Apa Itu SGshop Dan 5 Sebab SGShop Website Terbaik Untuk Shopping Online | Lepas dari Fadzi buat entry pasal beli barang dekat SGshop hari tu, ramai yang tanya pasal SGshop. Jadi hari ni Fadzi nak share dengan korang apa itu SGshop dan kenapa SGshop ni adalah website terbaik untuk shopping online.
Website SGShop Malaysia
Apa Itu SGshop?
SGshop adalah satu online website yang mana korang boleh pilih dan beli pelbagai jenis barang daripada China. Ada macam macam jenis barang yang korang boleh jumpa dekat sini termasuklah pakaian, perabot, peralatan dapur, alat elektronik dan barangan sukan.
SGshop ini sebenarnya adalah sebuah place market yang mana mana-mana penjual atau supplier boleh jual bermacam barangan mereka. Korang tinggal pilih barangan yang korang nak saja dan beli.
SGshop akan menjadi orang tengah antara korang (pembeli) dengan penjual di China. Bila korang dah pilih barang dan bayar, SGShop akan bertanggungjawab untuk menghantar barangan korang dari China sampai ke depan rumah korang. Best kan? Rasa lebih selamat dan dipercayai.
Fadzi sendiri dah beli barang dekat SGshop ni dua kali. Korang boleh baca entry yang Fadzi buat pasal SGshop sebelum ni.
5 Sebab SGshop Adalah Website Terbaik Untuk Shopping Online
Nak tau kenapa Fadzi rasa SGshop ni tempat yang best untuk shopping online? Meh, Fadzi share sikit.
1. Pelbagai Pilihan
Kalau korang shopping dengan SGshop, korang akan dapat banyak pilihan barangan. Dari sekecil-kecil barang sampai lah sebesar-besar barang. Barang-barang yang rare pun korang boleh jumpa dekat sini.
Untuk cara penghantaran barang yang korang beli dari China ke Malaysia pun korang boleh pilih sama ada nak pakai air atau sea shipping. Nak lagi murah, pakai sea shipping tapi lambat sikit. Kalau nak cepat, pakai air shipping tapi mahal sikit lah.
2. Harga Jauh Lebih Murah
Harga barang-barang yang dijual oleh seller di SGshop banyak yang murah daripada harga di pasaran Malaysia. Korang tak perlu beli barang secara borong pun korang dah boleh dapat harga yang murah.
Nasihat Fadzi, kalau nak shopping dengan SGshop, korang kena spend masa lebih sikit untuk bandingkan harga seller yang berlainan. Mesti boleh dapat harga yang paling murah.
SGshop Haul yang Fadzi buat baru-baru ini
3. Boleh Dipercayai
Macam Fadzi dah cakap dekat atas tadi, Fadzi dah beli dengan SGshop 2 kali dah. Dan dua dua kali yang Fadzi beli tu, barang sampai dan selamat.
Tak adalah masalah kena tipu dengan seller barang tak sampailah, beli barang lain dapat barang lain atau dapat barang rosak. Setiap barang yang korang beli tu akan diperiksa supaya tak ada kerosakan atau salah barang sebelum dihantar ke Malaysia.
4. Memudahkan Urusan Jual Beli
Kalau korang guna servis 'Buy for Me' atau 'Smartshop', semua proses dari beli barang daripada supplier, pengumpulan barang, check kualiti barang, pembungkusan semula dan panghantaran ke Malaysia, semua dibuat oleh pihak SGshop. Korang dah tak payah pening-pening nak fikir pasal semua tu lagi.
Kerja korang cuma perlu pilih barang dan bayar. Selebihnya SGshop yang uruskan. Korang just goyang kaki tunggu barang sampai.
5. Mudah Difahami
Sebelum ni kalau nak beli barangan murah dari China, kebanyakan orang akan beli dekat Taobao. Memang boleh dapat murah tapi dieorang guna bahasa Cina. Bagi yang tak faham bahasa Cina, susahlah nak beli kan.
Dekat SGshop, kebanyakannya pakai bahasa Inggeris. Senang nak faham. Kalau ada masalah nak tanya lebih lanjut, korang boleh chat je dengan customer service dieorang. Mudah je kan?
Power bank Xiao Mi yang Fadzi beli dekat SGshop dulu
Fadzi dah shopping dengan SGshop. Korang tak nak cuba ke? Lagi bagus kalau korang ni jenis menjual barang. Korang beli je barang murah dari China. Bila barang sampai, korang jual semula dengan harga yang lebih tinggi sikit. Dapat untung.
Korang boleh cuba shopping dekat SGshop ni sempena dengan promosi 11.11 dieorang. Macam-macam promosi, offer dan games yang korang boleh join bermula dari 1 November sampai 15 November 2018 nanti.
SGshop MY Onsite Promotional Campaign
Antara kempen promosi dan games yang korang boleh join nanti adalah bertemakan Tresure Hunt yang akan berlangsung sepanjang bulan November ini. Korang kena ingat tarikh-tarikh yang Fadzi list kan dekat bawah ni dan jangna lupa untuk join.
Level 1 - Introducing “SHIOK!” Membership To You!
Tarikh: 1/11/2018 hingga 30/11/2018
Tarikh: 1/11/2018 hingga 10/11/2018
Tarikh: 1/11/2018, 3.00 hingga 5.00 petang
Level 4 - Money Money Come!
Tarikh: 2/11/2018 hingga 10/11/2018
Tarikh: 6/11/2018 hingga 7/11/2018
Level 6 - Lucky Slot!
Tarikh: 8/11/2018 hingga 10/11/2018
Level 7 - Massive Product DISCOUNT & FREE Service Charge on 11.11!
Tarikh: 11/11/2018
Tarikh: 12/11/2018 hingga 15/11/2018
Untuk details pasal SGshop Malaysia Onsite Campaign ni, korang boleh baca dekat sini -> 1111 Tresure Hunt-SGshop. Dah ready nak shopping?