Mudahnya Bayar Zakat Dengan Kempen YEZ 2017 | Start dari tahun 2015 lagi Fadzi rasa hujung tahun mesti Fadzi duk teringat-ingat pasal zakat. Alang-alang dah teringat pasal zakat, Fadzi pun nak ingatkan korang jugak pasal zakat.
PPZ - MAIWP makin lama makin banyak inisiatif yang terbaik untuk memudahkan pembayar-pembayar zakat macam kita ini menunaikan tanggungjawab berzakat. Fadzi rasa diaorang ni mendengar dan respon bila ada orang komplen susah nak bayar zakat lah, tak ada masa lah, itu lah ini lah. Jadi tahun 2017 ni, PPZ - MAIWP ada menjalankan Kempen YEZ 2017 yang mana akan menyenangkan lagi korang bayar zakat.
Kempen YEZ 2017
Kempen YEZ 2017 (Year End Zakat) akan diadakan bagi menggalakkan kita semua untuk berzakat sebelum berakhirnya tahun 2017. Kalau korang nak tau, kempen ini akan diadakan selama sebulan pada bulan Disember 2017.
Tarikh Kempen YEZ 2017
1 Disember 2017 - 31 Disember 2017
Sepanjang waktu kempen ini, ada beberapa cara mudah untuk korang bayar zakat melalui:
Kaunter PPZ - MAIWP
Dari 1 Disember hingga 31 Disember 2017, ada 11 kaunter PPZ - MAIWP yang dibuka setiap hari, 7 hari seminggu termasuk pada hari cuti umum. Waktu operasi 11 kaunter ini adalah bermula pada pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang.
Penambahan Masa Kaunter PPZ - MAIWP
Bermula pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi setiap hari juga tapi dengan penambahan masa. Waktu operasi pada tarikh tersebut akan bermula dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.
Dah mudah sangat dah kan. Tak ada alasan tak cukup masa dah lepas ini. Kaunter buka setiap hari. Mesti kita ada masa nak pergi kan. Kalau tak boleh pergi dalam masa waktu bekerja, boleh lah datang pada hujung minggu.
11 Kaunter PPZ - MAIWP
Dekat bawah ni Fadzi kongsikan 11 kaunter yang korang boleh pergi untuk bayar zakat sepanjang Kempen YEZ 2017 ini:
- Dataran Shamelin
- Plaza RAH, Kampung Baru
- Masjid Negara
- UTC KL, Pudu Sentral
- Presint 9, Putrajaya
- Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
- Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
- Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
- MasjidAbdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
- Labuan Times Square
Keistimewaan Bayar Zakat Dalam Kempen YEZ 2017
Yang lebih menarik kalau korang bayar zakat dalam waktu Kempen YEZ 2017 ini, korang akan dapat cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ- MAIWP iaitu CD MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.
Selain itu, korang juga berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah kalau korang bayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017. Menarik tu. Sambil bayar zakat, sambil menang hadiah.
Kalau yang ada berdekatan dengan area Shamelin Perkasa, korang boleh datang bayar zakat dekat kaunter PPZ dekat sana. Dan kalau anak-anak korang peminat cerita Omar dan Hana, bawak diaorang sekali sebab pada 30 dan 31 Disember 2017 nanti, maskot Omar dan Hana akan datang untuk memeriahkan lagi suasana kaunet Shamelin Perkasa.
Kalau korang tak sempat nak pergi ke 11 kaunter PPZ -MAIWP pula, tak ada masalah. Korang boleh bayar zakat melalui website Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut pasal Kempen YEZ 2017 ini, korang boleh tenok dekat website, Facebook ataupun hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.