Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Pakai Minyak BeBe Anugerah Elak Kembung Perut Bayi

$
0
0
Minyak BeBe Anugerah - Rahsia Keselesaan Bayi katanya. Bukan aku yang cakap, tapi produk yang aku baru je pakai ni cakap. Minyak BeBe ni baru je aku pakai dalam lebih kurang sebulan pada Aneeq. Setakat yang aku pakai, aku rasa okay lah minyak ni. 


Tips Elak Kembung Bayi

Minyak BeBe ni gunanya untuk elakkan kembung perut baby atau nak elakkan perut bayi masuk angin. Tapi kadang-kadang aku guna je minyak ni untuk kesan kena gigit nyamuk pada Aneeq sebab dia ada rasa minty minty sikit. Minyak BeBe ni sesuai untuk baby baru lahir sampai untuk budak umur 3 ke 4 tahun.

Bau dia bagi aku masih boleh diterima. Nak kata wangi, tak lah wangi sangat. Nak kata busuk pun tak busuk macam minyak angin biasa tu. Bau dia lembut je. Memang tak mengganggu pun Aneeq kalau aku sapu Minyak BeBe ni dekat badan dia.

Minyak BeBe

Bila sebut minyak angin, mesti korang ingat panas kan? Minyak BeBe Anugerah ni tak rasa panas pun. Aku sebelum sapu apa-apa dekat Aneeq, aku kena test dulu. Buatnya panas kan, tak ke meraung budak tu. Bila aku sapu dekat tangan sendiri dan tak rasa panas, baru aku confident nak sapu dekat badan Aneeq.


Tips Elak Kembung Bayi

Warna Minyak BeBe ni merah yang sangat cair. Minyak BeBe ni dibuat daripada herba-herba tradisional. So, aku tak ada lah risau sangat kot kot ada bahan kimia yang entah pape kan. 

Biasanya aku akan sapu Minyak BeBe Anugerah ni pada badan Aneeq lepas dia mandi dan sebelum tidur. Aneeq ni jenis lepas mandi dan kesat badan dia, tak sempat nak pakai baju dia dah gelabah lari nak pergi main. Kadang-kadang tu sampai semua benda yang ada dekat-dekat dengan dia masa nak lari tu dia sepak berterabur. Tu yang aku suka sangat pasal Minyak BeBe ni sebab dia punya penutup jenis yang berkatup dan melekat pada badan botol. So, lepas letak minyak dekat tangan aku sebelum sapu dekat badan Aneeq, aku boleh tutup terus guna sebelah tangan. Kalau minyak botol biasa yang pakai penutup pusing-pusing tu leceh kena tutup pakai dua belah tangan kan.

Minyak BeBe

Packaging Minyak BeBe ni kecil so senang aku nak selit-selit dalam beg bila keluar rumah. Aku kalau keluar rumah memang kena angkut si budak kecik tu. Di mana ada aku, di situ ada Aneeq. Gitu~

In case korang nak cuba jugak Minyak BeBe Anugerah ni, korang boleh tengok dekat website atau Facebook dieorang.
  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles