Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Resepi Puding Karamel Mudah

$
0
0
Resepi Puding Karamel Mudah | Masa Fadzi belajar degree dulu, Fadzi ada buat puding karamel dekat rumah sewa. Bagi lah kawan-kawan merasa. Lepas tu, ada yang suruh Fadzi buat lagi.

Puding karamel ni adalah dessert yang paling senang nak buat. Pakai blender je nak mix kan semua bahan. Nak masak pun mudah sangat. Pakai kukus. Dulu dekat rumah sewa tak ada pengukus. Kiteorang DIY je pengukus pakai periuk nasi. Huhuhu.

Resepi Puding Karamel Mudah

Resepi Puding Karamel Mudah

Hari ni Fadzi nak kongsikan cara Fadzi buat puding karamel. Buka puasa hari ni, Fadzi buat puding karamel sebab dari awal puasa lagi Zul kata nak makan kuih. Tapi disebabkan Anas masuk hospital, tak sempat lah nak buat.

Oh ya, Anas masuk hospital awal Ramadan lepas sebab demam panas dan batuk batuk. Berkampung lah kiteorang dekat hospital dari hari Selasa sampai hari Jumaat. Jumaat tu tengah hari dah discharged. Alhamdullilah.

Okay berbalik kepada puding karamel. Dekat bawah ni Fadzi kongsikan cara nak buat puding karamel mudah.

Resepi Puding Karamel Mudah

Bahan-Bahan:

3/4 tin susu pekat manis (Fadzi guna brand Trader's Choice)
1 tin susu cair (Fadzi guna brand Trader's Choice)
1/2 tin air
5 biji telur
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:

5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Bahan Hiasan:

Jem buah-buahan campuran (Fadzi guna brand Crown's Choice)

Cara-cara:

1. Masukkan bahan gula hangus ke dalam periuk. Hanguskan hingga keperangan dan masuk dalam loyang.
2. Campur kesemua bahan lain dalam bekas dan kacau sebati secara perlahan-lahan.
3. Tapis dan masukkan semua bahan yang dah sebati ke dalam loyang gula hangus.
4. Kukus 45 minit atau sampai masak.


Kalau korang nak tengok cara-cara buat Puding Karamel ni dengan lebih detail, korang boleh baca langkah demi langkah bergambar yang Fadzi sediakan dekat bawah ni.

Langkah Demi Langkah Bergambar Cara Buat Puding Karamel

Resepi Puding Karamel Mudah
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Biarkan sampai warna bertukar jadi perang dan kacau rata-rata. 

Resepi Puding Karamel Mudah
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas untuk dikukus. Biarkan gula hangus sejuk. Kena tuang ke dalam loyang cepat-cepat takut gula tu mengeras dalam periuk.

Resepi Puding Karamel Mudah
 Susu cair

Resepi Puding Karamel Mudah
 Air 

Resepi Puding Karamel Mudah
 Telur

Resepi Puding Karamel Mudah
 Susu pekat

Resepi Puding Karamel Mudah
Esen vanila

3. Masukkan susu pekat, susu cair, air, telur dan sedikit esen vanila ke dalam bekas. 

Resepi Puding Karamel Mudah
4. Kacau semua bahan dengan perlahan. Pastikan semua bahan dah sebati dan telur dah pecah.

Resepi Puding Karamel Mudah
5. Tapiskan bahan yang dah dikacau dan masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi.

Resepi Puding Karamel Mudah
6. Kukus dalam pengukus selama 45 minit atau sehingga puding karamel masak.

5. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan. Hias puding karamel menggunakan jem blackcurrant (optional)


Tips:

  • Kalau tak ada pengukus, korang boleh kukus dalam oven guna kaedah water bath.
  • Kalau guna pengukus, pastikan lap penutup periuk selalu atau balut penutup periuk dengan kain untuk elakkan air wap jatuh ke dalam puding karamel.
  • Sejukkan dulu puding karamel dalam peti sejuk sebelum hidang. Sedap makan sejuk sejuk.
  • Susu pekat dan susu cair korang boleh guna mana-mana brand pun tapi Fadzi guna brand Trader's Choice dari Segifresh
  • Jem buah-buahan pun korang boleh pilih jenis apa-apa pun. Strawberry ke blueberry ke. Apa-apa brand pun boleh tapi dekat rumah Fadzi ada jem blackcurrant brand Crown's Choice pun dari Segifresh.
Resepi Puding Karamel Mudah

Pada Fadzi puding karamel ni antara menu pencuci mulut yang paling senang nak buat. Makan masa sejuk sejuk lagi sedap. Letak toping jem buah, mak aih memang terbaik.

Kalau korang ada masa, buat lah puding karamel ni. Bahan-bahan dia pun guna yang senang nak dapat dekat rumah je kan. Selamat mencuba.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles