Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 456 articles
Browse latest View live

Menang Emas Dengan Shopping Online

$
0
0

Menang Emas Dengan Shopping Online | Bagi kaki kontest macam Fadzi, ini peluang terbaik untuk korang menang hadiah emas. Nak tahu macam mana? Teruskan membaca. 


Sebelum itu, Fadzi nak kongsikan dengan korang tentang satu platform membeli belah yang terbaru iaitu cmasa.my. Fadzi pun dapat tahu dari kawan-kawan dekat Facebook tentang emarketplace terbaru ini.



CMASA.my - Platform Membeli Belah Online Terbaru


CMASA.my - Platform Membeli Belah Online Terbaru 

CMASA.my ini adalah sebuah laman web pembelian atas talian yang diselenggarakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM). Dalam CMASA.my ini korang boleh jumpa banyak produk keluarkan tempatan dan Muslim. Dah semakin mudah untuk sokong produk tempatan kan? 


CMASA.my ini sebenarnya masih baru lagi. Tapi platform ini dah dapat perhatian ramai pengusaha tempatan untuk jual produk serta servis mereka di sini. Fadzi suka dengan effort YaPEIM buat untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tempatan untuk mempromosikan dan menjual produk serta servis mereka di platform ini. 


CMASA.my - Platform Membeli Belah Online Terbaru


Antara produk yang korang boleh beli di CMASA.my adalah:

  • Pes makanan

  • Bakeri

  • Sabun pencuci

  • Pakaian kanak-kanak 

  • Permainan kanak-kanak 


Menarik juga di platform ini, korang boleh tempah servis-servis seperti:

  • Pakej haji

  • Pakej umrah

  • Konsultasi bisnes


Sebagai satu langkah promosi besar-besaran untuk memperkenalkan platform ini, CMASA.my sedang mengadakan satu peraduan iaitu Peraduan cmasa.my Share & Menang Gold Bar. 


Menang Hadiah Emas Dengan CMASA.MY


Peluang Menang Hadiah Emas Dengan CMASA.MY

Hanya dengan membeli belah di platform CMASA.my, korang berpeluang untuk memenangi hadiah gold bar. Mudah sangat kan. 


Cara Menyertai Pertandingan 

Macam mana nak menang gold bar dari cmasa.my? Senang saja. Korang ikut saja langkah-langkah di bawah.


LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce CMASA di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.


LANGKAH 2 :

Sila simpan resit pembelian online korang daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE FB Page rasmi di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian korang sebagai pengesahan.


LANGKAH 3 :

Selepas korang menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula 


"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 


(sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri) beserta dengan gambar korang secara kreatif di posting korang . 


Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting korang untuk memudahkan pihak mereka untuk menemui posting korang secara public.




Hadiah Dan Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilihan seramai 6 orang yang mempunyai LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi dalam posting korang untuk dihadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada korang.


Selain daripada itu, jika korang tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, ada 10 hadiah saguhati untuk korang.


Jumlah hadiah yang akan diberikan terus kepada korang adalah sebanyak 16 hadiah! 


Tarikh Tutup Pertandingan

Tarikh tutup contest ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen ataupun mesej terus ke FB Page CMASA.


Senang sangat nak dapatkan peluang menang gold bar ini kan. Beli sahaja barang keperluan korang di CMASA.my. Kemudian ikuti langkah-langkah yang Fadzi dah sebut kan di atas. Lepas tu doa banyak-banyak semoga rezeki jatuh di tangan korang. 


Oh dan satu lagi, jangan lupa untuk sokong barangan tempatan dengan membeli produk-produk serta servis yang ada di CMASA.my. Produk tempatan sememangnya berkualiti dan berpatutan. 


Untuk maklumat lanjut tentang cmasa.my, korang boleh layan website dan media sosial mereka.


Website | Facebook | Instagram | Youtube




Shopping Online Dengan PGMall Sempena Super Shocking Sale

$
0
0
Shopping Online Dengan PGMall Sempena Super Shocking Sale | Sekarang ni Fadzi lebih selesa untuk shopping barang secara online saja. Ye lah kan, sejak daripada PKP hari tu, Fadzi rasa tak berapa selamat nak pergi keluar beli barang lebih-lebih lagi kalau bawa anak-anak. 

Fadzi dah tak boleh kira dah berapa banyak parcel yang sampai dekat rumah ni. Tiap-tiap minggu mesti ada parcel baru sampai. Kadang-kadang makanan, kadang-kadang baju dan kadang-kadang tu toys budak-budak. 

Rasanya lepas ni mungkin ada lagi banyak parcel yang sampai sebab PGMall tengah buat macam-macam promosi dekat website diaorang. 

Shopping Online Dengan PGMall

PGMall - Platform E-commerce Nombor Satu Malaysia

Bagi yang belum tahu, PGMall ini adalah platform membeli belah secara online nombor satu Malaysia. PGMall adalah satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Ia sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia, sejak dari tahun 2017 lagi.  

Platform e-commerce PGMall dah semakin popular dan mendapat tempat di kalangan pembeli online Malaysia. Antara sebabnya adalah PGMall selalu buat promosi barangan terbaik dan terdapat pelbagai pilihan produk yang boleh dibeli. Tak hairanlah kalau PGMall ini tersenarai sebagai top 3 website e-commerce oleh iPrice

Promosi Super Shocking Sale PGMall

Shopping Online Dengan PGMall

Sekarang PGMall ada buat promosi hebat Super Shocking Sale. Dalam waktu promosi ni, korang boleh beli barang dengan harga semurah RM1. Mana nak dapat barang harga macam itu sekarang kan?

Setiap hari PGMall akan keluarkan new deals tapi semuanya limited time offers tau. Jadi, pastikan korang datang jenguk website PGMall hari hari untuk tengok promosi apa yang ada, okay? Kalau tak, melepas segala promosi yang hebat. 

Selain daripada promosi Super Shocking Sale, PGMall pun ada buat promosi-promosi lain yang sangat berbaloi seperti:

Hot Day Sales

Shopping Online Dengan PGMall

Setiap hari akan ada tiga slot promosi Hot Day Sales yang akan diadakan iaitu pada pukul 10 AM, 4 PM dan 9 PM. Harga barang-barang terpilih akan jadi sangat murah masa waktu ini! Siap ada lowest price guaranty! 

Korang boleh beli barang dengan minimum 80% diskaun setiap hari dan harga serendah RM0.39. Weh, boleh pitam tengok promosi dieorang ni! 

Love You 3000

Shopping Online Dengan PGMall

Kalau korang buat mana-mana pembelian RM30 dan ke atas, korang juga dapat menyertai Kempen Love You 3000 dan berpeluang untuk menang hadiah bernilai RM3000 keseluruhan. 

Senarai nama pemenang akan diumumkan setiap 15hb dan 30hb setiap bulan. Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah:
  • Pemenang Pertama - RM500
  • Pemenang Kedua - RM300
  • Pemenang Ketiga - RM200
  • 10 Pemenang - RM100
  • 20 Pemenang  - RM50

Tips kalau nak menang, korang kena shopping banyak-banyak dekat PGMall. Baru peluang nak menang tu tinggi. 

Konsep ConsuMerchant 

Satu benda yang Fadzi suka kalau shopping dekat PGMall adalah konsep Consumerchant yang diaorang adakan. 
Shopping Online Dengan PGMall

Selain membeli barang-barang di PGMall, korang juga boleh buat duit. Korang boleh dapat cashback sehingga 3.5%. Cara nak dapatkan cashback ini, korang cuma perlu referkan orang lain untuk mendaftar akaun dan shopping di PGMall. Senang je kan?

Kalau korang nak tahu lebih lanjut macam mana nak dapatkan cashback ni, korang boleh baca dekat sini - PGMall Consumerchant Concept

Berbaloi sangat shopping dekat PGMall ni. Dah lah ada macam-macam jenis produk, promosi pun banyak. Tambah lagi semua barang boleh beli di hujung jari sahaja. Jimat masa, tenaga dan duit.

Jadi apa lagi? Jom membeli belah di PGMall. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website dan media sosial PGMall. 
Website: www.pgmall.my

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Supershockingsale #Hotdaysale #Loveyou3k



Tawaran Happy Hour Supper dari Domino's Menawarkan Diskaun 50% untuk Semua Pizza Biasa

$
0
0
Domino’s Malaysia adalah salah satu restoran dalam talian yang boleh memberi peluang untuk kita menikmati pelbagai menu pizza yang best. Tidak hanya pizza malah makanan lain juga seperti pasta, pencuci mulut dan lain-lain lagi. 

Antara menu pizza biasa yang ada di Domino’s ini adalah seperti pizza Classic Chicken, Smoky Pepperoni, BBQ Chicken, Aloha Chicken, Vegie Fiesta dan banyak lagi. Makan pizza waktu malam sebagai dinner pun seronok juga. Lagi pula pizza ini memang salah sejenis makanan yang menyenyangkan. Ada pelbagai jenis size juga sesuai dengan kehendak masing-masing. 



Domino’s Pizza ini juga boleh dihantar ke rumah tepat pada waktunya dengan harga yang berpatutan. Dengan cara ni tak payah lagi nak buang masa sendiri untuk drive ke restoran dan tunggu, sebaliknya hanya dengan beberapa klik, kita sudah boleh menikmati makanan yang sedap dihantar terus di depan pintu rumah masing-masing. 

Mereka juga ada menawarkan pelbagai jenis tawaran harga potongan yang menarik dan sangat menjimatkan. Dah macam makan menu sedap dan mahal di restoran mewah tetapi dengan harga yang sangat mampu dan berpatutan tanpa perlu mengeluarkan banyak belanja. 

Antara tawaran yang sedang hangat dikatakan sekarang adalah tawaran Happy Hour Supper dengan potongan diskaun sebanyak 50% untuk semua jenis pizza biasa. 

Wow!!! Untung banyak tu!!! 



Dengan adanya diskaun begini, dapatlah memuaskan keinginan hati untuk makan pizza dengan sepuas-puasnya! Best betul bila ada promosi Happy Hour yang super best ohsem dari Domino’s ni. 

Tawaran ini tersedia setiap hari, dengan potongan 50% untuk semua pizza biasa! Dan had masanya pula adalah dari jam 9 malam hingga 11 malam. Kiranya kalau tetiba rasa tak tahu nak makan malam kat mana, dan tetiba rasa macam nak makan menu ala Italia dengan pizza bersos sedap dan topping yang banyak, bolehlah buat pesanan dari mana-mana cawangan Domino’s yang terdekat. 

Tawaran ni boleh memberi kita kuasa untuk membuat pesanan untuk makan malam atau makanan ringan tengah malam, itu semua adalah panggilan anda. Walau bagaimanapun, bayaran tambahan masih dikenakan untuk rangkaian pizza Classic dan First Class.

Pizza adalah salah satu makanan keselesaan yang paling popular di dunia. Makin mengancam jika dapat makan potongan pizza hangat di malam yang sejuk. Terima kasih kepada gabungan pizza yang popular, Domino's, kita sekarang dapat menikmati pizza biasa dengan hanya separuh dari harga biasa.



Kita semua tidak dapat membeli kebahagiaan tetapi kita semua boleh membeli pizza dengan bayaran separuh harga untuk makanan yang sama! Memang benar bahawa ada pelbagai jenis pizza di luar sana tetapi tak dinafikan Domino's Pizza adalah salah satu jenama makanan pizza yang sangat sedap dan menyelerakan. 

Ohya suka juga untuk diingatkan yang promosi ini hanya akan sah dengan nilai pesanan pembayaran minimum sebanyak RM20 untuk penghantaran. Yang pasti, untuk menjimatkan masa dan memudahkan urusan untuk menikmati menu pizza dari Domino’s ini, kita boleh gunakan perkhidmatan pizza delivery dari Foodpanda.



Dengan Foodpanda, kita dengan senang dapat menikmati Domino’s tanpa perlu bersusah payah macam dulu lagi. Tak kiralah walau dah malam, jika terasa nak makan Domino’s tanpa mahu melangkah keluar dari rumah, bolehlah buat tempahan dari aplikasi lamanweb Foodpanda. Lagi-lagi dengan adanya tawaran diskaun separuh harga tahap begini, rugi besar kalau tak guna peluang yang ada. 

Ingat pizza, ingat Domino’s. Selamat menjamu selera bersama keluarga dan insan tersayang. 

Cara Buat Duit Dengan Menulis

$
0
0

Cara Buat Duit Dengan Menulis | Sebelum menjadi seorang blogger dan sekarang seorang ghostwriter, Fadzi tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh jana pendapatan dengan menulis. Sungguh, tak pernah terfikir langsung.

Sampailah Fadzi terjebak dengan dunia blogging secara serius. Barulah Fadzi sedar dengan menulis, kita boleh buat duit. Tapi Fadzi tak nak berhenti setakat menulis blog personal sahaja, Fadzi nak lebih daripada itu.

Kemudian, terjebaklah Fadzi ke dalam dunia ghostwriter. Barulah terbuka mata Fadzi seluas-luasnya tentang peluang buat duit dengan menulis. Besar sebenarnya peluang yang ada walaupun hanya dengan menulis ini.

Cara buat duit dengan menulis

Cara Buat Duit Dengan Menulis

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak buat duit dengan menulis. Betul tak? Ramai yang rasa macam eh betul ke boleh jana pendapatan hanya dengan menulis?

Sebelum ini Fadzi pun macam itu. Rasa yakin tak yakin saja. Lebih-lebih lagi bila fikir nak jadikan menulis sebagai satu kerjaya tetap. Sampailah Fadzi terjumpa ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis.

Bagi Fadzi, ebook ini sangat berbaloi bagi yang nak memulakan kerjaya dengan menulis. Tak kisah sama ada nak buat kerjaya menulis ini sebagai satu kerjaya tetap atau part time. 

Dalam ebook ini korang akan dapat panduan sebenar cara untuk menjana pendapatan dengan aktiviti penulisan. Sesuai bagi korang yang baru nak bermula mahupun yang nak tambah ilmu tentang kerjaya freelance writer ini.


Nota: 

Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila korang beli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email korang dan korang perlu download ia ke komputer atau smartphone korang. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah korang.


Penulis E-book: Aqif Azizan

Bagi yang belum mengenali Tuan Aqif Azizan, beliau adalah seorang pakar dan juga jurulatih penulisan bisnes yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan.

Aqif Azizan

Fadzi pun memang follow Tuan Aqif Azizan sejak pertama kali Fadzi kenal beliau masa menghadiri Seminar Buat Duit Dengan Affiliate pada tahun 2014. Antara kejayaan yang buat Fadzi kagum dengan Tuan Aqif Azizan adalah

  1. Mampu menjana 4 angka hampir setiap bulan daripada upah menulis untuk orang lain. 
  2. Menghasilkan beberapa buah ebook yang mampu memberikan beliau pendapatan pasif. Antara ebook yang pernah beliau tulis adalah 17 Resepi Kaya & Berjaya, Rahsia Usahawan Emas dan 7 Hari Siapkan Ebook.
  3. Menghasilkan 3 buah buku iaitu Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 2 serta Buat Duit Dengan Freelance Blogging.


8 Perkongsian Mahal Dari Tuan Aqif Azizan

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana Tuan Aqif Azizan boleh menulis begitu banyak bahan penulisan dalam jangka masa yang singkat? Macam mana pula nak jana pendapatan yang konsisten setiap bulan hanya dengan menulis?

Kesemua persoalan inilah yang Tuan Aqif kongsikan dalam ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis. Ada 8 bab penting yang korang kena baca dan kena hadam untuk faham.

Cara buat duit dengan menulis

1. 5 Sebab Kenapa Tuan Aqif Azizan Gila Menulis

Untuk menjadi seorang penulis, korang perlu ada paling kurang satu daripada 5 sebab yang dikongsikan oleh Tuan Aqif. 5 sebab ini biasanya orang panggil BIG WHY.

BIG WHY kenapa korang nak menjadikan menulis sebagai satu kerjaya. BIG WHY ini boleh jadi disebabkan oleh duit, keluarga, diri sendiri dan sebagainya. 


2. 10 Batu Penghalang Serta Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sebagai Penulis

Korang perlu tahu dan elakkan daripada melakukan 10 kesilapan ini untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, dengan lebih mudah. 

Fadzi sendiri ada buat kesalahan-kesalahan yang disenaraikan. Sekarang Fadzi perlahan-lahan cuba elak daripada melakukan kesalahan yang sama. Daripada 10 kesalahan itu, Fadzi ada buat 8 kesilapan 😅😅


3. 3 Fasa Penulisan 

Terdapat 3 fasa penulisan yang korang kena lalui untuk memudahkan korang menguruskan diri serta kerjaya freelance writer. Sejujurnya, Fadzi pun tak terfikir tentang fasa-fasa ini.

Tapi, Fadzi sangat setuju dengan fasa yang terakhir dalam ebook ini. Fadzi sendiri dah mengalami masalah yang sama seperti Tuan Aqif ceritakan dalam ebook ini. 

Cuma pada waktu itu, Fadzi masih tak ada ilmu tentang cara nak menghadapi fasa terakhir itu. Sekarang dah tahu, Alhamdullilah dah boleh elak masalah yang selalu dialami oleh freelance writer di fasa ketiga. 


4. 9 Syarat Membina Blog

Blog adalah medium yang sangat bagus untuk korang bina jenama sebagai seorang penulis. Tapi blog yang bagus perlu dibina dengan bersyarat. Bukan secara hentam keromo sahaja. 

Bab ini akan terangkan 9 perkara penting bina blog yang berkualiti untuk menjadi seorang penulis. Banyak juga kesalahan yang Fadzi dah buat dalam blog sekarang. Fadzi kena perbaiki dari semasa ke semasa.


5. 17 Cara Promosi

Terdapat 17 cara yang dikongsikan oleh Tuan Aqif untuk mempromosikan servis menulis anda kepada bakal pelanggan. Selepas baca bab ini, Fadzi rasa macam banyak lagi cara yang Fadzi tak gunakan untuk mempromosikan servis yang Fadzi tawarkan ini. 

Fadzi pilih satu cara untuk buat dalam satu-satu masa. Lebih senang untuk follow. Kalau nak buat semua cara dalam satu masa, Fadzi takut nanti jadi serabut pula.


6. 3 Teknik Menjadi Pakar Dengan Pantas

Bab teknik menjadi pakar dengan pantas ini adalah bab yang paling Fadzi suka. Dan Fadzi juga tak sangka kita sebenarnya boleh menjadi seorang yang pakar dalam sesebuah bidang dalam jangka masa yang singkat. 

Korang perlu dapatkan ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis ini untuk tahu cara-cara untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang korang nak ceburi.


7. 5 Formula Mudah Tingkatkan Jualan

Jualan dan freelance writing adalah dua perkara yang saling berkait. Kalau kita sebagai seorang freelance writer tidak mempunyai jualan, kita akan rasa:

  • Motivasi untuk menulis merudum
  • Minat menulis semakin pudar
  • Ragu-ragu dengan potensi freelance writing

Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan jualan. Ada 5 formula mudah yang korang boleh terus guna untuk mendapatkan serta meningkatkan jualan servis menulis korang.


8. 37 Cara Cari Idea Penulisan

Memang diakui kadang-kadang Fadzi jadi kering idea nak menulis. Tapi idea menulis tidak boleh ditunggu datang sendiri. Kita perlu buat sesuatu untuk mendapat idea. 

Dalam bab ini, ada 37 cara untuk kita dapatkan idea untuk menulis. Semuanya mudah dilakukan. Cara-cara ini memang membantu Fadzi mendapatkan idea masa terkena writer's block.


cara buat duit dengan menulis
Kredit gambar: Freepik

Fadzi sendiri dah baca ebook Rahsia Mudah Menulis RM1000 Sebulan Dengan Menulis ini. Banyak panduan yang Fadzi dapat untuk menjana pendapatan daripada menulis sahaja.

Banyak lagi ilmu dan tips yang Fadzi baca tapi tak apply lagi dalam kerjaya penulisan Fadzi. Baru buat sikit-sikit. Tips dan ilmu yang ada dalam ebook ini banyak sangat. 

Kalau nak mudah, tak perlu buat semua dalam satu-satu masa. Korang boleh pilih mana yang korang rasa mudah dan selesa nak buat dulu. InsyaAllah korang boleh nampak perubahan. 


Kalau korang pun nak mula menjana pendapatan dengan menulis, korang boleh dapatkan di sini - Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis.




Cara Untuk Jadi Ghostwriter Malaysia

$
0
0

Cara Untuk Jadi Ghostwriter Malaysia | Kebelakangan ini Fadzi banyak dapat soalan dekat email pasal bidang ghostwriter. Ramai yang berminat untuk tahu macam mana nak jadi seorang ghostwriter.

Jadi dalam entry kali ini, Fadzi kumpul semua soalan yang Fadzi selalu dapat dan jawab terus dekat sini. 

Mana tahu one day, korang pun terbuka hati nak jadi ghostwriter juga kan. Macam Fadzi dari blogger tiba-tiba jadi ghostwriter.

Sebelum Fadzi kongsikan cara-cara untuk menjadi seorang ghostwriter, rasanya eloklah kita fahamkan dahulu apa itu ghostwriter, apa kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh ghostwriter dan siapa yang memerlukan khidmat ghostwriter ini?


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,


Apa Itu Ghostwriter?

Korang tahu atau tidak ghostwriter itu apa? Kalau yang masih belum tahu, ghostwriter adalah seorang penulis yang diupah untuk menulis bagi pihak orang lain

Hasil penulisan tersebut tidak akan dikreditkan langsung kepada ghostwriter. Ia akan menjadi hak milik pihak yang mengupah kita 100%. 

Nampak macam sedih? Jangan risau sebab harga yang dibayar untuk dapatkan hasil kerja kita memang berbaloi dengan apa yang kita korbankan.

Ghostwriter juga dikenali sebagai penulis siluman, penulis hantu ataupun penulis upahan dalam bahasa Melayu.


Jenis Kerja Yang Dilakukan Oleh Ghostwriter

Sebagai ghostwriter, banyak jenis pekerjaan yang korang boleh lakukan. Antaranya:

  • Menulis artikel untuk blog atau website
  • Menulis buku atau ebook
  • Menulis content untuk media sosial
  • Menulis copywriting untuk jualan
  • Menulis surat rasmi
  • Menulis teks ucapan 
  • Menterjemah
  • Transkripsi (menukar video atau audio ke teks)
  • Menyediakan kertas kerja untuk syarikat atau individu
  • Menyediakan company profile untuk syarikat
  • Menulis skrip drama
  • Menyediakan penulisan teknikal seperti SOP
  • Menyediakan proposal atau tender
  • Proofread dokumen
Apa yang Fadzi senaraikan adalah sebahagian daripada kerja yang boleh dilakukan oleh seoran ghostwriter. 

Banyak lagi tugasannya. Kerjaya sebagai seorang ghostwriter tidak terbatas

Bila korang masuk sendiri dalam bidang ini, korang akan dapat banyak peluang yang tidak tersangka-sangka. 

Korang akan rasa sendiri betapa luasnya bidang ghostwriter sebab ramai sebenarnya memerlukan servis menulis ini.


Siapa Yang Memerlukan Khidmat Ghostwriter?

Mesti korang tertanya-tanya, adakah orang yang perlukan khidmat menulis? Kenapa mereka tidak menulis sendiri? 

Memang ada orang di luar sana yang memerlukan khidmat penulis ghostwriter ini. Sebabnya:

  • Tidak mahir menyusun ayat dengan baik
  • Tidak mahir tentang SEO (Search Engine Optimization)
  • Tidak mempunyai masa
  • Tiada idea untuk menghasilkan content di media sosial 

Bakal client korang boleh jadi dari golongan:
  • Tokoh negara
  • Ahli politik
  • Artis dan selebriti
  • Orang kenamaan
  • Founder produk atau bisnes 
  • Pakar dalam sesuatu bidang
  • Organisasi

Jadi jika korang mempunyai kemahiran unutk menulis, ambil peluang ini untuk tawarkan servis menulis bagi pihak mereka. 

Tapi macam mana nak jadi seorang ghostwriter?

Cara Untuk Menjadi Seorang Ghostwriter

Untuk menjadi seorang ghostwriter, korang boleh bermula sendiri. Caranya mudah tapi hati kena kental ya. 

Fadzi kongsikan dengan korang cara Fadzi bermula sebagai seorang ghostwriter.


1. Cari Ilmu Penulisan Dan Marketing

Perkara pertama yang Fadzi buat adalah join kelas online Ghostwriter Junior. Fadzi percaya setiap apa yang kita nak buat, kena ada ilmu

Jadi Fadzi join kelas ini. Alhamdullilah banyak benda yang Fadzi belajar pasal ghostwriter melalui kelas ini.

Korang tak perlu risau nak pergi kelas sebab semua pembelajaran dibuat melalui online sahaja. Kelas online selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. 

Ada 6 modul yang penting untuk korang tahu macam mana nak mula jadi ghostwriter.

Kalau korang nak join juga kelas ghostwriter junior ini, korang boleh klik dekat sini - Kelas Online Ghostwriter Junior. 

Selepas masuk dalam bidang ghostwriter, Fadzi non stop cari ilmu pasal penulisan dan marketing. 

Disebabkan Fadzi agak susah nak keluar rumah dan masuk kelas fizikal, biasanya Fadzi akan join kelas-kelas yang dijalankan secara online. 


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,

2.Promosikan Diri Melalui Media Sosial

Apa-apa jenis bisnes termasuk jual barangan atau servis memerlukan promosi untuk dikenali. 

Sama juga dengan servis penulisan ghostwriter. Servis ini juga memerlukan promosi untuk dikenali ramai.

Korang boleh bermula dengan promosi servis ghostwriter yang korang lakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Cuba lakukan promosi secara soft sell lebih daripada hard sell. Macam mana nak buat promosi secara soft sell? 

Bagi Fadzi cara promosi secara soft sell lebih muah daripada hard sell. Korang boleh jadi diri sendiri.

Ambil gambar workspace korang dan cerita tengah buat apa. Ambil video tengah menaip dan buat story telling sikit.

Ambil gambar tengah spend time dengan anak, kemudian buat storytelling tengah spend time dengan anak habis-habisan sebab nanti dah nak mula buat kerja-kerja menulis. 


3. Cari Kerja-Kerja Di Media Sosial

Selain daripada mempromosikan servis ghostwriter, korang juga boleh ambil inisiatif sendiri untuk mencari kerja. 

Kerja sebagai penulis bebas, kita tak boleh tunggu kerja datang cari kita. Kita sendiri kena cari kerja. 

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mencari kerja ialah melalui:

  • Facebook Jobs
  • LinkedIn Jobs
  • Bidding di website freelance marketplace seperti Upwork dan Freelancer.com
  • Email kepada founder produk atau servis terutamanya company start-up
  • Tanya kepada ahli keluarga serta kawan-kawan 
  • Cari di Google dengan keyword "penulis artikel"


4. Networking Dengan Ghostwriter Lain

Sama seperti bidang-bidang lain, lebih banyak networking yang korang ada, lebih besar peluang kerja yang bakal korang dapat. 

Bukanlah bermakna korang menggunakan kabel untuk mendapatkan kerja. 

Jauh ya beza guna kabel dengan bernetworking.

Kalau korang masuk kelas online Ghostwriter Junior yang Fadzi join tu, lepas habis kelas korang akan dimasukkan ke dalam Group Alumni Ghostwriter Junior. 

Dekat situ, korang akan dapat banyak peluang pekerjaan yang dikongsikan dengan alumni-alumni yang lain. 

Kebanyakan mereka yang berkongsi kerja ini tak menang tangan dapat kerja menulis.

Selain itu, dalam group alumni ini, banyak lagi ilmu yang korang akan dapat. Alumni akan berkongsi pengalaman-pengalaman diaorang masa buat kerja. 

Jadi kalau korang ada masalah masa buat kerja menulis, boleh tanya dekat situ saja.


Ada beberapa lagi cara yang korang boleh buat tapi Fadzi masih belum buat iaitu:


5. Buat Website Professional

Bina website ghostwriter yang professional. Letakkan maklumat-maklumat yang penting untuk orang mudah cari korang melalui website tersebut. 

Buat sekali professional personal branding supaya orang mudah nak kenal korang.

Korang tak perlukan website yang fancy pun. Cukup sekadar ada 5 page - Home, About, Contact, Services dan Blog

Jangan underestimate the power of page blog dalam sesebuah website ya. Blog inilah yang akan memastikan website korang sentiasa hidup. 

Page website lain kebiasannya statik dan tidak banyak perubahan. Kalau blog pula, sentiasa ber'update'. 

Itulah fungsi sebenar page blog dalam sesebuah website. Untuk memastikan webpage itu sentiasa hidup.


6. Buat Name Card

Fadzi ada name card online untuk servis ghostwriter. Tapi Fadzi tak buat name card fizikal. 

Mungkin sebab Fadzi memang tak selalu keluar rumah pun untuk berjumpa orang dan sebagainya. 

Tapi kalau korang jenis yang selalu keluar rumah atau jumpa ramai orang, korang boleh buat name card. 

Tinggalkan name card korang di mana-mana tempat yang sesuai atau bertukar name card dengan potential client.


Dah tahu cara-cara nak jadi ghostwriter? Dah ready nak jadi ghostwriter? 

Mungkin korang kena tahu juga untuk menjadi seorang ghostwriter, ada beberapa benda yang korang perlu ada.


Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Ghoswriter?

Apa yang korang perlu ada untuk bermula sebagai seorang ghostwriter? Untuk menjadi seorang ghostwriter, korang perlukan benda-benda ini:


1. Laptop/Dekstop atau Smartphone

Seboleh-bolehnya dapatkan sebuah laptop supaya korang senang untuk buat kerja-kerja menulis. 

Kalau tiada laptop pun, sebenarnya smartphone sudah mengcukupi cuma korang kena bersabar sikit lah.

Fadzi sendiri guna ketiga-tiga laptop, dekstop dan smartphone untuk bekerja. 

Kalau dekat meja kerja, Fadzi gunakan dekstop ataupun laptop. Kalau Fadzi buat kerja selain di meja kerja, Fadzi akan buat kerja menggunakan phone.

Untuk menulis Fadzi menggunakan Google Docs supaya Fadzi boleh sync semua kerja-kerja Fadzi sama ada dalam dekstop, laptop ataupun smartphone. 

Contohnya kalau belah pagi Fadzi buat kerja dengan dekstop kemudian Fadzi berhenti sekejap untuk masak lunch. 

Lepas lunch Fadzi boleh sambung buat kerja dekat mana yang Fadzi berhenti tadi menggunakan smartphone ketika duduk di sofa pula. Mudah kan?


2. Email Atau Cara Untuk Dihubungi

Sebelum ini Fadzi menggunakan nombor telefon supaya client boleh menghubungi Fadzi melalui Whatsapp sahaja. 

Tapi selepas ada mentor, Fadzi baru tahu nombor telefon kita sebenarnya private dan tak sepatutnya digunakan untuk komunikasi dengan client. 

Kecuali jika korang ada nombor telefon yang khusus untuk kerja dan tidak bercampur dengan nombor telefon peribadi.

Jadi nasihat Fadzi, korang berkomunikasi dengan email atau platform komunikasi yang tidak memerlukan korang untuk berkongsi nombor telefon peribadi contohnya seperti Skype, LinkedIn Message dan Facebook Messenger.

Tapi sebab Fadzi dah bermula awal dengan nombor telefon, jadi Fadzi teruskan juga dengan nombor telefon hehe.


cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,

3. Portfolio

Untuk meyakinkan bakal client untuk mengupah korang menulis, mereka perlu pastikan yang korang mempunyai skill menulis yang bagus. 

Macam mana mereka nak tahu? Melalui portfolio korang lah.

Portfolio itu apa? Portfolio itu adalah contoh-contoh kerja yang korang boleh tunjukkan sebagai bukti yang korang mampu buat sesuatu kerja. 

Untuk kerja-kerja ghostwriter, korang boleh sediakan portfolio berbentuk penulisan.

Berapa banyak contoh penulisan yang perlu ada? 

Fadzi cadangkan korang sediakan 3 ke 5 contoh penulisan. Pastikan kesemuanya adalah contoh penulisan yang terbaik korang ada. 

Tak perlu tulis artikel yang terlalu panjang. Cukup sekadar satu page A4 penuh.

Tulis lebih kurang 500 patah perkataan. Korang boleh letak sample penulisan dalam blog, website atau Google Drive. 

Jika client nak contoh penulisan, korang boleh berikan sahaja link blog, link website atau link kepada Google Drive di mana korang simpan portfolio korang.

Pastikan korang set Google Drive kepada setting read only. Risau juga kalau potential client godek-godek masa tengok sample korang, terdelete atau tertambah dokumen pula.


4. Bank Akaun

Perkara yang paling penting untuk menjadi seorang ghostwriter adalah bank akaun

Korang boleh pilih nak buat bank akaun dari bank mana-mana pun. Terpulang kepada pilihan korang sendiri.

Tapi kalau korang berniat untuk nak dapat kerja dari luar negara, Fadzi cadangkan korang buat akaun PayPal untuk menerima bayaran. 

Sebab PayPal adalah antara platform online payment system yang boleh dipercayai.


5. Semangat Yang Tinggi

Dan yang terakhir, korang perlu ada semangat yang tinggi. Kerja sebagai seorang ghostwriter atau mana-mana jenis freelancer bukan senang

Selain daripada buat kerja, kita juga harus mencari kerja. Tak boleh duduk diam sahaja nanti kerja tak masuk.

Kita juga kena pandai susun masa untuk waktu kerja dan waktu keluarga. 

Ambil kerja yang mampu kita buat dalam kuantiti yang sesuai supaya kita boleh menghasilkan kualiti kerja yang bagus.

Kita juga kena bersedia untuk menerima rejection apabila potential client 'seen' kan sahaja message kita selepas kita beri rate card. 

Perkara ini memang dah biasa berlaku. Fadzi pun sendiri selalu kena. Tapi jangan risau, insyaAllah ada banyak lagi rezeki kita di luar sana.


Fadzi dah bercerita panjang pasal apa itu ghostwriter, apa kerja-kerja yang ghostwriter lakukan dan siapa yang memerlukan servis ghoistwriter ini. 

Korang pun dah baca macam mana nak mula jadi ghostwriter dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang ghostwriter. 

Macam mana? Dah berkobar-kobar nak jadi ghostwriter?

Mungkin ada satu perkara lagi yang korang nak tahu sebelum mula berjinak-jinak dengan bidang ghostwriter ini. 

Mesti korang nak tahu berapa bayaran yang diterima oleh seorang ghostwriter untuk servis menulis ini kan?

cara jadi ghostwriter, macam mana nak jadi ghostwriter, langkah-langkah jadi ghostwriter, berapa bayaran ghostwriter, apa kerja ghostwriter,


Berapa Bayaran Jadi Ghostwriter?

Ini adalah soalan yang paling 'hot' bila orang bertanya pasal ghostwriter. Berapa bayaran yang diterima oleh seorang ghostwriter. 

Bila bercakap pasal bayaran ghostwriter, Fadzi tak boleh nak jawab secara tepat.

Setiap ghostwriter ada rate harga servis sendiri. Ada yang murah dan ada yang lebih mahal. 

Kenapa? Sebab ianya bergantung kepada pengalaman dan skill menulis yang mereka ada. 

Ada juga yang meletakkan harga berdasarkan patah perkataan, jam bekerja ataupun berdasarkan projek

Untuk kerja-kerja yang berulang atau kecil-kecilan, Fadzi boleh cadangkan korang letak harga berdasarkan jumlah patah perkataan ataupun jam waktu bekerja. 

Tapi untuk projek besar seperti buku, ebook dan content untuk media sosial, wajarlah kalau korang letak harga berdasarkan project mileage. 

Contohnya menulis buku; client buat bayaran deposit 30% sebelum kita mulakan kerja-kerja menulis. 

Lepas kita siapkan agak-agak dalam 40% kerja, client perlu bayar dalam beberapa % daripada harga penuh. Dan seterusnya sampailah kita siap kerja. 

Kerja untuk setiap penulisan juga haruslah berbeza-beza. 

Harga untuk menulis 1000 patah perkataan artikel untuk blog atau website tidak boleh sama dengan harga untuk menulis ebook 20 patah perkataan.

Harga untuk copywriting iklan FB Ads juga tidak semestinya sama dengan harga menterjemah teks berbahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. 

You get the idea, kan?


Dah Sedia Nak Jadi Ghostwriter?

Sekarang korang dah baca habis artikel ini, dah bersedia untuk menjadi seorang ghostwriter yang bagus? 

Sebelum menjadi seorang ghostwriter, pastikan korang lengkapkan diri dengan sedikit basic tentang menjadi penulis upahan.

InsyaAllah, kalau korang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, Allah akan bagi pulangan yang lebih berbaloi. Selamat berjinak dalam bidang ghostwriter 😄

Kalau ada apa-apa soalan lagi tentang ghostwriter, korang boleh email Fadzi dekat fadzirazak@gmail.com.

Kalau nak dapatkan servis penulisan Fadzi pun, boleh email juga Fadzi. InsyaAllah, korang akan dapat hasil penulisan yang terbaik daripada Fadzi.


Kredit Gambar: Freepik

10 Menu Vegetarian di Pulau Pinang, Untuk Mereka Yang Tak Makan Daging!

$
0
0

Walaupun rata-rata menu daging merupakan antara menu yang sering mendapat sambutan, tapi tak semua orang suka makan daging. Malah ada yang sama sekali tak makan daging dan lebih kepada makanan laut ataupun sayur-sayuran.


Corak pemakanan seseorang itu hak masing-masing dan bagi mereka yang lebih gemarkan menu sayuran, di sini dikongsikan 10 menu dan lokasi tempat makan untuk pengemar vegetarian untuk negeri Pulau Pinang.



#1. SUPE Vegan - George Town

Restoran Jepun Vegan menyajikan sushi vegan, roti tangan, tempura, nasi goreng dan mi, mi sup, dan bubur. Duduk di atas tikar tatami atau kerusi makan biasa. Est. 2013 dahulu sebagai Sushi Kitchen (pemilikan berbeza).

Alamat: 12 Gat Lebuh Acheh, Georgetown, Penang, Malaysia


#2. Sushi Kitchen Gurney Plaza

Adakah anda menginginkan masakan Jepun tetapi enggan merosakkan diet vegetarian anda? Sushi Kitchen adalah penyelesaian terbaik untuk anda! Tidak ada tempat lain yang melakukannya seperti mereka, menyajikan masakan Jepun dari sushi roll hingga udon.

Alamat: Gurney Plaza, 03-82, 170, 10250 George Town, Penang.


#3. Mews Cafe

MEWS CAFÉ menyajikan makanan Melayu yang disediakan dengan bahan-bahan tempatan segar. Pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera dalam suasana berhawa dingin yang selesa atau di kawasan terbuka. Kafe yang enak disajikan semua disediakan dengan sos dan rempah buatan sendiri, tanpa penggunaan MSG.

Alamat: 77, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Penang



#4. The Leaf Healthy House

Restoran vegetarian yang didirikan pada tahun 2011 ini yang terdapat di Penang Road ini mempunyai suasana hijau sementara di bahagian dalamnya sangat selesa. Terdapat ramai pekerja yang pergi ke sini untuk makan tengah hari.

Kedai ini tidak menggunakan gluten, MSG, perasa, pewarna tiruan, gula putih, dan garam putih, mereka memilih untuk menggunakan rempah tertentu sahaja. Menu yang terdapat di sini adalah gabungan makanan Barat dan Timur, ada nasi, mi, spageti. Apa yang disyorkan ialah Nasi Ulam - nasi kukus dengan campuran ramuan dan rempah

Alamat: 5, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.


#5. Zen Xin Vegetarian

Makanan vegetarian moden mempunyai pelbagai jenis variasi dan rasanya lebih sedap. Restoran ini sangat terkenal kerana rasa hidangan vegetarian tidak kalah dengan hidangan biasa yang mengandungi daging. Sebilangan besar makanan adalah Makanan Cina.

Alamat: 42, Jalan Nagor, 10050 George Town, Pulau Pinang.


#6. Idealite


Idealite merupakan salah satu restoran yang terkenal, ia mempunyai cawangan di Malaysia Timur dan Utara dan sehinggalah ke Singapura. Kebanyakan orang berpendapat bahawa makanan vegetarian tidak kaya dengan nutrien, tetapi makanan di Idealite mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat, mineral, dan air.

Alamat: 3f 60, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang.


#7. Yi Ke Shu

Dengan konsep kafe yang menjual kopi, makanan Barat, dan pencuci mulut, Yi Ke Shu cuba menawarkan makanan vegetarian kepada kalangan orang muda. Menu yang sangat menarik dengan reka bentuk dalaman kafe yang menawan. Terdapat juga tempat khas untuk produk buatan sendiri dan organik.

Makanan yang disyorkan di sini adalah tahu goreng dengan sos manis dan masam, mi cendawan buatan sendiri, pizza petani, dan nasi sos merah. Selepas makan, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis kek yang terdapat di kafe ini.

Alamat: 29-1-57, Jalan Paya Terubong, Golden Triangle, 11900 Penang.


#8. Janxden Greenlife

Sekiranya anda ingin mencuba campuran makanan Barat dan Asia, Janxden Greenlife merupakan tempatnya. Menu yang terdapat di kafe ini semuanya merupakan buatan sendiri, dari nasi, bubur, spageti, makanan sampingan, makanan ringan, sehinggalah minuman.

Anda pasti akan keliru apabila melihat terdapat begitu banyak menu. Antara yang disyorkan ialah Bubur Brokoli, pulpa lembut yang dicampurkan dengan brokoli.

Alamat: 50, Jalan Chow Thye, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang.



#9. Evergreen Vegetarian House

Evergreen Vegetarian House merupakan restoran yang menyediakan hidangan vegetarian dan juga menggunakan sistem layan diri. Pilih hidangan anda daripada 30 hidangan vegetarian yang terdapat di sini termasuk kangkung goreng, roti kukus, ladu, tauhu, dan pelbagai lagi.

Antara harga yang biasa dicecah oleh pelanggan ialah sekitar RM10 untuk tiga hidangan termasuk nasi.

Alamat: 39 A, Jalan Cantonment, 10250 George Town, Pulau Pinang


#10. Holy Guacamole - Love Lane

Mungkin satu-satunya restoran Mexico yang terdapat di sini, Holy Guacamole mempunyai quesadilla, burrito, fajitas, pizza, dan taco yang boleh disajikan di Naucalpan.

Makanan di sini tidak sepenuhnya vegetarian, tetapi terdapat pilihan vegetarian, dan dengan muzik live pada waktu malam, ia adalah tempat yang anda tidak mahu ketinggalan.

Alamat: 65, Love Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Itulah dia 10 lokasi menu vegetarian di Pulau Pinang. Tapi sebelum buat sebarang pesanan pastikan dulu restoran itu benar-benar sesuai dan ada status Halal kerana perkongsian restoran di atas ini bersifat menyeluruh mengikut masyarakat kita yang berbilang kaum.



Untuk lebih mudah dan selamat, boleh buat pesanan online melalui aplikasi Foodpanda. Melalui food delivery penang oleh Foodpanda ini ada pelbagai menu yang sesuai termasuk untuk mereka yang bukan pecinta daging.

Dan untuk setiap menu tersebut memang ada info untuk restoran dan sajian yang dipamerkan. Bolehlah lihat status halalnya juga.



Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

$
0
0

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia | Hari ini merupakan hari ke 25 Fadzi menjejakkan kaki ke Australia. Tak sampai sebulan pun lagi. Hari ini baru rasanya ada kekuatan dan masa untuk menulis tentang penghijrahan Fadzi dan keluarga ke sini.

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Perancangan Berhijrah Ke Australia

Ceritanya begini. Kami dapat tahu Zul ada peluang untuk pergi ke Australia untuk bekerja hujung tahun 2019 lagi. Tapi waktu itu masih kabur-kabur. 


Kami pun tak pasti lagi nak pergi atau tidak sebab ada komitmen nak bayar kereta dan 2 buah rumah. Fadzi pula dah plan macam-macam untuk rumah baru dan untuk persekolahan Aneeq.


Ada cerita di sebalik penghijrahan ini tapi sebab berkaitan dengan company Zul, jadi Fadzi tak dapat nak cerita lebih detail dekat sini. 


Dah 3 kali Zul berulang-alik Malaysia-Australia atas urusan kerja. Jadi kami buat keputusan untuk Zul terima kerja di Australia dan kami sekeluarga pindah ke sana. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Perancangan nak pindah ke sana agak lama. Dari awal Mac 2020 sampailah betul-betul berlaku bulan November 2020. Mencabar sikit sebab pandemik Covid19. 


Kami sebenarnya tak tahu bila kami boleh mula pindah. Yang lagi gila, kami tahu tarikh tiket flight untuk migrate ke Australia 28 hari sebelum penerbangan. Nasib baik kami dah slowly buat persediaan seperti visa, medical checkup dan dokumen penting. 


Kena pula hari yang kami tahu kami nak fly, Selangor kena PKPB lepas third wave kes undi di Sabah. Tak banyak benda yang kami boleh buat waktu itu selain daripada kemas barang-barang untuk dibawa ke Australia. Family pun kami tak dapat nak jumpa.


Sehari Sebelum Terbang Ke Australia

Sehari sebelum terbang ke Australia, company yang uruskan pindah barang datang. Mereka pack kan semua barang yang kami nak bawa ke sana. Waktu ni Fadzi rasa sebak gila. Kami nak tinggalkan first home. Banyak kenangan dekat sini.

 

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Bila mereka dah siap kemas barang, kami pun bergerak ke Sepang. Duduk dekat hotel Sepang sebab tiket ke Adelaide pukul 9 pagi. Sebelum naik teksi, sempat kami jumpa dengan kakak Fadzi. 


Dalam perjalanan ke Sepang, Aneeq dan Anas tidur. Hati Fadzi ini sebak lagi. Sebab dah tau besoknya Fadzi dah tak ada di Malaysia. Tak tau kenapa sedih sangat. Mungkin sebab tak sempat jumpa family kot.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Sampai di Orange Hotel, kami bersihkan diri dan tidur awal. Besoknya nak bangun awal. Pukul 6 pagi dah ada teksi yang menunggu nak hantar ke airport.

Hari Terbang Ke Australia

Pagi tu pukul 5.00 kami dah bangun. Kami bersiap-siap untuk naik teksi. Teksi dah sampai pun dan terus bawa kami ke airport. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Kami terus pergi check in beg. Nasib baik pergi awal. Ada masalah rupanya. Nama kami tak ada dalam sistem. Padahal immigration Australia dah sedia maklum yang kami akan datang ke sana. 


Nasib baik ada orang in charge. Bagus kerja dia. Memang ambil sedikit masa tapi semua setel. Nama Fadzi paling last masuk dalam sistem. Jadi kami dapat seat paling belakang dalam kabin yang paling belakang.


Bila dan on board dan captain announce kapal terbang nak mula bergerak, Fadzi rasa sebak sangat. Kami duduk lane tengah. Jadi boleh tengok tanah bumi Malaysia kesayangan ini sipi-sipi saja lah bila take off.


Waktu kapal terbang bergerak, makin berkaca mata. Teringat-ingat apa yang Fadzi bakal tinggalkan. Tinggal Mak Apak, tinggal adik beradik, tinggal rumah, tinggal Malaysia, tinggal semua comfort zone Fadzi.


Tak sempat nak jumpa Mak Apak dan adik beradik sebab PKPB Selangor. Banyak benda yang kami terpaksa korbankan. Keluarga, rumah, kereta dan comfort zone. 


Tak tau lah kami boleh hidup ke tidak dekat tempat baru. Tak tau lah Aneeq boleh terima ke tidak dengan environment yang berbeza. Tak tau lah Fadzi boleh urus ke tidak hidup dekat culture yang asing.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Mula saja kapal terbang gerak laju dan naik ke udara, jatuh juga setitik dua air dari mata ini. Tapi pandang belah lain sebab tak nak bagi Zul dengan anak-anak nampak.


Tiba-tiba rasa ada orang meraba-raba tangan kiri Fadzi. Anas yang duduk dekat sebelah cari tangan Fadzi nak pegang. Bila dah dapat tangan Fadzi, Anas genggam kuat-kuat. Waktu itu emosi sangat. Memang laju saja air mata ini jatuh.


Dalam Perjalanan Ke Adelaide, Australia

30 minit selepas kapal terbang berlepas, Anas dah mula mengantuk. Sebijik perangai Fadzi kalau travel. Mula berjalan terus tertidur.


Anas tidur lena. 3 jam terus. Senang hati sikit. Tak ada tantrum, menangis atau rasa tak selesa. 


Aneeq pula tengok 4 movie straight dalam flight. Ya Rabbi. Geram tengok dia. Mata bulat saja tengok kartun.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Sejam sebelum mendarat, Anas pula tiba-tiba nak buang air besar. Dah lah Anas jenis tak suka berak dalam lampin. Nak tak nak, Fadzi kena masuk sekali dalam tandas nak tolong pegang kan Anas sambil dia buang air besar.


Kaki kejang, tangan lenguh, hidung senak. Dalam tandas kapal terbang ya. Kecil. Sempit. Dan tak ada air nak basuh. Yang ada cuma air dekat sinki untuk basuh tangan.


Dah lah lama pula tu Anas membuang. Bertuah betul budak ni.


Perjalanan dari KL ke Adelaide ambil masa dalam 7 jam. Kami guna Malaysia Airlines. Orang tak ramai dalam kabin. Sebab nak masuk ke Australia, ada had bilangan penumpang yang tertentu.


Kami dibenarkan untuk pindah seat lain untuk duduk dengan lebih selesa dan tidur. Seat lane tengah banyak yang kosong. Tapi Fadzi tak boleh nak buat macam tu. Tak kan nak tinggal budak-budak dekat seat mereka pula kan.


Makanan MAS sediakan 2 kali. Makan tengah hari dan makan petang. Dua dua menu yang dapat sedap.


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Tapi Fadzi tak boleh habiskan sebab takut termuntah. Banyak cheese sangat. Rasa sayangnya tak makan habis.


Kek mango cheese yang mereka sediakan untuk makan tengah hari sedap sangat. Yang buat Fadzi boleh tahan muntah dalam flight adalah kek mango cheese dan kopi.


Overall, Fadzi happy dengan servis Malaysia Airlines. Dari awal check in sampai mendarat. Semua Fadzi puas hati dengan layanan mereka.


Touch Down Di Adelaide Australia

10 minit sebelum mendarat, kapten kapal buat pengumuman. Dalam hati Fadzi ini Ya Allah berdebarnya nak masuk ke negara orang untuk hidup baru. 


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia

Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu itu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit. 


Fadzi pandang luar. Nampak dah tanah Australia. Fadzi pandang pula Zul, kemudian Aneeq dan akhir sekali Anas. Fadzi senyum. 


Ini permulaan hidup yang baru. 


Next entri - Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia.




Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia

$
0
0

Hari Pertama Jejak Kaki Di Australia | Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu tu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit.


Perjalanan nak keluar dari kapal terbang, check suhu, pemeriksaan imigresen dan ambil beg tak ambil masa yang lama. Tapi agak rushing sampai tak sempat nak ambil gambar dan video buat kenangan.

Lagipun masa ini kami tak dibenarkan ambil gambar atau video sepanjang proses yang berlaku.

Hijrah ke Australia

Pemeriksaan Suhu Penumpang Kapal Terbang

Mula-mula sekali lepas keluar daripada kapal terbang, ada beberapa staf kesihatan yang check suhu badan penumpang. Lepas itu, kami diminta untuk tanggalkan penutup muka. Mereka ada bagi penutup muka baru untuk kami semua pakai.

Untuk Anas, staff tu cakap yang mereka bagi saja penutup muka untuk anak-anak kecil. Kalau tak boleh pakai, tak ada masalah. Boleh saja budak-budak tak pakai.

Tapi Anas okay saja bab pakai mask. Dia lagi suka kalau dapat pakai mask. Sebab dia fikir kalau pakai mask, boleh keluar rumah.

Sedih bila kenangkan masa kami di Malaysia. Aneeq dan Anas dah lama tak keluar rumah. Nak main dekat playground pun kami takut nak bawa. Kesian sangat.

Bila dah lepas check suhu dan pakai mask baru, kami teruskan perjalanan ke depan. Kali ini kami kena lalui proses imigresen.

Pemeriksaan Imigresen

Masa tengah tunggu giliran nak check dekat kaunter imigresen, kami tak dibenarkan menggunakan telefon.

Nak telefon orang atau nak check Whatsapp pun tak boleh. Ada akak polis garang tegur. Bukan tegur Fadzi lah. Fadzi kan budak baik ikut arahan.

Proses imigresen sekejap saja. Kami kena turunkan mask dan staff akan check muka kita sama atau tidak dengan gambar dalam passport.

Proses ini sekejap saja. Tambah-tambah lagi sebab orang tak ramai. Lepas siap segala urusan dekat kaunter, kami jalan ke ruangan untuk ambil beg.

Lepas ambil beg bagasi, ada pemeriksaan barangan dalam beg. Walaupun dah declare bawa makanan dan ubat, masih kena buka beg dan tunjuk pada diaorang.

Nasib baik 6 pek makanan kembara, 1 pek serunding, 4 pek sambal dan supplement semua lepas. Kalau tak, mereput lah kami.

Tapi 1 pek kotak Brahims dan 1 pek makanan kembara kena buka sebab diaorang nak tengok isi kandungan makanan macam mana.

Siap check beg, kami kena naik bas untuk di hantar ke hotel kuarantin. Bas tengah tunggu di luar pintu masuk airport.

Keluar Dari Lapangan Terbang Adelaide

Kami pun teruskan berjalan keluar sambil disapa ramah dengan pegawai-pegawai polis yang jaga sepanjang jalan keluar airport tu.
Keluar je bangunan airport, terus Fadzi rasa sejuk gila.

Fadzi tak pakai sweater. Baju t-shirt turtle neck tebal sikit je dari t-shirt biasa. Confident kan?

Sebelum ni Zul dah pernah pergi Australia beberapa kali. Dia kata Fadzi mesti suka duduk Australia sebab dekat sini sejuk. Waktu summer pun sejuk-sejuk windy kalau duduk dekat-dekat dengan area laut.

Fadzi memang suka tempat sejuk. Masa study dulu pun kawan-kawan panggil Fadzi kulit buaya, kulit biawak sebab tahan sejuk dalam aircond.

Jadi dengan yakinnya Fadzi rasa boleh tahan sejuk dekat sini Sekali bila dah ada dekat sini, ha ambik! Tau pula nak menggeletar.

Kami tunggu giliran untuk naik bas. Bila tiba giliran, kami kena letak beg tepi bas berdekatan dengan ruangan untuk letak beg dekat bawah bas.

Staff yang jaga akan masukkan beg ke dalam ruangan tempat letak bas. Sambil-sambil itu, mereka ada bagi penerangan ringkas apa yang kami perlu buat.

Sebelum naik bas, kami kena ambil sanitiser yang disediakan dan sapu pada tangan. Staff dekat situ puji Aneeq sebab pandai pakai sanitiser.

Perjalanan Ke Hotel Kuarantin Di Adelaide

Setel letak beg, sapu sanitiser pada tangan dan naik bas, Aneeq pilih untuk duduk dekat bahagian belakang sekali.

Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 20 minit. Waktu ni Fadzi tak tahu lagi hotel mana kitaorang dapat. Reda saja duduk dekat mana pun asalkan dapat rehat dan tidur.

Sepanjang perjalanan, ada jurucakap yang terangkan dekat kiri kanan ada apa dan cerita sejarah pasal Adelaide sikit-sikit. Dah macam pemandu pelancong pula gayanya.

Hijrah ke Australia


Tapi waktu tu dah malam jadi gelap je dekat luar. Tak clear. Dalam bas pula penuh lampu biru je.

Fadzi pulak sakit kepala seharian suntuk keluar. Sambil-sambil tu tengah tahan nak muntah. Fadzi pejam mata je sambil Anas tidur atas Fadzi.

Sampai ke hotel tempat kami kuarantin, Fadzi rasa lega sangat. Dah terbayang-bayang hot shower dan katil empuk.

Kami tunggu giliran nak turun bas. Semua orang kena turun sikit-sikit. Sekali keluar, 5 orang je. Ambik sangat seat belakang sekali, kan? Dah jadi orang paling akhir turun.
 

Beg kami, team hotel yang keluarkan dari tempat bag dan bawakan sampai ke depan bilik hotel. Butang lif semua diaorang tekankan sampai ke level bilik. Sebab risau kami ada Covid19.

Pindah ke Australia

Pindah ke Australia


Dalam penat-penat tu pun Fadzi rasa seronok sebab layanan yang diberikan dari semua - MAS, Australian government dan hotel semua baik-baik belaka. Tak ada apa langsung nak komplen.

Bila dieorang layan baik-baik macam tu, kita pun balaslah layanan yang baik-baik juga dekat dieorang supaya mudah kerja.

Walaupun tak keluar merasa lagi bumi Australia ni macam mana sebab terperap je dalam bilik hotel tapi Fadzi dah mula suka negara ni.

Cuma ada satu benda yang Fadzi tak suka. Fadzi kena belajar basuh kencing dan berak tanpa air.

Lepas ini Fadzi nak cerita pasal hotel yang kami dapat untuk kuarantin. Kalau nak baca cerita Fadzi di Australia, boleh mula di sini - Hijrah Ke Australia.




Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

$
0
0
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa | Ha, gitu tajuk entri blog kali ini. Selalu dah biasa sangat masak nasi guna rice cooker kan. 

Sekali, bila migrate ke Australia dan duduk dekat temporary accomodation, tiba-tiba kena masak nasi atas dapur guna periuk biasa.

Mula-mula tu gelabah juga lah Fadzi. Macam mana nak masak ni? Berapa lama nak biar nasi dalam periuk. Cukup ke tidak air? Kalau tinggal atas dapur karang lupa, hangit pula. Macam-macam duk fikir.

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

Rupa-rupanya bila dah selalu buat, senang je nak masak nasi atas dapur guna periuk biasa ini. Disebabkan dah ada pengalaman kan, Fadzi kongsikan dalam entri kali ini.

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Nampak sangat dah tak ada idea nak tulis apa dalam blog ni kan. Hahahahha. Okay, jom mula. 

Langkah 1

Masukkan 1 cawan beras ke dalam periuk biasa. Cuci bersih. Masukkan 1 1/2 cawan air. Yang ini rasanya kena trial and error. Kena ikut jenis beras apa yang korang pakai. 

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Macam Fadzi pakai long grain rice. 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air. Kalau nak extra lembut tambah sikit lagi air. 


Langkah 2

Letakkan periuk atas dapur. Buka api. Nak buka api paling kuat pun boleh tak ada masalah sebab kita nak bagi air mendidih. 

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Biarkan sampai air menggelegak. Kalau dah nampak berbuih-buih pecah bunyi blub blub blub, ha kira dah boleh follow step seterusnya dah.


Langkah 3

Tutup periuk selama 15 minit. Fadzi set timer dekat phone. Sebab masa tanak nasi tu, Fadzi masak lauk juga. Takut terlupa.

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Masa tengah tanak nasi dengan periuk bertutup ini, nanti penutup periuk akan menari-nari. Siap ada air nasi yang melimpah ruah dekat tepi-tepi periuk. 

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Tapi jangan risau. Itu normal. Nanti dah nak dekat 15 minit, penutup tu akan slowly tak menari-nari dah. Tu kira tanda nasi dah masak sepenuhnya.


Langkah 4

Selepas 15 minit, alihkan periuk dari api. Biarkan periuk masih bertutup selama 5 minit. Yang ini tak payah lah set timer. Huhuhu.

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Lepas 5 minit, nasi dah sedia untuk dimakan. Nasi yang korang akan dapat nanti akan jadi cukup masak, lembut, tidak hangus dan tidak melekat pada periuk.

Itu kalau korang ikut langkah demi langkah yang Fadzi tuliskan dekat atas lah.

Setakat ini, Fadzi dah mula tanak nasi atas dapur guna periuk biasa macam ini 2 minggu dah.

Lepas kuarantin dekat hotel hari itu, kitaorang duduk dekat temporary accomodation dulu sementara nak tunggu dapat rumah sewa dan barang-barang yang kitaorang bawa dari Malaysia sampai.

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa


Mula-mula tu rasa macam pening juga lah macam mana nak tanak nasi macam biasa. Rasa takut-takut tak jadi cemtu. Tapi bila dah sehari dua buat, rasa macam alah kacang sangat. 

Setakat ini Alhamdullilah nasi yang Fadzi tanak atas dapur guna periuk biasa tak pernah hangit. Hohoho. Tapi kena set timer. Kalau tak set, confirm Fadzi lupa punya. 


Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari

$
0
0

Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari | Fadzi sebenarnya tak tahu hotel apa yang kami akan dapat untuk duduk masa kuarantin wajib 14 hari selepas sampai di Australia.

Bila dah turun dari bas yang bawa kami dari lapangan terbang Adelaide ke hotel dan betul-betul dah nak masuk bangunan hotel, baru tahu dekat mana kami ditempatkan.

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Pullman Hotel Adelaide. Masa tahu dapat Hotel Pullman rasa bersyukurnya Ya Allah. Bukan calang-calang hotel Pullman ini. Dekat Malaysia pun dah gah. Dekat Adelaide 5 star, Alhamdullilah.

Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 9.30 malam. Disebabkan Aneeq minta untuk duduk dekat kerusi paling belakang sekali, kami jadi orang yang paling akhir turun dari bas.

Lepas turun dari bas, kami diminta untuk pastikan beg. Ada 3 beg terakhir yang tinggal. Dan ketiga-tiga itu beg kami.

Persekitaran agak gelap waktu itu. Ada lampu sana-sini tapu mungkin sebab baru turun dari bas, semua nampak blur. 

Sebelum masuk ke dalam hotel, kami kena pakai sanitizer yang disediakan dekat pintu masuk hotel. Waktu itulah baru Fadzi tahu hotel apa yang kami akan duduk selama 14 hari kuarantin mandatori nanti.

Beg kami semuanya dibawa oleh staf hotel. Staf hotel pakai pakaian PPE  siap dengan mask dan pelindung muka. Kami tak dibenarkan pegang apa-apa pun dalam hotel.

Masuk lobi hotel saja, staf Hotel Pullman terus tanya nama untuk berikan kunci bilik. Kami dapat 2 bilik connecting room. Alhamdullilah luas sikit untuk kami berempat. 

Lepas itu kami ditanya pula tentang diet makanan. Kami cuma request untuk makan halal. Tersenyum staff hotel sambil cakap "Well, that's easy!" Syukur juga hotel ada sediakan makanan halal.

Sebelum dapat masuk hotel, ada satu prosedur lagi yang kami perlu lalui. Iaitu pengesahan identiti. Kami kena confirm kan identiti kepada polis yang bertugas. Polis nak tengok gambar dalam passport dengan in real life.

Habis semua prosedur, kami dibawa ke bilik. Dari lobi sampai depan pintu bilik, kami tak dibenarkan untuk sentuh apa-apa pun. Beg mereka yang bawakan, butang lif mereka yang tekankan.

Sampai di depan bilik, barulah kami boleh ambil beg dan bawa masuk ke dalam bilik. 


Bilik Kuarantin Hotel Pullman Adelaide

Bilik yang kami dapat Alhamdullilah memuaskan. Bilik 1 ada satu king bed dan bilik 2 ada dua double bed. 

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Setiap bilik ada meja dan kerusi untuk kerja. Siap sekali dengan table lamp. Bagus juga. Dapatlah Zul kerja masa dalam kuarantin.

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

TV yang ada dalam kedua-dua bilik pun besar. Ada sofa dan juga coffea table. 

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti seterika, papan seterika, mesin pengering rambut, peti keselamatan dan electric kettle. Ada 3 in 1 Nescafe, teh dan hot chocolate juga diberikan.

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020


Peti ais pun ada juga cuma kecil sajalah. Standard untuk bilik hotel. 

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Jangan memain gais. Ada juga mesin Nespresso untuk buat pelbagai jenis kopi. Siap ada 8 Nespresso pod untuk kami cuba. Kalau habis 8 pod tu, boleh minta lagi tapi kena bayarlah.

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Masa mula-mula masuk bilik, Fadzi ada nampak banyak paper bag. Rupa-rupanya dalam paper bag itu ada 2 botol air mineral, 1 pack cookies dan 1 pack energy bar. 

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Selain daripada itu, hotel juga ada sediakan pinggan, sudu, garfu, pisau dan kain. Cecair pencuci pinggan pun ada. Serbuk pencuci kain juga disediakan untuk kami basuh baju sendiri. 

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Toilet pula simple saja. Tak ada bathtub. Cuma ada shower dengan air panas dan air sejuk. Ada cermin besar sangat. Hotel jug ada sediakan shower gel, shampoo, conditioner dan body lotion.

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Conditioner yang disediakan best. Pakai sekali terus lembut rambut. Body lotion pun best juga. Bau tak terlalu kuat. Dan sangat-sangat membantu kulit Fadzi dalam keadaan air-conditoner yang kering ini.

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Mungkin yang sedikit kurang tentang bilik ini adalah view. Kami dapat view menghadap cark park. 

Mula-mula rasa macam okay tapi bila dah 14 hari terperap dalam bilik tanpa udara segar dan view yang menarik, boleh tahan rasa nak gila tu. Tapi Aneeq dan Anas kreatif. Mereka gunakan apa yang ada di sekeliling untuk hiburkan dri sendiri termasuklah tengok car park tu.

Mereka kira berapa kereta ikut warna, ikut level, lambai dekat orang yang ada dekat parking kereta. 

Kalau dah bosan, tengok ke bawah sikit boleh nampak orang atau kereta berjalan. Tengok atas boleh tengok langit biru sikit. Tenogk kiri kanan boleh nampak bangunan lain sikit. Tapi semuanya sikit-sikit saja boleh nampak. 

Mandatory hotel quarantine Covid19 2020

Selama 14 hari kami kuarantin di Hotel Pullman Adelaide, semuanya selesa. Bilik bersih, luas, sejuk dan makanan pun disediakan setiap hari. 

Tapi disebabkan makanan dekat negara orang kan, ada yang kami boleh makan dan ada yang kami tak boleh nak telan.


Menu Makanan Kuarantin Di Hotel Pullman Adelaide

Meh Fadzi kongsikan menu makanan apa yang kami dapat masa kuarantin di Hotel Pullman. 

Minggu 1:

The food. Masa awal-awal kiteorang sampai dekat Hotel Pullman, staff dieorang ada tanya diet makanan...


Minggu 2:

The food week 2. Makanan yang hotel sediakan masa kuarantin memang pelbagai. Ada menu makanan barat, makanan Asia,...


Ada antara menunya memang sedap sampai licin bekas makanan. Tapi ada yang terbazir macam itu saja. Rugi juga lah rasanya tapi dah tak mampu nak masuk. 

Setiap hari hotel akan sediakan 3 kali makanan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya mereka akan hantar makanan pada waktu-waktu tertentu.

Sarapan: 7.00 pagi hingga 8.30 pagi

Makan tengah hari: 12.00 tengah hari sampai 1.00 petang

Makan malam: 6.30 petang hingga 7.30 malam


Dari awal sampai habis kuarantin, servis yang diberikan oleh Hotel Pullman sangat bagus. Walaupun tak ada servis housekeeping sebab mereka tak boleh masuk bilik, tapi semuanya memuaskan. 

Waktu ini juga Fadzi belajar cara nak pasang cadar katil. Penat weh pasang cadar katil hotel ni. Berat gila tilam. Nak kena pasang berlayer-layer pula tu. Salute pada team housekeeping!

Hotel akan sediakan cadar, tuala dan kelengkapan mandi yang baru setiap hari Selasa dan Jumaat. 

Jadi kalau rasa nak tukar cadar, kami kena cabut cadar dan letak dalam plastik hitam yang disediakan. Tuala pun sama letak dalam plastik hitam tu. 

Lepas itu, kami kena pastikan plastik hitam itu diletakkan di luar depan pintu bilik pada pukul 1.30 petang. 

Sampah pun sama juga. Semua sampah makanan atau selain daripada itu kena letak dalam plastik sampah hitam. Pukul 3.00 petang boleh letak depan pintu bilik. Tak boleh terlalu cepat dan tak boleh lambat. Kalau lambat staff terlepas bilik, mereka dah tak kutip. 

Hari terakhir kami di hotel adalah hari yang paling membahagiakan. Kuarantin mandatori dalam hotel nampak macam best. Makanan pun nampak mewah. 

Tapi sebenarnya tak lah bahagia sangat. Ada dugaan dan struggle yang masing-masing kena hadapi. 

Tipulah kalau Fadzi kata Fadzi tak stress waktu kuarantin. Buat benda yang sama saja setiap hari. Mesti korang pun bosan kan. Maybe next entri ni Fadzi nak kongsikan dengan korang apa rutin harian Fadzi masa kuarantin dekt hotel hari tu.

Kalau nak baca pengalaman Fadzi migrate ke Australia dari awal, korang boleh mula dari sini - Hijrah ke Australia - From Malaysia To Australia


26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021

$
0
0

26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021 | Ramai sebenarnya mommy blogger Malaysia yang saya ikuti di blog dan media sosial. Seronok bila baca perkongsian mereka dalam blog sebab penulisan mereka memang kena dengan jiwa saya.

Almaklumlah sama-sama jadi ibu. Bila mereka bercerita, saya rasa boleh relate dengan apa yang mereka kongsikan. Kalau korang mak-mak di Malaysia nak nak cari maklumat dan tips berguna pasal parenting, resepi, makanan ataupun melancong, saya cadangkan follow lah top mommy blogger popular malaysia yang saya senaraikan di bawah.

top mommy blogger popular malaysia


26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021

Ini adalah antara blogger mommy Malaysia yang saya ikuto perkembangan mereka di blog dan juga di media sosial.


1. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com

Hana dah mula menulis blog sejak 14 tahun yang lalu. Lama juga ya. Memang banyak entry yang ada dalam blog ini.

Hana merupakan ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.


2. Ciktom www.ciktom.com

Ciktom ini salah seorang blogger terkenal Malaysia yang saya follow. Ciktom dah menulis blog 11 tahun bermula 2010. Dah dikira otai ni.

Ciktom merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata. Seorang fulltime mommy blogger. Pada awal berblog banyak share tips, tutorial blogging dan cara buat duit online. Sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi.


3. Mrs Pip www.mrspip.com

Mula berblog pada tahun 2015, Mrs Pip dah pun menulis selama 6 tahun. Mrs Pip adalah salah seorang mommy blogger Malaysia terkenal yang saya ikuti. Dalam blognya penuh dengan info semasa.

Mrs Pip merupakan ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013. Mrs Pip ini bukan calang-calang orangnya sebelum berhenti kerja ya. Seorang jurutera. Tapi bila dah berhenti kerja, lagi hebat menjaga anak-anak. Besar pengorbanan Mrs Pip ni.


4. Siti Awadah www.sishawa.com

Sis Hawa adalah antara blogger yang mempunyai blog paling banyak dikunjungi. Mula menulis sejak 2017, kini Sis Hawa dah 4 tahun menjadi blogger.

Walaupun menjadi seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 6 anak, Sis Hawa mampu jana income dengan Adsense.


5. Ardini Humaira www.ilhamdini.com

Ardini merupakan Malaysia mom influencer yang sudah lama menulis blog. Bukan clang-calang lamanya ya. Dah 13 tahun, bermula 2008.

Ardini adalah seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata, pernah mengalami keguguran 5 kali dan sanggup berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua selepas 5 kali keguguran. Ardini minat menulis sejak zaman sekolah. Walaupun buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, tapi serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010.


6. Lea Razali www.eksplorasilea.com

Lea. Malaysia mom influencer yang dah menulis sejak 7 tahun yang lalu bermula 2013. Saya suka sangat baca entry dalam blog Lea. Banyak sangat info dan tips baru yang saya dapat.

Lea adalah ibu kepada 2 orang anak, seorang suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog Lea kebanyakan berkongsi tentang resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog.


7. Azlinda www.azlindaalin.com

Kak Linda. Rasanya tak perlu lagi saya nak perkenalkan blogger terkenal Malaysia ini.Blog Kak Linda memang terbaik dengan info-info parenting dan Kak Linda dah mula menulis sejak 8 tahun yang lalu bermula 2012.

Kak Linda ini memang multitask. Bersemangat pula orangnya. Kalau nak cari orang yang boleh dijadikan inspirasi, Kak Lindalah orangnya. Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya pula sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Kak Linda merupakan seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga. Kalau tengok blog dan media sosialnya, banyak gambar Kak Linda dengan kelurga.


mommy blogger malaysia terkenal


8. Fuzy Rahamah Hamid www.iamfuzy.com

Salah seorang mommy blogger Malaysia terkenal yang saya nak kongsikan kepada korang semua adalah Kak Fuzy. Ini memang otai habis. Dah menulis blog selama 15 tahun, bermula tahun 2006.

Kak Fuzy ini adalah umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS). Kak Fuzy geng freelance writer saya.


9. Meksah www.meksah.com

Walaupun baru 8 bulan menulis blog, tapi Meksah pun bukan calang-calang penulisannya ya. Si cantik manis ini banyak menulis tentang tips dan info yang berguna untuk kita. Kalau nak baca artikel berbahasa Inggeris pun ada dalam blog Meksah.

Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina blog pada Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman sendiri.


10. Mamy Syu annursyuhadah.com

Mamy Syu dah lama jadi blogger. Sejak 8 tahun yang lalu bermula 2012.

Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. Sesiapa yang nak dapatkan tips berkenaan hubungan suami isteri jarak jauh, saya rekemen bacalah blog ini sebab Mamy Syu sendiri ada pengalaman PJJ selama 9 tahun.


11. Alia Farhan Said www.aliafarhan.com

Kak Alia ni, sapa tak kenal memang nak kena sebat. Hahahah. Kak Alia dah menulis blog selama 13 tahun bermula 2008. Ni tak tau lah nak panggil otai tahap apa dah.

Kak Alia adalah ibu kepada dua orang anak perempaun. Kalau tengok perkongsian Kak Alia dengan anak-anak, boleh pecah perut ketawa tau. Kak Alia Mom seorang mommy blogger Malaysia yang suka memasak, melancong dan berkongsi. Mula berblogging untuk suka-suka saja tapi sekarang jadi blog paling banyak dikunjungi.


12. Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com

Blog Wawa ini walaupun baru 8 bulan, sebenarnya dia dah otai dalam blogging. Blog personal terbaru ini mula ditulis pada Mei 2020.

Wawa merupakan ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber di @wanrokiahwanismail dan @vitaminwawa.


13. Chaza Xiaojie www.cxopportunities.com

Blogger si kecil molek ini jangan dipandang sebelah mata ya. Dah menulis blog selama 10 tahun sejak Jun 2011 lagi.

Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji.


14. Nurul Aleya www.apakatamommy.com

Aleya adalah mommy blogger Malaysia yang dah lama tapi blog terbaru ini baru ditulis 10 bulan yang lepas iaitu pada Mac 2020.

Seorang mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke JB, terus sertai JDT blogger dan buat blog baru. Mula baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.


15. Nabiha Mohd Mashut www.biemohd.com

Salah seorang lagi otai dalam dunia blog Malaysia. Mommy blogger Malaysia terkenal Bie dah mula menulis sejak 14 tahun yang lalu bermula 2006.

Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.


16. Nora (Izarra) www.ummizarra.com

Nora ini mommy blogger Malaysia terkenal. Kalau jumpa dekat event, memang banyak cerita nak kongsi. Dah menulis blog selama 13 tahun bermula pada tahun 2008.

Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka-suka update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update.


17. Rozita www.ceritaita.com

Lagi salah seorang Malaysia mom influencer yang otai dah dalam dunia blogging ini iaitu Rozita. Dah 13 tahun menulis blog bermula 2008.

Ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.


18. Yaya Azura www.yayaazura.com

Yaya pun dah lama juga berblog. Dah 11 tahun menulis sejak tahun Jan 2010.

Merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.


19. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com

Bonde ini pun salah seorang blogger Malaysia yang tak perlu nak diperkenalkan lagi. Otai lama dah 11 tahun menulis sejak tahun 2010 lagi.

Bonde kepada seorang puteri. Penulis blog separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.


top mommy blogger popular malaysia


20. Marina Bashah www.marinabashah.com

Walaupun Marina baru 2 tahun menulis blog iaitu sejak tahun 2019 tapi blognya dah jadi antara blog paling banyak dikunjungi.

Seorang ibu bekerjaya. Sebagai seorang ibu kepada 3 anak dara, Marina selalu kongsi mengenai persekolahan anak, tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.


21. Siti Rohaida https://kisahsidairy.com

Ramai ya otai-otai mommy blogger Malaysia yang saya follow. Antaranya adalah Rohaida. Dah 11 tahun bermula 2010.

Merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan, Rohaida suka berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.


22. Sharina www.opzzpinky.com

Saya mula baca blog Sharina sebab nama blog dia cute dan rare. Rupa-rupanya Sharina dah lama menulis. Dah 11 tahun umur blognya.

Sharina adalah ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal. Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, Alhamdulilah. Sebagai seorang lifesytle blogger, Sharina tak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips


23. Maesarah www.mysarahstories.com

Maesarah ini bukan calang-calang blogger korang. Dah 13 tahun menulis sejak tahun 2007 lagi.

Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah.


24. Atul Hamid www.atulhamid.com

Atul pula dah menulkis dalam blog ini sejak 5 tahun yang lalu bermula Sept 2016.

Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.


25. Zaza Azman www.zazaazman8.com

Dulu Zaza dah pernah menulis blog tapi dah lama tinggalkan. Lama tau, 12 tahun Zaza berhenti menulis. Tapi biasalah kan, bila pernah jadi blogger, satu hari nanti mesti akan mula berblog semula. Macam Zaza lah yang kembali sejak Jan 2020 yang lalu.

Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak-anak.


26. Aida Hanafiah https://www.adianiez.com/

Aida adalah seorang blogger mom yang menulis di blognya sejak 11 tahun yang lalu.

Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.


Ramai lagi Malaysia mom influencer yang ada cumanya tak mampu saya nak senaraikan semuanya sekali.

Kalau korang rasa korang perlukan sumber bacaan tentang kehidupan mak-mak, tips parenting, gaya hidup surirumah, cadangan tempat makan yang menarik atau tempat unutk melancong yang best, korang boleh saja follow dan baca blog-blog yang saya senaraikan di atas. Mesti ada yang korang akan tersangkut punya.


30 Top Malaysia Blogger 2021

$
0
0

30 Top Malaysia Blogger 2021 | Sejak saya mula menulis blog dengan serius pada tahun 2014, ramai blogger Malaysia yang saya kenal. Bermula dengan kenal dalam blog, kemudian kenal di Facebook dan ada yang saya sempat berjumpa secara face to face.

Bila berkenalan dengan kawan-kawan blogger yang asalknya blogger biasa saja. Yang menulis sekadar untuk mengisi masa lapang dan nak simpan kenangan dalam blog. Sekarang dah ramai blogger malaysia terkenal dan hebat-hebat belaka.

top blogger Malaysia


30 Top Malaysia Blogger 2021

Kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua, top blogger malaysia 2021 yang korang boleh tengok dan baca blog mereka. Mesti ada sesuatu yang korang akan suka.

1. Eyqa Hasnan www.eyqahasnan.com
11 tahun, bermula 2012
Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

2. Siti Awadah www.sishawa.com
4 tahun bermula 2017
Blog lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. Founder Biters. Fokus jana income Adsense dengan blog guna skill SEO.

3. Ardini Humaira www.ilhamdini.com
13 tahun, bermula 2008
blog lifestyle, beauty, personal, tips, parenting, review, masakan, berhenti kerja untuk keluarga,

4. Mrs Pip www.mrspip.com
6 tahun, bermula 2015
Sabahan Mommy Blogger, menulis personal dan parenting blog, product review, KDrama, dan resepi ringkas
8 tahun, bermula 2012
Banyak kongsikan pengalaman travel, food, personal, beauty dan banyak lagi

6. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) www.biemohd.com
14 tahun, bermula 2006
Blog Inspirasi Ibu bekerjaya yang menjadi wanita sibuk dalam karier & bisnes tetapi bijak mengatur masa untuk hobi DIY, kerja kreatif dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga

7. Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com
8 bulan - May 2020
Blog Wawa nampak baru saja dibuatkan. Tapi jangan pandang sebelah mata ya. Wawa dah lama jadi blogger. Dan blog ini adalah blog terbaru yang dibukanya. Macam-macam cerita korang boleh baca di sini.

8. Chaza Xiaojie www.cxopportunities.com
10 Tahun , Bermula June 2011
Blog Lifestyle, parenting mommy yang suka dan mahu bekerja dari rumah sambil membesarkan serta mendidik sendiri anak mengaji membaca. Suka berkongsi pengalaman dan review tentang sesuatu secara jujur dan ikhlas. Niat utama blogging adalah untuk bagi peluang dekat diri sendiri dan orang lain supaya sama² menambah ilmu walau dimana jua tak kira siapa dan usia.

9. Nurul Aleya (apakatamommy) www.apakatamommy.com
11 bulan - March 2020
Blog parenting, berkongsi pengalaman breastfeeding, tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dan resepi menggunakan air fryer

10. Yaya Azura www.yayaazura.com
11 tahun bermula Jan 2010
Blog lifestyle, parenting dan personal. Banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. Part time blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

11. Sii Nurul www.siinurul.com
6 tahun bermula 2015
Blogger sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya sebagai blogger. Menulis pelbagai infomasi seperti kerjaya, tips & panduan, dan pengalaman blogging.

12. Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com
11 tahun, bermula 2010
Blog mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan, review hotel, review restoran ada juga kongsikan tentang pengalaman sendiri

13. Abang Rock www.abangrock.com
4 tahun, bermula Mei 2017
Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam

14. Marina Bashah www.marinabashah.com
2 tahun bermula Feb 2019
ibu kepada 3 orang anak dara. Ibu yang bekerjaya. mula berblog pada tahun 2010. Tapi on off on off. Blog lama pon dah delete. Bergiat aktif balik pada tahun 2019 dengan blog yang baru dan masih belajar mempraktikkan menulis blog dengan skill SEO. suka sharing tentang travel, hotel dan tempat makan. Suka juga sharing tentang parenting. kisah pembelajaran anak-anak

15. Messarah www.messarah.com
8 tahun blogging, mula 2013
Seorang beauty blogger, peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd

top blogger Malaysia


16. Annur Syuhadah annursyuhadah.com
9 tahun, bermula 2012
Perkongsian pengalaman, tips dan trik hidup sebagai pasangan suami isteri jarak jauh, dan membesarkan 3 orang anak sendirian sejak dari mula. Perkongsian paling hangat sambutannya adalah mengenai sejarah membesarkan bayi pramatang, masalah penyusuan dan perancangan keluarga.

17. Zati Salim www.zatisalim.com
10 tahun, bermula Dec 2011
blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa,tips,resepi,tutorial blog.

18. Hawa Hassan www.hawahassan.com
3 tahun, bermula 2018
Blog lifestyle. Perkongsian tentang 'home organizing', projek DIY, laman, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan jana income dari rumah.
12 tahun bermula 2009
Blog Entertainment. Part-time blogger berkongsi Movie/Drama/Telemovie/Lagu review especially Bollywood. Pernah menulis untuk iflix dan KRU Music. Update niche lain juga seperti lifestyle, fashion, tips & tutorial dan personal.

20. Zaza Azman www.zazaazman8.com
1 tahun, bermula Jan 2020
Blog Lifestyle, Food, Beauty and Parenting. Lebih selesa dengan Bahasa Inggeris utk berblog. Suka review makanan, tempat2 best, barang2 kecantikan. Full Time housewife / part time blogger.

21. Zayn Hakeem www.dakwatpena.com
Jun 2020
Blog khusus tentang peosidur perundangan syariah di Malaysia

22. Azhafizah www.azhafizah.com
12 tahun, Nov 2009
Perkongsian tentang resepi mudah, tanaman, dekorasi rumah, drama & movie, muzik, tempat-tempat menarik, isu semasa, tips & tutorial blog dan banyak lagi.

23. Aida Hanafiah https://www.adianiez.com/
11 tahun 9 bulan
Perkongsian tentang aktiviti keluarga, kisah anak-anak bertiga, resepi dan menu harian, dekorasi rumah dan berkebun. Sesekali berkongsi tentang percutian, tempat menarik dan tempat makan yang best.

24. Siti Rohaida https://kisahsidairy.com
11 tahun bermula 2010 Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

25. Norhana Rosmida www.hannamaruku.com
14 tahun, since 2007
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

26. Sharina (opzzpinky) www,opzzpinky.com
11 tahun sept2010
ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips

27. Bella Jamal www.bellajamal.com
5 tahun, start April 2016
I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.

28. Alia Farhan Said www.aliafarhan.com
13 tahun bermula 2008
Mom with two princesses... Who love to travel with my lil family.. Either in Malaysia or outside from Malaysia

29. Fuzy Rahamah Hamid www.iamfuzy.com
15 tahun
A personal lifestyle blog sharing travelogue posts, favorite recipes, books, some tips, reviews, and some advertorial post for products that i love.

30. Yusuf Ahmad www.usopahmad.com
1 tahun bermula penghujung tahun 2019
Full time blogger yang gemar berkongsi mengenai resepi, pelancongan dan juga mengenai bidang penulisan.

top blogger Malaysia


Itu dia 30 orang top blogger Malaysia yang saya sempat senaraikan. Yang tak tersenarai, jangan berkecil hati ya. Ada saja blog lain yang saya baca cuma terlalu banyak pula kalau nak disenaraikan semuanya.

Bagi saya, setiap blog mesti ada keunikan masing-masing. Ada yang jadi blog paling banyak dikunjungi sebab banyak info dan tips yang berguna untuk pembaca.

Blog mana yang korang selalu baca?

Rawatan Alternatif Diabetes Dengan Eskayvie Phytax

$
0
0
Hari semalam saya ada tengok satu video. Bila tengok video itu kan, tiba-tiba saya rasa macam kebas-kebas hujung jari kaki. Seram tau.

Sebenarnya video itu tentang seorang pak cik yang ada penyakit diabetes. Pak Cik Nasir namanya. Dia cerita dari awal macam mana dia boleh kena kencing manis dan macam mana dia berusaha untuk kawal penyakit itu.


Korang boleh tengok video Pak Cik Nasir dekat atas. Saya share video dia. Masa korang tengok video ini, ada tak rasa macam kebas-kebas hujung jari kaki? Huhu.

3.9 Juta Pesakit Diabetes Di Malaysia

Kalau ikutkan pada tahun 2019, lebih dari 3.9 juta orang dewasa ada penyakit diabetes di Malaysia. Masalahnya bila ada penyakit diabetes, kemungkinan untuk dapat penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya adalah sangat tinggi.

Biasanya orang yang menghidap penyakit diabetes merupakan diabetes jenis 2. Dan kebanyakannya tak sedar pun mereka mengalaminya.

Gaya Hidup Tidak Sihat Punca Penyakit Diabetes

Bila dengar Pak Cik Nasir bercerita, boleh fahamlah kenapa dia ada penyakit kencing manis. Gaya hidupnya menyebabkan Pak Cik Nasir tiada masa untuk bersenam. Makan minum pun tak jaga.

Pak Cik Nasir keluar kerja waktu pagi dan balik kerja lewat malam sebagai pemandu teksi.


Cara atasi diabetes

Bab pemakanan pula, teh tarik, roti canai, mee goreng dan minuman bergas memang dah jadi macam makanan ruji pula.

Sampailah satu hari, ada luka kecil dekat celah ibu jari kakinya. Makin lama luka itu semakin melarat dan jadi kehitam-hitaman. Bila pergi hospital, doktor kata kena potong. Hui seram!

Masalahnya bila balik rumah, Pak Cik Nasir tak jaga pun luka yang ada. Sudahnya luka itu merebak sampai ke bahagian lain. Pak Cik Nasir mula sedar benda dah jadi semakin buruk tapi terlewat.

Kaki Pak Cik Nasir kena potong kaki kirinya dari bawah lutut. Doktor cakap kalau Pak Cik Nasir buat sambil lewa lagi pasal kesihatannya, kemungkinan dia akan hilang kaki kanan dia pula.

Rawatan Alternatif Atasi Diabetes

Kalau doktor cakap macam itu, saya sendiri pun akan jadi panik. Ngeri nak fikir pasal kesakitan dan kesusahan yang kena tanggung nanti, Pak Cik Nasir berikhtiar untuk mengatasi masalah diabetesnya dengan mencuba suplemen Eskayvie Phytax sebagai rawatan tambahan.

Bila amalkan Eskayvie Phytax, dengan izin Allah luka dekat kaki kanannya yang menunjukkan kesan kehitaman makin menghilang. Kakinya dah kembali bersih dan cantik. Siapa yang tak gembira bila jadi macam ini kan.

Rawatan alternatif diabetes

Masalah Luka Lambat Sembuh Pesakit Diabetes

Sebenarnya orang yang ada masalah diabetes cenderung untuk mengalami masalah luka yang lambat sembuh. Puncanya salur darah yang tersumbat yang disebabkan oleh paras gula yang berlebihan dalam darah.

Keadaan ini menyebabkan oksigen dan nutrisi penting untuk penyembuhan luka tidak dapat disampaikan ke seluruh anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka kecil ini menjadi semakin teruk dan membusuk. Dan cara terbaik untuk sembuhkannya adalah dengan memotong anggota badan tersebut.

Sebenarnya ada sumber alam semulajadi yang boleh membantu mengatasi masalah ini iaitu biji anggur. Biji anggur ada resveratrol dan kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex).

Gen ini bukan sahaja melambatkan proses penuaan, malah ia memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit.

Tapi sekarang ini ramai yang lebih suka makan buah anggur yang jenis seedless tu kan? Saya pun sama. Hilang habis khasiat resveratrol daripada biji anggur yang sangat diperlukan tubuh.

Rawatan alternatif diabetes

Kepentingan Fitonutrisi Dalam Mencegah Dan Mengatasi Diabetes

Disebabkan ini juga Dr Syid dari Eskayvie mementingkan fitonutrisi sebagai sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi diabetes. Antara kebaikan fitonutrisi adalah bertindak sebagai telomerase activator.

Melalui Kajian Landmark Telomere Shortening yang memenangi Anugerah Nobel pada tahun 2009, kajian mendapati pemendekkan telomere (unit kecil DNA) pada kromosom manusia dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti Diabetes, penuaan pra-matang, kanser dan Alzheimer.

Telomere shortening ialah teori yang dibentangkan oleh Dr Elizabeth Blackburn yang memenangi anugerah Nobel (Medical Physiology) pada tahun 2009 yang melibatkan 4,659 kajian saintifik yang didokumenkan melibatkan 734 saintis tersohor dari 13 buah negara. Telomere ialah penghujung (penutup) kromosom yang akan menjalani proses replikasi membentuk sel baru.

Rawatan alternatif diabetes

Setiap kali proses ini berlaku telomere akan semakin pendek hinggalah ia pupus sama sekali menyebabkan DNA terurai. Keadaan ini boleh melemah dan mematikan sel. Ditambah dengan faktor luar seperti stres, toksin dan gaya hidup yang tidak sihat mempercepatkan proses pemendekkan telomere.

Melalui revolusi dunia sains, pemendekkan telomere dapat diatasi melalui penghasilan enzim telomerase. Enzim ini bertindak mengunci pemendekkan telomere sekaligus memanjangkan semula telomere sedia ada.

Tindakan mengunci ini akan mengekalkan kesihatan sel baru setiap kali berlakunya proses replikasi. Manakala tindakan memanjangkan telomere yang pendek pula akan mengembalikan sel sakit menjadi sel yang lebih sihat selepas berlakunya replikasi. Ini adalah proses penyembuhan sel yang membolehkan penyakit dipulihkan kembali.

Fitonutrisi adalah bahan didapati boleh merangsang perembesan telomerase (bertindak sebagai telomerase activator). Bahan yang bersifat telomerase activator adalah resveratrol dari biji anggur, epigallocatechin gallate dari daun teh hijau dan pycnogenol dari kulit pokok pain.

Program Kawal Kencing Manis & Eskayvie Phytax

Walau apa pun, kita kena jaga gaya hidup kita untuk elakkan daripada sebarang penyakit dan bukan sekadar penyakit diabetes semata-mata.

Selalukan bersenam. Jaga pemakanan. Elakkan rokok dan minuman keras. Jauhkan stress.

Bagi yang dah ada penyakit diabetes, pastikan korang selalu follow up rawatan dengan doktor.

Usaha juga dengan rawatan alternatif yang boleh dipercayai seperti Eskayvie Phytax untuk hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga.



Program Atasi Kencing Manis

Korang juga boleh sertai satu program konsultasi dan bimbingan secara percuma selama 14 hari dengan doktor perubatan, nutritionist dan dietition dalam program Kawal Kencing Manis.

Semua link saya kongsikan di bawah. Semoga dapat membantu!


Website Phytax: www.phytax.com.my
Website Kawal Kencing Manis: www.kawalkencingmanis.com



5 Game Popular Zaman Dulu-Dulu

$
0
0
5 Game Popular Zaman Dulu-Dulu | Masa saya muda remaja dulu, memang rajin main game. Nak nak lagi masa belajar dekat UiTM Jengka. Kawan-kawan pula jenis memang suka main dan pas-pas installer game.

Entah dari mana diaorang dapat, saya pun tak tahu. Yang penting, saya main saja. Kononnya buat release tension masa belajar.

5 Game Popular Zaman Dulu-Dulu

Antara banyak-banyak game yang pernah saya main, saya paling ingat 5 game ini. Korang pernah tak main game yang saya senaraikan ni?

1. Pinball Space Cadet

main game online
Seingat saya, game pertama yang saya main adalah Pinball Space Cadet. Saya main dekat komputer yang Mak beli. Waktu zaman saya kecil-kecil dulu, bukan senang orang nak ada komputer dekat rumah.

Mak beli komputer sebab dia seorang cikgu dan perlu menaip banyak kertas kerja. Saya pun ambil kesempatan untuk tumpang sekaki main game dekat komputer Mak.

Cara nak main Pinball Space Cadet senang saja. Mula-mula kita kena tekan bola supaya bola tu melompat dari kiri atau kanan dan melantun sampai ke atas.

Bila dah sampai atas, bola itu akan berlanggar dengan benda-benda yang ada dalam kawasan game. Setiap kali bola berlanggar dengan benda-benda itu, kita akan dapat mata. 

Bila bola dah nak sampai ke bawah, kita kena kawal benda putih tengah-tengah dekat bawah, supaya bola tak terus jatuh. Kira macam main ping pong. 

Paling tak best bila bola tu betul-betul jatuh dekat tengah-tengah antara dua pemukul putih tu. Bila dah jatuh tengah-tengah, memang tak dapat nak diselamatkan lagi. 

2. PacMan

main game online
PacMan pun saya main dekat komputer Mak. Abang yang setting kan semua benda. Saya tinggal main saja. Saya ingat lagi, kalau main game PacMan ni, kalau tak menjerit, tak sah.

Paling panik masa hantu-hantu kejar PacMan dan kita kena larikan PacMan supaya tak berlanggar dengan hantu-hantu yang tengah kejar PacMan. Dalam masa yang sama, kita kena makan titik-titik yang ada untuk kumpul mata dan naik level.

Korang tau tak hantu-hantu yang ada dalam game PacMan ni sebenarnya ada nama? Nama-nama ghost dalam game PacMan adalah Inky, Blinky, Pinky dan Clyde. 

3. Tetris

main game online
Tetris pula game yang dulu-dulu saya main guna game boy. Ingat lagi dulu kiteorang adik-beradik 5 orang. Nak main game Tetris, kena tunggu giliran.

Bila dah sampai giliran nak main, bukan main seronok. Awal-awal, alah kacang saja. Tapi bila dah mula naik level tinggi, mula menggelabah nak setting bentuk dan tempat yang betul. 

Dulu-dulu, game Tetris gambarnya hitam putih saja. Tak ada berwarna-warni macam sekarang. Setiap bentuk Tetris dibezakan dengan corak-corak yang ada pada setiap kotak. Macam dalam gambar dekat atas ini.

Sekarang lagi senang. Semua bentuk Tetris berwarna. Lebih mudah nak bezakan setiap bentuk.

4. Zuma Deluxe

main game online
Siapa pernah main Zuma Deluxe? Game Zuma Deluxe sangat popular masa saya belajar diploma. Dia punya ralik main game Zuma Deluxe tak boleh nak disangkal lagi.

Dalam game Zuma Deluxe, kita kena hilangkan bola yang berpusing-pusing dengan menembak bola warna yang sama dari mulut katak dekat tengah-tengah. Kalau bola itu semakin banyak dan sampai ke katak, katak pun mati.

Pada zaman saya dulu, kalau nak main game-game macam ini, semuanya kena install dalam laptop. Akhirnya, laptop jadi berat. 

Nak buat run programming pun tak larat. Dulu saya belajar sains komputer, jadi banyak kena buat programming.


5. Space Invader

main game online
Space Invader! Game ini serius game paling santai. Space Invaders adalah permainan arcade tembak-tembak. Kalau waktu-waktu malas nak buat assignment masa belajar dulu, inilah kerjanya. Main Space Invader.

Dalam game ini kita kena kalahkan satu kumpulan demi satu kumpulan alien yang datang dengan laser piu piu! Tiap kali kita berjaya tembak alien, kita akan dapat kumpul mata. Akhir sekali, kita akan jumpa ketua alien dan kena kalahkan ketua alien itu.

Orang nampak macam membazir masa saja bila main game tapi sebenarnya main game ini baik untuk kesihatan mental kita. Lebih-lebih lagi jenis game yang santai, fun dan tak heavy macam ini.

Main Game Online Percuma

Saya ingatkan kita dah tak boleh jumpa dah game-game yang kita selalu main masa kecil-kecil dulu. Rupanya, ada satu website yang penuh dengan game yang diinspirasikan daripada game-game lama.

Nama website main game online tu plays.org. Saya baru saja jumpa website ini. Bila dah start main, terus melekat cari game dekat sini saja.

main game online

Bila main balik game-game yang ada dekat website ini, rasa macam mengundang memori betul. Teringat semula zaman-zaman tengah muda remaja, tengah seronok, tak fikir masalah dunia, masalah hidup. Seronoknya masa dulu!

Eh, drama pulak. Hehe.

Yang bestnya, nak main game online dekat wesbite Plays.org ini percuma saja. Tak perlu bayar apa-apa pun. Mainlah lama mana pun dan banyak mana pun game yang ada.

Ada lebih daripada 100 game yang ada dalam website tu. Dan diaorang akan upload game-game baru setiap hari. Game-game yang ada boleh main terus dekat browser. Tak payah nak susah-susah beratkan komputer kita untuk download game yang kita nak main.

main game online

Main Invace Spaders dekat desktop. Invace Spaders ini adalah game yang diinspirasikan daripada game Space Invader. Mencabar juga nak main game ini. Geram saja bila alien laju sangat datang dekat dengan spaceship kita. 

Main Game Online Guna Phone

Kalau rasa malas nak buka komputer semata-mata nak main online game, kita boleh saja main dekat website plays.org ini guna smartphone.

Kalau dekat smartphone, saya lebih suka main game macam Tetris. Sebab kena control bentuk dan susun tempat objek tu nak turun.
main game online

Kena guna dua-dua tangan. Feel dia sama macam main Tetris guna game boy console macam kecil-kecil dulu.

Biasanya saya main game online dekat website ni kalau tengah bosan, nak release tension masa buat kerja-kerja menulis untuk client atau nak berlatih menaip. 

Dekat website ini pun ada game menaip tau. Bolehlah test dan improve sikit skill menaip kita. 

Korang boleh scroll website belah bawak sekali dan korang boleh pilih jenis game macam mana yang korang nak main. Ada macam-macma jenis kategori game yang korang pilih contohnya macam game 2 player, jigsaw puzzle, pixel, shooting atau typing. 

Tapi satu benda saja yang saya nak pesan. Kalau dah mula main dekat website plays.org ini, berhati-hatilah. Takut nanti jadi addicted dan asyik nak main saja. 😆😆

Selamat main game!



Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu?

$
0
0
Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu? | Bagi yang baru habis belajar dan baru dapat kerja, mesti tak sabar-sabar nak beli rumah sendiri. Sama juga bagi pasangan yang baru berkahwin, mesti nak duduk rumah sendiri.

Tapi keputusan kita nak beli rumah seawal dapat kerja pertama itu, betul atau tidak?

Sewa Atau Beli Rumah

Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu?

Masa saya habis belajar dan dapat kerja pertama, saya tak fikir lagi nak beli rumah. Nak beli kereta pun tak pernah terfikir langsung sebab ada motor untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Bila saya berkahwin, kami duduk rumah sewa. Pada waktu itu, saya dah tak bekerja. Suami saja yang bekerja. Gigih ya dia cari rumah baru untuk dijadikan rumah pertama kami, nak bagi saya hidup selesa dan nak besarkan anak-anak dalam rumah itu.

Sebelum rumah baru siap, kami sempat sewa dua buah rumah. Rumah sewa pertama kami adalah sebuah rumah teres 2 tingkat berharga RM1000 sebulan. Tapi jauh di Cheras. Kalau nak keluar rumah pun, kena naik kereta untuk beli barang. Tak ada kemudahan yang dekat.

Selepas setahun, kami pindah rumah sewa yang kedua di Shah Alam. Di situ, kami menyewa dengan harga RM800 sebulan. Rumah atas kedai. Kemudahan memang tiptop. Turun tangga saja dah ada macam-macam kedai.

Setahun selepas itu, rumah baru kami pun siap. Selepas renovate sedikit sebanyak rumah baru, kami pun pindah masuk. Bayaran bulanan untuk rumah baru kami 2 kali ganda nilai sewa kami sebelumnya.

Belum lagi ditambah dengan bil-bil utiliti, cukai tanah, bil maintenance bulanan dan sebagainya. Banyak sungguh perbezaan menyewa rumah dengan membeli rumah sendiri. Tapi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Perbezaan Menyewa Dan Membeli Rumah Dari Segi Kos

Perbezaan yang paling ketara antara menyewa dan membeli rumah sendiri adalah kos. Mengikut pengalaman dan apa yang saya baca di website kewangan serta hartanah, perbezaaan kos antara menyewa dan membeli rumah adalah seperti berikut.


Sewa Atau Beli Rumah

Kos untuk menyewa:


1. Wang Deposit
Kebanyakan tuan rumah atau ejen akan meminta deposit sebanyak 2.5 bulan. Contohnya jika rumah sewa tersebut berharga RM800, kita kena bayar deposit sebanyak RM2000 (RM800 + RM800 + RM400).

2. Sewa Bulanan
Nilai sewa yang kita perlu bayar setiap bulan. Tapi, masalah mungkin akan jadi bila tuan rumah nak naikkan harga sewa. Kita akan terpaksa bayar nilai sewa yang lebih tinggi atau terpaksa cari rumah sewa yang lain.


Kos untuk membeli:


1. Wang Pendahuluan
Bayaran pendahuluan ataupun dikenali sebagai down payment sebanyak 10% daripada harga asal.

2. Kos Penutupan
Kos penutupan adalah termasuk bayaran guaman, duti setem dan bayaran penilai pada kadar 4%.

3. Kos Insurans
Kita juga perlu membayar kos insurans sebanyak 3%.

4. Ansuran Bulanan
Bayaran ansuran bulanan ini nilainya bergantung kepada berapa tahun kita pilih untuk tempoh pinjaman. Kita kena tahu bayaran ansuran ini juga boleh berubah bergantung kepada overnight policy rate (OPR).

5. Kos Penyelenggaraan
Kita juga bertanggungjawab untuk membayar bil-bil penyelenggaran. Kos ini ditentukan berdasarkan keluasan hartanah yang kita beli.

Bila kita tengok balik senarai kos yang terlibat sama ada untuk menyewa atau membeli rumah sendiri, korang rasa mana yang korang nak pilih? Kalau rasa macam tak pasti, korang boleh cuba guna kalkulator sewa vs beli ini untuk check, mana satu option yang lebih sesuai untuk korang.

sewa vs beli rumah


Jadi, Sewa Atau Beli Rumah?

Nak sewa atau beli rumah ini sebenarnya bergantung kepada korang sendiri juga. Tak ada jawapan yang betul atau salah. Ada yang sewa lebih bagus dan ada juga yang beli lebih baik.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan sewa rumah lebih baik daripada beli rumah, dan sebaliknya.

Untuk jangkamasa pendek, mungkin menyewa adalah lebih baik. Kita tak terikat dengan komitmen dan lebih fleksibel. Jika kita tak suka dengan rumah yang kita sewa sekarang, habis tempoh kontrak sewa, kita boleh cari rumah lain dan pindah.

Bagi jangkamasa panjang, tentu sekali beli ruamh sendiri pilihan yang paling bagus. Sebabnya harga rumah semakin lama semakin tinggi. Kalau kita beli lewat, dah tak dapat nak beli rumah dengan harga yang berpatutan.

Menyewa dan membeli rumah boleh jadi satu keputusan yang sangat susah untuk dibuat sama ada bagi yang baru dapat kerja mahupun yang baru nak memulakan keluarga. Banyak yang kita kena fikirkan untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari.

Bagi saya, selepas habis belajar dan baru dapat kerja, teruskan saja dengan menyewa. Dan apabila dah mula berfikir ke arah untuk berkeluarga, dah memang patut kita mulakan langkah untuk membeli rumah.

Korang pula rasa macam mana?



5 Pilihan Makanan Barat Terbaik di KL, Rindunya Sebab Dah Lama Tak Makan!

$
0
0

Perut kenyang, rasa happy. Memang betul. Jika dah kenyang tu terasa lebih happy dan relaks. Lagi-lagi jika selepas menikmati makanan kegemaran. Antara makanan yang saya suka adalah menu masakan barat. Tapi kadang tu, susah juga nak dapat lokasi western food near meyang berbaloi dan sedap. 


Makanan barat ini sendiri ada pelbagai jenis. Kebanyakannya menjanjikan rasa kenyang dengan rasa yang best saat menikmatinya. Dan antara menu-menu makanan barat yang disukai adalah seperti di bawah ini. 


1. Charlie’s Cafe

kedai makan western food

Image : malaysianflavours.com


Pada mulanya, tempat ini dimulakan sebagai perusahaan sosial oleh seorang Kadazan yang bernama Desonny Tuzan bersama isterinya Debra Leong yang berasal dari Sabah. 


Pasangan ini memulakan Charlie’s Cafe dengan harapan dapat menolong mereka yang tidak bernasib baik, kehilangan tempat tinggal dan terutamanya orang asli. Oleh itu, mereka membeli bahan yang segar terus daripada Komuniti Orang Asli di Malaysia untuk membuat hidangan di restoran mereka. 


Sedikit potongan ayam mereka yang sederhana tetapi enak dibuat dengan bahan-bahan yang segar yang dihasilkan dengan keringat dan air mata orang asli, bukan sahaja keinginan anda akan ditenangkan tetapi hati anda juga akan dihangatkan. 


Dan yang paling baik adalah mereka mempunyai konsep yang sangat unik di mana para pengunjung boleh membayar RM5 sebagai sumbangan dalam bentuk resit di mana ia dapat dijadikan sebagai baucar untuk makanan percuma yang boleh dituntut oleh masyarakat miskin dan yang kurang bernasib baik. 




2. The Steakhouse


kedai makan western food

Image : ninjafound.com


The Steakhouse sangat sesuai untuk pasangan membuat janji temu atau makan malam bersama dengan tempatnya yang lembut dan romantis. Seperti namanya, The Steakhouse sangat terkenal dengan stik mereka dengan kebanyakan daripadanya diperbuat dengan bahan-bahan terbaik yang diimport. 


Dari pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut, tempat ini pasti akan memuaskan selera anda dan suasana juga sesuai untuk ibu bapa anda. Bukan sahaja stik yang dihidangkan di sini, terdapat beberapa hidangan lain lagi yang anda boleh cuba seperti salad itik, escargot, cod fillet dan banyak lagi. 


Untuk mendapatkan sedikit keselesaan dalam makanan Barat yang sesuai dengan selera anda, cubalah stik mereka untuk perubahan kerana ia boleh dimasak dengan perasa yang minimum dan mereka akan menyediakan beberapa beberapa perasa yang lain dan sos untuk dihidangkan bersama stik anda. 


Untuk melengkapkan lagi hidangan anda dengan rasa yang manis, anda disyorkan untuk mendapatkan Tiramisu Itali Klasik. Tetapi ianya tidak dihidangkan dalam bentuk kek, tetapi di dalam 2 sudu yang diletakkan di atas pinggan. 



3. Kaki Corner 


kedai makan western food

Image : timeout.com



Mencuba untuk kelihatan seperti jenama tempatan dengan baiknya, Kaki Corner telah menjadi kegemaran penduduk sekitarnya selama lebih dari satu dekad. Restoran barat di KL ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan keluarga dan juga berkumpul dengan rakan.


Anda akan mendapati bahawa terdapat banyak makanan yang terdapat di dalam menu mereka untuk dipilih oleh anda ketika anda berkunjung ke sini. Anda tidak perlu lagi untuk mencari hidangan Barat seperti Chicken Chop, Chicken Maryland, daging kambing atau lembu, makanan laut, dan spagetti untuk merancakkan lagi malam anda di sana. Harga setiap hidangan sangat berpatutan dan suasana yang sesuai untuk berkumpul, ia juga merupakan pilihan yang terbaik. 




4. Maria’s Steak Café


kedai makan western food

Image : lipstiq.com


Maria’s Steak Cafe merupakan tempat yang bagus dengan pencahayaan dan suasananya yang selesa dan juga sangat terkenal dengan stik dan sempurna untuk menikmati makanan Barat. Jangan lupa untuk mendapatkan semua yang anda ingin nikmati di kafe ini bermula dari pembuka selera hingga pencuci mulut mereka yang sedap. 


Untuk memulakan makan anda di sini, sepotong Rib-eye merupakan pilihan yang baik untuk semua penggemar stik. Ianya dipanggang mengikut kemahuan anda, dan anda juga boleh meminta mereka untuk mencadangkan cara panggangan yang lain. Lebih lembut dan sedap, stik Maria sangat sesuai dengan harganya. Selain Rib-eye, mereka juga menghidangkan Wagyu, Black Angus dan bahkan New Zealand Lamb Cutlets. 




5. SKY 360


kedai makan western food

Image : Jomjalan.com 


Restoran SKY 360 yang terletak di eCity Hotel di One City ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang bergaya bufet dengan pemandangan yang indah. Dengan menghadap pemandangan yang indah di Lembah Klang, makan malam anda di sini bersama keluarga sememangnya tidak dapat dilupakan. 


Pada waktu siang, tidak ada lampu yang dinyalakan dan mereka menggunakan pencahayaan semula jadi semata-mata dan anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam jika anda berkunjung ke sana pada waktu senja. 


Dengan pilihan bufet yang terdiri daripada hidangan negara-negara lain semestinya akan terdapat banyak makanan yang boleh anda nikmati, bermula dari makanan sejuk, makanan laut, daging, hidangan Barat, dan banyak lagi. 


kedai makan western food


Terus terang memang rindu sangat-sangat rindu! Terasa nak makan semua menu sedap yang ada di Malaysia. Waktu keadaan yang kurang baik ini membuatkan rasa teringin tu membuak-buak. Nak masak sendiri, faham-fahamlah bukannya setiap masa punya rasa rajin. 


Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia agak beruntung kerana punya servis penghantaran seperti Foodpanda Malaysia. Walau di mana jua berada, dapat buat pesanan penghantaran makanan dengan mudah. Lebih menyeronokkan ada pelbagai pilihan makanan hingga tahap rambang mata dibuatnya. Ohya, pasikan status halalnya dulu sebeluma mula buat pesanan.


Viewing all 456 articles
Browse latest View live