Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 456 articles
Browse latest View live

Projek CSR-DMR #darihati123mamanet Sempena Hari Bumi 2019

$
0
0
Projek CSR-DMR #darihati123mamanet Sempena Hari Bumi 2019 | Kalau korang follow portal Majalah Harian Wanita (www.123mamanet.com), mesti korang tau yang dieorang ada buat program amal bulan April yang lepas.

Projek CSR

Yang menariknya, program amal portal tersebut kali bergabung bersama MBSA menerusi Program Eco Free  Market, bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan diadakan pada 14 April, 2019 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.  

Projek CSR-DMR #darihati123mamanet Sempena Hari Bumi 2019

Sebenarnya Projek CSR-DMR ini adalah salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam. 

Projek CSR

Projek CSR

Bukan tu je, projek DMR #darihati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca  www.123mamanet.com  agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan. 

Projek CSR

Projek CSR

Nak-nak lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Kalau korang nak tau, ini adalah kali ke lima diaorang buat progrma CSR macam ni. Fadzi pun harap sangat lebih banyak lagi golongan korporat atau individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik di luar sana. 

Projek CSR

Projek CSR

Harap-harap jugak golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.

Eco Free Market 

Program Eco Free Market ni dah banyak kali dah dibuat di Shah Alam ni. Tapi kali ni agak berlainan sikit. 

Projek CSR

Projek CSR

Setiap pengunjung yang datang, perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. 

Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini. Menarik kan?
Projek CSR

Projek CSR

Selain daripada sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, QSR Brands (M) Holding Bhd turut memberi tajaan berupa bentuk barangan keperluan dapur.

Antara barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, adalah seperti produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kicap Manis, Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti  Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma  dan macam-macam lagi.

Projek CSR

Projek CSR

Bagus kan bila ada program macam ni. Paling tidak pun dapat kurangkan sedikit beban mana-mana orang yang tak berkemampuan.





Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

$
0
0
Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka | Bagi orang-orang Melaka yang tercari-cari tempat untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadan ni nanti, mungkin korang boleh pergi ke Villa Istana Melaka.

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Kalau korang pernah tengok drama Jodoh Jodoh Annisa dekat Astro Prima, meh Fadzi nak bagitau. Dekat Villa Istana Melaka ni lah dieorang pernah buat penggambaran untuk drama ni. 

Tapi Fadzi sekarang nak kongsikan dengan korang pasal buffet Ramadan dengan sajian makanan 5 bintang untuk juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ni.

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Katanya sajian hidangan kali ini akan memenuh citarasa ramai serta layanan dan perkhidmatannya akan memuaskan hati korang bila datang berbuka dekat sini nanti.

Menu Wajib Buffet Ramadan Villa Istana Melaka

Untuk pengetahuan korang, Villa Istana Melaka akan menyediakan pelbagai sajian tradisional dan jugak moden. Antara menu wajib yang akan dihidangkan di sini adalah:
  • Kambing Grill
  • Nasi Beriani
  • Nasi Serai
  • Ayam Masak Merah
  • Ayam Goreng Rempah
  • Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi
  • Daging Dendeng
  • Daging Rendang 

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Kemudahan Buffet Ramadan Villa Istana Melaka

Bila berbuka puasa dekat Villa Istana Melaka ni korang tak perlu risau sebab dekat sini kemudahannya cukup. Dewan makannya cukup selesa dengan penghawa dingin.

Ruang makan pun luas dan boleh muat sehingga 500 orang dalam satu satu masa. 

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Tambah lagi ada wifi percuma untuk korang online. Jangan lupa tag Facebook dan Instagram Villa Istana Melaka bila datang berbuka di sini.

Selain daripada itu Villa Istana Melaka juga menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang lengkap dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk supaya korang senang nak solat Maghrib dan Isyak dekat sini nanti.

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Kalau korang dari tempat lain datang ke Melaka untuk urusan kerja atau peribadi, tak ada masalah. Ada bilik penginapan eksklusif untuk korang singgah dan berehat.

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Masa berbuka puasa nanti, korang jugak akan dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada kumpulan Nasyid Unggul SaffOne.

Harga Buffet Ramadan Villa Istana Melaka

Bila tengok harga buffet Ramadan di Villa Istana Melaka ni, Fadzi serius terkejut. Murah sangat-sangat dan berbaloi dengan lebih 80 jenis hidangan makanan yang korang akan nikmati nanti dengan kemudahan yang sangat bagus.

Harga untuk Buffet Ramadan Villa Istana Melaka adalah seperti di bawah.

RM 45 Dewasa
RM 29.90 Kanak-kanak

Untuk pakej keluarga, korporat dan berkumpulan, ada promosi lain untuk korang.  

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 - Villa Istana Melaka

Korang boleh mula berbuka puasa di Buffet Ramadan di Villa Istana Melaka pada waktu seperti di bawah.


6 Mei hingga 1 Jun 2019

Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466

Facebook: www.fb.com/IstanaMelaka
Instagram: www.instagram.com/villaistanamelaka

JUNANDUS - Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah

$
0
0
Fadzi memang suka makan kek. Aneeq pun suka. Nak nak lagi kalau kek tu cantik dan sedap. Memang sanggup habis duit beli mahal-mahal tapi yang penting kena sedap dimakan.

Sekarang ni, kek bukan saja kena sedap. Tapi kena cantik jugak. Barulah orang tertarik nak beli. Yang boleh customade lagi seronok orang nak beli. Biasanya yang customade ni home baker selalu buat kan.

JUNANDUS

JUNANDUS - Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah 

Biasanya kalau homebaker, dieorang akan promote kek kek jualan mereka secara online dekat Facebook atau Instagram. Lepas tu kalau nak order, orang kena Whatsapp atau PM/Dm dekat page bakers tu.

Benda benda remeh ni menyebabkan ramai bakers rasa benda ni agak menyusahkan. Ye la kan, kalau boleh dieorang nak fokus buat kek yang sedap dan cantik je. Bab marketing dan ambil order semua tak nak buat.


JUNANDUS

Inspirasi Jun Chong - Pembuat Kek Dari Rumah

Ini menyebabkan Jun Chong, seorang pembuat kek dari rumah datang dengan satu idea dan inspirasi. Idea tersebut adalah untuk merealisasikan potensi perniagaan penghantaran kek online. 

Konsep ideanya melibatkan e-dagang, di mana kek-kek akan dipesan melalui online. Kemudian kek-kek ini akan dihantar terus dari rumah ke rumah. Sama macam penghantaran makanan segera.

JUNANDUS

Sebenarnya Jun tak ada pengetahuan langsung dalam bidang membuat kek. Dia pun tak tahu macam mana nak buat website. Tapi Jun sanggup tinggal kerja hakikinya untuk teruskan cita-cita dalam bidang buat kek.

Jun pergi kursus dan belajar cara menghasilkan laman web online selama 10 jam sehari. Dalam waktu yang sama, Jun berlatih untuk membuat 2 hingga 4 biji kek sehari untuk menghasilkan resipi terbaik untuk jenamanya.


Selepas 8 bulan akhirnya Jun dapat menghasilkan laman web e-dagang dan sekaligus melancarkan jenamanya sendiri iaitu JUNANDUS pada tahun 2014.

JUNANDUS - Chocolate Cake Cookies

JUNANDUS ini adalah perkataan yang disambung daripada Jun And Us. Us tu pulak merujuk kepada pelanggan. JUNANDUS memulakan perniagaan penghantaran kek.
JUNANDUS

Mulanya Jun menghadapi pelbagai isu seperti kekurangan bajet dan pemasaran yang disebakan oleh stigma kerana beroperasi daripada rumah. Memang susah kalau benda yang kita nak mula dari rumah ni kan.

Dalam pada masa yang sama, hasil jualan pun kurang memberangsangkan sebab waktu tu orang masih belum selesa dengan cara membeli melalui online.

Tapi Jun tak pernah putus asa dan terus usaha. Hasilnya, dari dapat jual 2 hingga 4 biji kek sehari, sekarang boleh dapat 10 hingga 20 kek. 
JUNANDUS

Semakin lama bisnes Jun semakin berkembang dan terus memindahkan operasi ke sebuah rumah teres 2 tingkat serta menambah bilangan kaki tangan supaya dapat memenuhi permintaan ramai.

Sekarang JUNANDUS beroperasi di dua unit rumah kedai yang terletak di Kuchai Lama dengan seramai 22 orang pekerja. Sehari diaorang mampu untuk jual hampir 100 kek. Jenama JUNANDUS ni pun dah masuk dalam media seperti The Star dan Tallypress.com.


Perkhidmatan JUNANDUS - Rekabentuk Kek Dan Penghantaran Terus Ke Rumah

Kek kek dekat JUNANDUS ni memang menarik sangat kalau korang tengok. Bermacam-macam jenis design. 

Tapi kek yang paling laris dekat JUNANDUS adalah Mille Crepe dengan Salted Caramel Almond dan Triple Chocolate. Ada juga kek lain yang popular iaitu kek reka bentuk 3D buttercream dan New York Cheese Cake serta Sponge Cake. 

JUNANDUS

Selain daripada kek, JUNANDUS pun ada jual Chocolate Truffles, Cookies, Macaroon, Flower Bouquet dan Balloon Bunch. Sesuai sangat untuk meraikan hari lahir, anniversary atau convocation.

Harga kek berbeza setiap satu mengikut tempahan korang. Kalau kek biasa harga bermula RM69. Kek mille crepe pulak berharga RM99. Kek customized bermula dari RM199 dan ke atas.

Untuk penghantaran di Kuala Lumpur dan Selangor, korang order dan penghantaran akan dilakukan pada hari yang sama kalau korang order dan buat pembayaran sebelum pukul 1.00 tengah hari. Bagi Johor Bahru dan Pulau Pinang pulak, penghantaran akan dilakukan keesokan harinya.

JUNANDUS


JUNANDUS - Baking Dream To Reality

Jun mula mengasaskan satu komuniti untuk pembuat kek dari rumah selepas dia melalui dah tempuh banyak dugaan dalam bisnes kek dari rumah ini. Objektifnya adalah untuk membantu komuniti pembuat kek supaya mereka dapat mencapai kejyaan mereka sendiri.

Pada tahun 2019, JUNANDUS memulakan inisiatif yang dipanggil Baking Dream To Reality untuk membantu mereka mereliasasikan impian sebagai pembuat kek.

JUNANDUS - Inspirasi Dunia Pembuat Kek Dari Rumah

Sesiapa yang menyertai inisiatif ini akan mendapat pengetahuan tentang cara pembuatan kek yang resipinay dicipta oleh Jun sendiri dan juga sumber –sumber yang lain seperti pengajaran perniagan, sokongan pemasaran, operasi dan automasi teknologi.

Inisiatif ini terbuka kepada pembuat kek dari rumah dan juga pemilik kedai kek. Korang boleh akses inisiatif tersebut di laman web - www.junandus.com.my/baking-dream-to-reality.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

J U N A N D U S
EatnovationSdnBhd
J-0-6 & J-0-7, Kuchai Business Park, No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama,
58200, Kuala Lumpur.
Website: www.junandus.com.my 
Facebook/Instagram/Twitter: JunandusMY
Tel: 03-27803866


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

$
0
0
Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall | Hari tu Fadzi ada cakap dengan Zul pasal Jalan Jalan Japan ni. Fadzi cakap dekat dia yang ada kawan Fadzi kata barang-barang dekat situ murah.

Terus Zul cakap, "murah kawan awak tu murah mana?". Terus Fadzi macam emmm, okay. Nak try pergi dekat Jalan Jalan Japan nanti tengok harga. Last week Fadzi pun pergi lah JJJ dekat cawangan M3 Shopping Mall untuk kemurahan barang barang dekat situ.

Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Surprisingly, memang murah! Korang boleh dapat macam-macam jenis barang dengan harga serendah RM1. Bila Fadzi masuk-masuk je dalam Jalan Jalan Japan ni, Fadzi jadi rambang mata.

Dah lah banyak pilihan, harga pulak murah. Terus Fadzi whatsapp Zul nak bagitau dia tempat ni memang gila murah. Excited gila kot. Zul siap suruh Fadzi habiskan RM100 ahahahaha. Aduh.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Tempat ni besar jugak lah. Diaorang ambik 3 lot kedai. Jalan antara rak dengan rak yang lain pun besar jadi selesa lah kalau nak shopping bawak troli jenis bakul kecil. 

Kalau korang masuk sini, korang boleh jumpa macam-macam benda. Dari pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, sampailah ke mainan budak-budak, pinggan mangkuk, kayu golf, stroller, baby chair dan the list goes on.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Cantikkan dieorang susun ikut warna macam ni. Buat Fadzi rasa nak ambil satu warna sehelai. Tapi cara dieorang susun terlalu crowded. Susah sikit nak bawak keluar satu satu tanpa terkeluar baju yang lain.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Pakaian wanita long sleeve korang boleh dapat dengan harga semurah RM3. Ye Fadzi tau gambar dekat atas ni tunjuk RM5 tapi ada yang Fadzi jumpa baju tu harga RM3 je.

Kesemua barang dekat sini dieorang dah asingkan ikut kategori dan saiz lagi. Contohnya kalau korang nak cari baju sleeveless kanak-kanak umur 3 tahun, korang boleh cari tanda 3 year old sleeveless dekat bahagian baju kanak-kanak. Siap sekali dengan saiz. Senang weh!

Harga memang murah sebab kesemua barang dekat sini adalah barang preloved. Tapi korang jangan pandang sebelah mata. Condition barang-barang masih elok dan masih boleh dipakai. 

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Car seat. Semua masih elok dan bersih je. Tak ada kotor pun nampak sekali lalu. 

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Harga car seat yang sempat Fadzi ambil gambar. RM250. Kalau tak silap ada yang berharga RM100 lebih jugak.

Selepas dalam 2 jam shoping dekat Jalan Jalan Japan M3 Mall ni, Fadzi dah buat keputusan untuk datang untuk shopping lagi dekat Jala Jalan Japan ni. Tapi mungkin Fadzi nak cuba dekat cawangan Jalan Jalan Japan yang lain pulak.


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Oh kalau korang nak tau, Jalan Jalan Japan ni cawangan yang keempat diaorang. Jalan Jalan Japan dekat M3 Mall Taman Melawati ni akan buka pada 18 May 2019. Cawangan lain ada dekat 
  1. One City Skypark USJ
  2. 1 Shamelin Mall Cheras
  3. Centerpoint Seremban

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Antara banyak banyak barangan dekat Jalan Jalan Japan ni, barang yang paling banyak yang korang boleh jumpa adalah pakaian, beg, kasut dan toys.


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Beg luggage

Tips Shopping Di Jalan Jalan Japan

Kalau yang masih belum pernah datang ke JJJ ni, ada sedikit tips dari Fadzi untuk korang.

1. Jangan Bawa Anak
Kalau korang ada anak bawah 10 tahun, jangan bawak dieorang hahahaha. Tapi betul ni, tak payah lah bawak dieorang sebab bila ada dekat sini, korang mesti akan spend time lama untuk cari barang-barang yang korang nak. Nanti dieorang penat pulak, tantrum lah pulak kan.

2. Tetapkan Bajet 
Bila masuk dekat Jalan Jalan Japan, korang mesti rambang mata nak beli semua barang. Harga memang murah tapi kalau korang dah beli banyak, mau kena ratus ratus jugak.

3. Simpan Barang Yang Tak Nak Di Tempat Sepatutnya
Bila  korang dah ambil sesuatu barang, tapi tiba tiba ubah fikiran tak jadi nak ambil. Tak ada masalah. Tapi pastikan korang letak balik barang tu dekat mana korang ambil.

4. Check Barang Yang Korang Pilih
Korang kena faham yang barang barang dekat sini semuanya preloved. Jadi ada lah sikit calar balar ke rebeh rebeh ke kan. Jangan pulak korang compare kan barangan dekat sini dengan barangan yang baru baru. Jadi pastikan korang puas hati dengan barangan yang korang pilih baru pergi bayar.

Dah tak nak cakap banyak pasal Jalan Jalan Japan ni. Fadzi bagi gambar je yang tunjukkan betapa gila bestnya tempat ini untuk kaki shopping.


Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Bath tub belambak. Tak payah beli baru. Beli yang murah sikit dekat sini je. Jimat duit.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
 Set golf dan beg golf pun banyak dekat sini

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
 Spek mata hitam pun ada. Harga yang sempat Fadzi tengok RM15 sepasang.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Jeans! Ada jeans untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak sekali. Yang bestnya, Fadzi jumpa jenas brand Levi's dengan harga RM20 weh. 

Korang boleh bayangkan tak jenas branded macam Levi's yang berharga ratus ratus ringgit, korang boleh dapat dengan harga RM20 je. Tapi yang pentng korang kena rajin cari lah.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Kasut. Macam macam jenis kasut. Kasut branded yang mahal pun ada tapi harga murah. Masa Fadzi duk tengok tengok tu, harga kasut Adidas cuma RM40!

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Pinggan mangkuk, kole, cawan mug semua ada. Kalau korang jenis yang suka ambil gambar makanan, korang boleh beli pinggan mangkuk dan gelas dekat sini untuk props gambar korang. Harga pun bermula RM1 satu.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Kalau ada yang baru nak cuba cuba surfing, jangan beli board baru. Beli je board second and dekat sini. Jimat korang.

Shopping Barang Murah Di Jalan Jalan Japan @ M3 Shopping Mall
Toys toys toys. Serius banyak gila toys dekat sini. Dari charakter yang korang kenal sampai character yang korang tak kenal. Semua ada. Murah pun murah.

Tu antara barang-barang yang ada dekat Jalan Jalan Japan cawangan M3 Shopping Mall masa Fadzi pergi hari tu. Barang diaorang akan sentiasa berubah-ubah sebab katanya setiap sejam dieorang akan restock barang.

Semua barang ni korang boleh beli dengan harga bermula RM1 sampai lah harga RM ratus-ratus ikut pada barang. Tapi for sure harga dieorang lebih murah daripada barang-barang baru.

Jalan Jalan Japan dekat M3 Shopping Mall ni mula dibuka pada 18 Mei 2019. Yang cawangan lain dah bukak lama dah. Serius Fadzi dah addicted dengan JJJ ni tau. Kalau korang pergi, mesti korang pun jadi addicted sekali.


Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

$
0
0
Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni. | Macam mana nak jadikan bisnes korang berjaya? Macam mana nak capai impian dalam hidup? Macam mana nak atasi segala masalah kewangan dan hutang piutang keliling pinggang?

Pernah tak korang terdetik soalan-soalan dekat atas ni dalam hati? Kalau ada, korang kena join program Nak Ubah Hidup yang akan diadakan tak lama lagi di Setia Alam.


Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni

Mesti korang tertanya-tanya apa benda Program Nak Ubah Hidup ni kan? Program Nak Ubah Hidup ini adalah satu program untuk korang kenal dan kuasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Program Nak Ubah Hidup ini akan diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Shah Alam. 

Dalam program 3 hari ini akan menghimpunkan USAHAWAN-USAHAWAN yang serius Nak Ubah Hidup mereka dari keadaan yang teruk, perasaan tak puas hati dan kecewa kerana sentiasa gagal dan tak capai apa-apa.

Untuk pengetahuan korang, program Nak Ubah Hidup ini adalah anjuran Richworks. Richworks ni dah banyak anjurkan program-program seumpama ini dan lebih 700 000 peseerta telah menyertai program-program tersebut.

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Ramai antara yang menyertai program-program ini dah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. 

Tau tak dulu yang datang ke program-program ini asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Ramai jugak yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes dieorang susah nak berkembang. Dan dieorang terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. 

Sebab ini lah tahap kewangan dan pendapatan dieorang sehingga menyebabkan ramai antara dieorang terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup dieorang.

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Tapi, lepas join beberapa program RichWorks, ramai yang mula hidup dengan lebih baik. Kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang.

Sebabnya dieorang berjaya mengambil tindakan merubah hidup dieorang untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Sampailah hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini.

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Korang tau tak beliau dah bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008? 

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana dieorang boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Program Nak Ubah Hidup mensasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi dieorang untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. 

Nak Ubah Hidup? Korang Kena Baca Ni.

Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan peserta apabila dieorang sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup dieorang dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.

Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.


Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” 

Program Nak Ubah Hidup 2019


Rasa-rasa nak ubah hidup korang? Jom terus daftar untuk Program Nak Ubah Hidup ni. Pendaftaran untuk Program Nak Ubah Hidup (klik sini) ini sudah dibuka.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Nak Ubah Hidup ni, korang boleh layari web dan sosial media platform di bawah.

Facebook: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/
RichWorks Hotline: 1300-88-2424


Resepi Puding Karamel Mudah

$
0
0
Resepi Puding Karamel Mudah | Masa Fadzi belajar degree dulu, Fadzi ada buat puding karamel dekat rumah sewa. Bagi lah kawan-kawan merasa. Lepas tu, ada yang suruh Fadzi buat lagi.

Puding karamel ni adalah dessert yang paling senang nak buat. Pakai blender je nak mix kan semua bahan. Nak masak pun mudah sangat. Pakai kukus. Dulu dekat rumah sewa tak ada pengukus. Kiteorang DIY je pengukus pakai periuk nasi. Huhuhu.

Resepi Puding Karamel Mudah

Resepi Puding Karamel Mudah

Hari ni Fadzi nak kongsikan cara Fadzi buat puding karamel. Buka puasa hari ni, Fadzi buat puding karamel sebab dari awal puasa lagi Zul kata nak makan kuih. Tapi disebabkan Anas masuk hospital, tak sempat lah nak buat.

Oh ya, Anas masuk hospital awal Ramadan lepas sebab demam panas dan batuk batuk. Berkampung lah kiteorang dekat hospital dari hari Selasa sampai hari Jumaat. Jumaat tu tengah hari dah discharged. Alhamdullilah.

Okay berbalik kepada puding karamel. Dekat bawah ni Fadzi kongsikan cara nak buat puding karamel mudah.

Resepi Puding Karamel Mudah

Bahan-Bahan:

3/4 tin susu pekat manis (Fadzi guna brand Trader's Choice)
1 tin susu cair (Fadzi guna brand Trader's Choice)
1/2 tin air
5 biji telur
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:

5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Bahan Hiasan:

Jem buah-buahan campuran (Fadzi guna brand Crown's Choice)

Cara-cara:

1. Masukkan bahan gula hangus ke dalam periuk. Hanguskan hingga keperangan dan masuk dalam loyang.
2. Campur kesemua bahan lain dalam bekas dan kacau sebati secara perlahan-lahan.
3. Tapis dan masukkan semua bahan yang dah sebati ke dalam loyang gula hangus.
4. Kukus 45 minit atau sampai masak.


Kalau korang nak tengok cara-cara buat Puding Karamel ni dengan lebih detail, korang boleh baca langkah demi langkah bergambar yang Fadzi sediakan dekat bawah ni.

Langkah Demi Langkah Bergambar Cara Buat Puding Karamel

Resepi Puding Karamel Mudah
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Biarkan sampai warna bertukar jadi perang dan kacau rata-rata. 

Resepi Puding Karamel Mudah
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas untuk dikukus. Biarkan gula hangus sejuk. Kena tuang ke dalam loyang cepat-cepat takut gula tu mengeras dalam periuk.

Resepi Puding Karamel Mudah
 Susu cair

Resepi Puding Karamel Mudah
 Air 

Resepi Puding Karamel Mudah
 Telur

Resepi Puding Karamel Mudah
 Susu pekat

Resepi Puding Karamel Mudah
Esen vanila

3. Masukkan susu pekat, susu cair, air, telur dan sedikit esen vanila ke dalam bekas. 

Resepi Puding Karamel Mudah
4. Kacau semua bahan dengan perlahan. Pastikan semua bahan dah sebati dan telur dah pecah.

Resepi Puding Karamel Mudah
5. Tapiskan bahan yang dah dikacau dan masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi.

Resepi Puding Karamel Mudah
6. Kukus dalam pengukus selama 45 minit atau sehingga puding karamel masak.

5. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan. Hias puding karamel menggunakan jem blackcurrant (optional)


Tips:

  • Kalau tak ada pengukus, korang boleh kukus dalam oven guna kaedah water bath.
  • Kalau guna pengukus, pastikan lap penutup periuk selalu atau balut penutup periuk dengan kain untuk elakkan air wap jatuh ke dalam puding karamel.
  • Sejukkan dulu puding karamel dalam peti sejuk sebelum hidang. Sedap makan sejuk sejuk.
  • Susu pekat dan susu cair korang boleh guna mana-mana brand pun tapi Fadzi guna brand Trader's Choice dari Segifresh
  • Jem buah-buahan pun korang boleh pilih jenis apa-apa pun. Strawberry ke blueberry ke. Apa-apa brand pun boleh tapi dekat rumah Fadzi ada jem blackcurrant brand Crown's Choice pun dari Segifresh.
Resepi Puding Karamel Mudah

Pada Fadzi puding karamel ni antara menu pencuci mulut yang paling senang nak buat. Makan masa sejuk sejuk lagi sedap. Letak toping jem buah, mak aih memang terbaik.

Kalau korang ada masa, buat lah puding karamel ni. Bahan-bahan dia pun guna yang senang nak dapat dekat rumah je kan. Selamat mencuba.

Recap Mei 2019

$
0
0
Recap Mei 2019 | Bulan Mei. Fuh, bulan Mei ni memang macam macam benda yang terjadi dekat family Fadzi. Kiranya bulan Mei ni penat dia boleh tahan lah rasa give up rasa nak menangis dan semuanya lah.


Recap Mei 2019

Recap Mei 2019

Bulan Mei ni dah masuk bulan Ramadan. Memang tiap-tiap tahun Fadzi tunggu bulan Ramadan sebab rasa excited sangat nak berpuasa. Tak tahu lah kenapa tapi sejak sejak dah dewasa ni, rasa excited nak puasa ni lain macam daripada masa kecik kecik dulu.

Fadzi Jumpa Tempat Shopping Best

Fadzi Jumpa Tempat Shopping Best

Awal bulan ni, Fadzi ada pergi satu tempat shopping ni. Nama dia Jalan Jalan Japan. Sebenarnya dah lama Fadzi dengar nama kedai ni tapi tak pernah pergi. Nak dijadikan cerita, Jalan Jalan Japan bukak outlet baru dekat M3 Mall. Fadzi pun cubalah nak pergi tengok.

Awalnya Fadzi macam emmm, kedai bundle ke kan? Jual barang barang yang orang dah pernah pakai. Tapi, serius uih, kalau korang pergi sekali, memang addicted dengan kedai ni. 

Walaupun kedai ni jual barang barang terpakai, banyak barang yang ada dekat situ masih elok keadaannya. Harga pun boleh tahan murahnya. Pakaian banyak sangat korang boleh beli dekat sini dengan harga yang berbaloi. Korang boleh baca entry Fadzi tulis pasal Jalan Jalan Jalan dekat sini - Jalan Jalan Japan.


Zul Banyak Kali Cuti

Zul Banyak Kali Cuti 

Bulan Mei ni Zul banyak ambil cuti dari kerja. Sebabnya budak budak on off demam. Kalau ikutkan Fadzi boleh je handle semua sendiri. Tapi disebabkan Fadzi sendiri selalu sakit kepala, Zul pun ambil cuti untuk sama sama jaga Aneeq dan Anas masa dieorang tak sihat.

Sebenarnya Fadzi rasa bersalah juga Zul ambil cuti banyak-banyak ni. Sebab Fadzi tau Zul tengah nak target untuk achieve something dalam career dia. Banyak plan dia nak buat tahun ni. Tapi banyak pulak benda yang jadi.

Dalam family, Fadzi rasa Zul lah orang yang paling penat. Penat kerja, penat jaga kiteorang, penat melayan perangan wife dengan anak anak. Kesian juga Fadzi dekat Zul.

Sebab tu Fadzi doa banyak banyak dekat Allah supaya Allah permudahkan segala urusan Zul, supaya Allah kurniakan apa yang Zul selalu target untuk career dan life dia.  


Aneeq Demam On Off

Bulan ni memang banyak kali jugak Aneeq demam, batuk dan selsema. Bergilir-gilir dengan Anas. Badan panas betul. Siap bawak ke hospital, hospital mandikan Aneeq sebab suhu tinggi.

Tapi dia punya aktif tu macam tak demam langsung. Kira macam lega jugak lah sebab tak lembik apa semua. Cumanya Aneeq jadi kurang makan. Kurang makan sebab tak de selera demam dan orang lain puasa. 

Bila tengok badan Aneeq, ya Allah kurusnya. Memang boleh nampak kesan kesan tulang rusuk dia. Kesian pun ada. Sedih pun ada. Rasa macam sebagai mak, Fadzi tak jaga Aneeq elok elok pulak.


Anas Masuk Hospital

Anas Masuk Hospital

Ni kira kisah sedh sikit lah dalam family kiteorang. Hari puasa kedua, badan Anas panas dan batuk batuk. Awalnya dua hari sebelum tu kiteorang dah pergi hospital sebab batuk Anas. Tapi malamnya pula badan Anas start panas.

Kiteorang pun pakaikan ByeByeFever benda yang tepek dekat atas kepala tu dan monitor suhu badan. Bila suh badan Anas turun naik, kiteorang pun bawak Anas pergi hospital sekali lagi.

Bila jumpa doktor, doktor suruh buat blood test dan swab hidung untuk check influenza. Sedih weh bila tengok lubang hidung anak kena jolok sebab nak ambil sample hingus dan dengar dia menangis.

Doktor kata kena ambil nebulizer setiap 4 jam. Jadi dia tanya nak masuk wad ke nak ulang alik. Memang rumah dekat tapi nak ulang alik 4 jam sekali dengan nak bawak Aneeq sekali, tu perkara yang agak mustahil.

Jadi kiteorang decide untuk stay dekat wad. Setiap 4 jam sekali kena ambil nebulizer, makan ubat, check suhu dan tekanan semua. Sehari sekali belah pagi ada fisio. Tapi 3 hari pertama suhu badan masih naik turun.

Bulan Mei ni boleh dikatakan bulan yang agak memenatkan bagi kiteorang sekeluarga. Fadzi kesian dekat Anas sebab nampak dia penat sakit tu. Fadzi pun kesian dekat Aneeq sebab kurang layanan dari Fadzi dan Zul. 

Fadzi dan Zul pun penat sangat. Penat puasa satu. Penat berjaga malam tengokkan Anas. Penat jugak melayan Aneeq yang tantrum bila dia rasa tak ada orang yang layan dia.

Harap-harapnya adalah sesuai yang membahagiakan di sebalik kepenatan kiteorang bulan Mei. Semoga rezeki kiteorang bertambah dan melimpah ruah lagi. Dan semoga kiteorang dikurniakan kesihatan yang baik baik saja.

Korang punya Mei macam mana?

Kinderkaizen Family Day 2019

$
0
0
Kinderkaizen Family Day 2019 | Dah lama nak cerita pasal Family Day sekolah Aneeq tapi asyik tertangguh je. Asal bukak laptop nak menaip je mesti Anas tiba-tiba terbangun dari tidur. 

Kinderkaizen Family Day 2019

Dah lama sebenarnya Fadzi tak tulis entry. Hari ni ada peluang sikit. Mood rajin pun datang. Tu yang laju je menaip. Menaip pulak dari hati kan. lagi lah berdesup tuk tak tuk tak menaip. 

Kinderkaizen Family Day 2019 

Masa bagitau Aneeq dia ada Family Day school dia, Ya Allah excitednya dia. Pergi sekolah hari biasa pun dia excited. Tak pernah ada satu hari pun yang dia kata tak nak pergi sekolah.

Even masa awal-awal dulu, Sabtu Ahad pun dia nak pergi sekolah. Alahai anak. Huhuhu bertabahlah Mak. Yang susahnya part nak mandi pagi tu. Banyak betul alasan dia walaupun dah ada water heater.

Family Day Kinderkaizen 2019 ni diaorang buat pada 28 April 2019 hari Ahad. Punya lah lama, bulan Jun baru nak tulis entry pasal ni kan hahaha.

Family Day Kinderkaizen Registration

Kiteorang sampai dekat Dewan Teratai Shah Alam, tempat diaorang buat Family Day Kinderkaizen ni dalam pukul 8.40 pagi lebih kurang. Sampai-sampai je terus pergi register kehadiran Aneeq.

Lepas tu, pergi redeem breakfast untuk Aneeq. Fadzi ingatkan breakfast disediakan untuk semua ahli keluarga student sebab sebelum tu Kinderkaizen ada mintak bilangan ahli keluarga yang pergi. 

Breakfast redemption

Rupanya breakfast untuk student je. Fadzi tak ada lah sediakan makanan apa apa atau makan brekafst sebab dalam tentatif kata ada breakfast kan. Assume untuk semua orang ada. Tersilap di situ. Nasib baik ada booth jual makanan.

Dalam pukul 9 pagi macam tu, Family Day dah start. Adalah ucapan sedikit daripada Play Leader Kinderkaizen dan sedikit aktiviti warm up. Student duduk atas pentas dan menari menyanyi sikit sikit dengan Play Leader.

Dalam 9.30 pagi macam tu, semua game booth bukak. Ha, dekat sini, student kena main game game yang ada untuk dapatkan sticker. Bila sticker dan penuh, boleh redeem medal dan hadiah.

Kinderkaizen Family Day 2019
Game ni kena sendal cup guna dahi pastu kena jalan dari point A ke point B. Aneeq main dua kali game ni. Sekali dengan best friend dia. Sekali lagi dengan Zul. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Game ni paling kacang. Golek golek bola ikut line merah sampai masuk dalam cawan dekat tepi tu. Banyak kali jugak Aneeq main ni.

Kinderkaizen Family Day 2019
Yang ni agak susah tapi mencabar. Aneeq seronok buat yang ni. Cari kunci untuk bukak mangga. Ada timing siap. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Yang ni paling susah dan paling ramia budak mengelat. Bila sorang start baling stick dalma balang ni betul-betul depan, semua orang pun ikut hahahahha. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Yang ni agak over lah sikit Aneeq. Orang lain main tepi meja, dia main tiup sampai atas meja. Over sangat. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Ni diaorang buat ala ala tikar terbang. Macam macam style budak budak ni main benda ni. Kelakar lah kalau tengok. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Bab bab ada phew phew, Aneeq memang suka sangat lah. Bila main benda ni, seronok dia. Siap gelakkan orang lain lagi. 

Kinderkaizen Family Day 2019
Ni antara best friend best friend Aneeq dekat Kinderkaizen. Tiap tiap kali balik sekolah ada je nak cerita pasal kawan kawan dia.

Kinderkaizen Family Day 2019
Messy play. Ni bila Aneeq dah start main messy play macam ni, memang lambat lah nak main benda lain pulak.

Game booth pun banyak sangat. Macam macam jenis game. Dari luar dewan sampai penuh dalam dewan. Ada jugak diaorang open booth untuk face painting dan photobooth. 

Hadiah tu sebenarnya exchange gift daripada family family lain. Oh sebenarnya Family Day ni gabung Kinderkaizen Shah Alam, Kinderkaizen Denai Alam, Kinderkaizen Putra Heights dan Kinderkaizen Setia Alam. 

Kinderkaizen Family Day 2019

Game yang ada untuk kutip sticker tu memang banyak. Ada yang senang ada yang agak susah. Tapi serius lah kelakar bagi budak budak ni main. Mak bapak pun main sekali. Tu yang seronoknya.

Aneeq masa dance dance atas pentas, dia duduk berkepit dengan best friend nama Saif. Bila dah start main game, die berkepit pulak dengan best friend lain nama Zayyan. Untung lah orang ramai best friend ni ahahahhaa.

Kinderkaizen Family Day 2019

Bila dah setel redeem medal dan hadiah exchange gift tu sebenarnya dah boleh balik. Tapi biasalah Aneeq, being Aneeq. For sure tak nak balik. Nak main lagi dengan kawan kawan lain yang tak balik lagi.

Tapi kiteorang the parents dah tak larat. Lagipun ada Anas lagi nak. Kesian Anas nak tidur baring, nak menyusu, nak rehat lagi. Jadi kiteorang pun gigih pujuk paksa Aneeq balik.

Berjaya jugak lah balik selepas bye bye dekat Play Leader dan kawan kawan dia. Tapi Fadzi seronokah bila tengok Aneeq seronok berkawan dan buat aktiviti macam ni. InsyaAllah kalau ada event sekolah Aneeq macam ni lagi, memang akan join.

Upah Orang Cuci Rumah Dengan Maideasy

$
0
0
Upah Orang Cuci Rumah Dengan Maideasy | Sebenarnya kan, tak pernah terfikir Fadzi nak panggil orang cuci rumah sendiri. Sedangkan Fadzi sendiri housewife dan boleh buat kerja rumah sendiri.

Nak kata segan nak bagi orang luar kemaskan rumah kita, ye jugak. Nak bagi orang luar masuk rumah kita untuk cuci rumah rasa insecure pun, ada lah jugak. Banyak kali jugak lah fikir sebelum nak hire orang cuci rumah ni.

Upah Orang Cuci Rumah Dengan Maideasy

Sampailah satu masa tu, Aneeq dan Anas bergilir-gilir demam, Anas pulak masuk hospital, tiba pulak waktu tu dah masuk bulan Ramadan, lepas tu eh eh dah Hari Raya pulak lah.

Rumah memang semak habis. Dengan berkejar nak masak masa bulan puasa, berkejar nak hantar dan ambil Aneeq pergi balik sekolah, berkejar nak kemas rumah, berkejar nak susukan Anas, berkejar nak dukung Anas yang dah mula nak mengempeng je kejenya.

Sudahnya, rumah jadi macam terbiar. Tak larat nak kemas. Semak. Toy Aneeq longgok dekat satu area. Buku dalam almari tapi tak bersusun. Lantai dah lama tak bermop.

Book Cleaner Kemas Rumah Dari Maideasy 

Last last Zul suruh cari orang untuk cuci rumah. Awalnya Fadzi memang tak suka. Tapi lama-lama, sedar siri kot yang Fadzi memang tak mampu nak kemas rumah waktu ni jadi Fadzi book je lah pembantu dari Maideasy ni.

Fadzi book cleaner untuk cuci rumah ni hari Selasa. Fadzi book untuk hari Khamis. Fadzi tak nak book hari Rabu sebab tak nak kena extra RM10 charge. Hehehe. 

Servis cuci rumah

Untuk book same day atau next day, diaorang ada cas RM10. Kira konon urgent case lah kan. Kalau book 2 atau lebih hari sebelum date nak orang cuci rumah tu, tak ada extra charge pun.

Hari Cleaner Datang Rumah Untuk Cuci Rumah

Okay, cerita hari Khamis. Pukul 8 pagi dah dapat notification dekat apps yang crew cleaner dah sampai. Crew cleaner kiteorang hari tu nama dia Fuad. Tup tup 8.50 pagi dah sampai rumah dan start buat kerja padahal patut start pukul 9 pagi.

Servis cuci rumah

Sampai sampai je kiteorang prepare barang-barang untuk Fuad guna cuci rumah kiteorang. Kiteorang prepare tangga, baldi, sabun lantai, mop, vakum, kain dan berus.

Cuci Kipas

Pastu Fuad terus prepare nak buat kerja. Dia mula dengan kipas dulu sebab Fadzi minta die fokus kan dekat kipas dan peti ais. Mula-mula dia bentang plastik besar dekat lantai untuk kutip habuk yang jatuh dari kipas tu.

Servis cuci rumah
Kipas yang dah bersih. Gambar kipas tak bersih macam seram je nak tunjuk hahahahaha.

Fadzi bawak Anas masuk bilik lah kan takut habuk. Tapi masa Fuad nak start cuci kipas, Fadzi macam terdengar dia baca bismillah. Alhamdullilah. Sejuk hati hahahhaa.

Gambar Fuad cuci kipas Fadzi tak ambil sebab segan. Segan satu. Pastu takut Fuad tak selesa kena ambil gambar satu. Bila dah setel kipas dekat ruang tamu, dia setelkan kipas dalam bilik tidur pulak.

Cuci Peti Ais

Pastu dia start cuci dalam peti ais pulak. Dia keluarkan semua barang-barang makanan yang ada. Fadzi memang sengaja tak nak restock barang barang dapur sebab nak orang datang kemas rumah dulu.

Servis cuci rumah

Bila Fuad dah keluarkan barang-barang dalam dapur, die keluarkan segala rak rak dalam peti ais pulak. Dan basuh dekt toilet. Sebabnya sinki dapur Fadzi kecil. Biasa pun memang Fadzi cuci rak peti ais dalam toilet je senang.

Bila dah siap cuci rak peti ais, Fuad keringkan dan letak balik dalam peti ais. Barang-barang pun dia masukkan semula dalam peti ais. Pastu dia dia mula cuci bahagian dapur pulak.

Kemas Dapur

Mula-mula dia cuci dapur masak tu. Hari tu Fadzi duk rebus daging. Air dia tertumpah pulak. Nak cuci tak menyempat. Jadinya, Fuad lah yang setelkan cuci kotor dekat dapur gas tu. 

Servis cuci rumah

Lepas tu dia cuci pulak pinggan mangkuk dalam sinki. Fadzi baru je lepas masak spageti untuk Aneeq pagi tu. Tak sempat nak kemas, Fuad dah sampai. Huhuhu. Malu le jugak sebenarnya.

Vakum Lantai

Bila dah setel dapur, Fuad mula vakum lantai. Dia mula vakum dari dapur, pergi ke ruang tamu. bila vakum dekat ruang tamu, dia stop kejap nak lap lap almari buku.

Servis cuci rumah

Lepas tu dia sambung vakum ke bilik Fadzi dan last sekali dekat bilik Aneeq. Pastu dia sambung pulak mop lantai. Yang peliknya, Fuad mop lantai tak basah macam Fadzi selalu buat. Tapi bersih. Rugi tak tanya tips hahahaha.

Mop Lantai

Sebenarnya bila dah start Fuad mop dapur, ruang tamu dan bilik Aneeq, time tu masa 4 jam tu dah nak habis tau. Hujung hujung nak dekat 4 jam tu, dia mop bilik Aneeq dan cuci toilet bilik Aneeq.

Servis cuci rumah

Lepas tu habislah timing 4 jam. Tinggal bilik tidur Fadzi tak bermop dan toilet bilik Fadzi tak berbasuh lagi. Fadzi dah fikir emm tak pe lah tak sempat nak buat bilik and toilet bilik Fadzi. Sebab Fadzi dah suruh fokus kan dekat kipas dan dalam peti ais kan.

Tiba tiba Fuad masuk bilik Fadzi nak mop dan cuci toilet. Fadzi dah macam eh, dah lebih masa ni. Tak pe ke? Fadzi duk muncung muncung mulut bagi hint dekat Zul.

Zul masuk dalam bilik tanya dekat Fuad, eh tak pe ke dah 4 jam ni? Fuad kata tak pe dia nak siap kan bilik dengan toilet last ni. 

Nak tau tak? Dah lah Fuad start servis cuci rumah pukul 8.50 pagi. Habis pulak 1.40 petang. Terlebih masa. Fadzi pulak yang rasa macam eh eh tak pe ke? Ta pe ke? Hahhahah.

Bila dah setel mop bilik dan toilet bilik Fadzi, siap dah lah semua kerja. Lantai dah licin, habuk dah tak ada, kipas dah laju, Fadzi pun dah senang hati tengok rumah bersih.

Servis cuci rumah

Nak ambil lagi servis cuci rumah Maideasy ni? Definitely akan guna lagi. Or mungkin guna dari company lain untuk test test. Walaupun sebenarnya Fadzi dah selesa dengan Maideasy ni.

Fadzi recommend Maideasy ni pada korang yang tak sempat nak kemas rumah atau nak buat spring clean tapi tak larat atau nak cuci pindah rumah. Memang senang dan hati pun tak berbulu tengok rumah serabut.

Kalau korang nak dapatkan up to RM10 diskaun untuk servis cuci rumah ni, korang boleh download apps Maideasy guna link dekat bawah ni. Jangan kata Fadzi tak payung :D



Althea Korea A'bloom Review

$
0
0
Althea Korea A'bloom Review | Dah lama Fadzi tak buat entri pasal review barang-barang dari Althea. Dan dah lama jugak Fadzi tak beli barang-barang make up dan kosmetik. 


Althea Korea A'bloom Review

Disebabkan sebelum hari raya hari tu Fadzi baru je dapat barang-barang dari website shopping barang kosmetik paling best Althea Korea, jadi entri kali ni, Fadzi nak review sikit la apa yang Fadzi ada.

Althea Korea A'bloom Review

A'bloom ni adalah salah satu brand range under Althea sendiri. Dalam set A'bloom ni ada beberapa produk iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Mask sheet (4 variasi), A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs.


Althea Korea A'bloom Review

A'bloom BHA Blackhead Blaster

BHA Blackhead Blaster kegunaan dia untuk hilangkan bintik bintik hitam dan bintik bintik putih yang ada dekat kulit wajah. Biasanya ada dekat bahagian hidung.

Selain daripada tu, BHA Blackhead Blaster ni pun boleh digunakan untuk cuci lebihan minyak pada muka. Nak buat jadi scrub pada siku, lutut atau tumit kaki pun boleh.

Cara pakai BHA Blackhead Blaster:
1. Cuci muka macam biasa
2. Sapukan pada bahagian yang ada bintik bintik hitam atau bintik bintik putih. 
3. Urut secara membulat
4. Cuci dengan air


Althea Korea A'bloom Review

A'bloom Giant Meringue Puff

Giant Meringue Puff ni bersaiz besar. Sesuai untuk pakai pada bahagian bahagian muka yang luas macam dahi, pipi, dagu dan leher. Bila korang basahkan guna air, dia akan mengembang 1.5 kali ganda daripada asal.

Puff ni sesuai untuk kulit sensitif sebab dia free latex dan tak ada bahan bahan toxic dalam pembuatannya. Lagipun, bila diaorang buat puff ni tak guna latex, bila sapu foundation, nampak lagi sekata.


Althea Korea A'bloom Review

A'bloom Baby Meringue Puffs

Baby Meringue Puffs ni sangat comel. Saiz dia lebih kecil daripada Giant Meringue Puff tapi kalau korang basahkan guna air, dia akan mengembang sikit. 

Bila dia dah mengembang lagi senang nak apply foundation pada muka. Lagipun kalau korang guna teknik basahkan puff ni, foundation yang korang apply pada muka tu akan nampak macam efek dewy.

Cara Guna Meringue Puffs:
Ada dua cara untuk korang guna Baby Meringue Puffs sama ada;

1. Untuk effect dewy
Basahkan puff dalam air, ramas untuk perah air keluar dan dah boleh digunakan.

2. Untuk effect matte
Gunakan puff secara kering.


Althea Korea A'bloom Review
Biasanya Fadzi akan guna puff ni dengan cara basahkan dia sebab nak dapatkan efek macam lembap lembap, shiny shiny pada kulit wajah. Ala ala Korea lah senang cerita.

Yang bahagian tajam tu, gunakan untuk ratakan foundation pada area yang susah nak capai seperti mata, hidung dan lekuk lekuk pada muka. Bahagian bawah puff tu pulak sesuai untuk guna pada bahagian muka yang luas.

Dengan harga RM15, korang boleh dapat 3 ketul Baby Meringue Puffs atau RM11 untuk seketul Giant Meringue Puff. 


Althea Korea A'bloom Review

A'bloom Water-Me-Long Moisturizing Sheet Mask

Water-Me-Long Moisturizing Sheet Mask ini sesuai untuk kulit muka jenis combination. Bila pakai mask ni, kulit rasa lebih lembap dan sejuk. Incase korang kena sunburn, boleh lah pakai mask yang ini untuk legakan sikit kulit muka tu. 

Bau mask ni pun best sebab selain daripada ekstrak buah tembikai, kandungan lain dalam mask ini adalah lavender. Sambil sambil pakai mask untuk kelembapan kulit, bau mask ni pun boleh menenangkan.

Althea Korea A'bloom Review

A'bloom Avo-Cuddle-Me Sheet Mask

Avo-Cuddle-Me Sheet Mask ini sesuai untuk korang yang ada jenis kulit kering. Korang boleh pakai mask yang ini untuk dapatkan kelebihan antioksidan untuk kulit dan jugak untuk elakkan kedutan pada kulit muka. 

Kandungan bahan dalam mask ini terdiri daripada ekstak buah avocado dan jugak bunga raya. Kedua dua bahan ini akan menghasilkan kulit muka yang lebih lembut.  


Althea Korea A'bloom Review

A'bloom Ac-Me-Peach Sheet Mask

Ac-Me-Peach Sheet Mask ini pula sangat sesuai untuk kulit wajah jenis berminyak. Mask ini boleh membantu untuk membersihkan dan merawat kulit muka sensitif.

Kandungan bahan dalam mask ini adalah ekstrak buah peach dan tea tree oil. Kedua dua bahan ini membantu untuk mengawal masalah kulit berminyak, memberi kelembapan dan membersihkan kulit muka.


Althea Korea A'bloom Review

A'bloom Sparkle-Me-Bright Sheet Mask

Sparkle-Me-Bright Sheet Mask ini sangat sesuai untuk kulit wajah combination. Mask ini membantu untuk mencerahkan dan merawat kulit wajah yang suram. 

Kandungan bahan yang ada dalam mask ini adalah ekstrak buah lemon, ekstrak buah limau nipis dan teh hijau. Vitamin C dari lemon dan limau nipis boleh menghilangkan bintik bintik hitam. Teh hijau pula membantu untuk mencerahkan serta menyejukkan kulit wajah. 

Cara Pakai Sheet Mask:
Untuk pakai variasi A'bloom Sheet Mask ni, korang kena cuci muka dulu. Lepas tu pakai toner. Lepas tu barulah pakai mask. Lepas 10 hingga 20 minit, boleh bukak mask dan urut lebihan cecair mask yang tertinggal pada muka korang.


Althea Korea A'bloom Review
Walaupun dekat atas Fadzi ada mention yang setiap mask sesuai untuk kategori jenis kulit yang tertentu tapi sebenarnya semua mask ini sesuai untuk semua jenis kulit wajah. 

Yang paling best, harga untuk sekeping mask hanyalah RM2.00 sahaja. Berbaloi kan. Jimat pun jimat. Kalau beli kombo 10 keping mask, korang cuma perlu bayar RM18.00 sahaja.

Barang-barang yang Fadzi review dekat atas ni semuanya adalah keluaran Althea sendiri. Kalau dulu althea jual brand brand best je dekat website dia tapi sekarang diaorang dah keluarkan produk dieorang sendiri. Hebat kan.

So far Fadzi memang suka dengan range produk dalam A'bloom ni terutamanya mask diaorang. Comel, bau wangi dan sesuai dengan kulit Fadzi. 

Korang boleh tengok dekat website Althea Korea kalau korang berminat nak dapatkan mana-mana barang yang Fadzi review dekat atas ni tadi. Link korang boleh tengok dekat bawah.





Recap Jun 2019

$
0
0
Recap Jun 2019 | Dah habis pun bulan keenam tahun 2019 ni. Dah setengah tahun, dah macam macam yang terjadi dekat Fadzi dan family. Bulan ni benda yang Fadzi paling tunggu-tunggu adalah Hari Raya!

Recap Jun 2019

Recap Jun 2019

Tahun ni Fadzi beraya 4 orang. Ada tambahan ahli keluarga baru lah kata kan. Rasa macam meriah sikit. Tak ada lah orang tanya, bila nak tambah baby baru macam tahun lepas hahahaha.

Persiapan Raya Keluarga Fadzi 

Tahun ni tak tahu lah kenapa rasa macam nak raya sedondon di Hari Raya. Jadi tahun ni Fadzi decide nak pakai bau raya warna kuning satu family.

Fadzi macam biasalah kalau shopping ke buat persediaan apa-apa ke, mesti last minit punya. Shopping raya kali ni pun last minit. Ingatkan senang je nak cari baju raya warna kuning. Tapi Ya Allah susahhhh.

Tema baju raya kuning
Tema baju raya tahun 2019 - kuning. The struggle is real guys nak ambik gambar dengan anak anak.


Fadzi plan memang nak warna kuning yang betul betul kuning. Tapi banyak jumpa warna kuning mustard. Fadzi tak berapa suka warna tu. Tapi susah sangat nak cari warna kuning yang Fadzi berkenan. 

Fadzi siap cakap dekat Zul, nak tukar warna tema lah. Nasib baik lah Zul kata, jangan give up. Cari punya cari. Yang paling awal dapat cari baju Fadzi. Warna dah cantik. Kuning yang Fadzi suka. 

Tapi baju jubah. Terus grab. Harga pun murah RM20 je. Brand Gene Martino. Dieorang tengah buat sale masa tu.

Lepas tu jumba baju Zul. Terus grab. Warna cantik tapi agak terang. Zul macam segan segan sikit nak pakai warna macam tu tapi beli lah jugak. Harga dalam RM100 lebih. Tak ingat dah.

Lepas tu, cari lah baju budak budak ni. Ya Allah penat nya berjalan tapi tak jumpa jumpa jugak. Yang susahnya cari baju budak budak ni lah. Punyalah tak ada warna tu.

Last last jumpa lah jugak. Walaupun warna kuning baju raya budak budak ni agak cerah dan warna baju raya Fadzi dan Zul agak pekat, tapi asalkan tema on, okay lah kot. Huhuhu.

Hadiah Hari Lahir Zul

30 Jun adalah birthday Zul. Sebelum sebelum ni Fadzi pernah tanya Zul, dia nak hadiah birthday apa. Saja saja lah nak beli kan untuk dia. Jarang jarang Fadzi nak beli kan apa-apa untuk Zul sebab selalunya akan guna duit dia ja kan.

Sekali, korang nak tau apa yang Zul mintak? Kereta. Kereta Proton X50. Keretanya tak release lagi dekat Malaysia waktu ni tapi dia demand nak yang tu pulak. 

Mintak hadiah kereta memang Fadzi tak dapat lah nak bagi. Hahahha. Mintak lah bukan bukan dari isteri yang tak bergaji ni. Tapi korang doakan lah Fadzi boelh jadi kaya raya macam Blogger Cik Epal. Boleh Fadzi beli hadiah kereta cash untuk suami. :D

Aneeq Pergi Ke Zoo Negara

Bulan ni sekolah Aneeq ada buat Parent-Play Leader Meet Up dan Field Trip ke Zoo Negara. 

Untuk Parents-Play Leader Meet Up, so far Aneeq dekat sekolah, perkembangan dia is as expected. Aneeq makin berani bercakap dan bercerita masa circle time, makin bagus bonding dengan playleaders, makin pandai express perasaan dia.

So far, Fadzi rasa keputusan Fadzi untuk tunggu Aneeq masuk umur 4 tahun baru hantar ke sekolah dan hantar pulak ke Kinderkaizen adalah pilihan yang tepat. Tak apa lah kalau tak pandai membaca lagi yang penting perkembangan emosi dan fizikal dia makin bagus.

Field trip Zoo Negara
Gambar anak-anak orang lain kite blur kan lah ye. Muka Aneeq je yang clear walaupun gambar ni sebenarnya tak lah clear sangat. Huhuhu. 

Untuk field trip ke Zoo Negara pulak, ni first time ni Aneeq pergi school field trip dengan Play Leader dan kawan-kawan. Tengok-tengok Fadzi yang gabra lebih. Padahal Aneeq rilek je seronok seronok dengan kawan-kawan dia.

Bila balik dari field trip tu, Aneeq cerita lah apa yang dia nampak dekat Zoo, apa yang dia buat dekat Zoo. Dia kata giraffe kawan dengan zebra. Lion dengan tiger tak kawan dengan zebra. Pastu kata gorilla duduk sorang sorang. Hahaha.

Seronok Fadzi rasa bila Aneeq happy keluar field trip dengan kawan-kawan sekolah. Tapi kesian dia penat. Memang penat sungguh lah sebab dia tidur petang dalam pukul 5 lebih sampailah besok pagi nya nak dalam pukul 6.30 pagi.

Perkembangan Anas Paling Laju Masa 8 Bulan

Sebelum ni Fadzi agak risau sebenarnya dengan perkembangan Anas. Ye lah, umur 7 bulan baru start rajin nak golek-golek badan. Sebelum ni memang ada dia pusing tapi sekali dua je lepas tu tak buat dah.

Bila masuk 8 bulan ni, ya Allah macam macam dia nak buat. Dari rajin pusing meniarap belah kiri ke laju pusing meniarap kedua dua belah. Dari mengesot ke belakang ke slowly mengesot ke depan. 

Perkembangan Anas

Kalau pertengahan bulan ni Anas mengesot ke depan macam Ju-on, slow slow macam tu. Sekarang, dia mengesot macam ulat dah. Hahahha. Serius kelakar kalau tengok. 

Duduk pun Anas dah boleh duduk tanpa sokongan. Berdiri pun dah mula. Pertengahan bulan tu dia berdiri kena peluk. Sekarang dah boleh berdiri kita tak payah pegang. Dia yang pegang benda sendiri.

Menjerit pun dia dah power sekarang. Aduh, Aneeq dah ada geng menjerit. Yang paling Fadzi geram sikit, bila Anas pun dah pandai usik abang dia. Tarik tarik rambut lah, cucuk mata, cubit tangan Aneeq. Haih, macam macam.

Tapi Alhamdullilah sangat lah. Walaupun perkembangan Anas tak laju macam baby lain, tapi bila nampak bulan ni satu satu makin aju dia buat, Fadzi rasa lega.

Lepas ni kena banyak kan lagi ransangan untuk Anas terus kan perkembangan dia. Dan kena cari banyak lagi makanan-makanan yang sedap untuk buat bagi Anas makan. Heee.

So far, itu je lah kehidupan Fadzi untuk bulan Jun ni. Korang pulak macam mana bulan Jun? Best ke tak best?


999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

$
0
0
999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) | Fadzi sebenarnya dah lama tak makan steak. Bila Fadzi dengar ada steakhouse nak bagi stik percuma kepada pelanggan dia, terus Fadzi rasa excited sangat.

Tapi rupa-rupanya, steak percuma tu adalah dari Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff, Johor Bahru. Tapi alang-alang Fadzi dah tau, Fadzi kongsikan lah dengan korang walaupun Fadzi tak dapat nak redeem kan.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)


999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Kalau korang yang berada di Johor Bahru tu, pastikan tarikh 5 dan 6 Julai nanti, korang pergi ke Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff. Pada hari tu nanti, sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50 000 akan diberikan secara percuma.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Untuk dapatkan tawaran istimewa sempena dengan kempen Giveaway Half Ribs ni, korang cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit. Tawaran ini hanya sah untuk semua pelanggan yang makan di restoran dieorang saja.

Nak lagi best, kalau korang pertama kali mendaftar sebagai penggemar WISH, korang akan dapat satu scoop ais krim. 

Biasalah kalau benda-benda berbaloi macam ni, biasanya orang mesti ramai nak datang dan cuba kan. Fadzi cadangkan korang buat tempahan awal supaya tak kecewa bila pergi sana dah penuh pulak kan.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Untuk tempahan korang boleh hubungi nombor telefon di bawah. Ataupun kalau korang nak tahu maklumat lanjut pasal promosi ni, korang boleh lawati website dieorang.

013-7333280
www.wadihanaislamicsteakhouse.com

999 stik percuma ini adalah sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH dari Wadihana Islamic Steakhouse kepada pelanggan-pelanggan mereka. Wadihana Islamic Steakhouse baru saja dibuka pada Februari yang lalu.

Stik yang dipromosikan untuk kempen kali ni adalah Honey Pepper Ribs yang bernilai RM49.90 setiap hidangan. 

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Tentang Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.

“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.

“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.

“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.

“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.

Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.

“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.

“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.

“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?

“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 

MAKLUMAT PERNIAGAAN:
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422 
FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/
IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en


4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray

$
0
0
4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray | Zul bukan jenis yang suka pakai perfume. Cukup dengan deodorant saja. Tapi bila jenama Dashing ada buat produk Dashing Deo + Perfume Body Spray, Fadzi excited nak bagi dia cuba.

Dashing Deo + Perfume Body Spray

Ramai dah tau pasal brand Dashing kan. Bau dia memang sedap. Sampai masa Fadzi belajar dulu, ada kawan Fadzi yang perempuan pun pakai perfume brand Dashing ni tau.

4 Variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray

Kali ni Dashing keluarkan produk deodorant sekali dengan perfume dalam bentuk body spray. Ada 4 jenis bauan yang dieorang keluarkan. Keempat-empat bauan tersebut adalah:


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Hattrick

Wangian Hattrick ini dihasilkan daripada gabungan haruman unik epal, sitrus, bunga dan amber.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Ultimate Kick

Wangian Ultimate Kick ini dihasilkan daripada campuran lemon, buah pelaga, vanila dan musky.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Speed

Wangian Speed ini dihasilkan daripada gabungan buah-buahan dan musky.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

Hitman

Wangian Hitman ini dihasilkan daripada campuran sitrus, ice cucumber, lada sichuan, lavender, Patchouli dan kayu gaiac.

Saiz Dan Harga

Korang boleh dapatkan 4 variasi Dashing Deo + Perfume Body Spray ini dengan harga RM12.20 untuk botol spray bersaiz 120ml. Dashing Deo + Perfume Body Spray boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hyper serta pembelian atas talian.

Personally Fadzi suka bila Dashing decide untuk buat produk 2 in 1 macam Dashing Deo + Perfume Body Spray ni. Sebabnya biasanya orang lelaki ini lebih suka pakai satu produk je kan.

Kalau kena pakai banyak banyak produk, dieorang akan rasa macam leceh. Eh eh pakai deodorant dah lah kan. Nak kena sembur perfume pulak ke? 

Tapi bila dah ada Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, senang kerja. Sembur sekali dah siap pakai deodorant dan perfume.

Untuk pengetahuan korang, Dashing Deo + Perfume Body Spray ini dirumus dengan wangian Dashing Eau De Toilette untuk beri bau yang lebih tahan lama.

Agen anti-bau dan anti-bakteria pula berkesan utnuk memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Yang lebih menarik, satu botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ini bertahan sebanyak 880 semburan. Kira sebotol ni boleh tahan selama 5 bulan. Sebabnya kandungan Dashing Deo + Perfume Body Spray adalah 100% deodorant.

Nampak macam jimat duit kan. Tahan ke tidak tahan 5 bulan satu botol ni, nanti Fadzi suruh Zul test. 

Lagipun nak bawak merata rata pun tak ada masalah sebab saiz dan bentuk botol Dashing Deo + Perfume Body Spray ni cantik dan mudah dibawa. Zul masa mula mula nampak botol ni, dia kata design botol ni lawa.

Kalau korang berminat nak dapatkan maklumat lanjut pasal Dashing Deo + Perfume Body Spray ni, korang boleh pergi ke Facebook Dashing atau Instagram Dashing.


Shopping Barang Basah Di SegiFresh

$
0
0
Shopping Barang Basah Di SegiFresh | Setiap 2 minggu sekali mesti Fadzi akan pergi beli barang-barang basah. Beli groceries ni lebih kurang macam terapi tau untuk housewife macam Fadzi ni.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Minggu lepas Fadzi try beli groceries dekat SegiFresh Subang Permai. Kalau ikutkan, itu cawangan SegiFresh yang paling dekat dengan rumah Fadzi. Nak pergi ke sana dari rumah dalam 20 minit macam tu. 

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Fadzi sampai dekat SegiFresh agak awal jugak. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Waktu tu parking tak penuh pun. Tapi orang ramai jugak dekat dalam. Sebelah kiri SegiFresh tu ada perumahan. Mesti dieorang yang ramai-ramai tu kan. Huhu.

Ruang Parking Dan Ruang Shopping Besar

Perkara pertama yang Fadzi perasan bila pergi shopping barang basah dekat SegiFresh Subang Permai ni, parking dia banyak. Bahagian depan SegiFresh ada 2 line parking. Banyak jugak kereta yang boleh park. Belah tepi dan belakang bangunan pun ada lagi tempat parking.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Yang keduanya, dalam SegiFresh tu sendiri besar. Hari tu Fadzi fokus beli barang basah je. Fadzi tak tengok sangat bahagian barang-barang lain. Lalu je. Itu pun dah rasa besar sangat tempat ni.

Susunan Barang Yang Teratur

Jarak antara satu line barang dengan line barang yang lain besar. Kiranya kalau nak berjalan antara satu rak dengan rak yang lain, memang selesa lah dengan bawak troli tu. Nak jalan dua troli sebelah menyebelah pun boleh lagi.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Lepas tu, dieorang susun barang ikut kategori. Jadi senang bila nak cari barang-barang yang korang nak beli walaupun baru first time datang dekat situ. Diaorang start dengan telur, barang-barang kering, sayur-sayur, barang-barang frozen dan hujung sekali barang-barang basah. 

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Tapi cuma satu lah bendanya Fadzi tak berkenan sangat. Lantai dekat area barang-barang basah macam seafood, ayam dan daging tu basah. Rasa memang tak boleh buat apa dah kot sebab dieorang letak floor blower dekat lantai pun masih basah.

Harga Berbaloi

Kebanyakan harga barang basah dekat sini memang berbaloi. Fadzi paling excited bila tengok harga daging. Biasa Fadzi beli sekilo dalam RM26 lebih. Tapi dekat SegiFresh, boleh dapat dalam RM19 lebih untuk sekilo.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Belum lagi bila beli barang secara borong. Boleh dapat lebih murah harganya. Rasanya kalau korang buka kedai makan ke buat jual-jual makanan dari rumah ke, memang berbaloi sangat beli barang mentah dekat sini.

Cuma korang kena alert sikit masa pergi timbang barang. Macam hari tu, Fadzi ambil sotong saiz L. Masa timbang, orang yang timbang tu dia kira harga sotong saiz XL. 

Nasib baik Fadzi check balik harga dan nama barang yang dia timbang tu. Jadi Fadzi bagitau dia balik yang Fadzi ambil saiz L. Dia ambil balik untuk timbang harga lain. 

Yang ni korang kena tengok-tengok sikit. Ye lah kan, orang nak timbang sorang je. Barang yang nak timbang banyak. kadang-kadang mestilah dieorang pun tak perasan saiz apa kan.

Banyak Pilihan Dan Segar

Dekat SegiFresh ni serius banyak betul pilihan barang. Ada macam-macam jenis buah-buahan dari epal, oren, betik, kelapa, buah naga sampai lah buah tembikai. Nasib baik tak ada buah durian.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Sayur pulak memang banyak jenis sayur yang ada. Ada sayur batang keras, ada sayur hijau, ada yang jenis ubi. Kalau korang datang sini rasanya jadi rambang mata nak beli apa kalau tak bawak list groceries nak beli.

Pendek kata, Fadzi memang rambang mata lah bila datang shopping dekat sini. Konon hari tu malas nak buat groceries list kan. Acah acah boleh ingat semua barang yang nak beli dalam otak. 

Hambik, sekali sampai sini, memang rasa nak beli semua barang yang ada. Rasa macam cantik sangat sebab warna warni buah-buahan dan sayur-sayuran tu. Lepas tu nampak segar sangat barang-barang dekat sini.

Ini hasil Fadzi shopping barang mentah di Segifresh. Hampir nak penuh jugak lah satu troli ni. Fadzi rasa kalau tak bawak Aneeq dan Anas, lagi lama Fadzi jelajah satu SegiFresh ni, lagi penuh satu troli.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Lepas balik dari shopping groceries, biasanya Fadzi terus cuci bahan-bahan mentah, potong-potong ikut portion sekali masak dan simpan siap-siap terus dalam bekas. 

Shopping Barang Basah Di SegiFresh
Bahan mentah

Shopping Barang Basah Di SegiFresh
Sayur-sayuran

Shopping Barang Basah Di SegiFresh
Buah-buahan

Korang pun macam Fadzi jugak tak? Buat food preparation, simpan bahan-bahan mentah ikut portion sekali masak atau potong sayur-sayuran siap-siap terus macam ni? Kalau ye, kite geng. Senang nak masak kalau macam ni kan.


Neelofa Kongsi Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

$
0
0
Neelofa Kongsi Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah | Hari ni banyak Fadzi nampak orang share dekat Twitter pasal Neelofa kongsi doa untuk rezeki yang melimpah ruah. 

Neelofa Kongsi Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

Lepas tu, bukan setakat dekat  Twitter je. Dekat website-website dan blog blog besar pun ada jugak yang share. Fadzi pun nak jugak share dengan korang doa yang Neelofa amalkan tu 

Neelofa Kongsi Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah 

Fadzi pun nak jugak share dengan korang doa yang Neelofa amalkan tu. InsyaAllah kalau kita amalkan, rezeki kita oun bertambah-tambah.

Lagipun, sebenarnya Fadzi nak share dekat blog ni supaya Fadzi boleh ingat. Kadang-kadang bila benda macam dah lama, mesti terlupa. Kalau letak dalam blog, bila Fadzi baca-baca blog sendiri, terbaca entry ni. InsyaAllah Fadzi akan baca doa tu selalu. 

Okay, video doa ni Fadzi jumpa dekat Twitter Naurashare. Korang boleh tengok video tu dekat bawah.


Dekat bawah ni pulak doa yang Neelofa baca kan tu. Masa Fadzi dengar dan baca, Fadzi macam terfikir. Selama ni Fadzi baca doa lazim. Doa yang macam general je. Tak ada fokus sangat.

Bila baca ayat-ayat doa Neelofa baca ni, dia macam mintak doa sehabis-habis mungkin. Kalau Fadzi doa, Fadzi minta limpahkan rezeki ku, suami, anak-anak, ibu bapa dan saudara seislam ku. 

Macam tu lah lebih kurang. Tap, Neelofa punya doa, dia mintak doa rezeki seluas langit, rezeki tak putus-putus macam air zam zam, rezeki yang tak tersangka-sangka. Tak pernah terfikir pun nak doa macam tu sebelum ni.


Ya Allah yang Maha Pemurah, 
Maha Perancang, 
berikanlah aku rezeki seluas langitMu, 
rezeki yang berkat, 
rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu, 
rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu, 
rezeki yang membawa kebaikan, 
yang membawa aku ke syurgaMu, 
rezeki yang tidak disangka-sangka, 
rezeki yang menjangkau akal-fikiran, 
rezeki yang membantu aku untuk berdakwah, 
rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke syurga

Kata Neelofa lagi, doa ni korang boleh baca tak kira masa. Bukan lepas solat saja. Tengah-tengah termenung ke, tengah jawab exam ke, tengah dalam kereta jalan jem ke. Baca je bila korang teringat.

Korang boleh mula hafal start hari ni. Kalau tak pun, korang boleh save je doa yang Fadzi dah buat dekat bawah ni. Buat jadi wallpaper phone korang ke. Buat jadi wallpaper laptop ke. Boleh je. 

Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah V1 
Neelofa Kongsi Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah V2

Neelofa Kongsi Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah

Doa Untuk Rezeki Yang Melimpah Ruah V3 


Semoga kita terus beramal dan terus dapat rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang tak tersangka sangka. Aminnnn.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

$
0
0
Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras | Jumaat lepas kali pertama Fadzi jejak kaki ke Lulu Hypermarket. Bila masuk dalam tu, betul lah orang cakap harga barang-barang dekat sini memang murah.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Nak nak pulak sekarang ni ada promosi Food Carnival. Lagi banyak barang yang harganya lagi murah daripada biasa. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Kalau korang nak tau, Lulu Hypermarket dekat 1Shamelin Mall ni cawangan diaorang yang kedua di Malaysia. Ada satu lagi cawangan diaorang di Capsquare.

Tapi Fadzi pergi yang dekat 1Shamelin Mall ni sebab lagi dekat dengan rumah family Fadzi dekat KL. Dalam 20 minit macam tu dah sampai. Plannya nak beli barang groceries sikit.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Bila masuk je dalam Lulu tu, rasa best jugak. Sebabnya cara diaorang susun barang kemas. Ikut kategori. Senang sangat nak cari barang. Bahagian barang basah pun kemas, teratur dan lantai tak basah.

Rupanya dalam Lulu tu ada tempat makan sekali. Kalau rasa lapar, boleh beli makanan dekat bahagian Hot Food. Dekat situ banyak sangat pilihan makanan dari nasi, lauk pauk, pencuci mulut dan macam-macam lagi lah.

Yang Fadzi terkejut sikit, harga murah. Fadzi beli kan aneeq Nasi Mandy dengan Ayam. RM4.09 je korang. Penuh satu bekas tapeware biasa. Banyak tau nasi dia sampai Aneeq pun tak habis. Tapi murah.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Sekarang pulak diaorang tengah buat promosi Food Carnival. Katanya untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia kepada warga Malaysia. 

Jadi dari 19 Julai sampai 31 Julai 2019, korang boleh beli macam-macam jenis barang ready-to-eat dari negara luar atau pelbagai jenis barang makanan dengan harga promosi.

Dekat bahagian Hot Food ni, korang boleh cuba pelbagai jenis makanan tempatan, makanan Arab, India dan makanan Oriental. Selain itu, korang jugak boleh dapatkan pencuci mulut, cookies dan jus yang sedap sedap belaka.

Pagi tadi sebenarnya dieorang ada buat pelancaran promosi Food Carnival. Dieorang ada potong kek besar. Terlepas pulak nak join. Kalau tak boleh merasa nak makan kek free hahahah.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
YB Datuk DR Shahruddin bin Md Salleh merasmikan event promosi Food Carnival 2019.

Tapi nanti 31 Julai 2019, dieorang akan buat pulak majlis potong pizza besar dekat Lulu Hypermarket Capsquare. Kalau korang free, boleh lah pergi sana pulak nak tengok. 

Masa Fadzi tengah shopping barang dekat sini, diaorang ada buat announcement ada coloring contest untuk budak-budak. Fadzi pun saja lah suruh Aneeq join.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Ini pertama kali tau Aneeq join contest mewarna macam ni. Awal-awal tu, Aneeq macam segan segan sikit. Budak-budak ni diberi masa selama 40 minit untuk mewarna. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Disebabkan Aneeq macam segan nak join, Fadzi pun teman lah dia mewarna. Bila dah siap mewarna, dieorang nak umum pemenang. Aneeq dapat hadiah saguhati. Seronok melompat-lompat berlari lari dia. Lepas ni nak suruh Aneeq join lagi lah contest macam ni.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Selain daripada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ada jugak pertandingan lain seperti Pertandingan Briyani, Pertandingan Resepi, Perhiasan Kek dan lain-lain lagi.

Lepas habis coloring competition dan dah ambil hadiah, Fadzi sambung semula shopping barang dekat sini.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Dalam banyak-banyak barang yang dijual dekat Lulu Hypermarket ni kan, Fadzi paling suka pergi dekat bahagian Roastery Lulu Hypermarket ni. Dekat sini banyak makanan yang diimport dari luar korang boleh jumpa.

Macam-macam jenis kurma, kekacang dan gula-gula yang jarang-jarang nak jumpa kalau dekat tempat lain. Datang dekat Lulu ni, korang kena singgah tengok barang-barang dekat sini. Mesti ada yang beli jugak.

Promosi Food Carnival

Masa promosi Food Carnival kali ini, korang boleh cuba nasib untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai Dream Drive Contest. Selain itu, akan ada sale sehingga 70% untuk pelbagai barang di Lulu Hypermarket & Department Store.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Dream Drive Contest (1 May - 1 September 2019)
Kalau korang berbelanja sebanyak RM75 ke atas dalam satu resit, korang boleh dapatkan kupon lucky draw dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah yang best. Hadiah utama dia 2 buah Proton X70 weh. Wuuu, harap-harap Fadzi menang. 

Ada juga hadiah-hadiah lain seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan Lulu Gift Voucher. Cabutan lucky draw akan diadakan pada 5 Julai dan 6 September 2019. Alah, alang-alang dah shopping barang dekat sini kan, join je lah. Ada rezeki menang.

Sale Sehingga 70% Diskaun (19 Julai - 31 Julai 2019)
Dari sekarang hingga 31 Julai 2019, korang boleh jimat bila bershopping barang dekat Lulu Hypermarket ni. Banyak jugak barang-barang yang ada diskaun. Dekat bawah ni antara harga diskaun yang Fadzi sempat tengok hari tu:

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Susu  Goodday boleh dapat harga RM5.99. Dutch Lady lagi murah! RM4.75. Lupa nak ambil gambar. Fadzi memang selalu beli susu kotak. Harga RM4 lebih tu memang paling murah boleh dapat tau.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Sos Prego pulak RM3.25. Nampak je harga macam ni, terus Fadzi ambil 4 sos Prego yang berbeza. Lepas tu kakak Fadzi ambil 3 tin. Serius murah ni. 

Kitaorang siap beli pasta 3 4 plastik sorang. Harga pun murahhhhh. Geram tengok harga. Stock pasta dan sos pasta untuk 3 bulan kot. Heheh.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Milo kotak kecil macam ni pulak boleh dapat dengan harga RM6.95. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Kalau korang jenis memasak guna butter atau buat kek, better korang grab butter brand Lurpark dekat Lulu ni Fadzi dah compare harga memang sini paling murah boleh dapat RM11.99. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Ni lagi satu. Memang dahsyat harga murah dia. Kalau dekat luar Fadzi survey RM14.90. Dekat Lulu RM9.90 je weh. Jauh beza. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Bagi peminat Nando's, korang boleh beli sos diaorang dekat Lulu dengan harga yang murah RM9.90/ Sos sos jenama lain pun murah-murah dekat sini. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Bukan makanan je yang murah dekat sini. Barangan elektrik pun ada diskaun tau. Korang cari je tanda Food Carnival tu. Yang tu memang harga tengah dalam promosi.

Peti ais, microwave, oven, blender, TV LED 4K pun antara barang yang tengah ada promosi sempena dengan Food Carnival ni sekarang. 

Kalau korang memang tengah mencari barang elektrik, datang lah dekat sini. Tapi promosi dieorang sampai 31 Julai 2019 ni je tau. Untuk maklumat lanjut, korang tengok je website atau sosial media Lulu Hypermarket.





Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

$
0
0
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam | Ingat tak dulu kecoh pasal logo Visit Malaysia 2020. To be honest, logo Visit Malaysia 2020 dulu bagi Fadzi memang buruk dan tak nampak moden langsung. Memang wajar kena kecam.

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

So, hari ni logo Tourism Malaysia yang baru dah diperkenalkan. Pada Fadzi, nampak memang lebih cantik, colorful dan moden. Tapi biasalah, mesti ada je yang orang kecam jugak.

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Compare sikit logo baru dengan logo lama. Berkekek Fadzi gelak tengok logo lama ni tau.

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Kenapa logo Visit Malaysia 2020 kena kecam jugak? Mostly orang cakap design dah okay, cumanya slogan tu macam pelik je. Font pun lari. Bila Fadzi tengok balik, haah lah. Peliknya.

Apa yang Fadzi nampak, tulisan Visit Truly Asia Malaysia tu tak center. Lepas tu, tulisan Truly Asia lain daripada Visit Malaysia. Fadzi harap ni bukan design tangkap muat nak cepat siap je lah.

Cuba baca dekat bawah ni antara komen-komen yang pengguna Facebook tulis masa Facebook Tourism Malaysia keluarkan announcement pasal logo Visit Malaysia 2020 yang terbaru ni.

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam


Kebanyakan komen cakap pasal slogan yang macam berbelit. Font yang tak sekata. Dan jugak penggunaan hornbill. Hornbill tu nampak macam nak promote Sarawak instead of Malaysia.  


Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Penerangan Tentang Logo Visit Malaysia 2020 

Dekat bawah ini adalah penerangan berkenaan dengan rekaan logo Visit Malaysia 2020 yang terbaru ini. 

Pengenalan:
Bagi negara yang kaya dengan budaya dan keajaiban semulajadi Malaysia yang kita sukai, pelancongan pastinya menjadi tonggak ekonomi yang hebat. 

Meningkatkan kemampanan pelancongan, seni dan budaya di Malaysia adalah menjadi tanggungjawab yang amat penting. 

Setiap elemen dalam logo itu mempamerkan kepelbagaian pengalaman yang hanya boleh dilakukan pelancong di tanah Malaysia. 

Di samping memberi pelancong asing sebagai cita rasa persembahan Malaysia, ciri-ciri dalam logo itu juga menggesa rakyat Malaysia tempatan untuk menyokong pemeliharaan identiti negara kita ketika negara bergerak ke hadapan dalam era globalisasi yang bergerak pantas ini.

Elemen Reka Bentuk:
Gaya logo itu diilhamkan oleh Batik Malaysia. 

The hornbill badak indah terletak di sebelah kiri logo. Burung ikonik menggambarkan haiwan yang unik dan pengembaraan eko yang ditawarkan oleh Malaysia. 

Bunga raya merah menghiasi bahagian atas logo. Dalam bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia, bunga raya itu dikenali sebagai "bunga raya", diterjemahkan secara longgar ke "bunga perayaan". Bunga ini merangkumi sambutan kepelbagaian budaya di Malaysia. 

Pakis liar di bawah bunga raya dikenali sebagai "paku pakis". Tumbuhan yang boleh dimakan adalah kegemaran di kalangan rakyat Malaysia semua kaum, dan sesuai untuk mewakili rasa unik masakan Malaysia.

Warna:
Warna utama biru, merah dan kuning yang digunakan dalam logo mewakili warna bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. 

Warna oren menggambarkan sinar matahari sepanjang tahun yang diterima oleh Malaysia. 

Akhir sekali, warna hijau mewakili kelimpahan alam semula jadi di Malaysia. Kecemerlangan warna-warna ini menarik perhatian, dan menjemput penonton untuk melihat lebih dekat.

Apa pendapat korang tentang logo baru Visit Malaysia 2020 ni? Ikutkan Fadzi, ini dah okay. Memang jauh lebih cantik daripada logo lama tu. Cuma mungkin boleh tukar sikit tang slogan tu.

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Ke korang nak dieorang combine logo lama dengan logo baru macam dekat atas ni. Hahahhaha. Credit gambar: Fiction Story.

Recap Julai 2019

$
0
0
Recap Julai 2019 | Dah hari last bulan Julai pun. Besok dah masuk bulan Ogos, bulan Kemerdekaan Malaysia. So bulan Julai ni apa yang best dalam hidup korang? Sebelum tu meh Fadzi share apa yang yang jadi dalam hidup kiteorang.

Recap Julai 2019

Recap Julai 2019

Tak sangka kan dah masuk bulan ketujuh tahun 2019 ni. Rasanya banyakkkkk sangat benda Fadzi tak buat lagi. Meh Fadzi share sikit recap untuk bulan ni.

Fadzi Tak Ada Achievement Bulan Ni

Jujur Fadzi cakap, bulan Julai ni rasa macam rak ada pencapaian apa-apa pun untuk Fadzi. Perkara yang boleh buat kenangan atau untuk diingatkan pun tak ada apa-apa. Sedih pulak bila fikir balik.

Bulan Ogos ni Fadzi kena buat sesuatu yang Fadzi boleh ingat dan abadikan dalam recap bulan depan. KENA!


Zul Pergi Kursus Communication Skill

Zul Pergi Kursus Communication Skill

Bulan ni Zul ada attend satu lagi kursus. Under company dia. Alhamdullilah. Bagus betul company Zul ni. Kursus kursus macam ni sedikit sebanyak dapat tambah value dalam kerjaya Zul.

So far, Zul memang suka company ni. Dah nak masuk 7 tahun kot dia kerja dekat situ. Dari intern terus kerja. Gaji bagus, benefit pun bagus. Zul tengah nak capai satu target hujung tahun ni. Tolong doakan Zul dapat capai target die guys.

Aneeq Ada Animal Costume Party

Aneeq Ada Animal Costume Party

Awal bulan Julai ni Miss dekat school Aneeq ada bagitau hujung bulan diaorang nak buat Animal Costume Party dekat school. Bila sebut Animal Costume Party, Fadzi fikir mestilah kena pakai costume.

Jadi gigih Fadzi cari costume animal dekat Shopee. Ada yang Aneeq berkenan. Dia kata nak jadi zebra. Fadzi pun beli satu costume zebra dengan harga RM32.80. Murah lah jugak. Selesa pun selesa.

Hari ni Aneeq pergi sekolah pakai costume zebra tu. Anas pun pakai jugak. Anas punya tu sebenarnya onesie je. Onesie zebra tu Aneeq punya dulu. Dia pakai masa kecik kecik. Cik De beli kan.

Aneeq join coloring competition

Bulan ni juga Aneeq ada join satu coloring competition. Tak ada lah competition besar pun. Hari tu ada Fadzi pergi shopping groceries dekat Lulu Hypermarket. Tengah shopping diaorang ada buat announcement ada coloring contest. Fadzi pun saja suruh Aneeq join.

Aneeq pulak kata okay je. Ha, join lah dia coloring contest tu. Color pun tak serius sangat. Tapi organizer dia bagi jugak lah hadiah untuk saguhati. Bila Fadzi tanya nak join lagi tak contest macam ni. Aneeq kata nak. 

Bagus jugak kalau dia join contest contest macam ni. Boleh boost Aneeq punya confidence. Ye tak?


Anas Tumbuh Gigi Lagi Satu

Anas Tumbuh Gigi Lagi Satu

Anas tumbuh gigi lagi satu guys. Zul yang perasan dulu. Patutlah lately Anas restless betul. Baring menangis, duduk menangis, dukung menangis, acah acah pun menangis.

Bila bagi makan atau bagi teether untuk gigi, baru dia senyap. Tapi dalam gigit gigit tu, berbunyi jugak lah merengus dia tu. Kesian Anas. Sakit ye tumbuh gigi ni. 

Sekarang ni Anas punya air liur selalu meleleh. Fadzi pun apa lagi. Suruh Aneeq yang lap kan air liur Anas. Aneeq tu walaupun dia eiiwww eiiiwww konon geli, tapi dia buat jugak. Sayang Aneeq hahahha.

Itu je main highlight untuk bulan ni. Korang pulak macam mana Julai korang? Ada yang best nak share?


Sambut Birthday Di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam

$
0
0
Sambut Birthday Di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam | Dah lama dah Fadzi tak pergi makan steamboat dekat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni.  Baru-baru ni Fadzi nampak dieorang ada buat birthday celebration. 

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

So alang-alang nak celebrate birthday kawan, Fadzi and the geng pergi dekat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni. First time ni nak celebrate birthday walaupun dah  4 5 kali makan dekat sini sebelum ni. 

Sambut Birthday Di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam

Kiteorang pergi sana hari Sabtu. Sampai sana dalam pukul 7 malam. Time tu memang dah ada orang tapi tak penuh sangat lagi. Tapi sebab dah book awal-awal kan, so tak ada lah risau sangat pasal meja. 

Sampai-sampai je, tanya pasal booking. Diaorang pun tunjuk meja. Cantik weh diaorang hias dengan belon-belon. Siap ada belon huruf birthday lagi. Panjang jugak meja yang dieorang prepare untuk kiteorang.

Bila dah tengok meja, duduk-duduk kejap sambil tunggu yang lain sampai. Rupanya, ada antara dieorang yang dah sampai dah pun. Tengah ambil makanan dekat bahagian buffet. Pantassss.

Fadzi pun pergilah ambil makanan jugak. Fadzi pergi dengan Aneeq sambil Zul jaga kan Anas dekat meja. Dekat area ambil makanan tu macam biasa. Dah familiar kan tempat ni, so senang je nak ambil makanan.

Menu Buffet

Bagi yang tak pernah datang sini lagi, korang boleh makan lebih dari 100 jenis menu makanan yang disediakan dekat sini. Ada udang, sotong, kupang, kepah, kerang, isi ikan, bamboo lala dan macam-macam lagi.


Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Untuk steamboat pulak ada macam-macam jenis bebola, sayur-sayuran, mee, mihun dan jugak fucuk. Telur ayam dan telur puyuh pun ada. Bukan selalu nak merasa makan telur puyuh ni.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Kalau nak rasa kelainan sikit, korang boleh pilih menu-menu yang dah diperap untuk grill. Menu perapan untuk grill yang korang boleh cuba adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan yang paling best Kambing Grill.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Selain tu diaorang ada jugak sediakan sos yang korang boleh pilih. Ada 9 jenis sos antaranya Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Blackpepper dan Sos Yong Tau Foo. 

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Dekat sini korang boleh pilih nak steambot sup apa sama ada sup ayam atau sup tomyam. Kalau ikut Fadzi, Fadzi rekemen ambil tomyam lah. Baru ngam sikit nak makan steamboat kan.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Kalau korang jenis yang tak boleh tinggal karbo, jangan risau. Ada je dieorang buat nasi goreng, nasi putih, lauk ayam, spageti bolognese, nasi lemak, mee, dan kue teow.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Untuk pencuci mulut pulak, ada ais krim, buah-buahan, ABC cendol dan kek. Masa Fadzi pergi sana hari tu adalah dalam 4 jenis kek yang ada disediakan. Buah pulak ada dalam 5 jenis buah. 

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Untuk air pulak, korang boleh pilih sama ada nak air minuman sejuk atau air minuman panas.

Sambutan Hari Jadi Berirama Disco

Kemain tema nak celebrate birthday dekat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni. Berirama disko. Hahahha. Tapi tak apa lah kan. Sekali sekala buat gila sikit. Baru lah rasa muda sikit. :p

Serius memang meriah tau masa celebration tu. Fadzi pun tak sangka. Mula-mula bila staff dieorang nak hantar kek tu, dieorang malapkan lampu area meja kiteorang. Lepas tu dieorang pasang lampu disko dengan lagu rancak.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Memang happening habis lah masa tu. Dengan nyanyi lagu birthday, dengan lampu lip lap disko, dengan lagu rancak. Fadzi harap orang meja meja sebelah tak marah lah huhuhu.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Oh by the way, belon-belon deko meja dan kek tu percuma tau. Kalau nak celebrate birthday dekat sini, korang kena whatsapp atau call dieorang awal-awal untuk book meja.

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Untuk budak-budak, rasa paling best sebab ada badut kot. Badut tu buat belon untuk Aneeq dan Anas. And of course untuk budak budak lain dekat dalam kedai tu. 

Kemudahan Awam

Fadzi paling suka pergi makan dekat sini sebab ada surau. Ye betul. Dieorang ada sediakan surau untuk korang solat time makan tu. Sebab tu bila kawan-kawan Fadzi kata nak lepak mula pukul 7 malam dekat sini, Fadzi kira macam tak ada hal lah. Surau ada.

Toilet pun ada. Tak jauh pun. Betul betul sebelah kedai ni je. 

Parking area situ pun banyak. Kebiasaanya memang kereta penuh je. Tapi kalau datang pukul 6 7 petang macam tu, tak ada masalah pun nak dapat parking dekat dengan D'Kayangan ni.

Harga Buffet
Dewasa RM29.90
Kanak-kanak RM12.50

Harga untuk kanak-kanak tu umur budak dari 5 tahun hingga 11 tahun. 12 tahun ke atas kira dewasa dah lah. Untuk budak budak 4 tahun ke bawah, makan percuma.

And kalau korang bayar harga RM150, korang boleh dapat kad diskaun RM10. 

Tempat sambut hari lahir di Shah Alam, Tempat celebrate birthday di Shah Alam

Murah kan? Jarang-jarang betul nak jumpa buffet yang bagi harga murah macam ni tapi menu dia banyak dan dieorang refill. 

Waktu Operasi:
5pm - 11.30pm (Isnin hingga Jumaat)
3pm - 11.30pm (Sabtu, Ahad dan Public Holiday)

Alamat:
Nno.1 Jalan Lompat Tinggi,
13/33M Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor



Beza Bisul Dengan Jerawat

$
0
0
Beza Bisul Dengan Jerawat | 2 hari lepas tiba-tiba je Fadzi rasa sakit dekat bawah bahagian bibir ni. Ingatkan ulser. Gigih mencari guna lidah tapi tak jumpa.

Lepas tu ingatkan pulak sebab Anas ada head butt bibir Fadzi ni. Mungkin sebab tu sakit. Raba-raba dekat bahagian bawah bibir, baru perasan ada ketulan dekat belah kanan bibir bawah.

Jadi Fadzi assume kan ni jerawat lah kot. Tapi bila pegang sakit. Dan macam ada benda putih dekat belah dalam. Makin lama bibir bawah belah kanan tu makin membengkak. Ah sudah. Fadzi terus fikir, jerawat ke bisul ni?

Beza Bisul Dengan Jerawat

Terus Fadzi google apa beza bisul dengan jerawat. Ye lah, takut jugak kalau tiba-tiba benda ni bisul kan. Malu satu. Sakit pun satu. Alang-alang dah google, Fadzi nak share sekali apa yang Fadzi baca.

Apa Itu Jerawat

Apa Itu Jerawat

Jerawat disebabkan oleh folikel rambut tersumbat. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta kulit mati yang terkumpul. 

Apa Itu Bisul

Apa Itu Bisul

Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“. Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan barang-barang yang tercemar, seperti tuala.

Cara Untuk Membezakan Jerawat Dengan Bisul

Jerawat dan bisul mungkin nampak macam sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk. Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan membonjol. 

Tapi, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala. 

Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.

Tempat Tumbuh

Salah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya.

Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan folikel jadi tersumbat. 

Bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha. 

Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher. 

Cara Merawat Bisul Dan Jerawat

Jerawat boleh hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi korang boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau krim preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.

Staphylococcus aureus
Ini lah menatang Staphylococcus aureus tu.

Tapi, bisul memerlukan rawatan perubatan. Kalau tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.

Menakutkan tak bunyi penyakit-penyakit yang boleh dapat daripada bisul ni. Fadzi baru tau ni.

Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:
  • Jerawat anda banyak
  • Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
  • Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda


Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:
  • Muncul di muka atau tulang belakang anda
  • Sangat menyakitkan
  • Lebih besar daripada 2 inci
  • Menyebabkan demam
  • Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali


Sejujurnya, Fadzi masih lagi keliru apa yang tumbuh dekat bawah bibir Fadzi ni. Nak kata bisul, macam tak. Nak kata jerawat, macam bisul pulak. Nak pergi jumpa doktor, kang tetiba rupanya jerawat je. Kan buat malu.

Zul pulak suruh letak minyak gamat. So ye, malam semalam lepas gosok gigi, cuci muka semua, Fadzi letak minyak gamat dekat bahagian yang timbul tu. Boleh rasa macam ada sensation dekat bahagian tu. 

Pagi ni pulak bila Fadzi bangun, sedar-sedar nampak yang benda putih dekat dalam benda timbul tu dah macam jerawat nak masak. Korang yang ada jerawat mesti faham kan.

Bibir dah kurang bengkak. Sakit pun dah kurang. Mungkin tinggal benda putih tu je yang nak pecah. Fadzi harap benda tu betul betul jerawat je dan bukannya bisul.  

Cara Hilangkan Bisul
So ni jerawat ke bisul guys?

Rawatan Cara Fadzi

Fadzi cuma nak share apa yang Fadzi buat untuk hilangkan atau mengurangkan jerawat atau bisul ni. Entah lah jerawat ke bisul ni.

1. Mandi shower air panas
Masa mandi shower, Fadzi guna air panas dan hala kan air panas tu dekat bahagian yang ada bonjolan tu. Buat lah dalam 3 hingga 5 minit macam tu. 

2. Tuam Dengan Tuala Panas
Rendam tuala kecil dalam air panas atau korang nak panas tuala kecil dalam bekas berisi air dalam microwave pun boleh. Tekap dekat bonjolan.

3. Letak Minyak Gamat
Yang ni sebenarnya Fadzi tak sarankan sangat sebab Fadzi pernah terbaca hari tu, kalau luka jangan letak minyak gamat. Takut ada infection. Tapi ni kan bukan luka lagi, so Fadzi letak je lah minyak gamat. 

4. Jangan Selalu Sentuh Bahagian Bonjolan
Jangan sentuh pun bonjolan tu. Ye la kan, kita tak tau tangan kita ni betul betul bersih ke tak. Pergi sentuh pulak benda tu takut jadi lagi teruk. Lagipun kalau kita sentuh benda tu lepas tu pegang anak ke suami ke isteri ke, tak pepasal jangkit ke tempat lain pulak kan.

Setakat 2 hari yang bawah bibir Fadzi ni ada bonjolan macam bisul atau jerawat ni, hari ni macam dah nak pecah kot. Sebab nampak bonjolan makin membonjol dan benda putih dalam tu semakin putih.

Korang doakan bila bonjolan ni pecah nanti dan sihat, tak ada kesan parut ye. Dah lah dekat muka. Jelas sangat pulak. Huhuhuh.


Viewing all 456 articles
Browse latest View live