Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Hari Deepavali Dan Malaysia

$
0
0
Hari Deepavali Dan Malaysia Malaysia ni negara yang terkenal dengan berbilang kaum dan hidup harmoni antara satu sama lain. Aku percaya, keharmonian di antara pelbagai bangsa di Malaysia ni boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi antara satu sama lain. 


Deepavali 2016

Bila dah ada pelbagai kaum dalam sesebuah negeri tu, ha memang ada macam-macam perayaan yang kita sambut sepanjang tahun dari Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan tak lama lagi penganut agama Hindu pulak akan merayakan Hari Deepavali. Hujung minggu ni to be exact.

Hari Deepavali ni ataupun dikenali jugak sebagai festival cahaya ini dirayakan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa kepada orang lain. Selain pesta cahaya, perayaan Deepavali ini jugak dikenali sebagai Diwali, Dewali, Depawali, Dipapratipad dan Dipodsavi.  


Deepavali 2016

Seperti perayaan lain di Malaysia, perayaan Deepavali ini sewajarnya disambut dengan penuh perasaan hormat-menghormati perbezaan dan persamaan di antara kita. Kalau kaum India dan Cina boleh turut bersama-sama menghormati dan merayakan Hari Raya, kita pun boleh jugak menghormati perayaan Deepavali ini kan. 

Sejujurnya, aku teringin sangat nak pergi ke rumah kenalan Hindu dan tengok sendiri bagaimana mereka menyambut Deepavali dan aku pun nak juga rasa makanan-makanan tradisi yang mereka sediakan untuk perayaan terbesar mereka ini. Mesti best dan meriah. 
  
Biasalah kalau tiba je musim perayaan, ada lah iklan-iklan dekat TV yang tayangkan pasal perayaan tu kan. Aku memang suka tengok iklan-iklan macam ni. Kadang-kadang tu memang menusuk kalbu tau. 

Kali ni Petronas buat iklan pasal Deepavali ni agak unik sikit. Dieorang buat konon-kononnya ada dua orang ni macam nak buat jahat awal-awal tu. Macam-macam lah nak tunjuk dieorang ni nak buat jahat contohnya pakai bandana tutup muka, beli barang-barang nak pecahkan sesuatu lah. Last-last tengok rupanya diaorang nak tolong bersihkan rumah penjagaan orang tua. Best iklan ni. Try lah tengok. 

Jadi sempena Hari Deepavali yang akan datang tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Semoga cahaya yang terang akan menyinari sanubari dan terus mewujudkan sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain sebagai individu dan jugak sebagai warga Malaysia.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles