Cara Semak Akaun ASB Secara Online | Biasanya bila dah masuk tahun baru, semua yang ada akaun Amanah Saham Bumiputeras (ASB) mesti tak sabar-sabar nak check akaun ASB masing-masing kan?
Kalau sebelum ini cara untuk semak ASB agak mengambil masa sebab kena beratur di ejen-ejen ASB, tapi kali ini korang dah boleh semak akaun ASB secara online. Untuk semak Akaun ASB secara online, korang boleh pergi ke website portal ini - MyASNB.
Tapi sebelum korang boleh check akaun ASB secara online, korang mendaftar di Portal MyASNB dulu.
Cara Daftar Dengan Portal MyASNB
Fadzi kongsikan dengan korang cara-cara untuk mendaftar akaun MyASNB dekat bawah secara ringkas. Mudah saja.
1. Daftar Atau Kemaskini Nombor Telefon
Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB untuk mendaftar atau untuk mengemaskini nombor telefon terkini. Pastikan juga korang ada dapat nombor ahli yang baru. Nombor ahli yang baru itu ada 12 digit. Nombor telefon korang itu diperlukan masa nak terima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) masa mendaftar dekat website nanti.
Fadzi dah pun daftar dengan portal MyASBN untuk diri sendiri dan untuk Aneeq pada tahun lepas. Fadzi kemaskini nombor telefon melalui ejen ASB Maybank. Kalau korang nak update juga nombor telefon, korang boleh pergi update di mana-mana Cawangan ASNB ataupun Ejen ASB. Atau kalau tak berkesempatan untuk pergi, korang boleh update nombor telefon menggunakan email saja.
2. Daftar Di Portal MyASNB Dan Kemaskini Maklumat
Korang pergi ke lawan web https://www.myasnb.com.my/ dan klik butang "Daftar di sini"Korang dah boleh mula kemaskini segala informasi korang dalam web. Korang kena ingat masa daftar, akan diberi kata laluan sementara. Korang kena ingat atau save kata laluan itu untuk log in kali pertama nanti.
Lepas log in kali pertama, korang kena tukar password sendiri. Jadi, pastikan korang tukar pasword yang betul-betul kuat. Untuk step by step cara daftar di Portal MyASNB beserta dengan gambar, nanti Fadzi update dekat entry yang lain okay?
3. Mula Melabur
Bila dah siap pendaftaran, korang dah boleh mula sama ada nak buat semakan atau pelaburan. Setakat ini segala perkhidmatan yang disediakan di web adalah percuma. Cuma kalau korang beli mana-mana pelaburan yang berkaitan, mungkin akan ada GST. Kena rujuk baliklah terma dan syarat setiap pembelian produk unit amanah saham ASNB.
Antara perkhidmatan yang korang boleh buat melalui Portal MyASNB ini adalah:
1. Pegangan Portfolio– memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
2. Rekod Transaksi– memaparkan butiran-butiran transaksi unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
3. Status Transaksi– memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
4. Pelaburan Tambahan– melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
Tapi perkhidmatan MyASNB tidak termasuk dana Jualan Balik, dana Pemindahan dan dana Penukaran untuk buat masa ini.
Fadzi baru je check akaun ASB secara online pukul 7 pagi tadi. Alhamdullilah. Adalah sikit-sikit untuk tanggung kehidupan Fadzi masa tua nanti. Hehehe.
Semak Akaun ASB Secara Offline
Sebenarnya tak ada masalah pun kalau korang masih tak nak semak akaun ASB secara online. Korang masih lagi boleh check secara offline di mana-mana kaunter ASBN atau ejen-ejen ASBN. Cumanya lepas ini buku akaun pelaburan dah tak dipakai lagi. Korang kena bawa MyKad korang je untuk buat segala urusan berkaitan dengan ASBN.
Bagi Fadzi, check sendiri melalui online lebih senang daripada kita kena beratur panjang-panjang dekat kaunter. Lagipun leceh bagi Fadzi untuk keluar buat urusan macam itu bila Aneeq ada sekali. Jadi memang berbaloi untuk korang daftar dengan Portal ASBN ini. Korang boleh check akaun ASB dekat mana-mana dan bila-bila masa saja.
Tapi kalau untuk buat urusan tambah pelaburan, korang kena buat dalam waktu berikut:
Dana Harga Tetap
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 6.30 petang
Dana Harga Berubah
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 4.00 petang
Secara jujurnya Fadzi cakap Fadzi tak faham apa maksud Dana Harga Tetap dengan Dana Harga Berubah. Tapi apa yang Fadzi boleh nasihatkan, kalau korang nak buat apa-apa jenis transaksi, lebih selamat korang buat dalam jangka masa 7.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus call diaorang.
Question of the Day
Korang dah ada akaun ASB? Dah check ke baki dalam akaun ASB korang untuk tahun ini? Atau korang lebih suka invest dalam benda lain selain ABS?