Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

5 Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

$
0
0
5 Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018 | Masih berbaki 2 hari lagi sebelum kita melangkan masuk ke tahun baru 2018. Korang dah bersedia ke? Jujur Fadzi cakap Fadzi rasa agak gementar untuk masuk ke tahun 2018 nanti. Entah kenapa. Tapi sebelum masuk ke tahun 2018, Fadzi ada buat beberapa perkara untuk rasa lebih bersedia. 
Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

Dekat bawah ini Fadzi kongsikan dengan korang beberapa senarai semak yang korang boleh ikut dan buat sebelum melangkah masuk ke tahun baru 2018. 


1. Semak Tarikh Luput Barangan Di Dapur

Cara yang paling mudah untuk semak tarikh luput barang-barang di pantry dapur adalah dengan keluarkan semua barang dan letak di atas meja besar atau di lantai. Cuci dan kemas bahagian pantry atau almari makanan sebelum bermula. 

Semak Tarikh Luput Barangan Di Dapur

Semak setiap barang yang ada dan tengok tarikh luputnya. Kalau sudah melepasi tarikh luput, buang terus ke dalam tong sampah. Kalau masih elok, kumpulkan barangan tersebut mengikut kategori. Sebagai contoh:

  • Barang kering diletakkan bersama barang kering yang lain seperti spageti dan bihun.
  • Barang dalam bentuk kotak diletakkan bersama seperti kotak santan, susu kotak dan serbuk koko. 
  • Barang makanan di dalam tin pulak disusun bersama seperti sardin, susu cair dan susu manis.
  • Barang-barang toiletries seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi dan pencuci muka pula kumpulkan semuanya sekali
  • Barang-barang untuk mencuci seperti sabun basuh baju, cecair pencuci dan penyembur serangga letakkan bersama. 

Setelah semua barangan disemak tarikh luput dan disusun dalam kategori yang sama, korang boleh mula susun barang-barang tersebut di dalam pantry atau almari makanan. Korang boleh gunakan bakul, kotak atau rak untuk susun barang-barang itu dengan lebih cantik dan kemas.  

Jangan untuk semak tarikh luput makanan dalam peti sejuk juga. Tengok juga ada atau tidak lauk lama yang tersimpan dalam peti ais. Buang kan saja untuk elak sakit perut. 

2. Asingkan Baju Yang Sudah Tidak Muat/Tidak Mahu Pakai

Cuba korang tengok dalam almari pakaian korang atau almari pakaian anak-anak korang. Penuh tak? Semua baju memang pakai atau saja buat perhiasan dalam almari? Apa kata korang asingkan baju-baju yang masih boleh dipakai dan baju yang sudah tidak boleh dipakai atau baju yang korang sudah tak nak pakai. 

Asingkan Baju Yang Sudah Tidak Muat

Korang keluarkan semua baju yang ada di dalam almari dan yang tergantung. Asingkan dan susun elok-elok atas katil. Buat 3 bahagian. 

  • 1 bahagian pakaian yang masih nak dipakai. 
  • 1 bahagian pakaian yang sudah rosak dan tidak boleh dipakai. 
  • 1 bahagian lagi pakaian yang masih elok tapi korang dah tak nak pakai.

Pakaian yang korang masih nak pakai, lipat dan susun kemas-kemas dalam almari semula. Pakaian seperti jaket, baju kurung, baju Melayu dan dress pula lebih baik digantung saja. 

Pakaian yang sudah rosak korang boleh hantar ke pusat kitar semula atau ke H&M untuk tukarkan kepada voucher. Korang boleh guna voucher itu untuk beli baju yang baru. Pakaian dalam yang dah koyak rabak atau yang dah dipakai melebihi 3 tahun tu, dah boleh rasanya dibuang juga. Masa untuk upgrade pakaian dalam korang.

Dan pakaian yang masih elok tapi korang dah tak berminat nak pakai, korang bolehlah sedekahkan kepada saudara-mara atau orang yang memerlukan. Kalau nak buang, sayang. Betul kan? Kalau bagi saudara mara dapat pahala. Kalau jual, dapat duit. Pilihan di tangan korang. Banyak je sekarang ni platform untuk jual barang-barang preloved.

Kalau rasa korang boleh recycle pakaian yang dah tak boleh dipakai dalam rumah pun boleh. Korang boleh gunakan tuala yang sudah rosak sebagai pengesat kaki atau kain lap di dapur. Tudung dan shawl pula boleh dibuat sebagai alas meja.


3. Buang Atau Baiki Barangan Yang Rosak Atau Barang Yang Dah Lama Tak Digunakan

Simpan TV rosak dalam stor? Simpan lampu pecah bawah katil? DSLR dah lama tak pakai letak dalam beg? Bekas makanan dalam almari dapur dah pecah? Haih, biar betul korang ni. 

Buang Atau Baiki Barangan Yang Rosak

Keluarkan semua barang yang rosak. Buat pilihan sama ada nak buang atau nak dibaiki. Kalau harga untuk membaiki barang yang rosak itu lebih mahal daripada beli yang baru atau setengah harga daripada beli yang baru, pada Fadzi eloklah korang buang atau berikan kepada kedai-kedai yang membaiki barang. Kemudian beli yang baru saja. Lebih berbaloi.

Contohnya TV rosak. Kalau harga untuk membaiki TV itu separuh daripada harga membeli TV baru, korang tolak saja pada kedai-kedai membaiki alatan elektronik. Cuba untuk trade in. Mungkin boleh dan mungkin juga orang kedai tak mahu. Tapi apa salahnya kalau cuba kan?  

Untuk barangan yang dah lama tak digunakan pula, korang boleh buat pilihan sama ada untuk mula pakai, sedekahkan kepada saudara mara atau jualkan saja. Daripada kita simpan saja dan menyemakkan ruang rumah, lebih baik kita keluarkan. 

Sebagai contoh, baju anak-anak masa kecil dah banyak dan dah tak muat untuk dipakai. Daripada simpan bawah katil dan semakin menggunung, baik korang sedekahkan pada saudara-mara atau jual. Ye ye Fadzi tau korang simpan untuk anak yang seterusnya pakai. Macam Fadzi juga tapi Fadzi ni bila entah nak ada next baby. Huhuhuhu. Jadi baik lepaskan saja.  


4. Spring Cleaning Rumah/Tempat Kerja

Memang kebiasaannya kita kemas rumah dan pejabat kita. Tapi selalu tak kita cuci langsir tebal, cuci kipas siling, cuci lampu, cuci belakang dapur memasak, cuci belakang peti sejuk, cuci belakang peti ais, buang sawang tepi dinding?

Spring Clean

Kalau jawapan korang tak, inilah masa yang sesuai untuk buat semua itu. Ambil masa satu hari untuk buat kerja-kerja tersebut. Free kan hari tersebut daripada kerja-kerja lain, anak-anak dan juga off internet untuk elakkan gangguan. Lebih bagus lagi kalau ahli keluarga yang lain dapat tolong bersama. 

Kalau rumah korang besar, mungkin korang boleh ambil beberapa untuk buat spring clean mengikut bahagian. Contohnya, untuk hari Isnin korang kemas dapur sahaja. Cuci belakang peti ais, dalam peti ais, belakang dapur, belakang mesin basuh dan sental dinding serta lantai. 

Untuk hari Selasa pula, mungkin korang boleh kemas bilik. Cuci bawah katil, atas almari, sental dinding toilet serta lantai, cuci shower curtain, tukar susunan perabot dalam bilik dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk cuci kipas, air cond dan sapu semua sawang. Dan seterusnya hari lain untuk bahagian rumah yang lain. Korang faham kan?  

5. Buat Senarai Rancangan/Azam Untuk Tahun Baru

Selain daripada bersiap sedia dengan persekitaran yang lebih baik, Fadzi pun ada membuat beberapa perancangan untuk tahun depan. Plan tahun baru ada, azam tahun baru pun ada. 


Plan tahun baru

Nanti Fadzi buat satu entry lain untuk kongsikan dengan korang azam tahun baru Fadzi. Untuk yang pelan tahun baru tu, mungkin Fadzi tak dapat nak kongsi sebab lebih kepada perancangan kewangan dan kerja. Susah sikit rasanya nak kongsikan.

Korang dah prepare perancangan untuk tahun depan? Seboleh-bolehnya korang sediakan plan sebelum masuk tahun depan. Baru korang tahu apa goal, apa step by step untuk mendapatkan goal tersebut dan seterusnya berjaya! Jangan lupa untuk merancang okay. 

Diharapkan dengan buat beberapa perkara yang Fadzi senaraikan di atas ini, Fadzi boleh rasa lebih bersedia untuk melangkah ke tahun baru 2018. Bukan setakat bersedia dari segi fizikal saja, mental pun kena. Untuk dapatkan mental yang baik, suasana persekitaran kenalah teratur juga. Jadi, korang dah check senarai semak di atas ni? Korang dah buat ke belum?

Dan of course Fadzi harapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk korang juga. Selamat Tahun Baru 2018 korang!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles