Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018

$
0
0
Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018 | Dah nak masuk bulan 12 dah kan kita. Biasanya hujung hujung tahun macam ni, mesti Fadzi dapat banyak jemputan majlis perkahwinan saudara atau pun kawan-kawan. 

Ada sesiapa antara korang yang merancang nak kahwin tak lama lagi? Kalau ada, Fadzi cadangkan korang pergi cari pakej perkahwinan lengkap di Majlis Pameran Pengantin MEFA 2018 nanti. Lagi senang sebab semua benda korang boleh cari bawah satu bumbung je.


Pameran Pengantin MEFA 2018


Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018

Fadzi rasa cara paling mudah dan jimat untuk cari dan tempah pakej perkahwinan yang lengkap adalah dengan pergi ke pameran pengantin yang selalunya diadakan pada pertengahan dan  hujung hujung tahun.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Fadzi dapat tau yang bulan depan dekat Shah Alam Convention Center (SACC) akan diadakan satu lagi Pameran Pengantin MEFA 2018 pada 7 hingga 9 Disember 2018. Mana Fadzi tau? Mestilah Fadzi tau. Rumah betul betul dekat dengan SACC tu hehehe. 

Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu pameran pengantin macam ni kan? Serius boleh jimat banyak sebab waktu ini lah hampir kesemua vendor akan bagi diskaun dan tawaran yang terbaik. 


Pameran Pengantin MEFA 2018


Menarik Di Pameran Pengantin MEFA 2018

Yang menariknya di Pameran Pengantin MEFA 2018 ni nanti, akan ada pelbagai promosi daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti selama 3 hari berturut-turut. 


Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling best, korang berpeluang untuk dapat pakej bulan madu secara percuma.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Antara produk-produk yang korang boleh cari dan tempah di Pameran Pengantin MEFA 2018 nanti adalah:

  • Pakej Perkahwinan Lengkap
  • Dewan Perkahwinan
  • Kad Kahwin
  • Fotografi
  • Videografi
  • Door gift
  • Hantaran
Pameran Pengantin MEFA 2018

Selain itu jugak, korang berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang diadakan oleh penganjur. Antara hadiah yang korang boleh menang adalah seperti:

  • Baucer
  • Barangan gadget
  • Pakej bulan madu
  • Wang tunai
  • T-shirt limited addition

Ada lagi tau. Kalau korang adalah pengunjung yang 1000 terawal, penganjur akan sediakan hadiah istimewa. Rugi kalau tak datang awal dan tempah awal. Ada rezeki korang, insyaAllah boleh dapat.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Korang jugak berpeluang untuk tengok pertunjukan fesyen dan make up secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari semasa pameran tersebut. Make up LIVE tu pulak akan dilakukan oleh MUA ternama di Malaysia.


Pameran Pengantin MEFA 2018


LIVE Make up - Jumaat dan Sabtu
Pertunjukan Fesyen - Ahad

Kalau korang tengah mencari vendor vendor untuk majlis perkahwinan korang yang akan diadakan tak lama lagi, korang kena pergi ke Pameran Pengantin MEFA 2018 ni. Korang boleh jimat duit, jimat masa dan jugak jimat tenaga. Semua dah ada di bawah satu bumbung.


Pameran Pengantin MEFA 2018


Pameran Pengantin MEFA 2018
Shah Alam Convention Center (SACC)
7 hingga 9 Disember 2018
Jumaat hingga Ahad


Korang boleh tengok video Pameran Pengantin MEFA dekat bawah ni untuk review pameran-pameran yang pernah diadakan sebelum ini. Kira korang boleh bajet lah apa yang korang akan lalui dan jumpa dekat pameran ni nanti.


Untuk maklumat lanjut pasal Pameran Pengantin MEFA 2018 ni nanti, korang boleh tengok dekat:


P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan korang semua okay.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles