe | 2 sudu besar
Gula | 2 sudu besar
Air Panas | 2 sudu besar
Ais

Cara-cara:
1. Ambil bekas dan campurkan serbuk kopi, gula dan air panas. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga pekat dan likat. Ketepikan campuran ini.
2. Ambil gelas dan letakkan ais. Tuangkan susu segar.
3. Kemudian tuang campuran yang dipukul tadi untuk lapisan di bahagian atas susu.
4. Gaulkan sebelum minum dan hidangkan mengikut citarasa korang

Dalgano Milo

2. Dalgano Milo


BAHAN-BAHAN :
2 Sudu besar Milo
2 Sudu besar gula
2 Sudu besar air panas
Hujung sudu ovelatte
1 Cawan susu

CARA-CARANYA:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas.

Dalgano Matcha

3. Dalgano Matcha


BAHAN-BAHAN :
1 Sudu serbuk Matcha
1/4 cawan gula
1/4 Air panas
1 biji putih telur
1 Cawan susu

CARA-CARANYA:
1. Asingkan putih telur dan masukkan ke dalam mangkuk yang kecil. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Di atas dapur campurkan gula dan air. Biarkan gula mencair. Jangan kacau.
3. Apabila gula sudah mencair. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk putih telur tadi. Pukul campuran sehingga kembang dan berbuih.
4. Tambahkan serbuk matcha dan pukul campuran sehingga sebati.
5. Tuangkan susu ke dalam gelas, masukkan ais dan tuangkan campuran matcha yang telah kembang tadi kat atas. Siap untuk diminum!

Dalgano Teh Susu

4. Dalgano Teh Susu


BAHAN-BAHAN :
2 Sudu besar teh susu thai
2 sudu besar gula
2 sudu air panas
1 Cawan susu

CARA-CARANYA:
1. Campurkan serbuk teh susu thai, gula dan air panas. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran teh tadi di atas.

Korang dah buat ke air dalgano ni? Versi mana yang korang buat? Ada lagi tak versi dalgano lain yang Fadzi tak senaraikan dekat atas ni? Share sikit.




17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

$
0
0
17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19 | Tadi masa scroll Facebook, Fadzi ada ternampak status daripada business coach tentang satu artikel yang ada di website Forbes iaitu '17 Ways You Can Make Money Online Right Now'.

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

Dalam artikel tersebut, penulisnya Laura Begley Bloom ada senaraikan 17 jenis perkerjaan yang boleh dilakukan secara online tanpa perlu keluar rumah semasa pandemik COVID19 ini.

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

Disebabkan artikel tu berbahasa Inggeris, jadi Fadzi kongsikan semula di entry kali ini dalam bahasa Melayu. Tapi penerangan tentang setiap point tu, Fadzi akan terangkan ikut pemahaman Fadzi sendiri ok. 

1. Jual Gambar
Sekarang ni ramai yang dah ada smartphone dengan kamera yang canggih. Gunakan kelebihan smartphone korang untuk ambil gambar dan jual gambar-gambar tersebut di website stockphoto seperti Shutterstock, GettyImages dan iStock.

2. Buat Video 'How-to'
Youtube adalah sumber tempat orang belajar pelbagai perkara.  Oleh itu, korang boleh buat duit melalui video 'how-to' dengan mengenakan cas langganan untuk content tersebut. 

3. Jadi Copywriter
Kalau korang mempunyai gaya penulisan yang baik serta pandai bermain dengan emosi orang, korang memang sesuai untuk menjadi seorang copywriter. Korang boleh ambil upah untuk menulis iklan bagi product atau service owner.

4. Ajar Bahasa Inggeris
Jika korang fasih berbahasa Inggeris, korang dah layak untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris. Dan korang boleh buat pekerjaan ini di atas talian saja. Cuba tengok website TeachAway, GoOverseas ataupun iTutorGroup.

5. Buat Podcast
Kalau korang ada mikrofon, laptop dan software untuk rekod suara (boleh cari dan download secara percuma di Internet), korang dah boleh setup podcast sendiri. Korang boleh promote produk atau servis sendiri di poscast tersebut ataupun cari sponsorship.

6. Buat Bisnes Content Dan Web Development
Waktu sekarang ni pasti ramai yang mula nak buat website sendiri. Kalau ada bakat untuk buat website ataupun blog, apa kata korang promosikan servis korang ini. Korang boleh bina website mudah menggunakan Wordpress, Weebly ataupun Blogger.com.

Ghostwriter Malaysia

7. Jadi Penterjemah Dan Jurubahasa
Sebagai orang Malaysia, korang mesti dah fasih sangat dengan bahasa Melayu. Tapi kalau korang boleh bertutur dengan baik dalam bahasa lain contohnya English, Korea, Jepun, Mandarin, korang dah boleh jadi seorang penterjemah ataupun jurubahasa.

8. Buat Dropship
Kalau korang cari dekat Facebook atau Instagram dengan #dropship atau #agent, korang akan dapat cari produk yang boleh korang jual sebagai dropship. Jadi dropship lebih mudah kerana tidak memerlukan modal. KOrang cuma perlu promote barang, ambil order, ambil duit dan transfer amount yang sepatutnya kepada HQ. Urusan pembungkusan dan postage semua akan dilakukan oleh HQ. 

9. Jadi Tutor
Apa benda yang paling korang mahir? Ambil gambar? Main gitar? Gunakan apa saja bakat dan skill yang korang ada untuk menjadi tutor. Ajar orang lain dengan bakat dna skill yang korang ada. Cuba tengok website Tutor.com dan Tutorme.com.

10. Jadi Pembaca Pruf
Pembaca pruf bermaksud korang akan semak dokumen-dokumen yang telah ditulis atau diterjemahkan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa ataupun ejaan. So grammar nazi, here's your chance!

11. Jadi Transcriber
Transcriber ni kerjanya mendengar video ataupun audio dan menukarkannya ke dalam bentuk teks. Kerjanya nampak mudah tapi agak berat. Kalau dapat audio yang clear memang best bial buat tapi kalau audio banyak noise, mungkin ambil masa yang agak lama.

17 Cara Buat Duit Secara Online Semasa Wabak COVID19

12. Buat Blog
Rasanya buat blog adalah benda yang paling senang untuk dapat duit secara online. Melalui blog korang boleh buat duit melalui iklan Adsense dan seangkatan dengannya, sponsorship, paid review dan juga promote servis atau produk korang.

13. Buat ebook
Sekarang ni kan ramai yang tengah duduk di rumah sempena perintah berkurung ini. Dan ramai yang dah mula membaca. Korang boleh tulis ebook mengenai apa yang korang mahir dan jual di Internet.

14. Buat Online Course
Selain ebook, korang juga boleh ajar apa yang korang mahir melalui online course. Dah ramai yang buat online course ni. Yang paling mudah, korang ajar kemahiran korang menggunakan Telegram saja. Ambil yuran, masukkan mereka ke dalam group Telegram dan tetapkan hari untuk mulakan kelas.

15. Jadi Life Coach
Life coach ini rasanya agak sukar untuk dilakukan kecuali kalau korang ada background dalam bidang yang berkaitan. Contoh kalau korang hebat dalam fitness, korang boleh jadi fitness coach dan guide orang untuk bersenam dengan betul dan jaga pemakanan.

16. Jadi Narrator Untuk Audiobook
Sekarang ni audiobook dah semakin popular dan mendapat tempat di kalangan masyarakat. Sebagai seorang narrator audiobook, korang perlu membaca buku dengan intonasi dan tanda baca yang betul.

17. Buat Survey Di Internet
Ada banyak website yang korang boleh buat survey secara online ni. Fadzi sendiri pernah buat. Kebanyakannya mengambil masa yang agak lama kerana mahukan ketelitian. 

Kebanyakan jenis pekerjaan yang disenaraikan Fadzi sendiri dah buat antaranya copywriter, buat bisnes content, penterjemah, buat dropship, transcriber, buat blog dan buat ebook dan buat survey.

Mungkin lepas ini Fadzi nak cuba beberapa pekerjaan yang lain seperti menjual gambar, buat video 'how-to', buat podcast, buat bisnes web development, jadi pembaca pruf dan jadi narrator. 

Mungkin ada antara korang rasa pekerjaan yang disenaraikan memerlukan skill yang tertentu dan korang rasa tak boleh buat. Jangan risau. Korang boleh mula dengan buat survey di Internet. Mudah dan tak perlukan skill langsung.

Fadzi dah kongsikan dengan korang idea untuk buat kerja online di rumah sempena wabak pandemik COVID19 ini. Semuanya terserah kepada korang untuk cuba apa yang mampu untuk mendapat income secara online begini. Jangan takut dan selamat mencuba.

Oh ya, kalau korang nak baca artikel asal tentang 17 cara buat duit secara online ini, korang boleh baca di website Forbes di sini - 17 Ways You Can Make Money Online Right Now. 

10 Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

$
0
0
10 Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia | Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti ramai yang duduk rumah main masak-masak kan. Sama la dengan Fadzi pun. 

Yang baru-baru nak belajar masak pun ada but no worries. Banyak je channel Youtube memasak dalam Malaysia yang bagus-bagus korang boleh follow.   


10 Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan 10 channel Youtube memasak di Malaysia yang pada pandangan Fadzi anta yang famous. Dalam masa yang sama nilai estetik video diaorang pun cantik dan menarik. 



Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

1. Che Nom
Kalau masuk Youtube, memang tak sah kalau Fadzi tak masuk channel Che Nom ni. Fadzi terus suka tengok video-video Che Nom ni sebab kualiti video dia memang on the top. Clear 4k.

Penggunaan lighting artificial yang cerah pun membantu sangat video Che Nom ni nampak menarik. Setiap video diaorang ambil angle yang berbeza jadi nampak fresh lah sikit kan setiap video tu.

Resepi step by step yang Che Nom buat pun senang nak follow. Plus dia akan bagi tips untuk teknik-teknik atau bahan yang tertentu. Suara voice over Che Nom pun sedap je dengar. Kualiti audio diaorang pun bagus. Bila dengar rasa tenang.

Yang paling Fadzi seronok bila tengok channel Che Nom ni, bila dia bercakap kan, kadang-kadang dia buat lawak spontan. Fadzi yang susah nak terhibur dengan lawak-lawak ni pun boleh terpecah gelak tau.


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia


2. Buat Orang Lapo
Channel Buat Orang Lapo ini pun antara channel yang Fadzi tengok jugak. Kualiti video diaorang pun cantik-cantik dan clear. Bila tengok memang sedap mata memandang.

Diaorang pun guna artificial lighting yang membuatkan video diaorang nampak clear sangat. Plus penggunaan angle yang berbeza untuk shoot scene yang berbeza dalam video tu buat video nampak berbeza dari orang lain.

Cumanya channel ni tak ada buat voice over step-step resepi. Cuma ditulis dalam video saja. Ada lah voice over pengenalan diri masa awal video dan hujung video. Selebihnya diaorang cuma letak muzik sepanjang video.

So far memang senang je nak follow step by step yang ditulis dalam video tu. Cumanya Fadzi lebih prefer ada voice over. Lagi senang hehe.


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

3. Khairul Aming
Kalau ikutkan video-video Khairul Aming ni semua dia ambil yang dalam Instagram untuk letak dalam channel Youtube dia. Jadi video akan jadi sangat pendek lebih kurang dalam seminit atau dua minit setiap video.

Tapi bila pendek macam tu, video-video dia jaid padat dan laju tak ada melewah. Kiranya kalau yang jenis tak suka tengok video, tapi nak belajar memasak, korang bolehlah tengok channel ni.

Yang Fadzi suka pasal video-video Khairul Aming sebab voice over dia yang selamba, sound effect yang sempoi dan ayat-ayat yang tak boleh blah. Terhiburlah kiranya kalau korang tengok video dia.

Kualiti video dia tak ada menarik sangat sebab dia ambil dari Instagram. Tapi kalau nak follow resepi untuk memasak ni memang ok sangat. Senang nak follow, laju dan praktikal.


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

4. Seminit Resepi
Seminit Resepi ni rasanya popular juga dekat Facebook kan. Sebab Fadzi selalu nampak diaorang buat Live dekat Facebook. Panjang video diaorang berbeza-beza. Ada yang sependek 2 minit dan ada yang sepanjang setengah jam macam tu.

Angle video diaorang biasanya guna bird eye view. Maksudnya dari pandangan atas macam video-video Tasty. Tapi kadang-kadang ada juga diaorang buat macam story telling pergi pasar, balik dari pasar gitu.

Untuk video masak, diaorang tak ada voice over. Cuma ada tulisan untuk step by step resepi dalam video. Penggunaan muzik yang bunyi fun pun membantu menaikkan mood kita yang tengok video tu. Part vlog pergi pasar adalah suaranya. 


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

5. iCookAsia
Video-video daripada iCookAsia ni memang cantik. Rasa macam Full HD. Clear dan warna pun menarik. Video cerah dan jelas. 

Angle yang diaorang gunakan berbagai-bagai. Dari bird's eye view, turun ke high angle, turun juga ke eye level dan yang paling seronok bila dieorang buat close up punya shoot.

Diaorang tak ada buat voice over. Cuma ada penggunakan muzik yang menarik. Step by step resepi ada di tulis di bawah description. Tapi masa letak-letak bahan, diaorang ada tulis juga di dalam video.

Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

6. Limau Nipis
Video-video Limau Nipis semuanya jenis santai. Kiranya tak ada lah shoot power sangat. Tapi Fadzi suka betapa clear dan cerah video dia. Itu pun dah cukup cantik dengan limited source untuk buat video kan.

Video dieorang tak ada voice over. Cuma menggunakan muzik yang santai. Yang last sekali lah kot ada voice over untuk minta penonton untuk subscribe channel Limau Nipis.

So far, step by step resepi yang ditulis dalam video mudah untuk diikuti. Yang seronok tengok bila Limau Nipis ni bila masak dia pakai sarung tangan plastik. Rasa macam menjaga kebersihan betul.

Angle yang digunakan untuk shoot video pulak berbagai-bagai tapi mostly high level. Yang diubah cuma di shoot bahagian kiri, kanan atau depan. Tapi video dia masih enjoyable.


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

7. Seismik Makan
Video-video resepi Seismik Makan ni cerah, clear dan cantik. Nak kata Full HD pun ye jugak sebab tekstur makanan tu memang nampak sangat dalam video diaorang.

Angle yang dieorang guna pula berbagai. Ada angle bird's eye view, ada eye level, ada close. Memang puas hatilah kalau tengok video dieorang. Tapi kadang-kadang tu ada part bird's eye view dieorang yang terlampau cropped.

Diaorang tak ada voice over. Cuma ada penggunaan muzik yang berbeza daripada muzik yang selalu korang dengar dalam Youtube. Lebih terhibur jugak lah sebab lagu dia berbeza.

Untuk step by step resepi, diaorang tulis dekat bahagian description dan juga dalam video. Step by step tu pun mudah je nak difollow. 


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

8. Azie Kitchen
Video-video Azie Kitchen ni lebih berjiwa marhaein gitu. Kiranya dia tak adalah nak gunakan gadget-gadget power untuk record video-video masakan nya. Macam kita-kita masak dekat dapur dan record pakai phone.

Angle yang digunakan kebanyakannya lebih kepada eye level dan close up. Goyang-goyang tu definitely ada. Tapi feeling dia macam mak mak kita tengah masak untuk kita.

Video dia tak ada voice over. Cuma ada penggunaan muzik dan sound effect daripada movement yang dibuat masa memasak. Step by step resepi ada ditulis dalam video.


Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia

9. Mydapur Panas
Video-video Mydapur Panas ni sebenarnya cantik dan clear. Tapi terlalu banyak pergerakan kamera dia jadi Fadzi rasa macam mengganggu sikit. Lagipun vidoe diaorang agak malap.

Angle video dieorang kebanyakannya high level. Tapi kadang-kadang jauh, kadang-kadang dekat. Kalau tengok warna video diaorang terlampau saturated. Color akan nampak berbeza daripada kebiasaan.

Diaorang tak ada voice over. Cuma menggunakan muzik yang biasa kita dengar dekat Youtube. Tapi step by step resepi ada ditulis dalam video. Dan senang saja nak follow.

10. XXX
Sebenarnya Fadzi nak letak 10 channel Youtube memasak paling famous di Malaysia ni. Tapi lepas nomnor 9, Fadzi tak jumpa lagi channel yang menepati citarasa Fadzi. Cuba korang komen sikit channel mana lagi yang best. Fadzi nak letak dalam list ni.

Ini antara Youtuber memasak di Malaysia yang Fadzi follow. Kebanyakannya Fadzi follow sebab pertama adalah video yang berkualiti. Fadzi ni agak perfectionist sikit. Jadi nak kena tengok video cantik, clear 4k dan estetik power baru seronok nak tengok. Sebab tu sampai sekarang, Fadzi tak buat-buat lagi channel Youtube betul-betul sebab nak perfect huhu.

Yang keduanya, cara bercakap atau penggunaan muzik perlu kena untuk naikkan mood kita yang menonton. Kalau muzik bosan, kita nak tengok pun jadi bosan. 

Dan yang ketiga, mesti lah resepi yang boleh difollow dan menjadi bila buat. Kadang-kadang tu orang share je resepi tapi ada part yang diaorang tak share habis. Jadi bila kita buat, tak menjadi pulak.

Antara ramai-ramai Youtuber memasak Malaysia ni, siapa yang korang follow? Dan agaknya ada tak yang tak ada dalam list dekat atas ni? Kalau tak ada, komen sikit dekat bawah ya. 


25 Blogger Mom Malaysia Yang Patut Difollow

$
0
0
25 Blogger Mom Malaysia Yang Patut Difollow | Fadzi memang suka baca blog-blog blogger mom dekat Malaysia. Banyak benda yang boleh belajar daripada blog-blog diaorang ni. 

Lagi satu, mungkin sebab sama-sama title Mak kan, jadi bila baca blog diaorang, rasa boleh relate dengan apa yang diaorang alami. Boleh rasa kegembiraan dan kesedihan diaorang sekali.


 25 Blogger Mom Malaysia Yang Patut Difollow

25 Blogger Mom Malaysia Yang Patut Difollow

Kali ini Fadzi nak kongsikan 25 blogger mom yang patut korang follow. Sebabnya? Kesemua mereka ini berkongsi macam-macam cerita dari parenting, resepi, aktiviti untuk anak dan tips membesarkan anak-anak.

1. Azlinda Alin (www.azlindaalin.com)
Blog Kak Linda ni memang padat cerita tentang family dia terutamanya tentang aktiviti anak-anak. Fadzi suka tengok Kak Linda selalu dengan family dia pergi ke sana ke sini buat macam-macam. Tips pasal parenting pun banyak sangat Fadzi belajar dekat sini.

2. Maria Firdz (www.mariafirdz.com)
Kalau korang nak cari blog yang boleh dikira 1 stop center, korang masuk je blog Kak Maria. Macam-macam korang boleh baca daripada content resepi, travel, teknologi, bisnes dan yang paling terkesan bila Fadzi baca blog Kak Maria adalah bab-bab agama.

3. Afizah Abd Rahman (www.fizarahman.com)
SuperMOM Kak Fiza banyak bercerita pasal persediaan persekolahan anak-anak dan aktiviti sekolah. Artikel resepi pun banyak kalau korang nak cuba memasak. 

4. Eswati Azni Jaafar (https://modernmumthingy.com)
Bila baca blog Kak Azni, seronok aih. Dari tips parenting, travel sampailah beauty, semua ada. Tapi yang Fadzi kagum sangat dengan Kak Azni ni, dia ada kerjaya yang hebat iaitu seorang UX Designer. Bukan calang-calang orang Kak Azni ni.

5. Fadzi Razak (www.fadzirazak.com)
Blog Fadzi ni sesuai sangat untuk dijadikan bacaan golongan housewife yang teringin nak cuba cari side income daripada rumah sambil-sambil jaga anak-anak. Selain itu ada juga macam-macam tips pasal parenting, petua rumah dan dapur, resepi serta aktiviti me-time untuk mak mak.

Blog Fadzi juga ada bercerita pasal hobi yang boleh menjana pendapatan untuk golongan mak-mak contohnya hobi ambil gambar guna phone, menulis, melukis dan buat video content.

6. Alia Farhan Said (www.aliafarhan.com)
Fadzi suka baca Blog Kak Alia mula-mula sebab artikel travel pergi Australia. Eh eh bukan main detail dia cerita. Lepas tu terjebak artikel resepi Kak Alia pulak. Lepas tu terjebak pulak dengan artikel organization rumah.

7. MrsPip B'one (www.mrspip.com)
Mrs Pip ni dulu engineer tau. Tapi sanggup tinggalkan kerjaya yang hebat untuk jadi ibu kepada anak-anak. Artikel dalam blog Mrs Pip banyak yang Fadzi boleh relate nak nak lagi artikel berkenaan dengan housewife.

8. Siti Awadah (www.sishawa.com)
Blog Sis Hawa ni Fadzi suka baca sebab ada banyak kompilasi resepi-resepi yang menarik untuk dibuat. Kalau rasa nak cari idea untuk memasak, terus je ke blog ini untuk cari resepi apa yang nak buat. Pilih je sebab ada banyak kan.

9. Junaidah Mohit (www.ajumohit.com)
Kalau korang ada anak-anak yang bersekolah, korang bacalah Blog Kak Ajue ni. Banyak betul cerita Kak Ajue pasal sesi persekolahan anak-anak Kak Ajue selain daripada tips blogging dan travel.  

10. Shahada Fauzi (www.shahadafauzi.com)
Jangan tak tahu. CikSha ni nampak comel je kan. Tapi sebenarnya CikSha seorang ibu yang bekerja dari rumah. CikSha ada buat servis design. Kalau ada yang berminat untuk dapatkan servis design, boleh contact CikSha.

11. Nor Azlina Mohd Ali (www.ehbelogaku.com)
Blog Eh Blog Aku ni pun Fadzi suka sebab kebanyakan entrinya berkenaan dengan cerita family dan kehidupan pasal housewife. Bila dah sama-sama housewife kan, baca cerita Kak Azlina mesti boleh relate sedih gembira dia.



 25 Blogger Mom Malaysia Yang Patut Difollow

12. Siti Rohaida Yusof (www.kisahsidairy.com)
Dalam Blog Mommy Eda ni pulak korang boleh jumpa resepi-resepi makanan yang sedap-sedap dan tips-tips parenting. Tapi yang paling best, Mommy Eda ni ada jual buku-buku dan permainan untuk budak-budak tau. Kalau korang nak beli buku atau permainan budak-budak, tanya je Mommy Eda.

13. Cahaya Hayati nak join (www.yatizul.com)
Dalam Blog Yati ni macam-macam korang boleh jumpa. Dari tips parenting, resepi dan review. Banyak juga Yati review barang-barang kosmetik yang apda Fadzi memang bagus sebab ramai yang sebelum nak membeli barang baca review dulu kan.

14. Izarra Qistina (www.ummizarra.com)
Ni salah seorang blogger yang Fadzi pernah jumpa real life. Alahai sweet sangat orangnya. Cantik pun cantik. Sesuai sangat dengan topik dalam blog Nora ada cerita pasal pelbagai jenis petua kesihatan dan kecantikan untuk wanita selain daripada tips-tips parenting. 

15. Chinta ARtie (www.kakgojes.com)
Blog Kak Gojes (KG) sesuai sangat untuk korang yang nak cari cerita yang macam-macam. Dari artikel resepi, isu semasa, travel dan ilmu baru. Bila baca blog KG, banyak benda baru yang Fadzi tau. 

16. Noor Liza (www.mrsliez.com)
Kalau korang suka memasak, silalah follow blog Kak Liez ni. Suka Fadzi tengok artikel resepi Kak Liez tau. Macam-macam jenis makanan yang Kak Liez suak masak dan share dalam blog.

17. Fuzy Rahamah Hamid (www.iamfuzy.com)
Kak Fuzy lagi seorang blogger yang Fadzi pernah jumpa face to face. Ya Allah peramah sangat orangnya. Terus boleh berborak macam kenal lama. Blog Kak Fuzy pun penuh dengan tips parenting, resepi, kesihatan dan kecantikan.

18. Shamiera Osment (www.shamieraosment.com)
Blog Ami banyak cerita pasal aktiviti Ami dengan anak-anaknya. Eh meriah tau ada 4 orang. Anak-anak Ami uiii lawa-lawa macam muka ada mix. Suka tengok. 


19. Khalisah Hazrina (https://www.khalisahazrina.com)
Blog Lisa ni pun blog yang mana-mana mak mak boleh relate bila baca. Banyak entri pasal persediaan mengandung, pemakanan anak, aktiviti untuk anak-anak. Tapi yang wajib mesti ada resepi hehehe. Nama pun mak mak kan.

20. Mimi Azirah (www.mimiazirah.com)
Blog Mimi pula penuh dengan resepi, pengalaman semasa mengandung, aktiviti untuk anak-anak dan ada juga review barang-barang yang Mimi pakai. Fadzi memang suka baca review orang ni nak tahu barang yang dipakai tu berbaloi untuk beli atau tidak.

21. Aida Hanafiah (www.adianiez.com)
Blog Aida ni pula Fadzi suka baca pasal Kak Aida selalu bersama-sama dengan anak-anak pergi travel dan pergi keluar makan-makan. Bila ada anak-anak yang dah besar ni, mestilah entri banyak kepada persediaan persekolahan dan aktiviti anak-anak. Tak lupa, entri resepi mesti ada sekali. Mak mak kan hehe.

22. HaFiza AizZawa (fizaizawa.com)
Sekarang ni orang yang main blog dah jarang nak cerita pasal personal. Tapi entahlah kenapa Fadzi lebih suka baca blog-blog personal macam Blog Fiza ni. Cerita dalam blog Fiza banyak pasal anak-anak, keluarga dan resepi. Bila baca, rasa macam lebih kurang saja pengalaman membesarkan anak-anak ni.

23. Shalimar Mohd Yusof (www.shalimaryusof.com)
Blog Shalimar kebanyakan bercerita tentang resepi, aktiviti dengan anak-anak dan persediaan anak-anak ke sekolah. Tapi yang rare sikit pasal Blog Shalimar ni sebab ada cerita pasal Agensi Anti Dadah. Wahhh, teruja weh baca bab tu.


24. Nurul Sakinah (www.apekinah.com)
Blog Kinah selalu cerita tentang review makanan di samping cerita Kinah dengan anak-anak. Kalau tengok gambar-gambar makanan yang Kinah ambil, memang menarik dan boleh buat terliur.

25. Zaidalifah Aisheteru (www.bondezaidalifah.com)
Blog Bonde ni pun menarik jugak. Banyak tips parenting yang korang boleh dapat. Artikel travel dan ilmu keagamaan pun ada jugak Bonde selit dalam blog Bonde.

 25 Blogger Mom Malaysia Yang Patut Difollow

Inilah antara blogger mom Malaysia yang Fadzi rasa korang patut follow. InsyaAllah adalah sedikit sebanyak benda kekeluargaan yang korang akan dapat daripada baca blog diaorang nanti.

Korang ada blogger mom lain yang korang follow tak? Kalau ada, share sikit dekat komen di bawah. Fadzi nak tau jugak. Boleh tambah list dekat atas ni.


Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa Senang Dan Sedap

$
0
0
Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa Senang Dan Sedap | Hari ni dah lost count Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang kitaorang satu family tak keluar langsung dari rumah. Zul je yang akan keluar untuk beli barang-barang dapur. Itu pun boleh kira dengan jari je lah berapa kali je dia pernah keluar.

Disebabkan dah dua tiga minggu asyik makan ayam dan telur, teringin nak makan ikan pula. Malas nak susahkan Zul keluar beli. Fadzi tengok je mana-mana yang ada jual ikan online dan boleh buat delivery terus ke rumah. Dapatlah 3 ekor ikan talapia untuk masak.


Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa Senang Dan Sedap

Makanya, entry blog kali ni Fadzi nak kongsikan resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa. Versi senang tapi sedap. Bahan pun tak banyak dekat rumah, Jadi kita main campak-campak sajalah.


Bahan-bahan :
- Seekor ikan talapia sederhana besar. (letak garam dan kunyit)
- Tomato, timun, nenas. (Potong dadu) - Sayur dekat rumah Fadzi ada lobak merah dan bunga kobis saja. Jadi gunalah apa yang ada.
- Sos cili, sos tomato, sos tiram. (Sesudu besar tetiap satu)
- 2 ulas Bawang putih (Tak kisah nak tumbuk atau nak kisar) - Fadzi tumbuk
- 2 ulas bawang merah(Tak kisah nak tumbuk atau nak kisar) Fadzi tumbuk

Cara Membuat Ikan Talapia Tiga Rasa:
1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah. Pastikan minyak betul-betul panas.
3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk. Sampai naik bau.


4. Masukkan semua sos.
5. Masa ini boleh kalau tambah gula dan garam secukup rasa. 
6. Letak secawan air bagi sedikit berkuah.
7. Masukkan timun, nenas dan tomato. - Fadzi masukkan lobak merah dan bunga kobis.


8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut sikit. - Fadzi letak lama sikit sebab guna lobak merah dengan bunga kobis. Sayur yang keras.
9. Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi.
10. Siap untuk dihidang.

Tada, dah siap ikan talapia tiga rasa. Maaflah gambar ikan talapia tiga rasa yang dah siap tak semenggah. Itu je bahan-bahan yang ada dekat rumah ni. Tapi yang penting, sedap okay. Aneeq pun puji sedap. Hehehee.

Fadzi bukan selalu makan ikan sebenarnya. Nak nak lagi pulak ikan talapia. Tapi kali ni makan, rasa sedap pulak isi ikannya tu. Zul pun yang tak berapa gemar makan ikan kata isi ikan tu lembut dan manis.


Ikan talapia yang korang nampak dalam gambar tu dari Cosmo Green Farm. Korang tengok pun nampak ikan dia fresh je kan. Kalau korang mencari delivery ikan tilapia, korang pergi je dekat Facebook diaorang dan order dekat situ. 


Tak pun korang contact Mr Norman dekat nombor 013-3353 134 Isnin sampai Sabtu dari pukul 10 pagi sampai 2 petang.

Untuk ikan tilapia ni, harga dia mula dari RM18 per gram. Berat seekor ikan tilapia ni dalam 400g hingga 800g macam tu lah. Tapi ada minimum order RM50. Ada delivery cas. Tapi kalau korang nak pick up sendiri pun boleh.

Dah lepas dapat ikan tu, baru Fadzi perasan yang diaorang pun ada buat delivery untuk sayur-sayuran juga. Ada lettuce, bentong ginger, cili padi, timun dan macam-macam lagi. Kalau order sekali hari tu, mesti gambar menu ni tak sehambar ini hahahahah.


Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!

$
0
0
Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!Ada dua jenis makanan fast food yang boleh kata Fadzi suka sangat makan dari dulu sampai sekarang. Satu pizza dan satu lagi popcorn chicken. 

Siapa je lah yang tak suka pizza  dan popcorn chicken kan. Fadzi selalu fikir kenapa lah tak ada mana-mana fast food company yang nak buat kombinasi makanan pizza dan popcorn chicken ni. Kan senang nak makan 2 in 1 terus. 

Popcorn Chicken Pizza

Popcorn Chicken Pizza - Kombinasi Menu Pizza Hut Dan KFC Yang Unik!

Rupa-rupanya dah ada pun yang buat pizza popcorn chicken. Pizza Hut dan KFC UK ada buat menu Popcorn Chicken Pizza hari tu. Fadzi ada terbaca dekat Twitter KFC UK dan Pizza Hut UK pasal KFC menu baru diaorang ni.

Tapi.... Sedihlah juga sebab Popcorn Chicken Pizza hanya boleh didapati di United Kingdom. Dan yang lebih sedih, menu tu hanya boleh didapati dari 4 Februari sampai 16 Februari 2020 saja. Limited edition, guys!

Sebenarnya KFC dan Pizza Hut UK buat menu Popcorn Chicken Pizza tu bersempena dengan Hari Pizza Sedunia. Ada juga Hari Pizza Sedunia rupanya? Fadzi baru tahu. Hari Pizza Sedunia ini disambut pada 9 Februari setiap tahun katanya.


Kombinasi Pizza Dan Popcorn Chicken

Kalau ikutkan apa yang Fadzi baca, Popcorn Chicken Pizza yang KFC dan Pizza Hut UK buat ni menggunakan roti pizza classic crust base, ada keju mozarela, jagung manis dan Popcorn Chicken Colonel sebagai topping. 

Tapi, diaorang tak guna sos tomato macam biasa yang digunakan untuk pizza. Diaorang letak KFC punya gravy. Fadzi pun tak pasti jenis gravy KFC yang mana satu. 

Ikut apa yang Fadzi baca lagi, bila korang makan popcorn chicken pizza ni, korang akan rasa ranggup-ranggup dari popcorn chicken, manis-manis dari jagung manis dan rasa keju dari mozarela. Mesti sedap!

Popcorn Chicken Pizza yang diaorang jual hari tu hanya boleh didapati dalam saiz Large. Jadi, kalau beli memang puas hati lah makan. Makan ramai-ramai pun belum tentu habis sebab dah lah pizza, ada popcorn chicken pulak tu. Kenyang!


Popcorn Chicken Pizza

Tapi macam biasa lah, ada orang yang suka dengan menu terbaru ini. Dan ada juga yang tak suka. Review orang yang dah cuba KFC Popcorn Chicken Pizza ini bercampur-campur.


"Popcorn Chicken Pizza. Great obviously - Ibrahim Salha"

"Wow! This is so worth ordering, it is so bizarre but we ate every last slice! It’s delicious, and we loved the gravy base!," Instagram user @newfoodsuk wrote in a review. "The popcorn chicken good, adding flavour to the pizza. We highly recommend trying this pizza, it’s fun and delicious! - NewsFoodUK

"That KFC popcorn chicken pizza with the gravy base looks absolutely terrible.- Jack"

"Just ordered the KFC/Pizza Hut Popcorn Chicken Pizza. It was literally the most minging thing i've ever eaten in my life. Gravy base is disgusting, sweetcorn just ruins it. How do I get my money back. - DJ Ravine"

Macam-macam jenis respon yang boleh korang jumpa pasal Popcorn Chicken Pizza ni. Nak tengok Youtube Review pun ada pasal menu ni. Boleh search dekat Youtube.

Fadzi faham, citarasa setiap orang memang lain-lain. Ada makanan yang kena dekat tekak Orang A, tak semestinya kena dengan tekak Orang B. Sebab tu selagi Fadzi tak rasa lagi pizza ni, Fadzi tak nak cakap dia sedap or tak sedap. Kena rasa sendiri dulu.


KFC Popcorn Chicken Pizza

Fadzi rasa Fadzi nak buat sendiri Popcorn Chicken Pizza ni. Sebab kempunan kan. Nak cari dekat Malaysia tak ada. Tapi, konon je lah nak buat sendiri tu.

Tengok-tengok nanti buka Foodpanda dan order je Popcorn Chicken dari KFC dan Pizza dari Pizza Hut. Senang, habis cerita. Semua makanan popcorn chicken dan pizza delivery terus sampai depan pintu rumah. Heheh.

Oh ye, sempena PKP ni, korang dah pernah order ke dekat Foodpanda? Fadzi setakat ni masih bertahan masak sendiri dekat rumah hari-hari. Walaupun kadang-kadang tu rasa lemau jugak nak masak dan makan masakan sendiri.

Fadzi masih lagi jaga pemakanan Anas sekarang ni. Anas baru saja 18 bulan. Makanan yang Fadzi buat untuk Anas masih tak ada gula dan tak ada garam dalam menu dia. Sebab tu masih gigih masak sendiri. Kalau tak, dah lama order je dengan Foodpanda. 

Kalau rasa korang dah penat nak masak, dah lemau nak makan masakan sendiri, dah stress nak fikir nak masak menu apa. Sudah sudah lah tu. Bukak phone, download apps Foodpanda dan order saja lah. Jimat masa dan tenaga hoho.

Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu

$
0
0
Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu | Fadzi sebenarnya teringin sangat nak belajar cara-cara buat kuih muih tradisi orang kita. Kesemua kuih-muih yang orang zaman-zaman dulu buat sedap-sedap belaka.

Bila semakin lama semakin dilupakan, Fadzi rasa sayang pulak. Jadi Fadzi nak buat koleksi resepi-resepi kuih muih Melayu sebanyak yang mungkin. Simpan dalam blog ini dan satu hari nanti nak belajar buat.

Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu

Kali ini Fadzi nak senaraikan resepi pelbagai jenis kuih lepat. Kalau masih yang tak tahu, kuih lepat adalah kuih yang dihasilkan dengan membungkusnya dalam daun pisang. Kuih ini kemudiannya akan dikukus untuk dimasak.

Kuih lepat juga dikenali sebagai kuih belebat. Terdapat pelbagai jenis kuih lepat atau belebat yang ada. Ianya bergantung kepada ramuan yang digunakan. Antara jenis kuih lepat yang popular adalah:-
10. Lepat Pulut

Resepi Lepat Pisang

1. Resepi Lepat Pisang

Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah - menaikkan warna
1 sudu kecil garam

Cara cara:
1. Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
2. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
3. Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.
4. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 
5. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. 
6. Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kembali ke atas





Resepi Lepat Ubi

2. Resepi Lepat Ubi

Bahan-Bahan
4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
1/4 cwn santan pekat
1 1/2 cwn gula pasir
2 sudu besar tpng ubi
1 cwn gula merah*
1/2 cwn air*
2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
secubit garam
Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih

Cara cara:
1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut/kisar.
3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.

Kembali ke atas




Resepi Lepat Labu

3. Resepi Lepat Labu

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula [tambah 3 sudu makan lagi]
1/2 sudu teh garam halus
Bahan B :
1/2 biji labu kuning [1kg berat]
Bahan C :
1/2 biji kelapa parut & garam halus
Daun pisang secukupnya [dilayur]

Cara cara:

1. Bahan A, satukan semua bahan dalam bekas gaul sekata, ketepikan.  
2. Bahan B, rebus labu hingga empuk, toskan air dan lenyek halus.
3. Bahan C, kelapa digaul bersama dengan garam halus.
4. Daun pisang dilayur dahulu, kemudian digunting ikut saiz yang disukai.
5. Penyediaan adunan : Campurkan bahan A dengan bahan B, gaul rata dan sebatikan jangan ada yang berketul-ketul.
6. Letakkan sesudu lebih adunan labu di atas daun pisang
7. Letakkan inti kelapa parut
8. Ambil sesudu tutup inti kelapa
9. Lipat daun pisang balut kemas, buat sampai habis susun dalam kukus
10. Didih air, mula mengukus hingga masak lebih kurang 15 minit atau hingga masak



Resepi Lepat Sagu

4. Resepi Lepat Sagu

Bahan bahan:

3 cawan pisang yg telah dilecek
6 -7sudu besar gula- nak buat 8 pun o.k..ikut tahap kemanisan pisang
1 1/2 cawan tepung beras
1- 1 1/2 cawan santan
3/4 cawan sagu- basuh sagu dan toskan
garam dan kelapa putih digaul bersama sebagai inti
daun pisang tuk balut kuih

Cara cara:

1. mula2 masukkan pisang yg dilecek kedalam manggok...masukkan juga sagu dan tepung..kacau2 rata...masukkan sedikit santan...kacau2 dulu..tengok macam mana..kalau tak cukup tambah lagi hingga dapat doh...doh tak lembik sgt dan tak keras sgt...pandai2 la agak ye...tak boleh nak bagi sukatan tepat sebab ikut jenis pisang yg digunakan. kacau2 rata doh dan biarkan kejap.
2. layur daun pisang...dan panaskan kukusan.
3. ambik sehelai daun dan isikan adunan tepung pisang dan letak inti ditengah2nya....lipat kemas...susun dalam loyang pengukus. buat sampai habis.
4. bila air dah didih..kukus lepat dalam 40 minit. dah masak boleh la dimakan panas2



Resepi Lepat Cendol

5. Resepi Lepat Cendol

Bahan bahan:

I cawan santan pekat
5 1/2 cawan santan cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung haw kee
Sikit garam

Cara cara:

1. Semua bahan ni gaul rata dan kacau tanpa henti atas api yg sederhana hingga likat berkilat .
2. Masukkn cendol yg telah dicuci dan toskn tu..gaul rata.
3. Bungkus bahan ni dlm daun pisang mcm bungkus lepat ...masukkn ke dlm peti sejuk.


Resepi Lepat Jagung

6. Resepi Lepat Jagung

Bahan bahan:

4 tongkol jagung – disagat
1 tongkol jagung – dihiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat

Bahan membungkus:
Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang


Cara cara:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
5. Sedia untuk dinikmati.


Resepi Lepat Liat

7. Resepi Lepat Liat

Bahan bahan:

Bahan A:
1 cawan tepung pulut
½ cawan santan segar
½ cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
¼ sudu kecil garam

Bahan B:
Daun pisang 
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam

Cara cara:

1. Satukan bahan A kecuali tepung beras pulut di dalam kuali dan masak atas api sehingga gula larut. Tak perlu hingga mendidih.
2. Angkat dan tapis air gula yang dimasak tadi. Sejukkan.
3. Kemudian tuang air gula tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
4. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya. Ambil 1 sudu besar adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.
5. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. 
6. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus selama 40 minit hingga masak. 
7. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. 


Resepi Lepat Nagasari

8. Resepi Lepat Nagasari

Bahan bahan:

1 cawan tepung beras.
5 cawan santan.
3 sudu besar penuh tepung jagung.
4 sudu besar gula.
1/2 sudu teh garam.
Pisang satu sisir (secukupnya satu biji belah 4).
Daun pisang secukupnya.

Cara cara:

1-Satukan tepung beras,santan,gula,garan dan tepung jagung,kacau rata dengan whisk hingga sebati. 
2-Kemudian tapis bancuhan tadi ke dalam periuk.
3-Kacau tanpa henti atas api sederha hingga pekat dan kental.
4-Kemudian matikan api.Biar sehingga sejuk suam atau sejuk.
5-Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 sudu besar adunan tepung,ratakan.
6-Letak tiga potong pisang raja yang dibelah 4 tu. Lepas itu letak 1/2 sudu besar lagi tepung diatas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat sehingga habis kesemuanya. 
7-langkah terakhir adalah kukus atas air yang telah dimendidih.



Kuih Tepung Bungkus

9. Resepi Lepat Tepung Beras/Kuih Tepung Bungkus

Bahan bahan:

1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa) 
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air (atau secukupnya)

Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin)
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
sikit garam
Daun pisang

Cara cara:(Untuk Inti)


1. Satukan semua bahan A kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan 
3. Jadikan inti bebola kecil.LiNa Pg buat saiz guli.Ketepikan dahulu 

Cara-Cara (Bahan B)Onde-Onde Salut Inti Kelapa
1. Uli tepung pulut bersama air.Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan (seperti membuat kuih Buah Melaka/Onde2) 
2. Ambil sedikit doh agak2 la boleh masukkan inti kelapa. kaedahnya sama seperti kuih buah melaka

Cara-Cara (Bahan C)
1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat 
2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran selebar tapak tangan.Lap dan bersihkan.
3. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti 
4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit 
5. Sejukkan dan hidangkan.


Resepi Lepat Pulut

10. Resepi Lepat Pulut

Bahan bahan:

2cawan beras pulut-redam semalaman
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kacang mata hitam/kacang ketupat -rendam
sikit garam & gula
daun pisang & tali/benang

Cara cara:

1. Kukus pulut yang dah direndam..dalam pengukus yang sama tinggalkan sikit ruang untuk longgokkan kacang yang dah direndam tadi & kukus sekali...tapi jangan gaul kacang tu dengan pulut masa kukus sbb nanti warna kulit kacang tu akan lekat pada pulut menyebabkan pulut dh x berapa putih  & pulut tu berbau kacang & tidak sedap...
2. Campur santan dengan garam & sikit gula...tujuan letak sikit gula supaya nampak berkilat
3. Bila agak masak..nampak jernih & masak...angkat & gaul campuran santan tu dengan pulut...Jangan campur kacang lagi...gaul pulut je ngan santan tu..
4. Bila dh sebati baru masukkan kacang yang dh kukus tadi..gaul rata.
5. Koyak daun pisang anggaran selebar tapak tangan..
6. Bubuh 1 sudu besar pulut berkacang tadi & bungkus macam bungkus lepat pisang..buat sampai habis...hasilnya dalam 20 biji
7. Ambil 2 biji ketupat/lepat yang dah siap dibungkus & ikat berkembar..gunakan tali rafia..jika guna benang jahit pintalkan 2 lembar benang supaya menjadi tali yang agak besar.Ikat kemas-kemas...buat sampai habis semuanya.
8. Masuk dalam rice cooker & isi dengan air hingga tenggelam..Rebus hingga airnya hampir kering. Anggaran 45 minit hingga 1 jam..
9.Toskan dalam tapis & biar sejuk supaya isinya pejal,padat & kenyal..
10. Sebelum hidang...guntingkan tali @ benang tadi...


Ini antara 10 resepi pelbagai jenis lepat yang korang boleh cuba buat. Fadzi pun nak buat juga. Teringin nak makan satu. Nak jaga tradisi kuih muih Melayu satu. Kalau kita tak belajar buat, siapa lagi yang nak buat betul tak?

Agak-agak ada lagi tak kuih lepat yang tak ada dalam senarai di atas? Kalau korang ada tau variasi kuih lepat yang tak ada dalam menu, tolong komen dekat bawah ya. Boleh Fadzi masukkan dalam senarai ini.


Senarai Ebook Percuma Untuk Bacaan Sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2020

$
0
0
Senarai Ebook Percuma Untuk Bacaan Sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2020 | Waktu PKP ni ada yang masih bekerja dan ada juga yang tidak dapat bekerja. Bagi yang tidak dapat bekerja, bolehlah isi masa terluang itu untuk bersama-sama keluarga.

Selain itu, korang juga boleh belajar banyak benda baru. Nak keluar belajar masuk kelas memang tak boleh lah. Tapi korang boleh baca buku-buku atau ebook yang boleh korang dapati di internet.

Senarai Ebook Percuma Untuk Bacaan Sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2020

Senarai Ebook Percuma Untuk Bacaan Sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2020

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula hujung bulan Mac lepas, ada beberapa influencer dalam bidang penulisan bagi ebook berbayar diaorang secara PERCUMA!

Fadzi pun tak lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook-ebook percuma ini. Malah ada antara ebook yang diberikan secara percuma ini memang Fadzi dah aim lama nak beli. 

Tiba-tiba diberi secara percuma pula. Rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal pulak dah. Rasa bertuah sangat. Jadi Fadzi nak kongsikan juga ebook-ebook percuma ini kepada korang. Antara ebook tersebut adalah:

1. 118 Idea Menulis Content (Khairul Hakimin Muhammad)

Ebook ni memang Fadzi dah lama aim nak beli. Harga asalnya RM187 tapi Tuan Khairul Hakimin Muhammad berbesar hati nak beri secara percuma untuk kita baca dan aplikasikan dalam kehidupan kita.

118 Idea Menulis Content (Khairul Hakimin Muhammad)

Korang boleh dapatkan ebook percuma 118 Idea Menulis Content ini di link di bawah:
https://bit.ly/118IdeaMenulisContent

Sorry guys, ebook percuma ini dah pun ditamatkan. Bagi yang dah dapat, tahniah. Ramai juga yang rebut peluang untuk dapatkan ebook yang sangat berguna ini. 

Tapi bagi yang belum dapatkan, korang boleh beli Kombo Ebook Content ini. Dalam kombo ini, korang boleh dapat 5 ebook KHM iaitu:
  1. E-Book The Content Game 
  2. E-Book Bagaimana Saya Membina Bank Content 
  3. E-Book 118 Idea Menulis Content
  4. 101 Tips Pandai BerFacebook
  5. Content Mapping Analysis


Korang boleh dapatkan kombo ebook di atas ini dekat link di bawah:
https://bit.ly/KomboEbookKHM 


2. Kisah Benar 17 Ghostwriter Buat Duit Dengan Menulis (Puan Nordianah Bachok)

Ebook yang ni pun Fadzi memang dah aim lama tapi tak terbeli-beli lagi. Alhamdullillah rezeki Allah gerakkan hati Puan Nordianah Bachok (sifu ghostwriter Fadzi) untuk berikan ebook ini secara percuma.

Kisah Benar 17 Ghostwriter Buat Duit Dengan Menulis (Puan Nordianah Bachok)

Kenapa korang kena dapatkan ebook ini? Supaya boleh belajar macam mana dengan menjadi seorang ghostwriter, korang mampu untuk dapat pendapatan juga. 

Korang boleh dapatkan ebook Kisah Benar 17 Ghostwriter Buat Duit Dengan Menulis ini di link di bawah:
https://bit.ly/EbookGhostwriterPercuma

Atau kalau korang nak masuk kelas online macam mana untuk bermula sebagai seorang ghostwriter macam Fadzi, korang boleh register dekat link di bawah ini:
https://bit.ly/KelasGhostwriter

3. Secangkir Hikmah PKP (Mohd Fadli Salleh)

Ebook daripada Tuan Mohd Fadli Salleh ini pulak sebuah ebook tentang nasihat kehidupan. Seronok bila baca ebook ni sebab setiap page penuh dengan warna. Penulisan pun jenis santai di sebalik nasihat daripada keluarga penulis.

Secangkir Hikmah PKP (Mohd Fadli Salleh)

Bagi Fadzi ebook ni sesuai untuk bacaan santai dan untuk penuhkan tangki emosi positif kita sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Waktu-waktu macam ni kita kena penuhkan dengan bacaan positif dan jauhkan perkara negatif.

Korang boleh muat turun ebook Secangkir Hikmah PKP secara percuma di link bawah ini:
https://bit.ly/EbookPercumaMFS

4. 17 Modul Eksplorasi Fotografi Dieyla Photog

Bagi yang minat dengan photography, korang boleh download ebook 17 Modul Eksplorasi Fotografi Dieyla Photog. Fadzi sendiri dah download dan dapat banyak info pasal photgraphy melalui bacaan ebook tersebut.


17 Modul Eksplorasi Fotografi Dieyla Photog

Selain daripada tu, Dieyla Photog pun ada buat group dekat Facebook. Dieyla Photog akan buat live session untuk sharing pasal ilmu photography. Fadzi dah join first session diaorang. Session kedua akan diadakan pada 21 April ni nanti.


Download ebook di sini: https://www.dieylaphotog.com/
Join group sharing Dieyla Photog di sini: 
https://www.facebook.com/groups/dieylaphotoglive/
  

Dekat atas ni antara ebook percuma yang Fadzi jumpa. Kalau korang ada jumpa ebook yang diberi secara percuma (dengan cara yang betul ya), boleh komen dekat bawah? Boleh Fadzi masukkan dalam senarai di atas ni sekali.

Akhir kata, gunakan masa yang terluang semasa PKP ini dengan penuh manfaat. Baca buku, belajar skill baru dan luangkan masa dengan keluarga. Banyak lagi sebenarnya yang korang boleh buat. Yang penting buat. 



Cara Solat Terawih Di Rumah

$
0
0
Cara Solat Terawih Di Rumah | Besok, 24 April 2020 Insya Allah kita akan mula berpuasa bagi tahun ini. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 ni, solat terawih tidak akan diadakan di mana-mana masjid dan surau pun.

Tapi itu tak bermaksud kita tak boleh bersolat terawih pun. Kalau nak solat terawih di rumah pun boleh sebenarnya. Dari dulu lagi memang boleh. Cuma kita tak biasa buat kan.

Cara Solat Terawih Di Rumah

Entry kali ini Fadzi nak kongsikan dengan korang cara untuk berterawih di rumah. Semoga sedikit sebanyak boleh membantu kita semua untuk mula atau untuk mengingatkan kita kembali cara-cara bersolat terawih di rumah.

Hukum Solat Sunat Tarawih

Sebelum Fadzi kongsikan cara buat solat tarawih dari rumah, Fadzi nak kongsikan hukum solat terawih ni. 

Sunat Muakad (sangat dituntut)
Ibadah yang sangat dituntut diadakan pada malam bulan Ramadan bagi orang lelaki dan wanita Islam. Tak kisah sama ada nak buat secara berjemaah ataupun secara berseorangan.

Solat terawih ini adalah sati ibadah yang sunat dilakukan di masjid, surau ataupun mana-mana tempat yang sesuai untuk solat berjemaah.

Solat sunat terawih ini dilakukan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan solat sunat ba’diah dua rakaat hingga terbit waktu fajar.

Solat terawih ini boleh dilakukan sama ada 20 rakaat atau 8 rakaat. Solat terawih ini perlu ditunaikan dua rakat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram. Ulang dua rakaat setiap angkat takbir sampai habis 8 atau 20 rakaat.

Maksudnya korang:
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)
Niat - angkat takbir - buat 2 rakaat - salam (2 rakaat)

Total jadi 8 rakaat. Kalau nak buat 20 rakaat, satu round solat tu kena buat 10 kali. Ha, faham tak? Harap korang boleh faham explaination Fadzi ni. 

Tapi pasti rukun solat tu buat semua tau, bukan 4 benda saja yang Fadzi bagitau dekat atas tu. Rukun solat sunat terawih ni sama saja dengan rukun solat fardhu dan solat sunat yang lain.

Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bersendirian

Ini adalah bacaan niat solat terawih kalau korang nak solat sorang-sorang.
Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bersendirian

Bacaan rumi: Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala 

Maksud:"Sahaja aku solat sunat terawih dua rakat kerana Allah Taala"


Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bermakmum

Ini pula adalah bacaan niat solat terawih kalau korang nak solat jadi makmum.
Lafaz Niat Solat Sunat Terawih Bermakmum
Bacaan rumi: Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala 

Maksud:"Sahaja aku solat sunat terawih dua rakat kerana Allah Taala"


Doa Selepas Solat Terawih

InsyaAllah lepas selesai solat terawih, korang boleh baca bacaan doa di bawah ni. Fadzi sertakan doa dalam bahasa Arab, tulisan rumi sekali dengan maksudnya.

Doa Selepas Solat Terawih

Bacaan rumi:
Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.



Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.



Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Alhamdullilah, lepas habis solat terawih nanti, korang boleh akhirkan ibadah korang dengan solat witir. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu korang yang tercari-cari cara untuk buat solat terawih di rumah.


10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP

$
0
0
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP | Fadzi faham ramai yang terkesan dengan situasi pandemik Covid19 sekarang. Ada yang mula dikenakan status 'Unpaid Leave' ataupun terus dibuang kerja. Ramai juga kawan-kawan Fadzi di Facebook yang mengadu tentang kehilangan kerja dan status cuti tanpa gaji mereka.


Dalam keadaan PKP ini, kita perlu berfikir dengan cara yang baru untuk menjana pendapatan. Bak kata Perdana Menteri, the 'new normal'. Bagi Fadzi, yang Fadzi akan share ini bukanlah perkara baru untuk Fadzi sebab selama ini memang Fadzi buat kerja dari rumah saja.

10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP

Di bawah ini Fadzi kongsikan beberapa cara untuk korang jana pendapatan dari rumah saja. Antara pekerjaan yang korang boleh lakukan untuk buat duit sempena PKP ini adalah:

1. Ghostwriter 

Berdasarkan pengalaman Fadzi sendiri menjadi seorang ghostwriter, kerjaya ini semakin hari semakin diterima ramai. Antara pekerjaan yang korang boleh lakukan adalah menulis artikel untuk blog atau website, menulis copywriting, sales letter, ebook dan buku fizikal. 

10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP

Untuk bermula sebagai ghostwriter tidak susah, cuma korang perlu pandai mencari client. Korang juga perlu tebalkan muka untuk bertanya kepada bakal-bakal klien sama ada mereka berminat untuk mendapatkan servis korang.

2. Affiliate 

Fadzi juga giat mempromosi produk-produk orang lain sama ada produk fizikal ataupun produk digital. Yang penting korang perlu faham tugas sebagai seorang affiliator adalah lebih kepada mencadangkan dan bukannya menjual.

Korang boleh meletakkan link di dalam website, blog, media sosial ataupun di mana-mana aplikasi mesej. Mudah dan tak terhad. Yang Fadzi boleh cadangkan adalah cuba cari program affiliate yang boleh beri pulangan sekurang-kurangnnya RM10 setiap produk. Kalau kurang daripad itu, rasanya kurang berbaloi.

3. Blogger

Sebelum menjadi ghostwriter dan membuat affiliate, Fadzi bermula dengan. Melalui blog, Fadzi dapat menjana duit melalui iklan Adsense, link affiliate, paid review dan menjual servis yang Fadzi buat. 

Selain menjana duit, percayalah dengan menulis yang baik-baik di blog, korang insyaAllah boleh mendapat saham untuk akhirat juga. Di samping berblog untuk dapat duit, cuba menulis untuk memberi kemudahan dan kebaikan kepada pembaca. InsyaAllah Allah akan balas dengan kebaikan.

4. Youtuber

Media sosial Youtube kini makin mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Ramai antara kita yang mencari video-video kemahiran ataupun langkah demi langkah membuat sesuatu. 
Korang boleh buat duit dengan menjadi Youtuber melalui affiliate, iklan Adsense, paid review ataupun korang boleh menjual barang-barang atau servis korang sendiri melalui video-video yang korang buat di Youtube. 

Fadzi sendiri pernah merasa duit yang dijana melalui pengiklanan di video Youtube channel sebelum mereka strict kan rules 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.

Photo by Ben Kolde on Unsplash

5. Tawarkan Kemahiran Korang 

Korang ada kemahiran seperti penguasaan bahasa asing, rekaan grafik atau menulis? Atau kemahiran seperti membaiki mesin basuh, laptop dan telefon pintar? Tawarkan kemahiran korang kepada orang yang memerlukan. Promosikan kemahiran korang di media sosial. 

Korang boleh mulakan dengan bertanya kepada mana-mana business owner sama ada mereka memerlukan servis yang korang tawarkan. Contohnya Fadzi sebagai seorang ghostwriter akan bertanyakan kepada business owner yang memerlukan khidmat penulisan copywriting atau penulisan artikel di website mereka. 

6. Online Instructor

Selain daripada menawarkan servis kemahiran kepada orang lain, korang ada cara yang lain untuk 'menjual' skill yang korang ada. Korang boleh buat kelas secara online untuk mengajar kemahiran itu. 

Ramai yang mahu belajar perkara baru waktu PKP ini. Terutamanya yang diberikan cuti tidak berbayar pada masa ini. Dan mereka nak belajar kemahiran yang mereka boleh gunakan untuk menjana pendapatan sampingan. Gunakan peluang ini untuk 'menjual' kemahiran yang korang ada. 

7. Jual Makanan Secara Online

Menurut Neil Patel, antara 5 industri yang meningkat naik semasa pandemik Covid19 adalah makanan, kesihatan, media, kewangan dan farmasi. Apa yang kita boleh dapati daripada maklumat ini? 

Ya, gunakan kesempatan ini untuk menjual makanan. Dan pastikan korang promosikan bisnes secara online kerana dalam waktu PKP, bisnes seperti ini lebih mudah convert. Tapi pastikan makanan yang korang jual tu sedap dan bersih ya. 

8. Buat Dropship

Jika korang tidak mempunyai produk makanan sendiri, tak mengapa. Korang boleh buat dropship produk makanan orang lain. Selain daripada makanan, korang juga boleh memilih untuk buat dropship produk-produk selain daripada makanan.

Bagi yang masih tidak tahu, dropship ini maksudnya korang hanya promosikan produk orang lain, ambil order dan bayaran daripada pembeli. Korang hantarkan order beserta bayaran yang telah ditetapkan kepada penjual dengan kadar yang tertentu. Penjual akan membungkus dan menghantar produk yang telah dibeli oleh pembeli. 

9. Jadi Runner

Waktu-waktu PKP ini, tak ramai orang yang nak keluar rumah termasuklah untuk membeli barang-barang dapur atau membeli makanan. Gunakan kesempatan ini untuk korang tawarkan diri menjadi runner kepada mereka.

Korang boleh cas sama ada melalui cas penghantaran, cas upah atau korang mark up kan sedikit harga-harga barang yang korang beli tu. Semuanya bergantung kepada korang macam mana nak cas.

10. Product Photoshoot

Bagi yang mahir mengambil gambar, korang boleh tawarkan untuk mengambil gambar produk kepada product owner. Product owner boleh pos saja produk kepada korang. Kemudian korang ambil gambar di rumah. Apabila sudah siap, hantar hasil kepada mereka melalui email atau Telegram.

Masih banyak bisnes produk yang berjalan sekarang. Malah ada bisnes yang melonjak naik disebabkan oleh PKP terutamanya industri pemakanan. Jadi, peluang untuk product photoshoot memang ada.

Bagi yang terkesan dalam keadaan sekarang, korang boleh cuba beberapa pilihan pekerjaan secara online yang saya senaraikan di atas. Fadzi harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu korang mendapatkan idea bagaimana untuk menjana pendapatan di waktu kritikal ini. 

Fadzi doakan jugak agar korang dilimpahkan rezeki yang banyak dan mampu menghadapi dugaan dalam situasi getir sekarang ini. InsyaAllah semuanya akan berlalu dan kehidupan kita semua akan lebih baik dari sebelumnya. Aminn.

Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

$
0
0
Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan SedapKuih Cara Manis ni sangat mudah untuk dibuat. Fadzi pernah buat kuih ni dengan Aneeq. Aneeq pun nampak sangat enjoy masa buat kuih ni. Sebab senang kan.

Fadzi selalu confused acuan mana satu yang sebetulnya digunakan untuk buat kuih Cara Manis ni. Bentuk kuih ni biasanya bentuk bujur berlekuk di bahagian luar. Tapi ada juga yang berbentuk bunga.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Kuih Cara Manis

Ramai yang dah kenal kuih Cara Manis ni kan. Kuihnya berwarna hijau hijau muda daun pandan. Rasanya yang manis-manis memang mudah diterima orang. Tak kira yang besar ataupun kanak-kanak.

Tapi kalau nak lagi sedap, bahagian luar atau kulit kuih cara ni kena buat garing-garing. Baru sedap. Garing di luar. Manis, lembut dan sedikit cair-cair di bahagian dalamnya.

Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Hari ni Fadzi buat Kuih Cara Manis untuk berbuka puasa. Rasanya ini kuih yang paling senang nak buat. Bahan-bahan pun guna bahan yang selalu ada di rumah. 

Kalau dulu kita boleh pakai daun pandan yang ditanam di tepi rumah. Tapi sekarang kan ramai yang duduk rumah atas langit. Boleh saja gantikan daun pandan dengan pewarna hijau dan perasa pandan tiruan.

Baik, jom kita mula masak Kuih Cara Manis ni.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Bahan-Bahan Untuk Buat Kuih Cara Manis:

Daun pandan (Fadzi tak ada daun pandan. Guna pewarna hijau dan perasa pandan saja)
1 cawan air
100g santan (Fadzi guna setengah kotak 200g punya)
1 biji telur 1 1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya untuk ditabur di atas adunan kuih Cara Manis

Adunan yang terhasil daripada kuantiti bahan yang Fadzi tulis dekat atas ni boleh dapat 12 pasang kuih Cara Manis. Total 24 biji. Cawan yang Fadzi guna adalah cawan yang minum air teh tu. Telur pulak sebiji saiz B.

Cara Penyediaan Kuih Cara Manis:

1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender. 
Tips: Masukkan air, santan, telur, pewarna hijau serta perasa santan dulu. Kemudian baru letak tepung gandum. Kalau letak tepung gandum, masa blend, tepung gandum akan melekat pada dinding blender.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Incase tepung gandum terlekat pada dinding blender, korang guna spatula lembut untuk kikiskan tepung-tepung yang melekat tu dalam adunan. Lepas tu blender sampai sebati.

2. Bila adunan kuih Cara Manis dah sebati, korang tapis adunan tu. Tujuannya supaya adunan tak berketul. Kadang-kadang ada tepung yang tak sebati.

3. Panaskan acuan dengan api yang perlahan. 


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

4. Sapu minyak dalam acuan. Tujuannya untuk elak melekat dan nak bagi kulit luar kuih Cara Manis tu garing sikit. Tapi jangan sampai minyak bertakung dalam acuan.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

5. Tuang adunan tadi ke dalam acuan.

Tips: Untuk elakkan comot dan adunan terlebih melimpah daripada acuan, gunakan bekas yang ada muncung. Senang nak bajet berapa banyak nak letak dalam acuan.


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

6. Taburkan setengah sudu teh gula pasir di atas permukaan adunan.
Tips: Fadzi guna sudu KFC yang buat makan coleslaw atau mashed potato tu. Kiranya guna setengah daripada sudu KFC. 


Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

7. Tutup acuan. Bakar dalam masa 4 hingga 5 minit.
Tips: Fadzi tutup pakai tudung periuk yang muat-muat acuan. 

Bila dah agak-agak 5 minit, leraikan kuih Cara Manis dari acuan. Fadzi gunakan sudu saja. Senang. 

Tengok tahap mana korang nak kuih korang garing. Bila dah puas hati dengan tahap kegaringan, dah boleh angkat. Jangan bagi hangus.

8. Angkat dan sedia dihidangkan. 
Tips: Bila dah angkat, jangan terus makan. Melecur mulut nanti. Bagi suam-suam sikit baru makan.


Tips Buat Kuih Cara Manis Yang Sedap

Fadzi ada juga Google untuk dapatkan tips masak Kuih Cara yang sedap. Dan antara yang Fadzi jumpa tips adalah:

1. Penggunaan daun pandan

Kalau nak rasa yang lebih asli dan bau yang lebih wangi, gunakan daun pandan. Caranya cuma kisarkan daun pandan dan tapis bagi mendapatkan pati jus pandan tu.

2. Sapu Minyak Pada Acuan

Sapu kan minyak pada acuan kuih Cara Manis tu. Tujuannya untuk mengelakkan kuih Cara Manis terlekat pasa acuan. Bila sapu minyak, mudah sikit nak keluarkan kuih.

Resepi Kuih Cara Manis Paling Senang Dan Sedap

Kuih Cara Manis ni sangat sedap dibuat makan masa berbuka puasa ataupun hidangan menu minum petang. Rasa manis dia sedap je meluncur dalam anak tekak. 

Kalau korang nak buat kuih Cara Manis, bolehlah cuba Resepi Kuih Cara Manis ini. Selamat mencuba!


Cara Hilangkan Hasad Dengki

$
0
0
Cara Hilangkan Hasad Dengki | Pernah tak korang rasa ada orang dengki pada korang? Itu rasanya perkara biasa kan. Ada orang seronok bila tengok kita bahagia, ada kalanya tak suka tengok kita ada segalanya.

Tapi, pernah tak rasa korang yang sebenarnya dengki kepada kawan-kawan korang? Ha, jangan rasa pelik tau. Mesti ada waktunya kita ada rasa dengki dekat kawan-kawan bila diaorang dapat sesuatu kan.

Cara Hilangkan Hasad Dengki

Apa Itu Hasad Dengki?

Hasad dengki itu maksudnya:

”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”
(Imam Nawawi, Riyadhussolehin)

Kalau menurut Imam Ghazali, ada tiga jenis tahap kedengkian iaitu:

1. Kita mahukan kenikmatan orang lain itu hilang dan kita yang dapat menggantikannya.

2. Kita mahukan kenikmatan orang lain itu hilang walaupun kita tak dapat menggantikannya. Tak kisah kita tak dapat gantikannya disebabkan rasa mustahil kita boleh buat, susah untuk dapat atau sebab-sebab lain.

Yang penting, kita gembira kalau orang lain jatuh. Jahat sangat bunyinya kan?

3. Kita tak mahukan kenikmatan orang lain itu hilang tapi kita rasa benci dan menyampah kalau orang lain mempunyai kenikmatan yang lebih hebat daripada kita.

Yang ini pula kiranya kita macam tak redha dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.

Punca perasaan hasad dengki ini adalah dari mata. Kemudian lahirnya perasaan tak senang melihat kejayaan atau kesenangan yang dimiliki oleh orang lain. 

Banyak contoh hasad dengki ini sebenarnya tapi rasanya paling senang nak tengok hasad dengki di tempat kerja. Bila kawan kita naik pangkat, kita cemburu. Kita rasa kita yang patut dinaikkan pangkat.

Atau hasad dengki dalam media sosial. Kita nampak kawan tulis status pasal anak dia comel, kita kata hek eleh, anak aku lagi comel. Lebih kurang macam itu lah contohnya.

Tanda Dan Sifat Orang Berhasad Dengki

Tanda orang ada sifat hasad dengki:

"Apabila ada kawan atau kenalan kita dapat kejayaan, kita rasa sakit hati sangat. 

Dan apabila kawan kita dapat bencana, kita rasa senang hati, rasa seronok."

Cara Hilangkan Hasad Dengki

Orang yang memiliki sifat hasad dengki hidupnya tidak akan tenang. 
  • Yang pertamanya sebab dia dimurkai Allah. 
  • Dan yang keduanya, fikiran dia akan selalu bercelaru sebab asyik tidak puas hati terhadap orang lain.


Orang yang ada sifat ini akan mewujudkan permusuhan. Dia akan rasa diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Jadi, dia akan rasa gelisah setiap kali ada orang yang mempunyai kelebihan daripadanya.

Yang lebih teruk kalau sifat dengki itu mendorong dia melakukan perkara-perkara terkutuk seperti fitnah, bergaduh, berbohong, menghina dan sebagainya.


Fadzi ada baca dalam Facebook status Ustaz Iqbal Zain, katanya:
"Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi, hingga di dalam hadis ada dinyatakan, salah satu sebab dari golongan yang masuk neraka itu ialah ulama kerana hasadnya."


Fadzi rasa Fadzi sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam cemburu bila kawan-kawan atau kenalan di Facebook tulis status tentang kejayaan itu ini. Tapi tidaklah sampai tahap nak diaorang jatuh.

Tapi Fadzi pun rasa takut juga. Takut kalau Fadzi layankan perasaan cemburu ini, lama-lama akan jadi dengki yang tak munasabah pula. Jadi, Fadzi gigih Google cara untuk hilangkan perasaan hasad dengki ini.

Cara Hilangkan Hasad Dengki

Fadzi rasa benda ini penting untuk dikongsikan dengan korang semua. Mana tahu waktu ini korang pun ada terwujud perasaan hasad dengki ini dekat kawan-kawan atau kenalan kan.

Antara cara menghilangkan rasa dengki, korang boleh cuba di bawah:
1. Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, kita ucapkan tahniah dan cuba untuk bergembira atas kejayaan dia. Kalau orang itu ditimpa bencana, ucapkan takziah dan bersedih sekali dengan apa yang menimpanya.

2. Puji kebaikan dan keistimewaan orang itu tanpa dia tahu. Kalau kita tahu aib dia, simpan dan jangan sebarkan.

3. Kalau ada orang kutuk dia, bela dia. Ucapkan perkara yang baik-baik tentang dia.

3. Selalu berdoa agar Allah hilangkan serta jauhkan rasa dengki dalam diri sama ada terhadap orang yang kita dengki atau orang lain.

4. Redha dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun nikmat yang kita perolehi tak sehebat orang yang kita dengki. InsyaAllah mesti ada sebab kenapa Allah bagi kita kurang sikit kejayaan daripada orang itu.

5. Percaya kita ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan orang lain juga ada kelebihan serta kekurang mereka. Allah Maha Adil. Dia dah berikan peluang yang sama rata untuk kita semua.

6. Kalau tak mampu nak buat kelima-lima langkah di atas, ataupun dah buat tapi masih rasa dengki. Sekiranya korang follow orang itu di media sosial, unfollow saja mereka. Bukan niat untuk memutuskan silaturahim, tapi lebih untuk menjaga mata dan hati kita dari terus merasa tak tenang dan berdengki dengan apa yang mereka kongsikan. Nanti dah hari raya, datang rumah mereka dan mohon kemaafan :)

Cara Hilangkan Hasad Dengki


Kalau rasa-rasa diri kita dah cemburu terhadap kejayaan kawan-kawan kita, tahan perasaan itu ya. Kalau rasa tak boleh nak tahan rasa dengki, cuba langkah-langkah di atas ini. 

InsyaAllah kalau kita berusaha untuk elakkan maksiat dan kejahatan, Allah mesti akan bantu kita. Yang penting kita usaha. 


8 Idea Hadiah Menarik Untuk Bayi Baru Lahir Dari Raph & Remy

$
0
0
8 Idea Hadiah Menarik Untuk Bayi Baru Lahir Dari Raph & Remy | Fadzi kalau ada saudara atau kawan-kawan rapat yang baru lahirkan anak, kadang-kadang pening kepala fikir nak bagi hadiah apa dekat newborn baby diaorang.

Memang boleh bagi duit saja dan biar the parents decide nak beli apa dengan duit tu. Tapi sebenarnya Fadzi lagi suka kalau bagi hadiah yang boleh baby tu sendiri pakai dan kita nampak. Kan lagi seronok rasanya?

8 Idea Hadiah Menarik Untuk Bayi Baru Lahir Dari Raph & Remy

Gigih tau Fadzi Google idea hadiah menarik untuk newborn baby. Alang-alang dah Google, Fadzi kongsikan sekali dekat sini. Mana tahu korang pun tercari-cari idea untuk bagi hadiah kepada bayi baru lahir kan.

1. Organic Bamboo Baby Blanket



Korang boleh hadiakan newborn baby dengan selimut. Nampak simple je kan tapi kalau boleh pastikan selimut tu selamat dan selesa untuk dipakai baby.

Kalau Organic Bamboo Baby Blanket dari Raph & Remy ini, dia hypoallergenic. Kiranya selimut ini tak akan menyebabkan baby ada reaksi alergik. 

2. Personalised Hooded Towel & Mitt Set



Selain daripada itu, korang juga boleh hadiahkan bayi baru lahir dengan Personalised Hooded Towel & Mitt Set. Hooded towel ni nampak comel sangat kan untuk baby.

Yang bestnya, towel baby dari Raph & Remy ini bukan saja hypoallergenic. Tapi ia juga 3 kali lebih cepat menyerap air daripada kain cotton, antibakteria dan lembut sangat untuk kulit baby.

3. Personalised Teethers



Personalised Teethers ni boleh kira benda yang harus ada kalau nak bagi hadiah dekat baby. Teethers ni sangat-sangat membantu masa baby awal-awal tumbuh gigi.

Bukan sekali dua Fadzi kena gigit oleh anak-anak masa diaorang baby waktu dieorang gatal gusi nak tumbuh gigi tau. Dah lah sakit. So, baby teethers ni besar juga fungsi dia 😆😆

4. Bamboo Baby Swaddles 



Bamboo Baby Swaddles ni kain bengkung atau kain bedung. Gunanya untuk wrap kan badan baby supaya baby rasa selesa dan kurangkan refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ mereka.

Material kain bedung perlulah sesuai. Macam swaddle dari Raph & Remy ini okay sebab dia lembut, hypoallergenic, anti bakteria, cepat serap peluh dan tahan lasak.

5. SootherBuddy Security Blanket



Korang pun boleh bagi SootherBuddy Security Blanket untuk baby yang baru lahir. Blanket macam ni lebih kepada nak bagi baby rasa selamat dan tenang.

Kira blanket ni macam transitional object, nak bagi baby rasa kurang takut bila ada di tempat yang baru dan asing bagi dieorang. Yang penting juga, design blanket ini selamat untuk newborn baby.

6. Knotted Gowns




First time tau Fadzi tau pasal Knotted Gowns ni. Ya Allah comel sangat gown ni. Baby tidur dalam gown ni pun nampak comel sangat. Yang ini sesuai untuk baby newborn 0 sampai 3 bulan.

Dekat hujung gown ni, bahagian kaki, tempat ikat tu, korang boleh personalised kan untuk letak nama baby. Ada 7 pilihan warna gown dan 4 pilihan warna untuk benang sulam nama baby. Korang pilih saja.

7. Baby Onesies


Baby Onesies! Favourite Fadzi. Nak nak pulak banyak pilihan warna. Rasa nak grab semua je tapi nasib baik anak-anak semua dah besar. Baby Onesies ini pun sesuai untuk baby 0 sampai 3 bulan.

Onesies dari Raph & Remy ni bagus tau. Sebab diaorang tak ada tag dekat belah belakang tengkuk baby tu. Bila baby pakai, diaorang pun rasa selesa je.

Diaorang ada 7 pilihan warna yang korang boleh pilih. Yang warna putih saiz xs. Paling kecil. Tapi jangan risau sebab onesies ni strecthable ikut badan baby. Diaorang akan rasa selesa je pakai. 

8. Newborn Essentials Collection



Tapi pada Fadzi, kalau korang memang dah tak ada idea sangatlah nak beli apa kan, Fadzi cadangkan korang beli je Raph & Remy Gift Set macam yang ini. Senang. Semua benda dah ada dalam satu set. 

Dekat Raph & Remy Fadzi tengok ada dalam 4 jenis gift set. Bila Fadzi tengok, Newborn Essential Collection ini rasanya yang paling menarik antara semua. 

Kiranya complete ada Baby Onesies, Knotted Gown, Swaddle, Mittens, Reversible Slouch Beanie, Baby Booties, Baby Socks, Canvas Tote Bag dan Gift Card.

Dengan Raph & Remy, korang juga boleh personalised kan baby gifts korang dengan nama baby newborn tu. Kan nampak lagi special kan? Nampak thoughtful sangat siapa yang bagi hadiah siap dengan nama baby tu terus.

Banyak lagi sebenarnya produk-produk yang boleh dipilih daripada Raph & Remy ni. Korang boleh pergi tengok dekat website diaorang dan tengok sendiri apa yang menarik untuk dipilih. Mesti rambang mata punya lah.


Lepas ni dah tak payah pening-pening kepala fikir nak bagi hadiah apa dekat baby newborn. Semua dah lengkap dekat Raph & Remy. Cuma perlu pilih, bayar dan tunggu hadiah dihantar. Mudah kan?


Viewing all 456 articles
Browse latest View live