Bila tengok perempuan-perempuan cantik dalam Instagram ke Facebook ke, aku jadi macam jeles. Ye lah, aku pun nak jugak jadi cantik macam diaorang. Bila aku mengadu dekat Zul cakap aku jeles tengok perempuan cantik, terus Zul cakap itu make up je. Aku pun tanya, kalau aku make up, Zul suka tak? Dia kata okay je. Jadi nya, gigih Google Make Up for Newbie. Hahahha gigih tau mak Aneeq nak mula make up!
5 Perkara Asas Make Up Untuk Newbie
1. Foundation
2. Bedak
3. Eye shadow
4. Eye liner
5. Lip color
Sumber: Venusbuzz.
Disebabkan aku rasa 5 tu pun dah cukup banyak, meh lah aku nak share dengan korang pasal cara aku pakai foundation dulu. Tahun tahun depan baru aku cerita pasal 4 benda yang lain tu. Kah!
Foundation yang aku cuba kali ni Pearl Foundation dari Nyra Skinworks. Kenapa aku pilih foundation ni? Sebab dia punya pengasas produk comel gila lepas tu muslimah habis. Tu yang aku suka tu. Kalau tak percaya dia punya pengasas comel, korang boleh usha Facebook dia - Nazatul Nazira.
Cara Pakai Pearl Foundation
Bila aku Google, foundation ni boleh pakai dengan 3 cara iaitu pakai tangan, pakai span atau pakai berus. Tapi, aku nak senang, aku pakai jari je sebab aku tak ada span dan berus foundation. Lagipun, aku rasa lagi senang nak control bila sapu foundation guna jari.
Satu botol Pearl Foundation ni 15g. Katanya 100% bahan semula jadi. Siap ada SPF30 lagi. Pasni, nak keluar tak payah pakai sunscreen dah dekat muka. Pakai je foundation ni. Foundation ni memang buatan Malaysia dan dah dapat pun GMP certification.
Kelebihan Pearl Foundation
Aku suka bila apply Pearl Foundation ni sebab dia tak berminyak, tahan lama, tak merekah, anti aging, ada UV protection, ada efek glowing dan satu warna untuk semua jenis warna kulit. yang satu warna tu je memang aku suka sebab tak payah aku pening-pening nak pilih warna apa yang sesuai dengan aku.
Cuma satu je kena alert, Pearl Foundation ni tak mesra solat. So, setiap kali nak solat, kena cuci lah dulu sebab foundation ni tak serap air dan tahan agak lama.
Kandungan Pearl Foundation
Pearl Foundation ni dibuat dengan bahan-bahan semula jadi macam beeswax, shea butter, minyak kelapa dara, serbuk mutiara, kolagen dan sunblock SPF30.
Experience aku pakai Pearl Foundation ni masa keluar pertama kali, aku rasa okay. Tak berminyak sangat muka aku. Warna kulit pun nampak sekata sikit daripada biasa. Selesa pun selesa jugak. Waktu tu aku cuma pakai Pearl Foundation, bedak dan Lipice.
Overall, aku suka dengan Pearl Foundation ni sebab dia tahan lama dan tepek sikit je bedak pun. Tapi satu je lah yang leceh sikit, sebab setiap kali nak solat tu kena bersihkan dulu. Lepas tu memang aku tak lah nak pakai make up balik. Lambat. Aku suka dengan Pearl Foundation ni. Agak-agaknya, korang suka jugak tak?
Kalau nak dapatkan Pearl Foundation ni, better beli sekarang sebab harga asal dia RM89 tapi sekarang dieorang tengah buat promosi sebotol harga RM69. Rugi tak beli sekarang.
Overall, aku suka dengan Pearl Foundation ni sebab dia tahan lama dan tepek sikit je bedak pun. Tapi satu je lah yang leceh sikit, sebab setiap kali nak solat tu kena bersihkan dulu. Lepas tu memang aku tak lah nak pakai make up balik. Lambat. Aku suka dengan Pearl Foundation ni. Agak-agaknya, korang suka jugak tak?
Kalau nak dapatkan Pearl Foundation ni, better beli sekarang sebab harga asal dia RM89 tapi sekarang dieorang tengah buat promosi sebotol harga RM69. Rugi tak beli sekarang.