Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 456 articles
Browse latest View live

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan Tahun 2016

$
0
0
Alang-alang tadi aku ada kongsikan dengan korang semua jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk negeri Selangor, aku share jugak lah jadual untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya sekali. Mana tau ada yang duk tercari-cari jugak kan.  

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan Tahun 2016

Jadual dekat bawah ni ada 2. Yang belah atas jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016. Yang gambar bawah pulak jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Dan Putrajaya Tahun 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Labuan 2016

Jangan lupa untuk book mark page ni. Senang korang nak rujuk bila dah masuk bulan Ramadan nanti. Selamat berpuasa!



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Melaka Tahun 2016

$
0
0
Nah orang-orang Melaka! Jadual waktu imsak dan jadual berbuka puasa untuk negeri Melaka 2016. Mana tau ada yang tercari-cari, meh aku share dengan korang. Dah tak lama dah kita nak berpuasa ni. Ada dalam lebih kurang seminggu lagi. Dah ready semuanya nak mula berpuasa seharian?

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Melaka 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Melaka Tahun 2016

Senangkan negeri Melaka. Sebab Melaka kecil je saiznya, semua tempat berbuka waktu yang sama. Tak dek lah waktu yang berbeza-beza ikut zon.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Melaka 2016



Selamat mula berpuasa korang-korang semua! Orang-orang duduk Melaka jangan lupa share jadual waktu Imsak dan jadual berbuka puasa untuk negeri Melaka 2016 ni dan bookmark page ni sebagai rujukan di bulan Ramadan nanti okay.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Pinang Tahun 2016

$
0
0
Tengah mencari jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa 2016 untuk Pulau Pinang? Tak yah pergi jauh-jauh. Nah, aku kongsikan dengan korang. Jadual ni aku dapat dari sumber JAKIM. Dalam entri-entri sebelum ni aku ada kongsikan jugak jadual untuk negeri-negeri lain.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Pinang  2016

Setakat yang aku tengok ni, jadual waktu imsak dan jadual berbuka puasa untuk Pulau Pinang tak lari jauh pun untuk sebulan ni. Awal-awal dalam pukul 5.31 pagi untuk waktu imsak dan 7.31 petang untuk berbuka puasa. Di penghujung bulan tu adalah beza dalam 6 minit macam tu.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Pinang  2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pulau Pinang 2016

Kalau gambar dekat atas ni kurang jelas, korang boleh klik jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa Pulai Pinang 2016 ni nak bagi besar sikit. Jangan lupa kongsikan sekali page ni dan bookmark lah untuk kesenangan korang buat rujukan di bulan puasa nanti.


Cara Mudah Nikmati Supplemen Kesihatan - Maria Miracle

$
0
0
Kalau kebiasaan produk kecantikan tak sah kalau tak kena bancuh kan? Betul tak? Aku tau ramai antara kita yang tak berapa nak rajin nak bancuh produk kecantikan yang dalam sachet tu dengan air, kena kacau-kacau lagi. Leceh kan? Ha, sekarang ni aku dah tak payah nak bancuh-bancuh dah produk kecantikan yang aku guna ni - Maria Miracle. Produk yang paling senang aku makan. Koyak sachet lepas tu masuk kan je terus dalam mulut.  

Maria Miracle

Maria Miracle - Kini Kecantikan Bukan Fantasi Lagi

Gitu tagline dia. Kini kecantikan bukan fantasi lagi. Hehehhe. Maria Miracle ni sebenarnya adalah sejenis serbuk kolagen yang lazat mengandungi ekstrak strawberi. Kelebihan Maria Miracle ni akan buat kulit kita jadi licin, muda, cerah dan putih berseri. Sape tak nak kan? Yang bestnya, Maria Miracle ni boleh dimakan oleh lelaki dan perempuan.

Korang tak perlu risau untuk consume Maria Miracle ni sebab dia memang 100% asli dan selamat. Ada sijil kelulusan HALAL dari JAKIM dan juga GMP. Maria Miracle juga dah dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Maria Miracle
Bentuk serbuk kolagen Maria Miracle. Masa nak masukkan dalam mulut tu, buat perlahan-lahan okay. Nanti tersedak pulak.

Cara Makan Maria Miracle

Cara untuk ambil Maria Miracle ni senang je. Korang ambil satu sachet Maria Miracle tu, koyakkan. Tuang kan serbuk kolagen ke dalam mulut dan kemam. Pastikan korang makan masa perut kosong atau 2 jam lepas makan. Makan satu sachet satu hari.

Rasa Maria Miracle ni sedap manis masam-masam. Rasa macam strawberi pun ada sebab dia kandungan serbuk jus strawberi. So tak perlu risau rasa tak sedap ke apa unless korang tak suka makan buah strawberi (like whattt?).

Maria Miracle

Dalam satu kotak ni ada 15 sachet. Dan setiap sachet tu kandungan dia 15 gram serbuk kolagen. So, sekotak boleh consume dalam setengah bulan. Cadangan aku, beli terus 2 kotak sekaligus sebab aku tengok biasa dieorang buat promosi 2 kotak terus boleh dapat murah lagi, berbaloi daripada beli sekotak je.


Kelebihan Maria Miracle

Maria Miracle ni kelebihan dia bukan saja untuk jadikan kulit lebih cerah, muda, antioksidan untuk penuaan, kurangkan masalah jerawat, menghilangkan parut dan kecilkan liang roma, Maria Miracle ni jugak berfungsi untuk tambah tenaga dalam badan.

Maria Miracle

Setakat yang aku makan Maria Miracle ni, perubahan yang aku rasa sendiri badan kurang rasa letih. Kalau dulu aku akui aku rasa badan ni lemah-lemah je tak bersemangat, sekarang dah rasa bertenaga sikit. Itu baru makan beberape sachet. Bayangkan kalau makan beberape kotak. Hohoho.

Oh ye, kalau korang berminat jugak untuk dapatkan Maria Miracle ni, korang boleh usha Facebook atau Instagram Maria Miracle.



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Perlis Tahun 2016

$
0
0
Ada tak orang-orang yang duduk dekat Perlis yang mencari-cari jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka 2016? Meh sini aku nak share sikit dengan korang. Senang sikit korang nak rujuk bila nak berenti sahur dan bila nak berbuka.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Perlis Tahun 2016

Aku dah lama dah tak jejak kaki ke Perlis. Aku selalu dengar Perlis negeri paling panas dekat Malaysia. Betul ke? Macam mana eh korang puasa panas-panas hitu. semua semua yang duduk dekat Perlis gigih habiskan puasa masing-masing.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Perlis 2016


Dah tengok dah jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka Perlis 2016? Jangan lupa share dan bookmark page ni. Senang sikit nak rujuk nanti. Selamat berpuasa semua.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan Tahun 2016

$
0
0
Nah pulak jadual waltu imsak dan jadual waktu berbuka untuk Negeri Sembilan. Tahun ni aku balik beraya dekat kampung belah aku dekat Pahang dulu. Lepas tu baru balik ke kampung Zul dekat Negeri Sembilan. Dulu aku ada baca satu artikel, dia kata setiap kali raya kena balik kampung suami dulu sebab suami kena dahulukan mak dia daripada isteri. Aku setuju bab suami kena dahulukan mak dia daripada isteri tapi aku tak setuju tang kena balik kampung suami dulu tiap kali balik raya. Kau buat macam bini kau tak de mak pulak kan. Bukan kau sorang je yang nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dekat mak kau. Bini kau pun nak jugak kan? Ha, emosi aku jap bahahhaa. 

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan Tahun 2016

Tahun 2016 ni, aku tak sempat nak merasa berbuka puasa dekat kampung aku ataupun dekat kampung Zul sebab Zul cuma dapat cuti pada Hari Raya dan hari Jumaat lepas raya tu. Sedih ke? Tak pun. Huhuhuh. Nah, jadual waktu Imsak dan jadual waktu berbuka puasa di Negeri Sembilan 2016.

Zon 1 - Tampin dan Jempol

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan Tahun 2016

Zon 2- Seremban, P/ Dickson, K. Pilaj, Rembau dan Jelebu

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan Tahun 2016

Selamat berpuasa korang semua. Jangan lupa share dan bookmark page ni untuk kesenangan korang nanti. Dan bergilir-gilirlah balik kampung tu. Jangan asyik kena balik kampung laki je dulu. Fikir sikit hati bini korang. Wuuu.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan Tahun 2016

$
0
0
Negeri Kelantan ni negeri mak aku. So, dulu-dulu masa kecik, selalu lah balik kampung ke Kelantan. Walaupun mak aku orang Kelantan, aku still lagi tak boleh nak cakap loghat Kelantan. Faham tu kadang-kadang ada jugak tak faham tapi mostly boleh faham. Dah cukup aku bermukaimah, dalam entri ni aku nak share dengan korang jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa negeri kelantan untuk tahun 2016.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan Tahun 2016

Dah lama jugak aku tak balik kampung ni semenjak arwah tok dan tokki meninggal. Lepas tu aku dah kahwin ni, sekarang kampung aku dekat Pahang lah, rumah mak dan bapak aku. Nah dekat bawah ni aku kongsikan jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk negeri Kelantan 2016.

Zon 1: Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Macang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2016


Zon 2: Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2016

Selamat berpuasa kepada semua saudara-saudara aku yang ada dekat Kelantan dan korang-korang yang berada dekat Kelantan. Semoga puasa kali ni lebih bermakna daripada puasa tahun lepas. Jangan lupa share page ni dan bookmark jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka kelantan 2016 supaya korang boleh tengok nanti.


Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Johor Tahun 2016

$
0
0
Johor ni sebenarnya salah satu negeri yang Zul nak bermastautin katanya. Tak tau la kenapa. Padahal sayangnya Zul dekat Shah Alam mengalahkan sayangnya dia pada aku. Gitu. Ha, ada orang Johor cari jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka Johor 2016 tak? ni aku nak share dengan korang semua. 

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Tahun 2016

Jadual Waktu Imsak dan Waktu Berbuka Puasa Johor Tahun 2016

Untuk negeri Johor, ada 4 zon yang waktu imsak dan waktu berbuka puasanya berbeza-beza antara satu sama lain. Besar jugak lah kan Johor ni sampai ada 4 zon kan? 

Zon 1: Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Johor 2016

Zon 2: Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau yang berdekatan

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Johor 2016


Zon 3: Daerah Pontian dan Kluang

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Johor 2016

 Zon 4: Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Johor 2016

Selamat mula berpuasa di bulan Ramadan semua. Semoga Ramadan tahun ni lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lepas. Jangan lupa untuk share dan bookmark jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa negeri Johor 2016 ni.



Jadual Waktu imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Terengganu 2016

$
0
0
Terengganu. Negeri yang aku paling suka pergi kalau bab makan. Sebab bagi aku lah, makan dekat Terengganu murah. Breakfast lah especially. Murah sampai rasa tak nak balik Shah Alam. Hehehe. Okay lah. mengarut pulak mukadimah entri ni. Nah aku nak kongsi jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa bagi negeri Terengganu untuk 2016 ni.  

Jadual Waktu imsak Dan Waktu Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Terengganu 2016

Nah aku share special untuk orang-orang negeri Terengganu jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka 2016 untuk korang. 

Zon 1: Kuala Terengganu dan Marang



Zon 2: Besut dan Setiu


Zon 3: Hulu Terengganu


Zon 4: Kemaman dan Dungun


So orang-orang Terengganu, jangan lupa share dan bookmark page jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa negeri Terengganu 2016 ni. Nanti senang korang nak rujuk nanti. Selamat berpuasa penuh semuanya.


Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

$
0
0
Pahang. Negeri asal usul aku. Chewah gitu. Ye ye aku orang Pahang. Orang Pekan Pahang. Walaupun tahun ni tak menyempat untuk balik berpuasa dan berbuka puasa dekat Pahang, aku tetap nak kongsi jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka negeri Pahang 2016.

Jadual Waktu imsak Dan Waktu Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Negeri Pahang ni besar. Jadinya banyak zon lah dia. untuk Pahang ada 6 zon dan setiap zon tu berbeza-beza waktu imsak dan waktu berbuka puasa untuk tahun 2016 ni. nah, aku share dengan korang jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi negeri Pahang 2016.

Zon 1: Pulau Tioman


Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Zon 2: Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Zon 3: Maran, Chenor. Temerloh, Bera, jengka dan Jerantut

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Zon 4: Bentong, Raub dan Lipis

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Zon 5: Bukit Tinggi, Genting Sempah dan Janda Baik

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Zon 6: Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Pahang 2016

Wahai kaum kesayangan ku di Pahang. Selamat berpuasa penuh. Sedih pulak rasa tak dapat balik berpuasa dekat Pahang. Tak apa lah. Dapat share jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka Pahang 2016 pun jadilah. Jumpa Raya nanti wahai Pahang ku. 


Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

$
0
0
Lagi 4 hari insyaAllah kita akan mula melangkah ke bulan Ramadan. Semua orang dah bersedia ke? Aku ada baca dekat Facebook orang cakap, ada satu bulan tu semua orang akan ternanti-nantikan waktu Maghrib tak macam bulan-bulan lain. Bulan tu ada bulan Ramadan. Semua tunggu Maghrib sebab nak berbuka. Heehhe. Alang-alang nak berbuka tu, mesti nak tahu pukul berapa kan. Ni ha aku nak kongsikan dengan korang-korang yang duduk dekat Perak jadual waktu imsak dan waktu berbuka 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016


Tak sangka aku, negeri perak yang lebih kecil sikit daripada Pahang ni lebih banyak zon daripada negeri Pahang. Dekat Perak siap sampai ada 7 zon perbezaan masanya. Kalau nak tengok perbezaan masa antara zon-zon ni, korang boleh rujuk jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa Perak 2016 di bawah ni.

Zon 1: Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

Zon 2: Ipoh, Batu gajah, Kampar. Sg. Siput, Kuala Kangsar

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016


Zon 3: Pengkalan Hulu, Gerik, Lenggong

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

Zon 4: Temenggor dan Belom

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

Zon 5: Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

Zon 6: Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

Zon 7: Bukit Larut

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Perak 2016

Selamat berpuasa semua orang-orang Perak. Semoga tahun ni semua cukup 30 hari berpuasa di bulan Ramadan. Jangan lupa bookmark dan share page jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Perak 2016 ni. senang korang nak rujuk nanti.



Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Kedah Tahun 2016

$
0
0
Hari ni aku nak share jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa unutk negeri Kedah 2016 pulak. Entri entri sebelum ni aku dah share jugak jadual-jadual untuk negeri-negeri lain. Kalau nak tengok boleh belek-belek balik entri yang lepas.  

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Kedah Tahun 2016

Untuk Kedah, ada sampai 7 zon perbezaan waktu imsak dan waktu berbuka puasa. Banyak jugak tu kan. Kalau korang nak tengok berapa jarak perbezaan waktu tu, korang boleh tengok dekat jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa Kedah 2016 di bawah ni.

Zon 1: Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 2: Pendang, Kuala Muda dan Yan

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 3: Padang Terap dan Sik

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 4: Baling

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 5: Kulim dan Bandar Baharu

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016


 Zon 6: Langkawi

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 7: Puncak Gunung Jerai

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Selamat mula berpuasa bagi korang-korang yang duduk dekat Kedah. Semoga penuh berpuasa tahun ni ya. Jangan lupa bookmark dan share jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Kedah 2016 ni. Boleh buat rujukan bulan puasa nanti.


Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

$
0
0
Setakat aku hidup hari ni, aku tak pernah lagi jejak kaki ke Sabah. Teringin, tapi tunggu lah kalau bajet ada, baru lah pergi. Sekarang ni kena pentingkan apa yang penting dulu. Melancong ke sabah ni tak berapa penting sangat. Cakap pasal Sabah, aku selalu rasa seronok nak berpuasa dekat sabah sebab waktu berbuka dia awal gila dari Semenanjung. Padahal, aku lupa, waktu imsak dia lagiiii lah awal. Nah, aku share dengan korang jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sabah 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Cuba tengok jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sabah 2016 dekat bawah ni. Semua tempat awal lebih kurang sejam daripada Semenanjung kan? 


Zon 1: Bahagian sandakan (Timur) Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam.  

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 2: Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamat, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 3: Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu. 

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 4: Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 5: Bahagian Kudat, Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 6: Gunung Kinabalu (Ketinggian 4101m)

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 7: Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamapruli, Penampang, Kotan Kinabalu, Patutan dan Papar.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 8: Bahagian Pendalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Zon 9: Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sabah 2016

Selamat berpuasa semuanya yang duduk dekat Sabah. jangan lupa bookmark dan share jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sabah 2016 ni. Senang nak tengok bila dah masuk bulan Ramadan nanti.


Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

$
0
0
Hari ni 3 hb Jun. maksudnye lagi 3 hari kita semua akan mula berpuasa. Tak sabar kan rasanya. Aku pun tak sabar sebab ni bulan puasa pertama aku berpuasa dengan Aneeq yang dah besar dan lasak. Pengsan la mak. 

Oh ya, hari ni aku nak share dengan korang yang duduk dekat Sarawak tu jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa 2016.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Sarawak negeri paling besar dekat Malaysia. So, lagi besar negeri tu makin banyak lah zon dia. Dalam Sarawak saja dah ada 9 zon yang mana jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa 2016 ni berbeza-beza. 

Zon 1: Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas.

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 2: Niah, Bekenu, Miri, Sebuti, Marudi

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 3: Tatau, Suai, Belaga, pandan, Sebauh, Bintulu

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 4: Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit, Song 

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 5: Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang 

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Debak. 

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludah

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon 8: Kuching, Bau, Lundu, Sematan

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Zon Khas: Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan. 

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2016

Selamat mula berpuasa bagi semua korang-korang yang berada di Sarawak. Jangan lupa share dan bookmark page jadual waktu imsak dan jadual waktu berbuka puasa Sarawak 2016 ni ye. Nanti senang korang nak rujuk. 


Menu Sahur Dan Buka Puasa Sebulan

$
0
0
Kalau hari-hari biasa, maksudnya bukan di bulan Ramadan, aku seboleh-bolehnya akan cuba untuk masak sama ada untuk breakfast, lunch dan dinner untuk aku, Zul dan Aneeq. Bendanya memang remeh tapi bila kita masak sendiri dan suami pun bawak bekal pergi kerja, rasa tu seronok sangat. Plus boleh jimat duit belanja makan suami dekat ofis jugak. 

Menu Sahur Dan Buka Puasa Sebulan

Bila dah nak masuk bulan puasa ni, aku pun tak nak pening-pening kepala nak fikir menu apa yang nak masak tiap-tiap hari. Serius pening kepala nak fikir nak masak apa tiap-tiap hari. Jadi aku pun dah sediakan menu sahur dan buka puasa untuk sebulan puasa ni. 

Kebanyakan menu-menu yang aku plan ni semua yang simple-simple je. Nak nak lagi menu untuk bersahur. Memang aku plan untuk masak menu bersahur yang paling mudah sekali. Kalau untuk sahur, aku lebih senang buat jenis sup dan goreng-goreng. Kalau untuk berbuka tu, aku lebih suka buat menu yang remeh-remeh sikit nak masak sebab ada banyak masa. Sahur tu kalau buat yang remeh-remeh karang, ada tak bersahur nanti.  

Menu Sahur Dan Buka Puasa Sebulan

Untuk weekend pulak, aku plan untuk masak masakan panas jenis goreng-goreng macam nasi goreng ke, nasi ayam ke, mee goreng ke. Itu aku letak je. Biasanya weekend kiteorang akan keluar untuk makan dekat luar jugak. So, in case tak keluar berbuka dekat luar, barulah aku masak. Kira menu tu buat standby je la kalau tak keluar  berbuka dekat kedai makan.

Selain daripada nak selamat kan otak kita pening dan stress nak fikir nak masak apa hari ni, bila kita buat plan menu macam ni, senang kita nak plan beli barang dapur apa kan. So, kita tahu lah ikan nak beli berapa, ayam nak beli berapa, sayur nak beli berapa. Jimat dan tak membazir.

Kalau ada yang nak download contoh menu sahur dan berbuka puasa yang aku buat ni, korang boleh download dekat link bawah ni. Korang boleh download lepas tu edit lah ikut menu korang sendiri.


Lepas ni dah tak perlu nak pening-pening kepala fikir apa nak masak hari ni kan? Woot woot!

5 Online Scam Yang Anda Perlu Tahu Ada Di Malaysia

$
0
0
Aku ada terbaca newspaper online yang cakap Malaysia ni adalah negara yang paling teruk terdedah kepada scam Internet. Korang boleh baca dekat SINI kalau nak baca lebih lanjut pasal ni.   

Nak kata aku terkejut tak jugak sebab aku memang perasan banyak betul scam dekat Malaysia ni. Aku pun penah jugak dapat email-email scam yang macam-macam. Aku ingat email menang hadiah ribu-ribu ringgit tu je scam yang ada dekat Malaysia ni tapi rupa-rupanya banyak lagi scam lain. Ni aku nak kongsikan dengan korang sikit pasal jenis-jenis scam yang ada di Malaysia.

