Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 456 articles
Browse latest View live

10 Resipi Kuih Talam Yang Paling Popular

$
0
0
10 Resipi Kuih Talam Yang Paling Popular | Tak tahu lah kenapa tapi lately Fadzi rasa macam teringin sangat nak buat kuih muih tradisional Melayu. Faktor usia kot. Hahahha.

Jadi seminggu dua ni Fadzi asyik google je resepi resepi kuih Melayu. Alang-alang dah google, Fadzi buat terus entry resepi kuih talam popular ini untuk rujukan bila nak buat nanti. 

10 Resipi Kuih Talam Yang Paling Popular

Sebenarnya banyak lagi nama-nama dan versi kuih talam Melayu ni. Tapi nak buat semua memang tak termampu lah kot. Fadzi pilih untuk senaraikan 10 resipi kuih talam yang paling laku mengikut kata tukang jual kuih talam.


Resipi Kuih Seri Muka Pandan

1. Resipi Kuih Seri Muka Pandan

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut( rendam 4 jam)
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
1. Panaskan kukusan sampai air mendidih.
2. Loyang lapik plastik.
3. Toskan pulut masukkan dlm loyang.
4. Campurkan santan, garam, minyak masak gaul dengan beras pulut tadi.
5. Ratakan dan kukus selama 20 minit.
6. Dah masak padatkan pulut.

Lapisan atas

Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1. Campur semua bahan. Kacau dengan whisk sampai sebati.
2. Tapis dalam periuk.
3. Kacau atas dapur dengan api sederhana sampai agak2 pekat sikit.
4. Tuang atas pulut tadi dan kukus 20 minit.
5. Penutup kukusan ikat dengan kain supaya air tak menitik atas kuih.
6. Dah masak buka penutup dan biar atas api sekejap untuk keringkan permukaan kuih.
7. Dah sejuk baru potong.


Resipi Kuih Seri Muka Durian

2. Resipi Kuih Seri Muka Durian

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sudu kecil garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (kalau guna santan kotak)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Nota: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.

Lapisan Atas 

Bahan-bahan:
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang (saya guna gula kaster jer)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastad
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil  garam
Pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara:
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad ke dalam mangkuk santan.
4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.



Resipi Kuih Koleh Kacang

3. Resipi Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan tepung kacang hijau
½ cawan gula pasir
1 sudu makan gula merah
2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Bahan B (Serdak minyak):

1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Cara-cara:
1. Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.
2. Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
3. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.
4. Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.
5. Taburkan ke atas kuih dan potongkan.
6. Sedia dihidangkan.


Resipi Kuih Talam Cendol

4. Resipi Kuih Talam Cendol

Bahan-bahan:
30 gm agar tali
120 gm gula merah
200 gm gula pasir
500 ml santan agak pekat
1200 ml air
1 sudu kecil garam
2 cawan cendol
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Rendam dahulu agar-agar dan kemudian masak dengan air ditambahkan daun pandan bagi larut. 
2. Masukkan gula putih, santan dan garam. Masakkan sekejap namun JANGAN bagi didih. Bahagikan 2 adunan.
3. Satu bahagian ditapis dan campurkan dengan cendol. Bahagian lain pula campurkan gula merah.
4. Tuangkan adunan cendol ke dalam loyang yang siap dilapik plastic dan kemudian bekukan.
5. Goreskan dengan garpu lapisan bawah itu dan kemudian tuangkan adunan gula merah dan kemudian bekukan. 
6. Terbalikkan sebelum dipotong mengikut saiz kegemaran.



Resipi Kuih Talam Keladi

5. Resipi Kuih Talam Keladi

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
Bahan A
200 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan B
200 gm keladi. Buang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang

Cara-cara:
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Panaskan di atas api selama 2-3 minit.
2. Masukkan bahan B. Kemudian curahkan ke dalam loyang 10×10 yang diletakkan plastik. (letakkan sedikit minyak dan lapikkan plastic 14×14, menjadikan plastic melekat dengan cantik)
3. Kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas

Bahan-bahan:
100 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250 gm gula halus
4 biji telur grade A
200 ml santan pekat
400 ml air
Sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api selama 2-3minit sebelum dituangkan ke atas lapisan bawah.
2. Jika ada air di atas lapisan bawah, lapkan terlebih dahulu dengan tisu dapur.
3. Kemudian goreskan permukaan bawah dengan garpu dan bolehlah dituan perlahan-lahan agar adunan tidak berbuih. Kukus selama 30 minit.
4. Resepi ini cukup-cukup dan sedang elok dengan loyang 10×10 itu. Jika kalau nak jual harganya adalah rm35 ke rm40.



Resipi Kuih Talam Suji

6. Resipi Kuih Talam Suji

Bahan-bahan:

Lapis bawah:
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.



Resipi Kuih Talam Tokyo

7. Resipi Kuih Talam Tokyo

Lapisan Bawah

Bahan-bahan:
1 cawan sagu rendam sekejap
1 paket kecil suun (pun rendam jugak dan gunting sikit)
1 cawan kelapa putih
1 kotak kecil santan Kara
1/2 cawan air
1/2 sudu besar garam (bahagian bawah ini perlu masin sedikit)

*Gaul semua

Lapisan Atas

Bahan-bahan:
20 ke 25 helai daun pandan blender dengan 2 1/2 cawan santan dan perah atau tapis
(2 kotak kecil santan Kara tambah air 1 cawan)
4 biji telur
1 cawan gula
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard

Cara-cara:
Blend lagi sekali. Kukus lapisan bawah dulu dalam 10 ke 15 minit, selepas tu baru yang atas. Berapa lama tu ikut jenis kukus masing-masing. Kalau tebal, perlu lama sedikit.


Resipi Kuih Tok Aji Sarban/Pulut Sekaya

8. Resipi Kuih Tok Aji Sarban/Pulut Sekaya

Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah):
2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
2½ cawan santan cair
½ sudu teh garam

Bahan B (Lapisan atas):
½ cawan gula pasir
½ cawan gula merah
½ cawan air panas
(Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis)
1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
½ cawan tepung gandum
3 biji telur
½ sudu teh garam

Cara-cara:
1. Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci.
4. Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula.
5. Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk.
6. Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan.
7. Kukus lagi selama 30 minit.
8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.



Resipi Kuih Lapis

9. Resipi Kuih Lapis

Bahan-bahan:
1½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Pewarna merah
½ sudu teh garam
Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak masak ke dalam mangkuk besar dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan air di dalam periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal (putih) berselang-seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.



Resipi Kuih Talam Ubi Kayu

10. Resipi Kuih Talam Ubi Kayu

Lapisan bawah – Kuning

Bahan-bahan:
800gm ubi kayu yang siap di parut
250gm gula pasir
300 gm santan pekat
Sedikit garam
20gm tepung gandum

Atau

Lapisan bawah – Gula Merah

Bahan-bahan:
800gm ubi yang siap di parut
200gm santan pekat
*100ml air
*100gm gula pasir
*150gm gula merah
Sedikit garam
Daun pandan
20gm tepung gandum
*Masak jadikan sirap

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan sama ada kuning, atau gula merah ke dalam loyang 10×10 yang telah dilapik plastic. 
2. Kukuskan selama 20 minit

Lapisan Atas

Bahan-bahan:
300ml santan
500ml air
100gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Masak hingga naik wap. 
2. Tuangkan ke atas ubi yang dikukus tadi. 
3. Kukus lagi selama 20 minit hingga masak.

Tu dia 10 resipi kuih talam paling senang. Niat hati kalau boleh nak buat satu jenis kuih talam seminggu tapi mungkin Fadzi akan adjust sikit kuantiti bahan-bahan sebab nak buat untuk 3 orang makan saja.

Fadzi tengah tunggu loyang dan beberapa lagi barang lain sampai. Beli online je senang. Nanti kalau Fadzi dah start buat kuih talam ni, Fadzi update dekat entry lain. Selamat mencuba. 



Dari Blogger Ke Ghostwriter

$
0
0
Dari Blogger Ke Ghostwriter | Dulu Fadzi rasa pelik sangat macam mana sesetengah blogger yang asalnya cuma blogger biasa lama kelamaan boleh jadi usahawan terkenal, pelakon, selebriti, SEO consultant dan pekerjaan-pekerjaan yang bagi Fadzi wow lah.

Padahal, asalnya mereka ni cumalah seorang blogger, yang menulis dari rumah. Tup tup diaorang jadi something yang berbeza dari dunia blogger. Dari situ Fadzi slowly cuba keluar dari comfort zone dan cuba bidang baru - ghostwriter. 

Servis ghostwriter Malaysia

Dari Blogger Ke Ghostwriter

Tak dinafikan kerja blogger ni kalau ada rezeki, memang masyuk. Kerjanya cuma menulis di blog sendiri. Yang lebih sikit, datang event, tangkap gambar, ambil video, tulis caption dan letak di media sosial.

Antara media sosial yang penting untuk blogger adalah Facebook dan Instagram. Kalau yang lebih bagus lagi bila blogger menggunakan platform Twitter dan Youtube sebagai cabang yang berbeza dari blogger sedia ada.

Tapi yang lebih lagi bila blogger berani cuba masuk ke dalam platform Pinterest dan juga LinkedIn. Tak ramai blogger yang ada media sosial Pinterest dan LinkedIn sepanjang pemerhatian Fadzi. 

Mungkin masih ramai yang tak tahu Pinterest boleh jadi sumber trafik ke blog kita. Dan LinkedIn pulak boleh jadi lubuk mencari job untuk penulisan blog. Kalau yang tahu pun mungkin tak ada masa untuk invest masa belajar pasal Pinterest dan LinkedIn ni - macam Fadzi :D 

Ghostwriter

Gostwriter adalah individu yang menulis bagi pihak orang lain. Individu ini adalah seorang penulis yang diupah oleh orang lain untuk menghasilkan bahan penulisan.

Antara bahan-bahan penulisan yang boleh dihasilkan oleh seorang ghostwriter adalah:
  • Artikel untuk website dan blog
  • Copywriting untuk media sosial
  • Copywriting untuk iklan
  • Buku fizikal
  • e-Book
  • Dokumen-dokumen penting
  • Surat-surat rasmi
  • Borang permohonan
  • Tukar audio kepada teks
  • Penterjemahan
  • Dan banyak lagi


Kursus Pendek Ghostwriter

Sekarang ni, Fadzi dah mula berjinak-jinak dengan ghostwriting. Asalnya Fadzi dah lama nak join satu kursus pendek Ghostwriter ni. Dari tahun lepas mungkin. Tapi banyak betul alasan yang Fadzi bagi pada diri sendiri.

Antara alasan yang selalu Fadzi bagi:
  • Duit tak cukup nak join kursus pendek ghostwriter 
  • Tak yakin boleh dapat job ghostwriter lepas join kursus pendek
  • Tak yakin dengan content kursus pendek ghstwriter tu
  • Tak rasa berbaloi duit yang di invest dalam kursus pendek ghostwriter
Ada banyak lagi lah. Tapi malas nak taip. Takut bagi kesan negatif pada korang pulak. 

Tapi ada satu hari tu, tak tahu kenapa Fadzi tergerak sangat hati ni nak join kursus tu walaupun banyak sangat alasan. Dan dalam masa yang sama, kursus tu pun dah naik harga. Awal-awal dulu harganya jauh lebih murah.

Jadi Fadzi cuba join. Kursus tu 2 hari secara online. Ada 5 task yang diberikan untuk 2 hari. Ada jugak nota-nota yang berguna diberikan sebagai panduan permulaan.

Task yang paling susah Fadzi rasa adalah untuk promosikan servis ghostwriter yang Fadzi baru nak mula ni. Fadzi seorang yang pemalu. Lagi malu bila nak promote servis yang dibuat.

Tapi Fadzi keluar dari comfort zone dan cuba jugak habiskan semua task. Dan dalam masa menghabiskan task tu, ada kawan-kawan dalam Facebook yang bertanya rate card untuk servis ghostwriter ni.

Fadzi terkejut. Tak sangka. Excited. Semua ada. Ini permulaan yang sangat baik. Ada yang terus ambil servis Fadzi dan ada juga yang 'seen' kan saja PM Facebook Fadzi lepas dapat rate card.

Semua tu Fadzi anggap sebagai dugaan, ujian dan pengajaran. Yang penting jangan putus asa mempromosikan servis upah menulis dan jangan malu dengan apa yang Fadzi buat.

Servis ghostwriter Malaysia

Pengalaman Baru Sebagai Seorang Penulis Upahan

Menjadi seorang penulis upahan ni memang satu pengalaman yang baru bagi Fadzi. Pengalaman yang Fadzi rasa macam tak percaya pun ada. 

Sejak hari pertama Fadzi masuk ke bidang ni, dah dapat pertanyaan berkenaan dengan servis. 

Minggu pertama dah dapat secure job untuk menulis artikel bagi blog.

Minggu ketiga dah dapat peluang untuk menjadi salah seorang ghostwriter yang akan menghasilkan buku dengan menukar video ke dalam teks. 

Tak sangka Fadzi akan dapat pengalaman macam ni. Nervous memang nervous. Ye lah kan. Keluar dari comfort zone. Buat sesuatu yang agak luar biasa dari kebiasaan. Tapi InsyaAllah Fadzi akan buat yang terbaik.

Kalau korang sebagai seorang blogger yang nak cuba sesuatu yang di luar dari kebiasaan berblog, korang boleh cuba dengan menjadi ghostwriter dulu. Basic kita sama - menulis.

Tapi bila korang dah terjebak dalam ghostwriter ni, korang akan tecengang. Sebab bidang ghostwriter jauh berbeza dari berblogging. Peluang ghoswriter lagi luas. Bukan setakat untuk dapat duit tapi dalam masa yang sama untuk dapat ilmu.

Incase korang berminat untuk join kursus yang Fadzi join tu, korang boleh klik dekat sini - Kelas Online Ghostwriter Junior.

 Kelas Online Ghostwriter Junior

Belajar Panduan Parenting Di Workshop Millennial’s Guide to Parenthood 2019

$
0
0
Belajar Panduan Parenting Di Workshop Millennial’s Guide to Parenthood 2019 Ahad lepad Fadzi ada join satu workshop pasal millennial parenting dekat Sunway Medical Center. Workshop tu anjuran Parenthood Magazine, Nippon Paint Malaysia dan Sunway Medical Center.

Fadzi excited betul nak pergi sebab ye lah, topik parenting kan. Yang jadi mak mak dan bapak bapak mesti faham betapa pentingnya kita kita ni nak belajar pasal parenting walaupun anak dah ramai. 

Millennial’s Guide to Parenthood 2019

Millennial's Guide to Parenthood Workshop

Topik-topik yang dibentangkan memang menarik. Alang-alang Fadzi dah pergi dan dengar kan, Fadzi kongsikan dekat sini. 

Dalam workshop ini ada 4 topik fokus iaitu 5 penyakit yang kanak-kanak selalu kena, cara-cara atasi anak picky eater, kepentingan udara bersih dalam rumah dan cara untuk mengenalpasti parenting style kita. 

Millennial’s Guide to Parenthood 2019

5 Jenis Penyakit Yang Selalu Dihidapi Kanak-Kanak

Topik pertama adalah berkenaan dengan penyakit yang mudah dihidapi oleh kanak kanak. Topik ini dibentangkan oleh Dr Cham Weng Tang yang merupakan seorang Consultant Paediatrician. Katanya Terdapat 5 jenis penyakit yang biasa kanak-kanak hadapi iaitu:
1. Selsema 
2. Influenza
3. Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD) 
4. Cirit birit 
5. Demam Denggi

Millennial’s Guide to Parenthood 2019

Masalah Anak Memilih Makanan

Kemudian, Miss Celeste Lau yang merupakan seorang Dietician telah bercakap berkenaan dengan masalah anak yang memilih makanan. Antara yang diperkatakan dalam topik ini  adalah faktor anak menjadi memilih makanan, perbezaan antara anak memilih makanan dan anak yang susah makan dan cara untuk atasi masalah picky eater di kalangan anak-anak . 

Millennial’s Guide to Parenthood 2019

Kepentingan Udara Bersih Di Dalam Rumah

Dato' Dr Rajbans Singh iaitu President of Malaysian Wellness Society pulak bercerita tentang kepentingan udara bersih di dalam rumah. Beliau ada mengatakan bawah udara di dalam rumah adalah 3 hingga 5 kali lebih tercemar dari luar rumah. 

Takutnya kan? Ingatkan dalam rumah lagi selamat. Rupanya dalam rumah lebih tercemar dari luar rumah. Dalam talk beliau juga ada kongsikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.

Millennial’s Guide to Parenthood 2019

Mengembangkan Potensi Anak-Anak

Dan topik yang terakhir dalam workshop pada hari tersebut adalah tentang cara untuk mengembangkan potensi anak-anak. Ibu bapa yang datang ke workshop hari tu sempat membuat assesment untuk menentukan cara parenting masing-masing.

Miss Sam Jeng Mun iaitu seorang Clinical Psychologist telah menjelaskan bahawa ada empat jenis parenting style yang mana setiap style untuk memberi efek yang berbeza kepada anak-anak. 

Millennial’s Guide to Parenthood 2019

Nippon Paint Wellness Coloring Contest

Selain daripada empat topik yang dibentangkan, ada juga upacara pemberian hadiah kepada anak-anak yang menyertai Nippon Paint Wellness Coloring Contest. Pertandingan tersebut telah diadakan untuk mendidik anak-anak kepentingan kebersihan dan kesihatan. 

Overall, workshop Millennial's Guide to Parenthood memang best untuk belajar tentang parenting. Fadzi sendiri pun ada belajar beberapa perkara baru. Benda yang Fadzi dah tau pulak, kira nak refresh balik lah.

Jadi mak ayah ni, kita kena selalu update ilmu pasal parenting. Kadang-kadang kita terlupa dan terleka yang parenting ni sebenarnya tak susah. Cuma kita yang kena pandai tackle anak-anak.  

5 Tasty & Affordable Western Food Places in KL

$
0
0
5 Tasty & Affordable Western Food Places in KL | Makanan western dah tak asing lagi di Malaysia. Selain daripada selera kampung, Fadzi sendiri memang suka dengan makanan western.

Bagi Fadzi, makanan western rasanya lebih unik. Dan nak mencari restoran-restoran yang menyediakan makanan western yang betul-betu sedap dan menepati citarasa Fadzi agak mencabar. 

5 Tempat Makan Western Yang Sedap Dan Mampu Milik Di KL

Dalam entry kali ini, Fadzi nak kongsikan dengan korang 5 tempat makan makanan western yang bukan saja sedap di mulut tapi sedap juga untuk poket korang.


Murni Discovery, Bukit Jalil

Dalam banyak-banyak kedai makan makanan barat yang mampu milik di Malaysia, Fadzi rasa Murni Discovery adalah yang paling banyak pilihan dan sedap. 


Murni Discovery, Bukit Jalil

Yang buat Fadzi rasa best dekat Murni Discovery ini adalah ada pelbagai kombinasi menu yang korang boleh pilih. Sama ada nasi dengan chicken chop, pasta dengan lamb chop atau mee dengan beef steak, semuanya ada.

Kalau order air minuman pula, jangan terkejut dengan nama-nama air yang ada. Nama-nama minuman yang diaorang letak memang rare. I Love You, I Kiss You dan Don't Love Me. Jangan sampai tersipu malu pula nak order ye hehe. 

Charlie’s Cafe, Taman Bukit Desa

Kalau nak rasa the best chicken chop in KL, korang boleh cuba pelbagai variasi menu chicken chop yang ada di Charlie's Cafe. Menu chicken chop di sini memang famous dan harga untuk satu set menu ini pun not bad.

Tapi yang tak nak makan chicken chop, ada juga pilihan menu lain yang tak kurang hebatnya seperti laksa, nasi lemak serai wangi, pelbagai jenis kek dan homemade gelato. 


Charlie’s Cafe, Taman Bukit Desa

Fadzi baru tau yang owner cafe ini dapatkan semua bahan-bahan mentah untuk memasak daripada komuniti orang asli di Malaysia. Bagus kan? Tapi yang lebih bagus, Charlie's Cafe juga buat satu konsep program yang mana korang boleh derma RM5 dalam bentuk resit. 

Resit tu nanti boleh digunakan oleh mana-mana orang yang kurang berkemampuan untuk makan dekat cafe ini. Konsep macam ini jarang-jarang nak ada di Malaysia tau tapi dekat Charlie's Cafe ada!

Eye’s Steak, Bazaria Pantai

Makanan western biasanya agak mahal kan. Tapi kalau korang mencari tempat makan western yang betul-betul murah, korang boleh cuba hidangan di Eye's Steak. 


Eye’s Steak, Bazaria Pantai

Harga makanan barat di sini bermula daripada RM5.90. Mana nak dapat harga western food semurah ini. Tapi korang jangan pandang sebelah mata. Pilihan menu di sini pun boleh tahan banyak juga.

Dengan tagline "Rasa Restoran, Harga Kedai" poket korang tak koyak punyalah bila datang sini.

Top Steak House, Sungai Besi

Top Steak House memang antara pilihan yang korang boleh cuba kalau nak makan makanan barat. Specialty diaorang adalah sos black pepper yang disediakan bersama-sama chicken chop mereka.


Top Steak House, Sungai Besi

Selain itu, ada juga makanan Korea, Itali dan Mexico untuk memberikan kelainan kepada steak house ini berbanding dengan restoran-restoran makanan barat yang lain. 

Bagi korang yang mementingkan aspek halal, tak perlu ragu-ragu nak makan dekat sini. Top Steak House merupakan kedai makanan barat yang diusahakan oleh orang Melayu Islam Malaysia dan pekerja-pekerjanya semua beragama Islam.

Big Brother, Kota Damansara

Rata-rata orang yang pergi makan dekat Big Brother akan cakap portion makanan dekat sini besar! Macam nama dia juga Big Brother. Tapi harga menu di sini masih mampu milik lagi.

Big Brother, Kota Damansara

Selain itu juga, ramai yang cakap menu western food Big Brother sedap dan tahapnya hingga boleh dibandingkan dengan restoran-restoran western yang ternama. Tapi dengan harga yang sedikit lebih murah. Berbaloi sangat tu. 

Sebenarnya Fadzi dah jarang-jarang nak makan dekat luar sekarang ni. Lebih selesa masak di rumah dan makan dengan anak-anak. Tapi kadang-kadang tu kan, rasa macam mengidam jugak nak makan western food.

Nak cari western food near me tak susah pun. Belambak ada area dekat-dekat dengan rumah Fadzi. Cuma nak pergi keluar rumah tu memang tak kuasa lah rasanya bila ada anak-anak kecil ni. 

Tapi bila datang mengidam nak makan macam-macam benda mengalahkan orang pregnant, Fadzi lebih prefer order makanan online delivery je contohnya melalui Malaysia Delivery dari FoodPanda.

Rasa macam senang sikit. Jimat masa, jimat tenaga dan kadang-kadang tu jimat duit juga sebab boleh guna promo code. 

Anyway, korang ada nak suggest tempat makan western yang best best lagi tak? Nak cuba juga nanti. 




5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif

$
0
0
5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif | Alhamdullilah dah masuk tahun 2020 dah kita. Tahun 2020 ini boleh nampak betapa mencabarnya untuk kita rakyat Malaysia.

Tahun 2020

Tapi dalam keadaan mencabar macam ni, kita kena cari jalan untuk jadikan hidup kita lebih baik dan lebih produktif. Tak nak lah kita masih ulang benda benda yang sama dan tak ada kebaikan dari tahun-tahun lepas kan?  

5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif

Dalam entry kali ini, Fadzi nak kongsikan dengan korang antara cara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan tahun 2020 ini lebih baik serta lebih produktif. Nak kata azam tahun baru, lebih kurang lah. Jom mula.

1. Belajar Kemahiran Baru

Dekat dunia ni banyak sangat skill dan kemahiran yang kita boleh belajar. Kalau selama ini kita selalu habiskan masa lapang dengan menonton TV cerita drama, apa kata belajar menulis, melukis, coding, bertukang dan buat kek.

Belajar Kemahiran Baru

Bukan setakat dapat aktifkan semula otak kita, malah boleh buat duit sampingan lagi. Nak nak lagi dalam keadaan ekonomi Malaysia tahun 2020 yang tak menentu ini.

Fadzi dari hujung tahun lepas lagi cuba belajar macam-macam jenis skill baru antaranya menulis, menangkap gambar serta food styling dan yang terbaru digital art. 

Kalau korang berminat nak belajar kemahiran baru macam ni, korang boleh mula cari kelas-kelas online dekat FB, search dekat Google atau nak senang, terus boleh sign up untuk kelas-kelas online yang lebh professional melalui Udemy, Skillshare atau LinkedIn Learning. 

2. Keluar Dari Comfort Zone

Mungkin nak keluar dari comfort zone tu perkara yang paling susah kita nak buat. Bayangkan kita dah selesa dengan kerja yang ada, mampu untuk berbelanja. Tapi tak ada peningkatan dalam kerjaya. 

Cuba berbincang dengan bos, beri peluang untuk lakukan pekerjaan yang berbeza. Atau pergi cuba nasib ke syarikat yang berbeza. Atau cuba mohon kerja ke luar negara. Atau cuba buat side bisnes yang mungkin berbeza dari bidang korang.

Keluar Dari Comfort Zone

Fadzi sendiri dah selesa jadi housewife, menulis di blog sendiri. Tapi Fadzi cuba nak keluar dari comfort zone itu. Fadzi mula masuk kelas-kelas online dan cuba benda baru. 

Memang payah nak mula tapi bila dah mula, korang akan jumpa macam-macam peluang yang korang tak akan jumpa kalau korang masih berada di dalam comfort zone tu. 

Kalau korang nak tahu, Fadzi bermula dengan buat servis ghostwriter. Kiranya Fadzi menulis bagi pihak lain tapi orang tak tahu itu adalah hasil Fadzi. Fadzi hanya dapat duit dan orang yang upah Fadzi tu akan dapat hak sepenuhnya untuk hasil yang Fadzi dah tulis.

Dari menulis artikel untuk blog dan website orang lain, Fadzi dapat peluang untuk menukar video kepada teks. Teks tersebut pula akan dibukukan. Buku tu insyaAllah bulan Januari akan siap dan dipasarkan. 

Lepas tu Fadzi berpeluang pula untuk buat kerja translation dari English ke Bahasa Melayu. Yang lagi tak disangka-sangka, Fadzi dapat pula jadi Virtual Assistant. Dan semua servis-servis ni boleh tahan juga bayarannya.

3. Kolaborasi Dengan Orang Lain

Bak kata pepatah orang, "Kalau nak cepat, bergerak secara bersendiri, kalau nak pergi jauh, secara berkumpulan". Pernah tak dengar ayat ni? 

Maksudnya kalau nak berjaya cepat, korang buat kerja sorang-sorang. Memang cepat berjaya, dapat duit pun banyak tapi penat. Sampai mana sajalah larat nak buat semua kerja sorang-sorang kan?

Kolaborasi Dengan Orang Lain

Tapi kalau korang nak berjaya long term, berkolaborasilah dengan orang lain. Buat team, cari orang, berkongsi ilmu, berkongsi kejayaan. InsyaAllah kita mampu pergi jauh dalam bidang kita. 

Kalau rasa kita tak mampu nak cari dan bayar orang, apa kata kita yang jadi orang yang diupah. Ataupun bagi win win situation. Kolaborasi boleh jadi dalam bentuk apa saja. Yang penting kena kreatif.

Tahun 2020 ni Fadzi planning untuk buat akaun Youtube dan nak juga berkolaborasi dengan Youtuber-Youtuber lain. InsyaAllah semuanya masih dalam perancangan.

4. Banyakkan Membaca

Membaca itu jambatan ilmu. Sekarang ni kita dah tak terikat dengan membaca buku semata-mata. Boleh saja korang baca artikel-artikel yang bermanfaat dekat internet ni. 

Macam-macam jenis artikel yang korang boleh cari dan baca. Kalau nak baca tentang personal finance, korang boleh baca blog RinggitOhRinggit. Korang oleh tau tentang cara-cara nak buat investment dalam Malaysia. 

Banyakkan Membaca

Kalau nak baca pasal parenting, korang boleh follow Facebook ParentConnect. Facebook ni banyak bercerita tentang real life problem parenting dan kanak-kanak.

Itu sebahagian contoh yang Fadzi boleh bagi. Banyak lagi info yang korang boleh dapat di internet. Tak macam dulu yang cuma bergantung kepada buku. Sekarang kita boleh membaca di mana-mana saja asalkan ada internet.

Tahun ini Fadzi plan untuk membaca at least 1 buku untuk 1 minggu. Rugi pula rasanya bila Fadzi tak berpeluang untuk pergi ke jualan gudang buku Utusan tahun lepas. Banyak buku yang dijual dengan harga serendah RM0.50. CUma itu lah, tak ada kesempatan nak pergi beli. 

5. Buat Perancangan

Buat plan untuk semua aspek dalam hidup korang. Dari sekecil-kecil benda hinggalah ke sebesar-besarnya. Contoh perkara yang korang boleh cuba mula buat plan sekarang adalah seperti menu masak setiap hari, budget duit keluar masuk dan plan artikel blog.
Buat Perancangan

Macam-macam benda lah yang boleh rancang seawal mungkin. Semua plan ini akan menjimatkan masa, duit dan tenaga. Fadzi sendiri dah mula buat plan macam ni 2 tahun lepas dan memang banyak sangat membantu.

Apa yang Fadzi tulis dekat atas ni mungkin terlalu general. Tapi korang boleh fokuskan lagi dengan menyenaraikan apa perkara yang korang nak improve dalma kehidupan korang dan terus buat.

Untuk hari pertama tahun 2020 ini, apa antara perkara yang korang dah ubah tentang diri sendiri? Apa perkara yang korang buat untuk membuatkan tahun 2020 ini lebih produktif?


Cara Semak ASB Online 2020

$
0
0
Cara Semak ASB Online 2020 | Dah masuk tahun baru 2020 ni antara perkara yang tak sabar-sabar para investor nak check mestilah dividen ASB korang kan? 

Sama lah macam Fadzi pun. Tak sabar nak check dapat berapa sebab tahun ni macam banyak sangat nak pakai duit. 

Cara Semak ASB Online 2020

Bagi yang dah daftar ASB online, korang boleh baca artikel ini untuk tahu cara macam mana nak semak dividen ASB secara online. Kalau yang masih belum daftar online lagi, korang baca dulu entry yang ini untuk dapatkan step by step daftar ASB online.

Okay jom kita tengok macam mana nak check ASB online bagi yang dah register dekat portal ASB.

1. Mula-mula korang pergi ke website https://www.myasnb.com.my/.
Cara Semak ASB Online 2020


2. Masukkan ID pengguna dan klik butang TERUSKAN.
Cara Semak ASB Online 2020


3. Semak FRASA KESELAMATAN. Pastikan betul dan klik YA. Kemudian klik TERUSKAN.
Cara Semak ASB Online 2020


4. Nanti akan keluar ruangan untuk isi Kata Laluan. Isikan Kata Laluan dan klik TERUSKAN.
Cara Semak ASB Online 2020

5. Korang akan masuk ke laman utama myASNB. Dekat sini akan dipaparkan Jumlah Nilai Pelaburan korang. Kalau korang invest dalam satu produk je contohnya ASB je, keluarlah jumlah untuk ASB saja.
Cara Semak ASB Online 2020

Tapi kalau korang ada invest banyak produk contohnya ASB, ASB2, ASM dan ASN, nanti nilai yang keluar dekat Jumlah Nilai Pelaburan itu adalah jumlah keempat-empat produk yang korang invest tu.

6. Kalau korang ada buat akaun untuk anak-anak, korang boleh semak dekat bahagian Bijak/Remaja. Klik di situ dan korang akan dibawa ke page senarai akaun untuk anak-anak korang.
Cara Semak ASB Online 2020

Cara Semak ASB Online 2020

Page untuk akaun Bijak/Remaja.

Untuk akaun ASB sendiri, Fadzi dah boleh check pada 1hb Januari lagi. Tapi untuk anak-anak, 2hb Januari baru boleh semak. 

Dividen ASB 2020

Pengagihan Dividen ASB 2019

Jumlah 5.50 sen seunit ini terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit.

Kecoh jugak 5.5 ni tahun lepas sebab sepanjang sejarah, ini lah yang paling rendah dividen untuk ASB yang pernah kita dapat. 

Bagi yang simpan ASB sendiri okaylah kot. Tapi bagi yang buat loan, sakit sikit. 

Korang dah check berapa amount dividen ASB yang korang dah dapat? Walau apa pun nilainya, jangan lupa bersyukur ya. 


Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

$
0
0
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online | Korang dah check ke WTD? Mana tau ada duit yang korang akan dapat nanti. Sekarang ni dah tak payah susah-susah nak pergi pejabat akauntan negeri nak check. Check WTD online pun dah boleh sekarang.

Fadzi tau boleh start semak WTD online ni masa 1 Januari lepas. Tapi Fadzi check 2hb. Punyalah payah. Nak register website loading. Nak tunggu dieorang bagi password lama. Nak log in guna password yang diberi, tak boleh. 

Jadi Fadzi register lah lagi sekali. Nak register lagi sekali tu pun payah jugak. Semalam cuba register, loading teruk website nya. Mungkin dieorang tengah ubah sistem. Hari ni register, baru ok masuk.

Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Rasanya kalau korang nak check mulai hari ni, dah ok kot. Sebab tengok page pendaftaran, diaorang ada buat perubahan sikit. Dan Fadzi daftar tadi, smooth sikit perjalanan dia.

Okay, kalau yang tertanya-tanya macam mana nak check WTD secara online, korang boleh baca artikel ni sampai habis. Ready? Go!

1. Pergi ke website https://egumis.anm.gov.my/
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online


2. Klik Semakan>Pendaftaran
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

3. Isi borang pendaftaran. Klik Terms & Cond, reCaptcha dan Daftar
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

4. Bila keluar pop up message macam ni, klik Ya
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

5. Pendaftaran korang dah berjaya.
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

6. Terus pergi log in. Klik Semakan>Log Masuk
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

7. Isikan username dan password
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

8. Korang kena tukar password untuk kali pertama. Fadzi buat password yang sama macam yang register pun ok je. Tak ada masalah.
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

9. Kena kemaskini details dulu. Kalau tak, tak boleh nak check WTD online
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

10. Bila dah kemaskini, page ini akan keluar. Klik dekat butang KLIK SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

11. Isikan nombor pengenalan dan klik Cari
Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

12. Nanti keluarlah senarai wang yang tidak dituntut kalau korang ada. Fadzi... Ermm.. Tak ada hahahaha. Dia kata rekod Fadzi tak ada dalam senarai.

Tapi kalau difikir-fikir, Fadzi ada je satu akaun bank yang dah lama tak aktif. Dan ada je duit dalam tu. Cuma Fadzi dah tak ada kad bank tu. Buku pun tak ada dah. Entah ke mana.

Sepatutnya ada lah sedikit amount yang terpapar tapi tak ada. Mungkin sebab website tu pun masih lagi baru. Fadzi check lepas dieorang buat penambahbaikan untuk pendaftaran.

Dan bila kawan-kawan dekat Facebook pun ada cakap benda yang sama, pasal tak ada rekod untuk diaorang. Jadi Fadzi rasa ada lah sistem dieorang yang masih tak betul. 

Tunggu dalam sebulan dua lagi mungkin akan check semula dan tengok balik ada rekod atau tidak. Untuk korang yang masih tak register lagi untuk check WTD online, boleh lah cuba. 

10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah

$
0
0
10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah | Awal-awal masa Fadzi pindah masuk ke rumah yang sekarang Fadzi duduk, semua rasa cantik bersih dan tak ada masalah lipas, tikus, cicak mahupun semut. Rumah baru saja siap developed kan. Hatta nyamuk pun tak ada. Tapi lepas dalam 3 tahun duduk sini, tiba-tiba banyak gila lipas.

Cara Halau Lipas Dari Rumah

Salah satu sebab kenapa tiba-tiba banyak lipas adalah orang ramai mula masuk dan buang sampah dekat bilik sampah sesuka hati. Lepas tu bila semakin banyak kedai makan yang dibuka di bawah rumah tu, semakin lah teruk lipas datang.

10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah

Jadi untuk menghapuskan lipas-lipas yang datang ke rumah, macam-macam petua yang Fadzi guna. Waktu tu kalau boleh Fadzi memang tak nak guna bahan-bahan kimia macam spray lipas sebab Aneeq dan Anas kecil lagi kan. Antara petua yang Fadzi guna untuk halau lipas dari rumah adalah:

Cara Halau Lipas Dari Rumah

1. Hirisan Lemon

Caranya mudah saja. Korang hiriskan lemon nipis-nipis. Picit sikit bagi keluar bau wangi lemon tu. Lepas tu letakkan di kawasan-kawasan yang selalu korang nampak lipas bersuka ria. Fadzi suka letak dekat setiap penjuru dalam kabinet rumah Fadzi.

2. Daun Pandan

Daun pandan pula Fadzi dapatkan dari rumah Mak dan rumah Mak Mentua Fadzi. Ha, diaorang siap bagi satu pokok tau. Fadzi carik carik kan daun pandan sampai keluar bau dan letak dalam almari dapur.

3. Serai Wangi

Yang ni Fadzi guna cecair serai wangi yang dalam botol tu. Fadzi letak cecair serai wangi dan campur dengan air paip letak dalam botol spray. Fadzi spray dalam almari dapur.

4. Kulit Telur

Kulit telur ni pulak. Setiap kali Fadzi masak guna telur, Fadzi basuh dan simpan kulit dia. Bila dah kering, Fadzi tumbuk dalam lesung batu bagi hancur halus. Letak sekeliling belah dalam almari dapur.

Cara Halau Lipas Dari Rumah
Botol tu DIY lebih kurang macam ni. Potong dua. Muncung botol terbalik kan dan lekatkan guna selotip. Isi minyak yang dah digunakan dalma botol tu. Nak lagi power letak belacan sekali bagi naik bau.

5. Perangkap Botol Minyak

Yang ini trick dekat mana entah Fadzi baca. Cara dia potong botol air bikarbonat besar jadi dua. Isi minyak yang dah digunakan dekat dalam botol. Letak bahagian muncung ke bawah. Nanti lipas masuk diaorang dah tak boleh keluar.

Cara Halau Lipas Dari Rumah

6. Perangkap Lipas

YAng ni beli je dekat market mana-mana. InsyAllah ada kot. Cara nak pakai ni senang saja. Keluarkan dari packaging, letak dekat tempat lipas selalu datang. Letak dalam sebulan, nanti banyakah lipas duduk dalam tu kena perangkap.

Malangnya kesemua petua yang Fadzi buat dekat atas ni kurang berkesan. Pada awal penggunaan mungkin ada berkurangan sikit lipas tapi lama-lama diaorang pun macam heh, ingat aku takut sangat ke setakat guna benda-benda macam ni. Aku lipas hybrid lah. Power kot.

Ha lebih kurang macam tu lah kot dieorang cakap.

7. Non Chemical Spray

Nasib baik juga masa tu kakak ipar Fadzi ada bagi spray semula jadi. Kira tak ada bahan kimia yang merbahaya kan lah. So kiteorang cuba guna spray tu. Tiap kali sebelum tidur, kiteorang akan buat kerja pembersihan dekat dapur. Nampak je lipas terus spray sampai mati.

Bangun pagi, sebelum pergi kerja Zul pulak buat pembersihan. Masa dia nak ambil plastik sampah untuk buang dekat bilik sampah, asal nampak je ada lipas, dia spray. Jadi bila Fadzi keluar dari bilik tidur, memang terbau spray tu.

So far, bila spray dengan spray tu lipas memang sangat-sangat berkurang. Sampai sekarang. Ada lah seekor dua kadang-kadang tu nampak lagi terkedek-kedek. Cuma baunya walaupun ok saja tapi terlalu kuat bagi Fadzi. Fadzi tak berapa suka lah bau dia.

8. Tutup Salur Air Pada Lantai

Langkah yang kedua kiteorang buat yang menyebabkan lipas berkurangan adalah dengan meletakkan penutup pada saluran air (floor trap) dekat bahagian dapur. Jadi lipas dari luar tak boleh masuk ke dalam rumah.

9. Bersihkan Makanan Tumpah Segera

Yang paling penting, korang kena pastikan rumah korang bersih. Kalau ada makanan tumpah, cepat-cepat kemaskan. Faham-faham je lah kan Fadzi ada dua anak lelaki yang sedang membesar. Kalau makan sendiri, kalau tak bersepah mesti tak sah.

10. Tutup Tong Sampah Dan Ikat Plastik Sampah

Lepas tu pastikan juga korang selalu tutup tong sampah. Fadzi cadangkan sangat korang beli dan guna tong sampah yang jenis bertutup dan berpedal. Senang nak buka dan tutup tong sampah guna kaki saja tanpa perlu pegang tong sampah tu. Kalau yang jenis buang sampah dalam plastik sampah saja, malam-malam sebelum tidur, ikatlah dulu plastik sampah tu.  

Kalau korang ada masalah lipas di rumah pun, Fadzi cadangakan korang boleh guna spray (tak kisah brand apa asalkan bahan yang digunakan adalah semulajadi. Kalau guna air kosong saja pun boleh) dan tutup saluran air (floor trap) dekat dapur korang.

Atau kalau tak menjadi juga, Fadzi senaraikan lagi petua-petua lain yang orang lain kongsikan cara untuk menghalau lipas dari rumah tanpa menggunakan bahan kimia di bawah.


  1. Spray air paip sampai lipas lemas
  2. Spray minyak pati dalam almari
  3. Tabur serbuk penaik dalam almari
  4. Letak gel silika dalam almari
  5. Letak sabun mandi yang berbau kuat dalam almari
  6. Tabur buah pelaga di kawasan lipas suka lepak
  7. Letak glue trap dekat kawasan selalu lipas jalan

Cara Halau Lipas Dari Rumah

Untuk 7 senarai cara halau lipas dari rumah yang Fadzi tulis dekat atas ini Fadzi tak tahu keberkesanannya sebab Fadzi tak pernah cuba. Kalau korang dah cuba dan berkesan, cara yang mana satu korang buat yang menjadi.

Cara yang sama ini jugak korang boleh gunakan untuk menghalau lipas yang berkeliaran dalam kereta. Korang ada petua lain yang menjadi? Kalau ada, komen sikit dekat bawah. Thank you very much!


Cara Memulakan Bisnes Penternakan Kambing

$
0
0
Cara Memulakan Bisnes Penternakan Kambing | Hari tu Fadzi ada nampak iklan dekat TV masa tengah tengok Malaysia Hari Ini. Tak ingat iklan Nona ke iklan Majalah 3. Tapi iklan tu pasal penternakan kambing.

Terus Fadzi teringat nak baca balik ebook Rahsia Kambing. Ebook Rahsia Kambing ini sebenarnya adalah satu panduan yang cukup lengkap bagi sesiapa saja yang baru nak memulakan penternakan kambing. 

Cara Ternak Kambing

Kiranya penulis dah cerita dari awal cara buat kandang, beli kambing sampailah cara jual kambing dan extra income yang boleh dapat melalui penternakan kambing ni.

Cara Memulakan Bisnes Penternakan Kambing 

Banyak info, ilmu, rahsia serta pengalaman sebenarnya yang telah penulis dah masukkan di dalam ebook ini. Kalau korang nak tahu, penulis adalah seorang penternakan kambing yang dah berjaya mengembangkan bisnes penternakan kambing beliau.

Antara perkara yang korang boleh dapat dalam ebook ini nanti adalah :-
  • Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan korang.
  • Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan korang.
  • Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah.
  • Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan korang.
  • Bagaimana memerah susu kambing dengan betul.
  • Bagaimana menyambut kelahiran kambing
  • Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya.
  • Bagaimana memasarkan ternakan kambing korang.

Isi Kandungan eBook Rahsia Kambing

Dalam ebook ini ada beberapa topik yang penulis dah kupas habis-habisan. Semuanya bagi Fadzi sangat berguna bagi yang baru pertama kali nak bermula menternak kambing. Ataupun bagi yang bermasalah dalam penternakan kambing.

1. Kenapa Kambing?

Pada bab permulaan ini, penulis kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah  7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.

2. Modal & Sumber Kewangan

Terdapat 4 cara yang boleh korang gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Tenaga Kerja - Siapa Nak Jaga?

Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada korang yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. 

Dalam bab ini, penulis kongsikan 2 cara yang boleh korang gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan korang.

4. Kandang Kambing

Ada banyak perkara yang perlu korang pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, korang terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu korang tahu sebelum membinanya. 

Penulis juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing. 

5. Makanan Kambing

Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.  Dalam bab ini, penulis ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh korang jadikan makanan kambing. 

Malah, dalam bab ini, penulis siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. 

Dengan menanam rumput ini, korang akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

Cara Ternak Kambing
ebook Rahsia Kambing - Dapatkan panduan lengkap memulakan perniagaan menternak kambing. Klik sini.


6. Baka Kambing

Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, penulis kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? 

Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau korang silap pilih baka, maka kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

7. Pembiakan Kambing

Dalam bab ini, penulis terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

8. Masalah Kambing

Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

9. Teknik Memerah Susu

Ini paling seronok, penulis tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.

10. Pengurusan Kambing

Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

11. Pemasaran

Bila kambing dah banyak, mestilah korang nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, penulis senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh korang gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.

Bonus Istimewa - 3 Ebook 

Ebook Rahsia Kambing ini juga datang dengan 3 ebook tambahan yang memang membantu sangat untuk melengkapkan ilmu bagi memulakan projek penternakan kambing korang nanti. 3 ebook itu adalah:
Cara Ternak Kambing

BONUS #1 : SENARAI SEMAK BAJET MEMULAKAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Untuk memudahkan korang memulakan projek penternakan kambing, penulis akan memberikan korang satu senarai semak item-item yang lengkap beserta dengan kos anggaran, bagi korang membuat rujukan untuk memulakan projek penternakan kambing anda. 

Senarai semak ini merangkumi aspek kos permulaan dan kos operasi di dalam menjalankan projek penternakan kambing.
Cara Ternak Kambing

BONUS #2 : CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN PINJAMAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Jika korang tidak cukup modal dan ingin membuat pinjaman bagi memulakan projek penternakan kambing korang, penulis turut memberikan korang satu contoh kertas kerja yang boleh korang gunakan sebagai rujukan untuk membuat kertas kerja bagi memohon pinjaman untuk projek penternakan kambing korang.

Tapi kalau korang rasa nak buat kertas kerja untuk projek ternakan kambing korang ni rasanya agak renyah, korang boleh saja PM FB atau Whatsapp Fadzi. Fadzi ada sediakan servis untuk membuat kertas kerja memulakan bisnes seperti ini.
Cara Ternak Kambing

BONUS #3 : EXTRA INCOME - BUAT DUIT LEBIH TANPA PERLU JUAL KAMBING

Siapa sangka penternak kambing boleh mendapatkan duit lebih serta keuntungan tambahan tanpa perlu menjual kambing mereka? 

Di dalam ebook bonus ini, korang akan didedahkan dengan 5 kaedah menjana pendapatan sampingan tanpa perlu korang menjual kambing ternakan korang. 

Ebook ini ditulis oleh penulis berdasarkan pengalaman sebenarnya beliau memulakan penternakan kambing secara sambilan dengan modal yang sangat minima. 

Satu benda yang Fadzi suka pasal ebook ni adalah ianya sangat tersusun dan lengkap. Payah nak jumpa panduan macam ni. Kalau google pun, renyah kerjanya nak baca dari mana, nak mula dekat mana. 
Cara Ternak Kambing

Ilmu pasal penternakan kambing ini sangat berguna untuk korang mula menternak kambing secara short cut. Maksud Fadzi untuk elakkan membuat kesalahan-kesalahan yang Fadzi rasa tak patut dan akan merugikan korang. Ikut saja panduan ini dan insyaAllah korang akan berjaya.

Korang boleh dapatkan ebook Rahsia Kambing - Panduan Memulakan Penternakan Kambing dengan klik di SINI. Semoga berjaya korang!


Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant, Bangsar South

$
0
0
Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant, Bangsar South | Tahun lepas hujung bulan Disember, parents, abang dan kakak ipar Fadzi ada datang KL. Saja nak jalan-jalan cuti hujung tahun. Duduk dekat rumah family di KL.

Biasanya kalau dieorang datang KL atau Selangor, kitaorang adik beradik memang selalu pergi keluar makan sama-sama. Hari tu dah makan dekat area Shah Alam. Kali ni kita orang pergi area Bangsar South pulak iaitu di Amber Chinese Muslim Restaurant.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant, Bangsar South

Fadzi dah lama tak pergi makan makanan cina. Seronok jugak lah nak merasa makanan cina muslim ni. Kali ni, kakak nombor 3 yang belanja hehehe. 

Fadzi suka restoran dia. Luas. Dan ada partition bagi yang nak agak privasi. Kitaorang ambil ruangan yang paling hujung sekali di sebelah tingkap menghadap VE Hotel.

Di partition itu disediakan satu meja besar dan banyak kerusi. Ada meja yang lebih kecil sebagai tambahan. Ada juga meja bulat kecil-kecil macam meja kopi. Mungkin untuk letak barang-barang. Kitaorang pun memang letak beg dekat situ. 

Buku menu diaorang boleh tahan besar dan berat. Menu banyak. Harga pun ehem. >.< Nasib baik orang lain belanja hari tu hahahaha. Jadi kitaorang suruh je lah orang yang belanja pilih menu apa. 

Antara menu yang kakak Fadzi pilih (banyak woih!):

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Air minuman kitaorang pilih air teh jasmin dan air tembikai. Yang dalam jag besi tu diaorang letak air panas. Nanti kalau teh jasmin tu dah habis, boleh refill air panas semula.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Kambing Panggang Amber. Rasa dia penuh  dengan rasa hangat herba. Fadzi makan 2 3 ketul jugak lah. Tapi ada yang Fadzi makan tu agak liat.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Hand Pulled Beef Noodle. Hmmm. Tak pastilah kenapa tapi Fadzi rasa Mee Tarik ni kuah dia macam mee segera Maggi. 

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Eight Treasures Tea (Ba Bao Cha). Yang ni Fadzi tak sempat nak rasa. Ni air teh herba.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Sauteed Snow Peas, Black Fungus with Lily Bulbs. Menu sayur-sayuran yang ini sedap cumanya kuantiti dia nampak sikit saja. Rasa snow peas tu yang membuatkan menu ni rasa crunchy gitu. 

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Deep Fried Fish in Sweet & Sour Sauce. Yang ini menunya lebih kurang macam menu lauk sweet and sour yang korang boleh rasa dekat luar.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Kung Pao Chicken. Rasa pedas dia mild saja tapi Aneeq tak boleh nak makan. Katanya pedas sangat. Tapi sebenarnya waktu tu dia dah start mengantuk. Kesian dia.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Poached Sliced Beef in Hot Chili Oil. Uh, menu ni agak pedas. Sesiapa yang suka makan pedas, ok sangat nak ambil menu ini.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Sizzling Eggplant with Chicken in Sauce. Sayur ni sedap. Serius sedap. Tapi masa makan tu ayam dia macam tak berapa nak ada.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Steamed Mantau & Fried Mantau. Mantau ini dieorang serve sekali dengan susu pekat. Kiranya kalau nak makan, cicah dulu dengan susu pekat tu. Baru rasa kick sikit. 

Fadzi makan mantau tu agak lewat. Fadzi makan yang Aneeq tak habis makan. Bila nak makan tu, dia punya keras tak boleh makan terus. Yang steam punya lah. Kalau yang goreng punya ok je tak ada masalah nak makan. Tips dia, kalau nak makan, makan masa panas panas baru sampai tu. Huhuh.

Restoran Makanan Cina Muslim KL - Amber Chinese Muslim Restaurant

Overall, makanan dia sedap dan mengenyangkan. Servis bagus. Tempat pun bersih. Tapi tu lah, harga tak tahu sebab orang belanja kan. Hohoho.

Sebenarnya banyak lagi nak describe pasal makanan dia tapi sebab cerita tahun lepas kan. Rasa macam dah terlupa pulak rasa dia macam mana. Lepas ni kalau pergi makan dekat mana-mana lagi, next time kena terus tulis dalam blog. Sebab nanti lupa rasa dia macam mana hehehe.



Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan Strategik

$
0
0
Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan Strategik | Tahun lepas bulan Disember, Fadzi dan keluarga pergi ke Pulau Pinang. Ada kenduri saudara kahwin. Tapi bukan dekat pulau pun. Belah Seberang Perai je.

Masa nak pergi ke sana, gigihlah google mana hotel dekat Seberang Perai ni. Banyak rupanya pilihan. Tapi ikutkan cantik, selesa dan harga pun okay, kitaorang pilih Hotel Ixora yang terletak di area Seberang Jaya.

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai - Hotel Cantik, Selesa Dan Strategik

Hotel Ixora ni berdekatan dengan UiTM Pulau Pinang dan Politeknik Pulau Pinang. So mana tau korang ada event dekat situ, boleh duduk dekat Hotel Ixora.

Selain itu, Hotel Ixora ini jugak bersebelahan dengan MegaMall Penang. Zul dulu study dekat UiTM Pulau Pinang. Tu kira tempat diaorang shopping dan melepak makan lah waktu study dulu. 

Masa nak check in ke Hotel Ixora, Zul je yang masuk. Fadzi dengan budak-budak tunggu dalam kereta, park tepi jalan. Sebab tak tau parking diaorang macam mana. Sekejap je check in nya. Dah setel semua Zul datang balik bawak kad.

Hotel Ixora Prai Penang

Lepas tu, Zul terus drive masuk ke parking basement. Parking dah kira masuk sekali dalam bayaran bilik hotel tu. Asalkan kalau korang nak keluar, korang kena validate dekat kaunter reception dekat lobi dulu.

Hotel Ixora Prai Penang

Lobi dia not bad cantik. Luas. Putih bersih. Kaunter registration dia panjang. Adalah dalam 2 3 orang staff yang jaga. Lobi dia betul-betul sebelah dengan The Straights Cafe. 

Zul book Superior Room. Dalam bilik tu ada satu katil saiz king. Memang sedap lah bergolek ke kiri dan kanan, tak jatuh jatuh hahaha. Bebudak lagi lah seronok. Aneeq terus conquer katil tu.

Hotel Ixora Prai Penang

Dekat sebelah katil tu pulak ada macam day bed. Muat lah kalau sorang nak tidur sana. Mula-mula Aneeq kata dia nak tidur dekat day bed tu. Tapi tengok tengok malam tu mencari mak dia. 

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Dalam bilik tu diaorang ada sediakan TV dengan channel Astro, USB port untuk charge any devices dan juga Handy Smartphone. Handy Smartphone ni korang boleh guna kalau nak telefon sesiapa di luar negara atau untuk order makanan ke bilik guna apps yang disediakan. 

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Dalam bilik tu dah siap sekali dengan tea and coffea making facilities, ada 2 botol air minuman, safe box, peti ais kecil, iron, ironing board, penimbang berat badan, selipar dan plastik laundry. 

Hotel Ixora Prai Penang

Toiletries pun ada. Sabun, shampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, sabun buku dan shower cap. Towel pun diaorang ada bagi sekali tapi ada sehelai je. Fadzi pun malas nak complain sebab memang kitaorang ada bawak satu tuala sebagai back up.

Hotel Ixora Prai Penang

Toilet bilik ni besar gila. Sebesar bilik tidur Aneeq dekat rumah. Huhuhu. Shower dia dalam bilik kaca. Tapi ada masalah sikit pasal shower tu. Dia jenis yang shower ada dua kepala. Satu belah atas satu yang boleh pegang dan cabut cabut tu.

Masalahnya tak boleh tutup salah satu air yang keluar. Jadi bila mandi, dua dua kepala shower tu keluar air. Puas cari punat mana nak pulas, nak tekan tapi tak boleh juga. Tapi we survived je mandi macam tu pun.

Hotel Ixora Prai Penang

Toilet bowl diaorang ada bidet yang keluar dari dalam toilet bowl tu. Aneeq pun susah nak basuh. Jadi tiap kali dia nak pergi toilet, memang salah seorang daripada kitaorang kena masuk sekali nak bukak kan bidet tu.

Hotel Ixora Prai Penang

Cermin toilet dia besar. Sinki pun ada dua. Ada air panas dan air sejuk lagi. Ada pula lagi kemudahan pengering rambut. Huih, penting sangat untuk Fadzi pengering rambut tu. 

Mula-mula masuk bilik, kiteorang terus tukar baju dan pampers Anas. Terbocor sikit. Lepas setel Anas dan bagi budak-budak ni lepas atas katil tengok TV, Fadzi snap snap gambar bilik sikit. Memang plan nak story dalam blog pun. Jarang-jarang nak keluar duduk hotel ni tau.

Petang tu, kitaorang dah start get ready, mandikan budak-budak, mandi, solat. Pastu baru nak google tempat makan yang sedap dekat Permatang Pauh. Last minit betul kan. Hahaha.

Google punya Google, finally decide nak makan dekat De Pauh Garden. Fadzi ada story jugak pasal De Pauh Garden ni dekat entry yang ini (klik sini). Korang boleh lah baca kot kot mencari tempat makan dekat Seberang Perai ni kan.

Balik daripada makan malam tu, saja lah Fadzi nak jalan-jalan sekitar hotel. Masa masuk bilik petang tadi tu, Fadzi ada nampak library. Konon nak tengok lah masuk ke dalam library tu. Sekali library dah tutup.

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Jadi kitaorang pergi tengok area pool. Pool ada dua jenis. Satu untuk budak-budak. Ada slide sekali. Satu lagi untuk orang dewasa. Dalam lah sikit. Tapi tak berapa besar sangat lah. 

Waktu tu entah apa lah Aneeq dia kata nak balik. Takut kot gelap dekat luar tu. Waktu dah dalam nak dekat pukul 9 malam. Pool tu memang tutup waktu malam.

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Hotel Ixora Prai Penang

Kitaorang pun masuk, tengok area gym pulak. Besar jugak gym dia. Facilities pun okay lah. Aneeq nampak ball tetibe okay pulak dari tantrum huhu.

Bilik yang kitaorang duduk hari tu ada sekali dengan breakfast untuk dua orang. Budak-budak free saja. Tapi gambar masa breakfast dekat The Straights Cafe diaorang tak sempat nak ambil sebab bateri dah habis.

Menu untuk breakfast banyak jugak. Ada cereal, toast, mee, nasi, bubur kosong, muffin, cupcake, buah-buahan. Eh banyak lagi lah tapi dah lupa sebab tak ambil gambar kan.

Breakfast diaorang dari pukul 7 pagi sampai 10 pagi. Kitaorang hari tu turun dalam pukul 8 pagi kot. Lepak lah makan dekat situ sampai nak dekat pukul 10 pagi jugak. Sambil makan sambil Aneeq tengok TV.

Bila dah habis makan, kitaorang naik balik bilik dan rest. Lepas Subuh lagi kitaorang dah siap-siap kemas barang, nak make sure tak kelam kabut. 

Hotel Ixora Prai Penang

Overall, Fadzi suka dengan Ixora Hotel ni. Lepas tu semua perabot dan facilities dia masih cantik. Cuma adalah beberapa benda yang diaorang miss terutamanya pasal towel dan shower tu. 

Kalau korang mencari hotel dekat UiTM Pulau Pinang, Politeknik Pulau Pinang atau airport, Hotel Ixora mungkin antara pilihan terbaik untuk korang. 




De Pauh Garden - Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

$
0
0
De Pauh Garden - Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai | Hari tu Fadzi ada pergi ke Pulau Pinang belah Seberang Perai. Ada kenduri kahwin saudara sebelah Zul. Kitaorang datang sehari sebelum majlis jadi duduk lah dekat Hotel Ixora.

Kalau dah datang tempat orang kan, mesti lah nak cari tempat makan yang best dekat Permatang Pauh ni kan. Bila google, keluar Restoran De Pauh Garden. Kitaorang pun lepas je solat Maghrib, terus gerak pergi sana.

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

De Pauh Garden - Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

Dari Ixora Hotel ke De Pauh Garden ni tak jauh mana pun. Dalam 10 minit macam tu. Kedai makan ni pun dekat dengan UiTM Pulau Pinang dan Politeknik Seberang Perai.

Masuk masuk je kawasan De Pauh Garden tu, rupanya diaorang ada buat tapak parking jugak. Lebih kurang macam Klebang Coconut Shake tu.

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

Walaupun parking diaorang banyak tapi tak lah sebesar Klebang Coconut Shake. Tapi De Puah Garden lengkap dengan surau dan toilet. So kalau datang sini, senang lah nak solat ape semua.

Restoran diaorang ni ada dua jenis tau. Satu dalam bangunan ber'air cond' yang dipanggil cafe. Satu lagi bangunan open air. Kitaorang masuk dalam restoran yang open air tu je. Sebab masa kitaorang pergi tu nampak macam ada event dekat dalam cafe.

Cafe dia tak besar sangat. Tapi restoran open air dieorang luas. Ada yang bawah bumbung bangunan. Dan ada yang dia letak kanopi macam orang kahwin belah luar. Cantik.

Menu pulak dekat sini, macam macam jenis menu yang ada. Makanan Melayu ada, Western ada dan makanan Thai pun ada. Harga menu pula macam harga standard kot. Korang boleh tenogk menu dan harga dekat sini.

Malam tu kitaorang order makanan Melayu saja. Lapar kan. Nak senang. Order je lah nasi putih, ayam paprik, sayur, cendawan celup tepung dan telur mata kerbau. Untuk Aneeq order set budak-budak. Anas makan nasi putih dengan telur mata.

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

Menu Aqeel's Meal (RM8.90). Dalam menu ni ada chicken nugget, spageti sikit, air vitagen dan puding mangga. Aneeq tak makan puding mangga tu. Dia sejenis yang tak suka benda benda lembik hahaha.

Bagi Fadzi menu ni macam tak begitu berbaloi. Kalau anak jenis makan sikit, mungkin okay. Tapi kalau jenis anak makan banyak, better order nasi putih dan lauk pauk biasa saja.

Menu lauk yang kitaorang order hari tu. Telur mata kerbau untuk Anas. Nasi putih. Mula-mula order 2 pinggan je nasi. Kononnya kongsi nasi dengan Anas lah. Sekali Fadzi lapar lagi. Tambah lagi satu pinggan nasi huhu.

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

Lauk pulak kitaorang order Ayam Paprik, Kailan Goreng Ikan Masin dan Cendawan Goreng Celup Tepung. Overall makan sedap, portion cukup cukup untuk 2 orang makan. Puas hati lah.

Nasi putih diaorang pulak siap bagi sekali dengan sambal belacan. Lagi lah Fadzi suka. 

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai

Air pulak kitaorang order air Sirap Limau Ais dan Limau Ais. Okay saja lah. Air standard kedai kan. 

Tempat Makan Sedap Di Seberang Perai
Nah, total harga kitaorang makan hari tu RM35.60. Okay ke tidak eh? Dah lama sebenarnya tak makan dekat luar ni huhuh.

Servis dekat sini Fadzi suka. Staff diaorang mesra dan senang nak minta tolong. Masuk masuk je staff diaorang nampak kitaorang pegang baby terus offer nak ambilkan baby chair.

Bila dah jumpa kedai makan yang sedap di Permatang Pauh ni, tambah lagi servis okay dan kemudahan yang selesa, Fadzi suggest korang yang datang ke Pulau Pinang datang makan dekat sini. Tak gigih lah duduk sebelah Perai ni gigih nak pergi pulau pulak kan. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

$
0
0
Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue | Birthday kakak Fadzi yang sulung hujung bulan Disember tahun lepas. Jadi sebagai seorang adik yang baik hati dan comel (kehkeh), Fadzi baru ada kesempatan untuk ajak dia keluar belanja makan. 

Since it's her birthday, jadi Fadzi bagi lah dia pilih nak makan dekat mana. Antara yang jadi pilihan dia adalah Hotel Majestic afternoon tea at the Orchid Room dengan Beard Brothers. Bukan main high maintenance jugak kakakku ni. Hahahha.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Nasib baik kakak Fadzi bergurau pasal high tea dekat Hotel Majestic tu kalau tak matilanak Fadzi nak mambayonya. Jadi kiteorang decide untuk pergi ke Beard Brothers BBQ yang terletak di Tropicana Avenue. 

To be honest, Fadzi bab bab order makanan ni memang fail. Even nak order KFC or McDonalds pun, Zul yang kena order kan. Jadi sempena birthday kakak Fadzi ni, Fadzi suruh dia je yang order mana dia nak.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Korang boleh tengok menu ni dengan harga. Ada set untuk seorang, ada set untuk big plater (share ramai-ramai) dan ada set yang korang boleh customize sendiri. 

Asalnya kitaorang nak ambil set platter Fourplay tapi staff tu pandai suruh kitaorang ambil set mahal sikit. Reason, kitaorang ramai. Huhuhu. Okay lah boleh lah ambil set Behemoth 4.0.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Dalam Set Behemoth 4.0 ini ada:
200g Beef Brisket
200g Pulled Lamb
200g Burnt Ends
1 Beef Ribs
1/4 Chicken
Mashed Brotatoes
Coleslaw
Woody Chippy
4 Brotatoes Buns
2 Cornbread
3 Banana Pudding
4 Sparkling Lemonade

Beef Brisket dia, hmm. A bit out kot. Bukan Fadzi sorang je yang cakap macam tu tau. Kakak Fadzi dan Zul pun cakap macam tu. Rasa dia terlalu.. Macam mana eh nak cakap? Terlalu beefy? Macam ada something yang tak kena sikit.

Next, Pulled Lamb dia. Lamb dia not bad. Lembut. Since dia dah pulled kan, senang lah sikit nak makan kan. Pada Fadzi perapan dia agak kurang tapi masih boleh dimakan dengan senang hati. Tips dia, maybe korang nak makan Pulled Lamb dia dengan Brotatoes Bun yang disediakan. Mungkin sedap kot.

Dalam banyak-banyak menu yang ada dalam set ni, Fadzi paling suka Burnt Ends dia. Sedap. Manis. Berlemak. Juicy. Eh sedaplah yang pentingnya. Yang part ni Fadzi makan paling banyak.

Lepas tu, dia punya Beef Ribs. Ya Allah! Lembut gila. Senang je Fadzi nak potong. Dia punya tahap lembut tu, tiap kali Fadzi potong, Fadzi duk sebut "Wow, oh my god, look at that, so nice, so good, so soft". Ha gitu lah jakunnya Fadzi dengan ribs diaorang.

Tapi bila makan, mula mula Fadzi okay. Lama-lama Fadzi rasa macam ada after taste yang terlekat dekat anak tekak. Bila Fadzi tanya orang lain, diaorang kata okay je. Huhuhu, maybe sebab Fadzi tak reti makan ribs tanpa sauce yang manis kot.

Uh, the chicken. Chicken dia kering. Fadzi cuba makan. Satu potong je larat nak masuk mulut. Nak menghabiskan yang satu potong tu pun bercinta tau. Lama jugak. Fadzi jenis suka makan tanpa sos. Jadi bila makan tanpa sos tu, terasa sangat keringnya.

Sudahnya tak ada sesiapa punya nak habiskan ayam tu. Kitaorang just tapau bawak balik rumah. Hari ni masak nasi goreng guna ayam tu lah. Jimat. Kehkehkeh.

Mashed Brotatoes dan Coleslaw. Homemade. Lain daripada yang lain. Coleslaw dia biasa-biasa saja. Mungkin KFC punya lagi sedap kot. Huhu. Tapi Mashed Brotatoes dia sedap. Rasa dia lain daripada mana-mana mashed potato yang ada dekat luar sana. Kuah blackpepper dia sedap. Cukup segala rasa.

Woody Chippy yang diaorang buat rasa dia standard saja. Macam chip dekat mana-mana yang korang boleh beli. Aneeq sedap makan chips ni. Brotatoes Bun pun rasa dia macam potato buns yang korang boleh beli dekat supermarket. Which is not that bad lah kan. Fadzi suka je bun macam tu.

Cornbread. Hmmm. Nak kata bread tak rasa pun macam bread sebenarnya. Rasa dia macam cupcake or cake. Sedap memang sedap. Rasa jagung dia tak kuat sangat. Rasa dia lebih kurang macam kek butter. 

Fadzi suka cornbread dia. Lain daripada yang lain. Tak pernah cuba lagi sebelum ni. Cumanya bila makan banyak, dia ada rasa macam berpasir. Ye lah kan, jagung kan ada dia punya biji kan. Fadzi faham lah kenapa rasa macam berpasir tu.   

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Banana Puding
Review jujur gila dari Fadzi. Rasa dia totally rasa pisang semata-mata. Crumbs tu pulak rasa macam biskut kering Giant. Hohoho. Setakat ni, Fadzi dengan Zul je lah yang boleh telan puding ni. Yang lain tak boleh nak telan.

Kalau ikutkan, rasa dia okay saja. Mungkin sebab rasa pisang dia kuat sangat. Eh, kalau korang makan ni rasa macam korang makan pisang semata-mata lah. Tak ada rasa lain. Kalau tak minat pisang, ermm mungkin korang tak suka lah.


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Dekat sini area untuk korang ambil air, ais, garfu, sudu dan cawan serta pinggang pakai buang. Ada sinki sekali dekat sini. Untuk air kalau ambil set, korang akan dapat air Lemonade.

Air lemonade belah kiri sekali tu. Ada 2 tap untuk ambil air lemonade. Yang tap belah kanan tu pulak air sparkling. Tips nak air lemonade tu lagi kick, korang letak air lemonade dalam 3/4 gelas. Lepas tu tambah chilled sparkling water lagi 1/4 gelas. Pergh terbaik! Memang rasa kick sikit.

Selain daripada yang ada dalam set tu, kitaorang add on sikit air oren untuk Aneeq dan sosej. Mana tau tak cukup kan. Total untuk set ini saja RM397. Final harga based on berat semua makanan. 

Kalau korang tengok yang ribs tu tak ada berat kan dalam list menu dekat atas. So nanti dieorang akan timbang untuk tau total harga lah. Macam dalam gambar ni. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Staff diaorang mestilah nak bagi korang ambil lebih banyak makanan. So boleh charge lebih. Macam kitaorang, masa staff tengah potong ribs tu, dia ada tanya nak yang mana satu. Pastu dia kata nak ambil dua dua pun boleh. Huhuu.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Kalau ambil dua-dua, means lagi berat dan lagi mahal lah cam tu. Sebenarnya satu belah yang diaorang potong tu pun dah cukup untuk makan 5 orang dewasa. Sebab kan ade menu lain lagi.

Kitaorang makan pun tak berhabis. Sebab kitaorang ada beli juga sandwiches dari Beard Brothers Deli. Kitaorang beli London Salt Beef dan Bee's Knees Grilled Cheese. Ada juga kitaorang beli Rizalar La Creme.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
 London Salt Beef (RM23)
Walaupun dia kata salt beef tapi Fadzi tak ada lah rasa masin sangat pun. Okay je nak makan. Tapi tak lah wow sangat. Biasa-biasa saja.


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Bee's Knees Grilled Cheese (RM18)
Ini gambar portion dah kena rembat sebelah lagi. Sebenarnya dia roti empat segi saiz full. Rasa dia okay lah tapi kena makan masa dia tengah panas-panas lagi. Kalau dah sejuk, tak berapa best sebab cheese dia dah tak cair. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Rizalar La Creme (RM14)
Ini pergh sedap. Tak tahu lah ape ni sebenarnya. Kalau ikut dalam menu dia ni Rizalar Irish Cream. Rasa dia sangat familiar. Sedap, manis, a bit chocolatey. Rasa dia macam minum air caramel macchiato dekat Starbucks.


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Beard Brothers BBQ
Kedai open concept gitu. Tak ada air cond. Belah belakang kedai ada mesin (?) grill yang macam selalu nampak orang putih pakai dekat kedai-kedai BBQ macam dalam TV. Kah! Diaorang siap guna kayu tau nak grill.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Beard Brothers Deli
Yang ini ada air cond. Sedap sikit. Tapi makanan dari Beard Brothers BBQ tak boleh bawak masuk dalam Beard Brothers Deli tau. Kalau dari Deli boleh bawak keluar ke BBQ.

Beard Brothers Deli tu kedainya dekat sebelah Beard Brothers BBQ tu. Main semua dekat Beard Brothers Deli adalah sandwiches and coffee. Beard Brothers BBQ belah kiri manakala Beard Brothers Deli belah kanan.

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue
Fadzi dengan family. Yes, adik beradik Fadzi ramai perempuan. 4 orang. Ada abang sorang tapi abang duduk dekat Kuantan. Senang ada orang tolong tengok tengok kan Map dengan Apak dekat kampung. 

Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue

Overall, pada Fadzi Beard Brothers BBQ is okay saja. Ada menu yang sedap dimakan. Ada yang so so saja. Kalau korang nak cuba, korang boleh order menu individu. Harga tak lah sampai ratus ratus.

Tapi kalau korang nak cuba makan menu meat yang dipanggang style omputih tu, ha mai lah datang sini. Mesti korang teruja tengok mesin mesin grill dieorang yang ada dekat belakang kedai.

Lagi satu Fadzi suka open concept kedai diaorang ni. Kedai diaorang end lot, sebelah tepi tu ada ruang yang berumput serta besar untuk budak-budak main. Biasalah kan budak mana boleh duduk diam lelama.

Kalau boleh, korang cari meja yang belah dalam kedai. Sebab bahagian luar tu macam panas sikit. Kalau ada bebudak, mungkin tak berapa selesa sebab panas. 

Okay, mana nak pergi makan next? 


Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat - Touch N' Go, Boost Dan GrabPay

$
0
0
Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat - Touch N' Go, Boost Dan GrabPay | Dalam perbentangan belanjawan 2020 yang lepas, kerajaan ada sediakan bajet sebanyak RM450 juta untuk insentif eTunai Rakyat.

eTunai Rakyat ini adalah satu inisiatif kerajaan supaya orang Malaysia kita ni mula menggunakan eWallet dalam transaksi harian. Maksudnya lepas ni Malaysia akan go cashless.

Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat - Touch N' Go, Boost Dan GrabPay

Untuk merealisasikan Malaysia Goes Cashless ni, kerajaan akan bagi RM30 secara one off ke dalam ewallet rakyat. Permohonan untuk tebus eTunai Rakyat ini akan bermula pada 15 Januari 2020.

Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat - Touch N' Go, Boost Dan GrabPay

Hanya ada tiga penyedia eWallet yang terlibat dalam program ini iaitu Touch N' Go, Boost Dan GrabPay. Bagi yang masih belum ada salah satu antara ketiga-tiga eWallet ini, dah boleh dah nak mula pakai. 

Dalam entri kali ini Fadzi nak kongsikan cara untuk daftar dan tebus RM30 eTunai Rakyat melalui ketiga-tiga eWallet yang terlibat.

Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat

1. Touch N' Go

  1. Muat turun aplikasi Touch’nGo eWallet
  2. Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet
  3. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020


Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat

2. Boost 

  1. Muat turun aplikasi Boost
  2. Daftar untuk akaun
  3. Naik taraf ke Premium Wallet & sahkan
  4. Nikmati RM5 dengan perbelanjaan RM10 seterusnya melalui aplikasi Boost
  5. Klik pada inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 di laman utama aplikasi Boost


Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat

3. GrabPay

  1. Muat turun applikasi Grab
  2. Aktifkan GrabPay
  3. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  4. Ambil gambar kad pengenalan
  5. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  6. Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020



Syarat-Syarat Layak Dapat RM30 eTunai Rakyat

Semua orang kalau boleh nak kan insentif ni kan. Tapiiiii, untuk menerima insentif ni, korang kena cukup syarat-syarat dia dulu. Syarat layak dapat eTunai Rakyat ini adalah:
1) Warganegara Malaysia dengan kad pengenalan.
2) Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020.
3) Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.

Kelayakan disahkan melalui data Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Menebus eTunai Rakyat

Sebelum korang tebus eTunai Rakyat ini, korang kena ambil tahu beberapa perkara dulu.
  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk inisiatif ini mulai 15 JAN 2020.
  • Inisiatif ini akan tamat pada 14 MAC 2020. Hanya boleh digunakan sehingga 14 MAC 2020 dan kemudian luput. Segala baki yang tidak digunakan selepas 14 MAC 2020 akan luput dan tidak boleh digunakan lagi.
  • Tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana pengguna lain.
  • Setiap individu yang layak hanya boleh menerima e-Tunai Rakyat berjumlah RM30 daripada satu aplikasi e-Dompet sahaja. Oleh itu, permohonan menerusi aplikasi e-Dompet lain akan ditolak selepas permohonan telah diterima oleh satu aplikasi e-Dompet.
Fadzi sebenarnya setuju je nak go cashless sekarang ni. Tak kisahlah nak pakai apps apa asalkan go cashless. Senang nak buat payment. Cepat pun cepat. Selamat juga.

BigPay RM10 free

Setakat ni Fadzi ada GrabPay saja. Zul pula ada Touch N' Go eWallet dan Boost. BigPay pun Zul ada. Kalau korang nak register BigPay, boleh guna kod UHGJCYSZT4. nanti korang akan dapat RM10 free saje.

So far, semua macam ok lagi sebab awal-awal nak promosikan penggunaan eWallet mesti semua eWallet provider bagi promosi best best supaya orang boleh register bawah diaorang. So korang pilih lah mana yang korang rasakan akan bagi banyak benefit untuk korang.


Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

$
0
0
Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah | Jadi suri rumah ini tak bermaksud kita tak boleh buat sesuatu untuk dapatkan duit. Betul tak? Fadzi pun sebagai suri rumah buat macam-macam kerja untuk dapatkan side income.

Antara yang Fadzi buat adalah tulis blog, servis menulis artikel dan copywriting, jual barang-barang preloved dan jual kek secara kecil-kecilan dari rumah saja. Sambil jaga anak, sambil buat duit.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

Bagi Fadzi, buat bisnes kek dan bakeri dari rumah adalah cara terbaik untuk kita sebagai suri rumah buat duit. Bukan nak kata suami tak cukup bagi duit tapi kepuasan bila dapat income sendiri tu priceless tau.

Dan bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk kita menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Banyak sebabnya antaranya adalah:

1. Kos Pemulaan Yang Kecil

Memandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah!

2. Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga! Jika pelanggan suka, mereka akan order!

3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Kita hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas kita mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Ya! Memandangkan kita hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, kita masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kita. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya kita terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!

5. Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). 

Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran apabila kitamahu memulakan bisnes bakeri ini. Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah:

  • Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  • Berapa nak letak harga?
  • Macam mana nak kira kos produk?
  • Apa peralatan yang diperlukan?.
  • Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
  • Di mana nak belajar buat kuih?
  • Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?


Semua tu sebenarnya tak ada masalah pun asalkan kita ada ilmu yang cukup. Nak Google pun ada je sebenarnya tapi mungkin renyah dan tak lengkap. Fadzi ada satu ebook yang mungkin korang boleh baca sebagai permulaan buat bisnes bakeri dari rumah.

eBook Bisnes Bakeri - Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah. Korang boleh baca ebook ni kalau nak mula cuba jual kek dan roti dari rumah. Klik sini.

Isi Kandungan eBook Bisnes Bakeri

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhan ebook ini.

PENDAHULUAN

Pada bahagian ini penulis akan memberikan korang gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri serta mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi korang.

Penulis ada senaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.

Selain itu, penulis juga turut memberikan jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai. Korang boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.

Korang pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan bisnes bakeri korang dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian ini.

BAB 1 : FORMULA 2M+2P

Ini adalah formula yang penulis gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan penulis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

Di dalam bab ini juga, penulis berkongsi tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri korang. Jika korang pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri korang, bab ini akan menjelaskan kepada korang tentang strategi pemilihan produk!

Ya! Nak pilih produk pun kena ada strategi.. bukan sekadar main buat je! :)

BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Ok! Ini adalah bab untuk korang yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh korang rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma! Tapi, sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang korang mahu belajar! Barulah tak sia-sia korang pergi belajar nanti.

BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!

Minat dan sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada. Kini secara rasminya korang mahu memulakan perniagaan bakeri korang dari rumah!

Dalam bab ini penulis tunjukkan korang langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan korang dan membuka akaun bank bagi perniagaan korang.

Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan korang mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan korang!

BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!

Dalam bab ini, penulis senaraikan peralatan-peralatan yang korang perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri korang. Mungkin korang tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, korang tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!

Ini adalah bab yang paling penting. Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri korang. Penulis tunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini!

BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!

Sedap macam mana pun kuih korang, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri korang.

Penulis senaraikan 8 kaedah promosi yang boleh korang gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri korang! Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline!

BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk korang sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan korang hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini. Jika korang tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri korang. Silap haribulan, korang mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes korang.

BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

Walaupun korang hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran. Disini penulis senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan korang perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!
  • Cabaran persaingan harga
  • Kenaikan kos harga barang mentah
  • Bahan mentah habis stok
  • Supplier stop bekalan

Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi.
Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!

BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Dalam bab ini, penulis kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang korang jalankan.

Penulis tunjukkan caranya dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, korang sudah boleh mencapainya. Siap sekali penulis tunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.

BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini penulis kongsikan 10 tips yang penulis rasa amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. KOrang mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.

Bonus Istimewa - 3 eBook Percuma

Ebook Bisnes Bakeri ini juga datang dengan 3 ebook tambahan yang memang membantu sangat untuk melengkapkan ilmu bagi memulakan perniagaan kek dan roti dari rumah korang nanti. 3 ebook itu adalah:

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BONUS #1 : 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHU

Tahukah tak korang untuk tepung sahaja, terdapat 7 jenis tepung yang perlu korang ketahui untuk membuat bakeri? Setiap jenis tepung mempunyai fungsi dan kegunaannya masing-masing. Penulis akan tunjukkan korang kegunaan bagi setiap jenis tepung tersebut di dalam ebook ini.

Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti bahan penaik, marjerin dan mentega. Untuk bahan mentega pula ada 6 jenis bahan mentega yang berasingan.

Jadi, ketahui semua kegunaan bahan-bahan tersebut di dalam ebook ini!

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BONUS #2 : 10 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS!

Dengan ebook bonus ini, korang sudah tidak perlu risau dan pening kepala lagi memikirkan produk apa yang korang mahu jual untuk bisnes bakeri korang.

Penulis kongsikan 10 produk yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dari orang ramai sepanjang masa. Lengkap juga penulis beri dengan resepinya sekali. Korang boleh terus cuba buat  produk ini selepas mendapatkan ebook panduan bisnes bakeri ini

Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

BONUS #3 : ROTI OH ROTI!

Tidak sah kalau buat bisnes bakeri tetapi tiada roti. Jadi, di dalam ebook bonus yang ketiga ini, semua info berkaitan roti penulis terangkan di dalam ebook ini.

Bermula dari bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti! Resepi 5 jenis roti serta cara membuatnya. Pantang-larang di dalam membuat roti. Masalah-masalah yang sering berlaku apabila membuat roti serta bagaimana cara untuk menyelesaikanya.

Apakah bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti menjadi lembut dan gebu? Nak buat roti warna putih? Cream atau perang-perang sikit? Semua penulis ceritakan di dalam ebook ini.

Fadzi rasa ebook ni memang cukup lengkap bagi korang yang baru nak bermula buat bisnes kek atau roti dari rumah ni. Senang kata ebook ni bagi korang shortcut untuk dapat untung terus. Tapi payah nak buat R&D ape semua.
Cara Mula Bisnes Kek Dan Bakeri Dari Rumah

Kalau korang nak tau, penulis ebook ni merupakan seorang pengusaha sambilan yang dah 6 tahun dalam bidang bisnes bakeri ni. Jadi pengalaman yang penulis cerita kan dalam ebook ni memang berbaloi untuk kita yang baru nak start.







Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

$
0
0
Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk | Bagi yang ternanti-nanti bila BSH 2020 nak masuk, finally duit bantuan dah masuk. Rata-rata kawan Fadzi di Facebook dah update yang diaorang dah dapat.

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

Kemain eh seronok diaorang hehehe. Walaupun Fadzi tak dapat, Fadzi seronok jugak tengok diaorang update dan share apa diaorang buat dengan duit bantuan sara hidup tu. Fadzi harap korang yang dapat tu, guna untuk sebaiknya lah okay?

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

Untuk tahun 2020 ini, pembayaran fasa pertama BSH 2020 bagi kategori isi rumah telah pun masuk sebanyak RM300 mulai 20 Januari 2020.

Bagi masih yang tak tahu, kerajaan telah pun umumkan  dalam Ucapan Belanjawan 2020 yang diaorang akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH). 

Tujuannya bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) untuk meringankan kos sara hidup mereka. 

Pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019 seperti berikut: 

Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Dah Masuk

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019. 

Bagi korang yang masih tak dapat tu, sabar ya. Katanya duit akan dimasukkan ke dalam akaun bermula hari Isnin (20 Januari 2020) hingga Rabu (22 Januari 2020).

Permohonan Baru BSH 2020 Dan Kemaskini BSH 2020

Kalau ada antara korang yang masih belum memohon untuk mendapatkan BSH 2020, korang boleh memohon atau mengemaskini bermula pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Kategori Permohonan BSH 2020

Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020. 

  • Korang tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini kalau:
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu/ kemaskini sekiranya:
    • i. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
    • ii. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
    • iii. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.

Untuk baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan dimasukkan ke dalam akaun pada fasa kedua dan ketiga. 

Bagi kategori bujang dan OKU pula akan dimasukkan dalam akaun bank masing-masing secara one-off pada fasa kedua.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tenogk website https://bsh.hasil.gov.my/.

Chillax with Royal Kenko Recreation Hub

$
0
0
Chillax with Royal Kenko Recreation HubHujung bulan Disember lepas Zul ada pergi Australia 4 hari. Jumpa bos dia sambil sambil nak ambil mood sea breeze Sydney. Ikutkan Zul nak suruh Fadzi ikut sekali tapi Fadzi rasa malas lah setakat nak pergi 4 hari. Nak pergi setahun. Hahahhaa. ;p

Flight Zul masa balik ke Malaysia hari tu pagi-pagi buta pukul 4. Planningnya Fadzi nak drive ambil Zul dari airport. Pastu bila fikir-fikir semula, Zul tak bagi ambil sebab pagi sangat. Lagi satu Fadzi ni tak berapa nampak kalau drive gelap-gelap ni. Bawak budak-budak pulak tu. So tak jadi lah Fadzi ambil Zul dari airport.

Sydney Australia

Zul book je airport coach untuk balik ke rumah. Selalunya Zul okay je nak naik train tapi sebab rumah dekat Shah Alam, nanti kene buat 2 3 kali stop pulak. Jadi Zul book je la private transport. Nanti boleh claim dengan company dia hahahah.

Book Transport Dari Airport

Kalau korang nak tau, ada 2 cara yang korang boleh buat untuk dapatkan transport dari airport. 

First, public transport, which is boleh dikatakan favorite Fadzi sebab murah dan cepat gila. Korang boleh book KLIA Express online je kat Traveloka. Dah siap prepare tiket, korang just perlu hop on je train ikut date yang korang book. 

KLIA

Second, korang boleh pilih untuk dapatkan private transport. Yang ni pun best jugak, tapi nanti korang agak kesepian dalam taxi ni. Kalau korang minat yang ni, sama jugak, korang klik je airport limo online booking ni. Dari Traveloka jugak.

Royal Kenko Recreation Hub

So habis cerita Fadzi pasal intro Traveloka. Fadzi nak cerita tentang satu tempat yang Fadzi rasa macam rare dan menarik habis untuk korang lepak. Tempat yang Fadzi maksudkan itu adalah Royal Kenko Recreation Hub, Kuala Lumpur. Bunyi tempat dia macam wow je kan?

Memang wow pun sebenarnya gais. Korang melangkah masuk je kat dalam tempat ni, Fadzi yakin korang bakal teruja teruk. Nganga sikit mulut. Pastu senyum sikit. Weh, macam tempat raja-raja gitu. Nama pun royal kan? 

Royal Kenko Recreation Hub

So basically tempat ni memang awesome gila dari segi interior design, staff yang peramah sehingga la kemudahan dan perkara-perkara yang korang boleh buat dalam tu. Banyak okay. Dan apa yang paling menarik perhatian Fadzi ialah zon untuk lelaki dan perempuan di asingkan. 

Tapi ada je aktiviti lain yang korang boleh buat sama-sama contohnya macam karaoke, makan, tengok movie. Yang selebihnya Fadzi akan senaraikan nanti. So korang tak perlu risau.

Royal Kenko ni mempunyai 4 tingkat secara keseluruhannya. Fadzi akan explain kat korang apa yang ada di keempat-empat floor ni.

2nd Floor

Male Capsule 

Yang ni adalah tempat untuk kaum lelaki berehat dan tidur. Tilam dan bantal yang empuk. Serta suasana bilik yang buatkan korang rasa tenang dan ada privacy sendiri.


Sleeping Capsule 

Yang ni Fadzi rasa untuk mana yang dah kahwin. Sebab katil dia semua queen size.

3rd Floor

Beauty Saloon 

Untuk zon ni Fadzi tak pasti sangat untuk apa tapi apa yang Fadzi yakin, kaum wanita mesti suka. Maybe more to kepada freshkan bahagian muka.

Café

Tempat dimana korang boleh chill chill, lepak minum dan makan ringan-ringan. Seat dengan setting bilik untuk ruang ni memang superb. Rasa lepak habis. Yang ni laki perempuan boleh campur.

Cinema

Cinema

Cinema ni adalah wayang untuk korang layan movie of the day yang dah ditentukan setiap hari. Tak payah risau sebab movie yang ditayangkan tu ada macam-macam list. Dari action, kungfu, romantic, semua ada. Dan kalau korang nak tau, seat dalam cinema tu bukan standard seat GSC okay. Dia dah macam VVIP seat. Siap ada foot rest lagi. Yang ni Fadzi bagi 5 bintang. 

Gym Room

Untuk para-para tetamu exercise. Banyak equipment gym yang ada kat dalam ni. Nak angkat berat ke, nak berlari ke, semua ada.

Darts Room

Zon khas untuk korang main dart game. Lelaki perempuan boleh campur.

Massage Room

Kalau rasa nak acah acah spa bali, ini salah satu tempatnya. Korang akan di massage mengikut bahagian mana yang korang nak. Tukang urut yang terlatih dan tau je part mana yang kena tekan. Keluar dari sini, rasa macam baru bangkit dari tidur yang panjang. Tukang urut mengikut jantina ye korang semua.

Nail Saloon

Dimana berlakunya adegan pedicure & Manicure. Kebanyakkan nya perempuan je la yang masuk sini.

VIP Room

Untuk korang bersenang lenang di atas kerusi yang sangat empuk dan selesa. Dia ada bagi satu skrin kecik yang attached kat kerusi untuk korang layan video.

Pool Table

Yang ni tak lain, tak bukan, main snooker la. Boleh ajak member-member lawan snooker kat sini.

Relax Space

Kalau korang nak rasa macam duduk restoran mewah, boleh datang sini. Sambil duduk rehat minum petang ke, dorang ada sediakan pemain muzik yang mengalunkan pelbagai genre muzik ala-ala jazz pun ada. 

Table Tennis

Tempat untuk korang mengasah bakat bermain ping-pong.

4th Floor

Restaurant

Tempat untuk korang mengisi perut yang kelaparan. Semua pasal makanan ada kat sini. Buffet dan korang tinggal ambik je apa korang nak. Memang dorang dah siap provide makanan. 24 Hours. Makanan dia diyakini enak dan lazat.

Private Jacuzzi Room

Nak rehat dalam Jacuzzi berapa lama yang korang suka, name it. Syok gila layan Jacuzzi kat sini. Badan pun rasa fresh je.

Karaoke Room

Macam biasa la. Melalak la kuat kuat dalam ni. Benda free kan. Sound system pun terbaik. Lagu-lagu up to date. Wajib masuk bilik karoke dia ni. Macam 5 bintang. 

Aesthetic Clinic

Yang ni Fadzi tak berapa sure untuk apa. Boleh check website dia for further information. Sorry guys.

Private Massage Room

Private Massage Room

Same like the other one cuma yang ni more privacy kalau korang memang perlu kan me time. Sesuai bagi orang introvert. No one will disturb you.

Function Hall

Untuk meeting, occasion, or anything la. Dia dah siapkan kerusi, meja, whiteboard, lcd projector. Boleh book kat kaunter.

Hair Saloon

Rambut berminyak dan tak terurus? Masuk la hairsaloon ni. Sambil dia maintenance rambut, dia urut-urut sikit kepala. Sedapnya kena urut.

24 Hours Cyber Café

Kaki game? Nak layan internet puas-puas dalam Royal Kenko? Boleh la singgah cyber café dia. Dibuka 24 jam. Sampai muntah la main tu.

5th Floor

Untuk level ni, dorang sediakan lebih banyak facilities yang merangkumi bahagian spa. Dari sauna, Jacuzzi, pool, semuanya kat sini. Yang ni laki perempuan asing okay. Lepas korang dah masuk, sila simpan barang kat locker yang dorang dah sediakan kat tingkat 5 ni. Jangan risau, semuanya disimpan dengan selamat with double security. Gitu. Apa yang ada kat tingkat lima ni? Ini lah senarainya.

Jacuzzi

  • Changing Area
  • Double Security Personal Cabinets
  • Fish Spa
  • Female Jacuzzi Area
  • Femal Steam Room
  • Female Sauna
  • Female Jacuzzi
  • Grooming Supplies
  • Male Rain Shower
  • Male Spa Pool
  • Male Sauna
  • Male Spa Area


Fadzi rasa kemudahan yang ada dekat sini semua memang terbaik. Kalau ada masa, Fadzi cadangkan sangat korang datang ke Royal Kenko dan enjoy your time here. Tempat ni memang rasa lain lah daripada tempat yang lain.

Cara Lariskan Jualan Tudung

$
0
0
Cara Lariskan Jualan Tudung | Setiap hari Fadzi nampak iklan orang jual tudung dekat Instagram dan Facebook. Dari brand yang berbeza pulak tu. Fadzi selalu tanya lah kan, berbaloi lagi ke nak jual tudung jenama sendiri ni?

Ye lah kan. Banyak saingan. Tudung pun macma lebih kurang sama saja design dan jenisnya. Kalau kita yang baru nak start buat bisnes tudung jenama sendiri, boleh ke nak bersaing dengan jenama yang memang dah lama terkenal?


Cara Lariskan Jualan Tudung

Cara Lariskan Tudung Jenama Sendiri

Bila Fadzi tertanya-tanya macam tu, Fadzi banyak buat pembacaan. Bukan lah sebab Fadzi nak start bisnes tudung tapi lebih kepada curious. Gigih tau Google sana sini sampai Fadzi jumpa jawapan.


Ramai Penjual Tudung, Ramai Jual Pembeli Tudung

Memang ramai yang dah jual tudung dalam Malaysia ni. Tapi dalam masa yang sama, permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai.

Majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee. Zaman dedulu memang tak ramai yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari budak-budak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej dan universiti, wanita bekerja dan wanita berumur, semuanya memakai tudung. 

Dan yang lagi menariknya, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung. Macam Fadzi lah. Berlambak dah tudung dalam almari tapi masih mencari tudung lagi.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. 

Cara Lariskan Jualan Tudung

Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.


Jadi, korang yang baru nak bermula jual tudung tidak perlu risau. Walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai. 

Apa yang penting, korang perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri. Salah satu strategi yang boleh di gunakan ialah dengan mempunyai "produk killer".


Produk Killer Pelaris Jualan Tudung

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER! Produk KILLER inilah yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain. Dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan.  

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer? Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak-banyak jenis tudung yang kita jual.  

Cara Lariskan Jualan Tudung

Bila dah ada produk Killer, kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu, mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, korang juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. 

Buat  Tudung Jenama Sendiri

Bila pelanggan dah mula ramai dan korang pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Korang dah boleh mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye.

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell korang selepas tu nanti.

Macam mana nak cari produk killer? Macam mana nak buat tudung jenama sendiri? Semua tu korang boleh gali ilmunya. Paling mudah, korang baca saja ebook Rahsia Bisnes Tudung ni.

Cara Lariskan Jualan Tudung
Rahsia Bisnes Tudung

Ebook Rahsia Bisnes Tudung ini ada 2 buah ebook. 

Ebook pertama:
Mengandungi ilmu serta pengalaman penulis, bagaimana penulis bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan, dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, penulis ceritakan Bagaimana Penulis Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja! 

Dalam bab ini, penulis tunjukkan secara step-by-step, bagaimana penulis membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu. 

Kalau korang baca pengalaman penulis ini, korang juga boleh buat seperti yang penulis buat, malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi! :)

Ebook Kedua pula:
Penulis fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Dalam ebook ini, penulis senaraikan 4 perkara utama yang perlu korang ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, penulis jelaskan secara terperinci.


Malah, penulis turut berikan maklumat supplier yang boleh korang gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.

Cara Lariskan Jualan Tudung

Isi Kandungan eBook Rahsia Bisnes Tudung

BAB 1 : BELAJAR MENJUAL
Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales). Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri korang!

Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu korang belajar terlebih dahulu, adalah belajar menjual! Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!

Ada 9 soalan yang perlu korang jawab untuk memudahkan korang membuat jualan. Korang dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan korang akan menjadi lebih mudah.

BAB 2 : APA & SIAPA?
Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini penulis beritahu korang terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Korang tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung korang kepada 3 golongan ini!

Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan korang pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.

BAB 3 : SUPPLIER
Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini! Penulis bongkarkan 5 pembekal tudung yang penulis gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!

Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete penulis berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Korang boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!

Satu perkara yang korang perlu tahu! Bila korang nak buat bisnes tudung ni korang tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. Perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup.

Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah korang takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!

BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU
Bila korang dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja!

Dalam bab ini penulis berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Korang tak perlu risau, tak perlu beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone korang. Itupun sudah memadai sebagai permulaan.

Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah "real"!. Penulis kongsikan banyak tips mencari model yang "real" di dalam bab ini!

BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA
Ada 4 Tips utama yang penulis kongsikan di dalam bab perihal harga ini!
Penulis tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja korang jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung.

Dalam bab ini juga, penulis kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila korang tahu teknik ini, korang dah tak perlu gentar bila lihat pesaing korang turunkan harga tudung mereka!

BAB 6 : AYAT IKLAN
Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun penulis kongsikan dalam ebook ini! Ada 3 jenis ayat yang boleh korang gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan korang.

Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!

BAB 7 : LUBUK JUALAN
Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual! Dalam bab ini, penulis bukan share 2 atau 3 lubuk jualan.  Penulis kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh korang masuk untuk menjual tudung korang!

Korang boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang korang rasakan mudah dan sesuai dengan diri korang.

Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk korang tidak dapat menjual tudung korang.

BAB 8 : PACKAGING
Perkara ini mungkin korang sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, penulis kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.

BAB 9 : PENGHANTARAN
Dalam bab ini, penulis kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Penulis juga tunjukkan cara, bagaimana korang tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang korang mahu poskan!

BAB 10 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.
Hah! Ini adalah bab yang paling HOT!
Dalam bab ini, penulis tunjukkan step-by-step, bagaimana penulis menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.
Cara Lariskan Jualan Tudung

Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.

Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Korang perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Nak mula berniaga tudung ni tak susah sebenarnya. Cuma kena ada ilmu dan cara yang betul. Nak bermula dengan baik, korang boleh cuba baca ebook Rahsia Bisnes Tudung ni dulu.

Fadzi percaya tips-tips yang diberikan dalam ebook ni bukan saja boleh apply untuk bisnes tudung tapi jugak untuk bisnes-bisnes yang lain. Korang boleh dapatkan ebook ini dekat sini - Rahsia Bisnes Tudung.

Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

$
0
0
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020 | Tahun lepas Fadzi pernah tulis pasal program Nak Ubah Hidup 2019 dekat blog. Korang boleh baca dekat sini

Waktu tu tengok ada kawan dalam Facebook share dieorang pergi, apa yang diaorang dapat, betapa semangatnya diaorang lepas program tu. Kira nampak macam menarik je.

Nak Ubah Hidup 2020

Tup tup tahun 2020 ni, tak tahu lah macam mana Fadzi dapat peluang nak pergi program Nak Ubah Hidup 2020. Last last minit pulak tu. Fadzi pun teringin nak tengok sendiri content dalam NUH tu jadi Fadzi terus cakap yes.

Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

Program Nak Ubah Hidup 2020 ini berlangsung selama 3 hari iaitu 25, 26 dan 27 Januari 2020. Masa tu cuti Hari Raya Cina. Diaorang buat dekat Setia City Convention Centre dekat Setia Alam. 

Diaorang kata lebih kurang 13 000 orang yang datang join NUH 2020 kali ini. Ramai gila kan. Tak sangka SCCC ni mampu nak tampung orang seramai tu. 

Hari pertama Fadzi datang awal sebab nak register. Takut tak sempat. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai. Dari Shah Alam Fadzi gerak dalam pukul 7.20 pagi macam tu.

Awal-awal dari Shah Alam tu tak jem pun. Tapi bila dah sampai dekat dekat jalan masuk ke SCCC tu, dah start kereta penuh dan jem sikit. Terus Fadzi cari tempat parking dan park kereta.

Make sure bila tinggalkan kereta, berkunci ya. Lepas tu Fadzi jalan lah menuju ke dewan. Setiap tiket ada jalan masuk dewan sendiri. Senang lah sikit nak cari seat dekat mana. 

Nak Ubah Hidup 2020

Sebelum masuk dewan. Fadzi pergi register dulu. Sebenarnya diaorang dah bukak registration hari sebelumnya lagi. Ramai jugak yang dah register hari sebelumnya. Lagi senang boleh terus masuk dewan pagi ni kot.


Peserta NUH 2020 Berdiri Atas Kerusi Bagi Komitmen Penuh

Bear in mind, ni kali pertama Fadzi pergi program NUH ni okay. Masuk masuk dewan je Fadzi terkejut tengok ramai yang berdiri atas kerusi sambil berjoget ikut lagu rancak. Fuh, lagu dia bukan main rancak dan kuat sampai bergegar rasa jantung ni. 

NUH 2020 hari pertama bermula agak lewat. Asalnya dalam jadual 8.30 pagi. Tapi hari tu bermula dalam lebih kurang pukul 9 pagi. Dato Azizan naik pentas je makin ramai yang berdiri atas kerusi non stop. Fadzi yang first time datang NUH ni terkial-kial lah tak tahu apa kan. Hahahha.

Rupanya yang berdiri atas kerusi ni katanya komitmen tinggi dan berani buat lain daripada yang lain. Fadzi tak larat lah nak berdiri lelama. Hahahahaha. Kalau ada aktiviti baru lah Fadzi berdiri. Itu pun berdiri dekat lantai je lah bukan atas kerusi. Takut jatuh XD XD 

Tun Dr Mahathir Mohamad Datang NUH 2020

Hari kedua Fadzi rasa hari yang paling buat Fadzi teruja. Sebabnya tiba-tiba saja Tun Dr Mahathor Mohamad Dan Tun Dr Siti Hasmah ada datang sekejap. Waktu tu memang havoc lah satu dewan. Semua orang tak sangka Tun nak datang. 

Waktu tu memang Fadzi rasa aura Tun memang power. Walaupun sekejap, Fadzi rasa kedatangan Tun sedikit sebanyak menyuntik semangat yang lebih tinggi bukan saja pada Fadzi tapi pada semua peserta yang datang.


SWITCH! Recharge Energy

Sepanjang panjang seminar, banyak kali juga Dato Azizan sebut Switch! dan keluar video Son Goku tengah tingkatkan power Super Saiya dengan lagu yang menggegarkan jiwa.

Waktu tu ramai-ramai menjerit bagi energy dalam diri sendiri. Rasa lah juga dalam diri ni semacam ada energy dari kiri kanan. Tapi sejujurnya part tu yang Fadzi suka. Mungkin sebab ada Goku juga. Hahahahah.


Kenali Energy Dalam Diri, Ilmu Kewangan Dan Kerohanian

Mostly apa yang Fadzi belajar dalam NUH 2020 ini adalah berkenaan dengan cara nak kenal potensi dalam diri, macam mana nak keluarkan energy dalam diri, cara nak remove negativity, ilmu kewangan dan juga kerohanian. 

Cara nak kenal potensi dalam diri dan cara nak keluarkan energy dalam diri tu sebenarnya Fadzi dah tau sebab Fadzi banyak dengar video-video pasal abundance dekat Youtube. Kelainanan dalam NUH 2020 ini bila Dato Azizan relate kan dengan Islam.

Nak Ubah Hidup 2020

Kesemua video yang Fadzi tengok sebelum ni dari orang putih jadi diaorang relate kan dengan agama diaorang lah kan. Bila dengan Dato Azizan, dia selitkan sekali dengan ilmu ilmu pasal Islam yang perlu kita buat. Ingat pada energy source kita iaitu Allah.

Part ilmu kewangan tu pun penting jugak bagi korang yang agak-agak lemah dalam nak control kewangan sendiri. Belajar macam mana nak kawal perbelanjaan, cara nak menyimpan dan cara untuk buat investment.


Buang Rokok Untuk Berjaya

Salah satu moment lain yang Fadzi rasa seronok sangat dalam NUH 2020 ini bila Dato Azizan buat demo macam mana rokok tu boleh melemahkan kita. Serius Fadzi seronok sampai tepuk tangan. 

Lepas buat demo, Dato Azizan minta staff dia ambil tong sampah dan suruh orang-orang yang merokok buang rokok diaorang dalam tong sampah depan dia. Datang sorang-sorang buang rokok diaorang.

Pada Fadzi waktu tu memang respek habis Dato Azizan sebab dia berjaya buat orang buang rokok diaorang. Siap ada yang sampai menangis-nangis dan berlari buang rokok.   

Apa Yang Buat Fadzi Annoyed Semasa Program NUH 2020

Ada juga beberapa perkara yang Fadzi rasa agak annoyed masa Fadzi attend Program NUH 2020 ni. Antaranya:

1. Orang Merokok Luar Dewan
Fadzi faham korang yang ketagih rokok haram tu tak dpat nak kawal diri. Tapi kot ye pun nak merokok, fikirkan lah orang lain sekali. Yang pergi merokok betul-betul tepi dewan buat apa. 

Nak nak lagi masa orang semua tengah keluar untuk break. Sesak nafas Fadzi ni ha. Geram bau busuk pening kepala. Kot ye pun tak boleh nak tahan nak hisap rokok, pergi lah jauh lagi dekat tempat parking tempat orang tak ramai.

Nasihat Fadzi, fikir fikir kan lah orang lain. Korang yang pilih untuk merokok. Kalau korang boleh korbankan duit untuk beli rokok, korang jugak boleh korban kan tenaga nak berjalan jauh sikit daripada orang ramai untuk merokok.

2. Bawa Kereta Macam Peleset
Ini waktu kemuncak lah. Masa awal pagi orang nak datang ke SCCC. Dan juga waktu break dan waktu malam masa orang nak keluar dari SCCC. Main potong je kereta depan tak fikir nak sabar.  

Kebanyakan yang bawak kereta nampak macam selfish habis. Fikir mereka saja nak cepat. Ingat orang lain tak nak cepat. Fadzi malas nak sesak-sesak, Fadzi guna jalan jauh sikit. Jalan clear je tak payah nak potong potong turn orang.

Fadzi terfikir juga lah waktu. Korang nak datang program pembangunan diri. Tapi dari awal lagi korang penting kan diri dan tak berdisiplin. Macam mana nak berjaya? Betul tak?

Nak Ubah Hidup 2020

3. Program Hari Pertama Mula Lewat
Hari pertama Program NUH 2020, dalam jadual sepatutnya mula pukul 8.30 pagi. Tapi in realiti, Dato Azizan mula kan seminar pukul 9 pagi lebih. Tapi untuk hari pertama saja lah. Hari keseterusnya, mula agak-agak mengikut masa. 

Bukan lah nak marah tapi Fadzi sendiri cuba paksa diri Fadzi untuk menepati masa dengan datang awal. Jadi orang lain pun perlulah menghormati masa orang lain jugak kan. 

Fadzi harap lepas ni bukan NUH saja yang menepati masa yang telah ditetapkan. Tapi jugak event event lain. Perkara simple. Kita hormat masa orang, orang hormat masa kita. Kan?

4. Peserta Tak Hormat Ruang Peserta Lain
Kebanyakan peserta yang datang NUH 2020 dah datang seminar Dato Azizan banyak kali. Dan mereka dah tahu cara Dato Azizan bagi seminar macam mana. 

Jadi rata-rata, sampai awal terus berdiri atas kerusi. Lama sikit baru Fadzi faham tradisi ni. Tapi ada yang boleh dikatakan obses sangat sampai melompat dan berjoget dan mengganggu ruang peserta lain. 

Korang berdiri atas kerusi, berjoget, barang jatuh atas peserta lain. Korang berdiri atas kerusi, bila penat, angkat kaki dekat tempat sandar kerusi. Korang tak fikir ke kaki korang menghala ke arah muka orang belakang?

Belum lagi orang bertolak-tolak untuk masuk dewan, keluar dewan, beli makanan. Alahai. Kita semua dah besar panjang. Dah boleh fikir sendiri. Fadzi faham semua nak cepat, semua lapar, semua penat. Tapi fikir lah keselesaan orang lain juga.

Nak Ubah Hidup 2020

Fadzi harap sangat selepas ini kalau kita pergi event atau program lain, fikir pasal orang juga. Fikir apa kita nak buat tu baik atau buruk. Baru lah rasanya ilmu yang kita dapat tu rasa diberkati.

Bukan Fadzi mengomel ni saja saja. Memang betul kalau kita fokus benda yang negatif, jadi negatif lah semua. Nak semua benda positif, kita kena fikir positif saja.

Tapi pengalaman Fadzi ni. Mungkin orang yang buat benda-benda ni tak perasan. Jadi, bila korang baca pengalaman Fadzi ni, harapnya korang ambil nasihat Fadzi ni dan tak buatlah benda benda yang tak sepatutnya korang buat ni okay.

Program NUH 2020 ni dari pagi sampai malam tau. Tapi Fadzi tak mampu nak join full day. Fadzi cuma sempat join 2 hari saja tu pun tak sampai malam. Tapi ini memang pengalaman baru untuk Fadzi. Tak pernah pernah rasanya Fadzi pergi seminar macam ni. 

Tips Persediaan Untuk Sertai Program Nak Ubah Hidup 2020

Disebabkan Fadzi dah ada pengalaman join program ni, Fadzi nak bagi sedikit tips yang korang boleh apply in case korang nak join next program ini.

1. Cari dan duduk hotel berdekatan dengan tempat program. 

Tahun ini Program NUH2020 dibuat di Setia City Convention Center (SCCC). Fadzi cadangkan untuk mengelakkan penat travel jauh dari rumah dan kalau tak ada transport, korang cari saja hotel-hotel yang berdekatan. Ada hotel yang korang boleh jalan kaki saja ke SCCC.

Nanti Fadzi buat satu artikel untuk senarai nama hotel yang berdekatan dengan SCCC. Nanti korang boleh book awal-awal. Pastikan book seawal mungkin tau. Sebab yang datang nanti ramai. Takut full cepat.

2. Beli Makanan Lunch Dan Dinner Online Delivery

Dalam program NUH2020, hanya yang ada tiket Titanium dan Spire saja yang disediakan dengan lunch dan dinner. Selain daripada tu, korang kena cari makanan sendiri. 

Memang ada food truck dekat luar dewan tapi harga agak mahal juga. Kalau nak pergi makan dekat Setia City Mall yang betul betul dekat sebelah SCCC tu pun boleh jugak tapi lunch hour comfirm akan penuh dengan orang yang datang NUH dan juga orang yang datang jalan-jalan waktu weekend. 

Jadi solution dia, korang boleh beli makanan food delivery. Order awal-awal, kata lah dalam pukul sekian-sekian tolong hantar dekat depan dewan SCCC. Korang boleh join Group Facebook Food Delivery Setia Alam untuk cari orang yang boleh buat service ni. 

Nak Ubah Hidup 2020


3. Duduk Dengan Orang Yang Berbeza Setiap Sesi


Kalau korang daftar dan pergi dengan keluarga atau kawan, pastikan masa masuk dewan korang duduk dekat orang lain. Masa break pun, korang keluar jumpa bertegur sapa dengan orang lain. 

Baru boleh berkenaan dengan ramai orang dan buat networking. Kalau duduk dalam kumpulan yang kita kenal, kurang lah networking nya. Fadzi sendiri hari pertama duduk dengan kawan-kawan. Kurang sikit bercakap dengan orang lain.

Bila masuk hari kedua, Fadzi terpisah dengan kawan-kawan. Nak cari pun malas. Fadzi duduk je merata dan puff terus buat kawan baru. Kalau jenis yang introvert, korang buat buat lah mintak tolong ambilkan gambar. Pastu mesti conversation starts. 


4. Sewa Kereta Atau Cari Nombor Service Hantar Orang 

Fadzi pergi ke SCCC dari Shah Alam drive saja. Alhamdullilah. Tapi kalau korang yang duduk hotel yang agak jauh dari SCCC, Fadzi cadangkan korang sewa kereta dan share dengan kawan-kawan atau kenalan yang jumpa dalam NUH.

Fadzi ada berborak dengan orang orang yang datang NUH. Mostly yang tak ada kereta, kira macam mengadu susah nak dapat servis Grab dekat sini. Possibility sebab orang ramai sangat dan tak cukup Grab yang ada. 

Selain Grab, korang boleh download dan install MyCar terus sebab dekat sini pun ada juga yang buat MyCar. Atau korang masuk Group Facebook Setia Alamdan cari terus orang yang ada buat service hantar orang. Ambil nombor dieorang. Senang.

Options lain, mungkin korang boleh cuba call nombor di bawah ini:

  • Sunlight Unicablink: 1 300 800 222 
  • Public Cab: +603 6259 2020 
  • Blue Cab Malaysia (MPV): +603 8948 2193
Nak Ubah Hidup 2020

5. Toilet Dan Surau 

Toilet dekat sini banyaklah jugak. Diaorang siap prepare extra toilet bergerak tu lagi. Tapi selesanya toilet dekat dewan lah. Waktu break, fuh memang ramai gila orang beratur nak pergi toilet. Bertabahlah korang ya.

Kalau rasa nak tak beratur panjang sama ada untuk ke toilet atau solat di surau, korang boleh keluar waktu sesi seminar tu. Mungkin lah ada termiss sikit sikit apa yang Dato Azizan cakap kan. Tapi tak perlu nak berebut beratur panjang pun waktu tu. Hehehe.

Oh, bagi yang nak solat, korang better bawak telekung dan sejadah sendiri. Lebih selesa dan tak perlu tertunggu-tunggu telekung. Orang ramai gila. Bukan saja orang yang nak solat ramai, orang yang nak lepak tidur pun ramai.


6. Bawa Botol Air Dan Snack

Bawak botol air sendiri. Dalam goodie bag tak disediakan air pun. Tapi korang boleh refill air guna water dispenser yang disediakan di sekeliling dewan. Banyak jugak water dispenser yang diaorang sediakan. Jadi tak perlu risau kalau air korang habis. Refill saja.

Bawa juga snack untuk alas perut. Kadang-kadang Dato Azizan bercakap lebih masa. Kalau contoh dalam jadual seminar start pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kemungkinan besar seminar akan bermula agak lewat sikit dan habis lewat juga.

Jadi prepare lah snack macam roti atau energy bar supaya korang tak rasa lapar sangat. Fadzi pun makan juga dalam dewan tapi jangan lah makan nasi lemk pulak tau hahahaha.


7. Parking RM5 Sahaja

Dekat sekeliling SCCC tu ada 6 tempat parking. Kesemua tempat parking tu hanya RM5 per entry. Duduk lah lama mana pun RM5 saja. Jadi korang jangan lah buat biol parking dekat tepi jalan. 

Menyusahkan kereta lain nak masuk satu. Menyusahkan diri sendiri pun satu. Fadzi ada nampak kereta kena clamp okay. Dah tak pepasal kena bayar nak bukak clamp tu. Huhuhu.   

Nak Ubah Hidup 2020

Setakat ni itu je lah kot yang Fadzi boleh share pasal pengalaman Fadzi join program Nak Ubah Hidup (NUH 2020). 

Apa yang Fadzi boleh katakan, NUH2020 ni boleh dijadikan satu platform untuk korang lebih bersemangat dalam hidup atau untuk lebih maju dalam bisnes. Yang penting, apa yang korang dapat dalam NUH ni, korang kena apply dalam hidup. Kalau tak apply, datang lah NUH 10 kali pun, tak jadi apa-apa pun.


Cara Jual Barang Di Shopee Dapat Untung Hingga 4 Angka

$
0
0
Cara Jual Barang Di Shopee Untung Hingga 4 Angka | Fadzi kan setiap hari mesti akan bukak apps Shopee dekat phone atau website Shopee kalau Fadzi buat kerja dekat PC. Biasanya Fadzi cuci mata je tengok barang. Tapi kalau ada yang berkenan, Fadzi terus grab.

Sampailah Fadzi ada baca satu website ni ajar macam mana nak buat duit dengan berjual barang dekat Shopee. Dan yang paling best bila baca keuntungan yang penjual dapat dekat Shopee ni memang banyak!

Cara Jual Barang Di Shopee Untung Hingga 4 Angka

Kalau korang seorang peniaga online dan nak tingkatkan sale, korang boleh cuba baca eBook Bisnes Shopee ni. Fadzi baru je download ebook free dia iaitu "16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee". Korang boleh jugak download dekat sini.

Cara Jual Barang Di Shopee

Bagi Fadzi ebook Bisnes Shopee ni bagus sangat bagi korang yang nak cuba dapat lebih banyak sale jual barang secara online. Dan platform yang paling panas sekarang ni untuk berjual online adalah Shopee.

Nota:
Ini adalah merupakan sebuah ebook (elektronik book) yang mana ia datang dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Bila korang beli ebook ni, ianya akan dihantar ke email korang dan korang perlu download ke komputer atau smartphone. Tak ada buku fizikal yang akan dihantar atau dipos ke rumah korang.

Penulis Ebook Bisnes Shopee

Penulis untuk ebook Bisnes Shopee ini adalah Mohd Fahmi. Penulis merupakan seorang peniaga online sejak tahun 2007 lagi. Sebelum terjebak dengan Shopee, penulis dah berniaga online dekat bermacam platform online termasuklah Ebay, Lelong, Lazada dan juga Amazon.

Penulis merupakan salah seorang daripada batch terawal yang dijemput untuk membuka kedai dan berniaga di Shopee pada awal kemunculan platform ni. Penulis telah menerima status Shopee Preffered Seller dan pernah juga menjadi eBay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller.

Dalam ebook Bisnes Shopee ni, penulis ada kongsikan cara berniaga di Shopee dengan betul hingga dapat menjana sale sehingga 4 angka seminggu.

Topik Dalam Ebook Bisnes Shopee

Dalam ebook ni, korang akan dapat langkah demi langkah macam mana nak dapat sale sehingga 4 angka. Langkah-langkah ini termasuklah dari mula daftar akaun di Shopee, cara nak masukkan barang sampailah kepada nak pos barang kepada customer.
Cara Jual Barang Di Shopee
Antara perkara-perkara penting yang korang akan dapat dalam ebook ini adalah:

Cara Daftar Dan Set Kedai
Korang akan belajar cara untuk daftar akaun penjual di Shopee dan set kedai online korang di situ. Shopee ni korang boleh access melalui website di dekstop ataupun apps di phone. 

Korang boleh belajar cara daftar dan set kedai online korang dekat dua dua platform - website dan apps. Korang cuma pilih mana satu yang korang lebih selesa.

Cara Masukkan Produk Ke Dalam Kedai Shopee
Dalam bab ini, korang akan belajar pasal tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang nak dimasukkan ke dalam kedai online korang. Korang juga akan belajar bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh korang gunakan.

Bab ni walaupun basic, tapi penting. Nak nak lagi pasal gambar dan description. Kedua-dua benda tu macam first impression untuk kedai korang. Kalau gambar cantik dan description lengkap, customer pun suka dan laju je click buy now. 

Cara Pengurusan Order
Bab ini akan ajar korang apa yang nak dibuat bila dapat order, cara nak bungkus produk, borang-borang yang perlu diprint dan apa yang perlu dibuat kalau stok produk korang habis.

Ini korang kena ambil serius dan kena baca betul betul. Sebabnya kalau tak ada pengurusan yang betul, korang punya kedai jadi serabut dan mungkin akan menyebabkan kerugian pada korang.

6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai Atau Rosak
Dalam bab ini korang akan belajar cara untuk korang buat bila ada barang yang diterima oleh customer rosak atau tak diterima oleh customer korang. Biasalah kan, dalam banyak-banyak barang yang korang jual, adalah 1 2 yang ter'rosak' atau tak tersampai pada customer.

Bab ni Fadzi rasa paling penting sebab korang kena jaga customer korang yang tengah marah sebab barang rosak atau hilang tu supaya tak dapat bad rating. Rating yang customer bagi tu penting untuk tunjukkan kedai korang ni boleh dipercayai.

4 Teknik Promosi
Dalam bab ni korang akan belajar 4 teknik yang korang boleh gunakan dalam Shopee untuk promosikan kedai korang ke tahap yang maksimum. Kalau korang follow teknik teknik ni, lebih ramai orang yang akan nampak kedai dan produk korang.

Nak promote dekat sosial media lain pun boleh tapi respons dia slow lah sikit kan. Korang kena buat teknik ni dekat Shopee baru menjadi sebab orang yang masuk Shopee ni, memang nak membeli. Kalau korang promote dekat sosial media, tak berapa nak berkesan sangat sebab orang masuk ke sosial media untuk bersosial. 

5 Tempat Untuk Dapatkan Bekalan Produk
Katalah korang minat nak berniaga online. Nak tambah side income lah kata kan. Tapi korang tak ada produk nak jual lagi. Blur blur nak jual apa kan tapi nak jugak menjual. 

Tak apa. Dalam bab ini, korang akan dapat tau 5 pihak yang korang boleh hubungi untuk dapatkan bekalan stok untuk korang jual di Shopee. Tak perlu pergi jauh jauh pun. 5 ni pun dah cukup.

3 Kaedah Niaga Tanpa Simpan Stok
Bagi korang yang baru baru nak berjinak berniaga secara online ni, rasanya bab ini paling penting. Kalau korang tak ada modal untuk beli dan simpan produk, nah bab ini korang kena hadam.

Ada 3 kaedah yang korang boleh gunakan untuk mula berniaga di Shopee yang tak memerlukan korang simpan stok. Tak payah fikir pasal mana nak cekau modal untuk mula berniaga dah.

Cara Jual Barang Di Shopee

Pembekal Dropship
Bagi korang yang nak mencuba berniaga di Shopee dan dalam masa yang sama tak ada modal untuk ambil stok, tak apa. Korang boleh cuba dropship dulu. 

Dropship ni maksudnya, korang cuma ambil order, lepas tu korang submit order tu ke pembekal dan pembekal yang akan uruskan pembungkusan serta penghantaran. 

Korang cuma perlu ambil order, bayar amount yang telah ditetapkan oleh pembekal dan tunggu barang sampai kepada customer. Tak payah pening pening kepala dah.

Kalau tak tau pembekal mana untuk dapatkan dropship ni, tak perlu risau. Dalam bab ini, penulis ada kongsikan pembekal dropship yang power dan yang boleh dipercayai. Pembekal ini ada lebih 100 000 produk yang korang boleh jual.

Teknik Tarik 1000 Follower Seminggu
Penting ke follower dekat Shopee ni? Mestilah penting sebab follower akan nampak aktiviti korang dekat timeline. Kalau korang tambah produk, follower akan dapat update. Kalau korang buat sale, follower akan nampak update. Dalam masa yang sama boleh trigger follower untuk beli barang korang sekali.

Dalam bab ini korang akan belajar teknik rahsia penulis macam mana dia dapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopeenya dalam masa yang singkat. Teknik ni korang tak kan jumpa dekat tempat lain.

3 Buah Ebook Bonus Special

Selain daripada ebook Bisnes Shopee ni, korang akan dapat 3 lagi ebook bonus special secara percuma iaitu:
Cara Jual Barang Di Shopee
Bonus #1: Jual Produk Tanpa Pesaing
Dalam ebook Jual Produk Tanpa Pesaing ini korang akan belajar teknik macam mana nak buat kajian tentang produk yang mempunyai permintaan tinggi tapi kurang pesaing.

Bagi Fadzi, penting kot dua benda ni - produk mempunyai permintaan tinggi dan produk kurang pesaing - Sebabnya kalau produk tu banyak persaingan dengan seller lain atau kurang mendapat permintaan, macam sia sia korang jual. Tak balik untung.

Jadi korang kena belajar cara nak tau produk apa yang ada permintaan yang tinggi dan dalam masa yang sama kurang persaingan daripada seller seller di Shopee tu.
Cara Jual Barang Di Shopee
Bonus #2: 7 Cara Promosi Secara Percuma
Kalau dalam ebook utama Bisnes Shopee tu, penulis dan bagi 4 teknik promosi dekat Shopee kan. Dalam ebook bonus 7 Cara Promosi Secara Percuma ni pulak korang akan dapat lagi 7 teknik untuk promote kedai dan produk korang di Shopee.

Yang paling bestnya, kesemua 7 teknik ini tak memerlukan sebarang kos. Semuanya percuma. Betul, kesemua 7 cara promosi yang diberikan adalah percuma tapi tetap berkesan.
Cara Jual Barang Di Shopee
Bonus #3: Study Case: 2 Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee
Ebook yang ni Fadzi rasa memang senang untuk korang faham sebab penulis guna real life story untuk tunjukkan pada korang macam mana untuk berniaga tanpa modal di Shopee.

Ada dua study case yang korang boleh baca dan hadam macam mana penulis cari pembekal, setup kedai, masukkan barang dalam kedai, uruskan order customer dan pastikan barang sampai ke tangan customer. Yang menariknya, penulis buat semua tu, tanpa keluarkan modal dan tanpa perlu simpan stok.


Extra Bonus - FB Group Support
Selain daripada 3 ebook extra bonus di atas, korang juga akan dapat access kepada Facebook Group Support. Dalam group ini, korang boleh tanya macam-macam lagi andai kata ada yang dalam ebook tu korang tak faham.

Kiranya penulis tak lah lepas tangan bila korang dah beli ebook ni. Kalau ada problem tak lah korang terkapai-kapai kan. Dan dalam masa yang sama, korang boleh berkenalan dan bertukar-tukar idea dengan peniaga-peniaga lain dalam group tu.

Sekarang ni Shopee adalah antara platform untuk jual barang secara online yang paling ramai orang suka pergi. Tak rugi kalau korang cuba berniaga dekat situ. 

Tapi nak berniaga pun kena ada ilmu. Dan salah satu ilmu tu korang boleh dapat dengan membaca ebook Bisnes Shopee ni. Info dan ilmu dalam ebook ni boleh membantu korang mula berniaga di Shopee dengan pantas tanpa perlu membuang masa, tenaga dan wang untuk mencuba dan mencari formula yang betul untuk mula berniaga di Shopee.

Kalau korang berminat nak baca ebook Bisnes Shopee ni, korang boleh klik dekat sini - eBook Bisnes Shopee.

Cara Jual Barang Di Shopee

Viewing all 456 articles
Browse latest View live