5 Online Scam Yang Anda Perlu Tahu Ada Di Malaysia


1. Scam Loteri

Aku rasa ramai yang pernah dapat email kononnya bagitau korang menang hadiah RM sekian sekian daripada company yang agak besar jugak jenamanya di Malaysia. Aku pun pernah jugak dapat. Kadang-kadang dari TNB, kadang-kadang dari Shell. Kadang-kadang tu dari oversea pun ada. Scammer ni nanti akan cuba untuk tipu korang sampai korang dedahkan maklumat peribadi korang. Bahaya tu!

Scam Malaysia
Sumber: Says.com

Penting untuk korang pastikan tak bagi apa-apa maklumat diri korang atau klik apa-apa link yang nampak pelik-pelik dalam email scam macam tu.

2. Scam Kebajikan

Penah tak korang tengok dalam Facebook orang selalu share pasal ada anak-anak kecil yang sakit dan memerlukan bantuan kewangan untuk buat pembedahan. Ada antaranya memang betul contohnya macam kisah Cahaya Amanda ni dulu. Tapi, di sebalik penderitaan orang lain tu, ada jugak yang cuba ambil kesempatan dengan tipu bank akaun. Rupa-rupanya akaun bank yang dikongsikan tu bukan akaun bank keluarga pesakit, sebaliknya orang-orang yang cuba ambil kesempatan tu. Teruk betul. 

Scam Malaysia
Sumber: MyNews Hub

Jadi, sebelum korang beri sumbangan berbentuk wang tu, pastikan akaun bank tu yang betul dan bukannya scammer penipu.  

3. Scam Kongsi Dan Menang  

Baru-baru ni kecoh pasal satu akaun Fanpage Facebook Dato Sri Vida nak hadiahkan handbag kalau like page dan share status dia kan. Sebenaranya aku pun salah seorang yang tertipu jugak pergi share status tu. Konon-konon kaki kontest hardcore. Mana tau boleh menang. Rupa-rupanya tipu je. Mungkin dia nak naikkan like fanpage dia, sebab tu die tipu macam tu sekali.  

Scam Malaysia
Sumber: The Skop

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa tu, sebelum share apa-apa dekat media sosial, kena pastikan benda tu betul dulu.

4. Scam Sewa Rumah

Yang ni ada kawan blogger aku pernah kena. Baru-baru ni jugak je. Sebelum ni pun pernah je aku dengar orang-orang lain kena tipu jugak pasal sewa rumah. Modus operandi dia iklankan bilik atau rumah sewa dekat internet. Orang tanya nak sewa. Tuan rumah kata ada 2 3 orang lagi yang nak sewa so sape bagi deposit dulu, dia dapat. Penyewa pun semangat bank in kan deposit. Tengok-tengok rupanya kena tipu. Duit hilang, iklan hilang, bilik pun tak ada.

Scam Online Malaysia

Tang ni memang penting untuk penyewa tengok dulu rumah yang nak disewa tu. Betul ke ada dan elok ke tak keadaannya. Jangan hentam keromo je terus bayar deposit.

5. Scam Romantik

Aku pernah jugak dapat yang ini. Kebanyakan nya dalam FB. Mula-mula dulu aku approve je semua orang yang Add Friend FB aku tanpa tengok siapa diaorang. Ye lah, aku ingatkan kawan-kawan sekolah dan geng-geng blogger je. So, approve je lah. Tengok-tengok bila dah approve, ada yang PM untuk mengorat atau berkenalan atau bagi salam. Kebanyakannya memang bukan orang Malaysia. Yang aku pernah dapat orang berkulit gelap dan orang Cina. Sekarang ni kalau ada Friend Request dekat FB, memang aku tengok dulu. Kalau kenal dan ramai mutual friends baru aku approve. Kalau tak memang tak.

Online Scam
Yang pentingnya, kalau dapat PM daripada orang-orang yang tak kenal dan tak ada arah tujuan pun message dieorang tu, tak perlu reply. Nanti dieorang pun tak hantar message dah.


Penting untuk kita ambil berat pasal scam di Malaysia ni supaya kita tak jadi salah seorang mangsa scam. Banyak cara yang kita boleh ambil untuk elakkan diri daripada terkena scam dan salah satunya adalah dengan menggunakan satu perisian terbaru diperkenalkan di Malaysia iaitu Salam Browser.

Salam Browser - Pelayar Web Prihatin Anda

Untuk pengetahuan korang, Salam Browser ini adalah web browser atau pun dalam bahasa Melayu nye pelayar internet yang patuh syariah. Bila cakap patuh syariah, maksudnya perisian ini mampu untuk menyekat lebih daripada 1.4 juta laman web yang boleh bawak kemudaratan kepada sesiapa saja termasuk laman web lucah, scam, phishing dan sebagainya. 

Selain daripada itu, Salam Browser pun boleh buat kita acess internet dengan lebih cepat. Itu yang aku paling suka. :D Oh ada lagi! Kalau kita guna Salam Browser ni, ianya dapat menghalang iklan berbentuk pop up atau pop under. Ini memang aku suka sangat-sangat. Semak betul tengok website yang banyak sangat iklan pop up.

Salam Browser

Apa kata korang cuba download dan guna Salam browser ni. Lepas tu korang tengok lah berkesan atau tidak, berbaloi atau tidak untuk korang. Untuk download perisian ini, korang boleh klik link di bawah.

Salam Browser




Berbuka Puasa Sambil Beramal Di Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana The Space Shah Alam

$
0
0
Baru-baru ni aku berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan saudara-saudara seislam dari Palestin yang ada di Malaysia bertempat di The Space Shah Alam Grand Ballroom. Amboi tengok muka sorang-sorang memang cantik, memang handsome, memang comel semuanya. 


Waktu aku sampai dekat The Space tu, agak dah lambat jugak. Tambah lagi bila bawak Aneeq sekali memang tak cukup tangan aku nak melayan dia. Tak sempat aku nak beraksi ambil gambar semua. Jadi aku ambil beberapa gambar dari Facebook caterer yang handle makanan dekat buffet Ramadan The Space hari tu untuk tunjuk pada korang. 

Dekat atas meja memang dah terhidang satu dulang besar nasi arab dengan kambing bakar dan ayam madu. Mula-mula aku makan ayam madu tu. itu memang dah sedap dah. Lepas tu bila aku makan kambing bakar dia, ya Allah sedap nyaaaa. Tak pernah aku makan nasi arab yang kambing bakar dia sedap macam tu.  



Tapi menu nasi arab dengan ayam madu dan kambing bakar ni cuma ada pada hari yang aku datang tu. Lepas tu aku tak pasti dieorang masih sediakan menu itu atau tidak. Katanya menu nasi arab dengan ayam madu dan kambing bakar tu disediakan sempena nak meraikan saudara-saudara palestin yang datang berbuka bersama hari tu.




Dekat buffet Ramadan The Space ni ada lebih dari 100 jenis juadah makanan yang dihidangkan termasuk kuih-muih tradisional, puding, nasi, lauk-pauk, pelbagai jenis mee dan lauk pauk. 


Minuman yang ada pada buffet Ramadan di The Space Shah Alam ni. Banyak jugak pilihan minuman dia. Dan jangan risau, kalau korang nak minum air masak, ada disediakan air mineral die setiap meja makan. 

Dekat sini ada daya penarik yang agak rare. Dieorang ada sediakan air teh arab. Aku tak sempat nak cuba air teh arab hari tu. Rasa rugi pulak. 




Gambar sekitar majlis berbuka puasa di The Space Shah Alam. Aku rasa dewan ni baru lagi sebab sebelum ni tak pernah aku dengar. Besar pun besar. Biasanya orang buat wedding dan majlis-majlis besar dekat sini. Luas dan selesa. Cuma pada hari yang aku pergi berbuka puasa dekat sini hari tu, susunan meja makan agak dekat antara satu sama lain. Jadi, bila orang dah mula duduk makan, aku nak pergi ke meja buffet agak susah sebab sempit. 

Mungkin pihak yang berkenaan boleh susun meja dan kerusi makan supaya jarak dia bersesuaian dan lebih selesa. Aku tahu dieorang boleh susun lebih selesa sebab dekat area belakang dewan masih ada ruangan yang besar dan kosong tak dipakai.

Setiap hari akan ada persembahan nasyid daripada kumpulan Brothers atau Saf-One. Waktu kita makan tu kita pun boleh santai-santai dengar alunan nasyid daripada kumpulan-kumpulan ini. 

Bukan setakat tu je. Lepas persembahan nasyid ni, ada pulak tazkirah pendek yang akan diberikan oleh penceramah-penceramah jemputan. Sambil makan, sambil kita dengar tazkirah. Setiap hari topik yang akan dibincangkan berlainan tapi semuanya berkisarkan tentang penderitaan dan perjuangan saudara-saudara seislam kita di Palestin dan Syria.

Bila dah kenyang, seronok lah kita. Tengok muka Aneeq tu, tengah tersengih seronok sampai macam tu sekali. Hahahah. Oh ye, kalau korang nak bersolat dekat sini, memang best. Surau dekat Space U8 ni memang terbaik. Aku tak ambil lah gambar surau dia tapi aku dulu-dulu memang seronok bila solat dekat sini sebab srau dia menenangkan siap ada pancuran air dekat dinding-dinding surau. Bila solat sambil dengarbunyi air mengalir, memang tenang jiwa rasanya.

Nah, kalau orang-orang Shah Alam nak pergi berbuka puasa sambil beramal dekat The Space Grand Ballroom, harga dia seperti di bawah:

Dewasa RM58
Kanak-kanak: RM30

Untuk tempahan korang boleh contact:
  • 013 366 5487 (Firdaus)
  • 012 214 5770 (Shakina)
  • 019 250 7770 (Basma)
  • 010 272 1078 (Amira)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat Facebook The Space Shah Alam atau Instagram The Space Shah Alam.


Beli Gas Memasak Baru Dengan GrabGas

$
0
0
Korang stress tak kalau gas memasak habis? Aku memang stress gila. Tengah seronok memasak, tiba-tiba tak ada gas. Selalu aku ingat dapur aku yang rosak. Rupa-rupanya tak ada gas. Haih, boleh jadi sakit jantung tau kalau habis gas memasak ni.

Beli Gas Memasak

Masalah besar yang aku paling tak suka bila gas habis, kena call orang jual gas memasak satu-satu. Kadang-kadang bila call orang jual gas A, diaorang kata tak masuk kawasan rumah aku. Bila aku call orang jual gas memasak B, dieorang kata banyak order dan paling awal boleh datang 5 6 jam kemudian. Padahal aku nak guna sekarang. Aku tak nak tunggu lama-lama sebab laki ngan anak lapar. Menyampah tau bila jadi macam ni. Dah lah aku paling tak suka nak buat call.

Kalau korang pun ada masalah tak suka buat call dan tak suka tunggu orang jual gas datang lambat, aku ada solution untuk korang. Baru-baru ni aku ada tau satu website untuk korang order gas memasak - GrabGas.com

Beli gas memasak

Kalau nak order gas memasak dengan GrabGas ni, cas dia dari lebih kurang RM28 hingga RM32 per tong termasuk cas penghantaran. Harga dia berbeza-beza bergantung pada kawasan rumah korang dan cas penghantaran penghantar.  

Buat masa sekarang ni, cuma boleh beli gas memasak refill untuk brand Petron dan Petronas je. Brand lain tak ada lagi. Saiz tong gas pulak sama ada 12 kg atau 14 kg saja. 

Beli gas memasak

Aku suka bila ada servis yang macam ni sebab tak payah susah-susah call orang gas. Tapi aku lagi suka kalau dieorang buat apps untuk phone. Kalau ikut kan dalam website dieorang, tak lama lagi dieorang akan buat apps untuk Android dan iOS pulak. Ini yang aku tunggu-tunggu kan. Ye lah, leceh kalau guna desktop ni. Lagi bagus kalau guna phone. 24 jam on je kan. 

So, yeah, kalau korang nak beli gas memasak dengan mudah, pergi je dekat website GrabGas ni. Jangan kate hakak tak payung! 


Beli Baju Raya Oh Meriahnya Raya Dengan Jakel!

$
0
0
Waktu waktu bulan ramadan ni, mesti ramai yang duduk fikir nak beli baju raya baru kan? Sama lah dengan aku pun. Sejujurnya aku dah lama tak beli baju raya baru tau. Tiap-tiap tahun mesti recycle baju raya yang lama-lama atau pakai je balik baju nikah dan baju bersanding dulu. Jimat katanya. Tapi tahun ni aku gigih nak beli baju raya baru (sebab dah ada Aneeq, mestilah nak anak merasa baju raya baru kan).

Baju Raya Jakel

Sabtu lepas aku pergi ke Jakel Shah Alam sebab dieorang ada buat kempen Oh!! Meriahnya Raya. Dekat dengan rumah, tu yang aku rajin pergi tu. Macam tahun lepas jugak, Jakel ada ambil beberapa orang artis untuk jadi duta dan buat lelongan baju raya waktu event tu. Antara artis yang ada Sabtu lepas untuk buat lelongan tu Aaron Aziz, Nabil, AC Mizal, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Sempat lah aku jumpe face to face dengan retis-retis ni.

Baju Raya Jakel

Tahun ni ada lebih banyak Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz yang berbagai warna dan fabrik. Yang Aaron Aziz punya koleksi ni dia lebih fokus pada kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Baju melayu Aaron Aziz ni unutk lelaki-lelaki yang bersaiz besar akak abang sado. Jenis fabrik dia tak mudah berkedut so bila pergi beraya tu, nampak kemas je sepanjang masa.

Baju Raya Jakel

Baju Melayu Koleksi Nabil Ahmad pulak lebih kepada baju melayu moden kotemporari yang fokus pada kekemasan leher dan poket. Bagi aku beza baju melayu Nabil dengan baju melayu duta lain tu, cutting dia. Cutting baju melayu Nabil ni dia macam kecik kat bawah. so, sesuailah untuk orang yang berbadan kurus. Bila pakai ni tak nampak kurus sangat tapi nampak tough. 

Baju Raya Jakel

Koleksi Jubah Terawih Label Jep Sepahtu ni menggunakan fabrik cotton yang bercorak dan ada kekemasan di potongan leher dan belakang bahu. Tambah lagi ada poket. So senang lah nak pergi terawih, ada poket unutk simpan kunci kereta ke, wallet ke handphone ke. Tak ada lah hilang ke apa kan kalau letak dekat lantai waktu solat tu.

Baju Raya Jakel

Untuk Koleksi Baju Melayu Upin Ipin pulak nampaknya jakel buat berlainan sikit tahun ni. Kalau tahun lepas baju Upin Ipin plain je. tahun ni, baju Upin Ipin ada rekaan baju melayu bercorak. Koleksi Baju Melayu Upin Ipin ni boleh dibeli dengan harga serendah RM59 dengan percuma sampin dan butang baju.


Koleksi Schawalara. Ha amboi sangat kan. Bertuah gila satu family jadi duta Jakel tahun ni. 

Baju Raya Jakel

Untuk Koleksi Scha Al Yahya ni ada baju kurung dan Jubah dress. Jubah-jubah dan baju kurung ni diperbuat dari macam-macam jenis fabrik. Saiz pulak dari S sampai XL. unutk koleksi jubah Scha ni memang ada banyak design dan warna. Tapi semua design dan warna memang very limited. Tak buat banyak-banyak sebab nak biar nampak esklusif sikit. Perempuan kan tak suka kalau baju yang dia pakai sama dengan baju orang lain. 

Baju Raya Jakel

Untuk Koleksi Awal Ashaari pulak, baju melayu jenis tak ada pesak dan fokus lebih pada kemasan leher, bunga poket dan motif warna. Kalau korang beli baju melayu koleksi Awal Ashaari ni, korang akan dapat percuma sampin dengan butang baju. Selain daripada baju melayu biasa, Koleksi Awal Ashaari ni pun ada jugak jubah lelaki. Jubah ni ada poket di bahagian depan dan jugak belah sisi. Senang nak simpan waller atau phone jugak. 

Baju Raya Jakel

Koleksi Lara Alana pulak, macam-macam jenis baju kurung kanak-kanka yang comel-comel sesuai untuk anak perempuan korang semua. Aku tengok koleksi Lara ni ada lebih daripada 10 rekaan. Tambah lagi setiap rekaan tu ada butiran beads dan lace. Amboi sangat kan. Kalah mak punye fashion. Hohohhoh. Koleksi Lara Alana ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang berumur 1 hingga 12 tahun. Banyak jugak warna-warna unutk koleksi lara ni.

Ni gambar masa aku pergi event promosi jakel tu.

Baju Raya Jakel

Baju Raya Jakel

Baju Raya Jakel


Nah, kalau korang tengah duk mencari-cari baju raya baru untuk raya tahun ni, jom ramai-ramai pergi Jakel. jakel akan buat harga promosi untuk setiap baju raya sampailah malam raya nanti. 

Kalau korang nak dapat sepasang baju melayu percuma, pergi ke cawangan Jakel pada hari promosi dieorang. 300 orang pertama akan dapat sepasang baju melayu setiap orang! 
  • 18 Jun 2016 - jakel Johor Bahru
  • 25 Jun 2016 - jakel Sabahakan
  • 1 jun 2016 - Jakel Alor Setar

  

Stuck Dalam Jem Di KL? Jom Bukak Puasa Dekat Selera Ramadan Casa Ombak 2016

$
0
0
Aku ada satu cadangan untuk orang-orang KL yang selalu lambat balik kerja dan selalu stuck dalam jem pastu tak sempat nak berbuka dekat rumah. Apa kata daripada marah-marah stress stuck dalam jem tu, pergi je terus ke Casa Ombak yang terletak dekat Jalan Damai KL untuk berbuka puasa. Gerenti puas hati dengan makanan dia.

Casa Ombak 2016

Hari Sabtu lepas aku sempat curi-curi masa untuk berbuka puasa dekat Casa Ombak. First impression aku, tempat tu macam rumah. Rumah yang sangat besar. Bila masuk ke dalam pintu pagar, nampak ada ruangan makan yang luas. Lepas tu belah kiri ada kawasan siap ada pokok besar lagi. Ha, macam laman dekat rumah kita-kita je. 

Lepas tu bila tengok pilihan makanan memang lah tak banyak macam pilihan makanan yang ada dekat hotel-hotel besar. Tapi bagi aku itu pun dah cukup banyak tau. Macam-macam jenis makanan yang ada dari kambing bakar, ikan bakar, mee, kuey teow, nasi serta lauk pauk, kuih muih tradisional dan buah-buahan.

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Suasana dalam Casa Ombak. Ni pentas utama dia. Dekat situ ada diletakkan hiasan sempena nak menyambut ramadan ni.   

Casa Ombak 2016
Jeruk mangga! Dan jeruk kedondong. Oh my oh my. Dah lama tak makan jeruk-jeruk ni tau. last aku makan masa pregnant dulu hahahha. Aku taip ni sambil tengok gambar ni pun dah kecur balik air liur. 

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Antara kuih muih tradisional yang ada. banyak lagi sebenarnya. Ada kuih bakar, kuih lapis, kuih kacang, seri muka, kuih talam. Dan yang paling aku suka kek keju kot. ya Allah serius lembut sangat. gebu pulak tu. Bila masuk mulut rasa macam makan kapas lembut dia. Serius kuih muih dekat Casa Ombak ni so much better daripada hotel-hotel yang aku pernah pergi.  

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Kalau korang datang sini, aku rekemen sangat korang pergi makan mee kari dia. Kari dia memang kaw gila. Bagi aku mee kari ni makanan paling best dekat Casa Ombak ni.

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016
Antara lauk pauk yang ada. Ada rendang daging, kerabu mangga, ikan sweet sour, ayam masak merah, ikan keli, sayur. Aku paling suka ikan sweet sour dia. Sedap kena dengan tekak aku. Rendang daging dia lain daripada rendang biasa yang aku selalu makna. Die punya rempah mungkin kuat sikit tapi sedap. Ada satu lagi lauk yang warna kuning, aku tak pasti apa. Yang tu terlalu kuat sangat rempah nya. tak kena dengan tekak aku. Tapi overall yang lain, lauk memang okay. 

Casa Ombak 2016

Casa Ombak 2016

Macam aku cakap tadi, kalau nak compare kan dengan pilihan makanan yang ada dekat hotel, memang kalah lah Casa Ombak ni. Tapi, kalau nak compare kan rasanya, makanan dekat Casa Ombak ni lebih sedap dan lebih boleh diterima tekak lagi. Ini jujur aku cakap dari hati. Hehhehe.

Tapi aku ada jugak nak complain. Casa Ombak ni tempatnya dah cukup besar tapi mungkin sebab customer makin banyak, susunan meja aku nampak terlalu rapat dan berterabur. Sampai nak jalan pun agak susah. Lagipun penggunaan kerusi yang agak fancy buat orang yang jalan-jalan antara meja dan kerusi kadang-kadang terlekat baju pada kerusi dan kerusi pun jatuh. Aku pun salah seorang yang dah terkena. 

Walaupun itu satu kelemahan yang aku jumpa, keseluruhan yang lain tu memang the best. So, in case korang nka cuba berbuka puasa dekat sini (which I recommend sangat-sangat), boleh contact nombor di bawah.    

Casa Ombak 2016



 Jangan kabo akak tak payung!


Viewing all 456 articles
Browse latest View live