Intipati Bajet 2018 - Diusulkan Pada 27 Oktober 2017 | Hari semalam pukul 3 petang sampai 7 malam, ada program khas di TV bersempena dengan Bajet 2018 yang diusulkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perbentangan bajet ini dah pun diadakan di Parlimen.
Fadzi tak sempat tengok pun semalam jadi hari ni Fadzi gigih lah cari apa intipati Bajet 2018 yang dibentangkan semalam. Nak tengok juga apa yang Fadzi sebagai seorang wanita, ibu serta suri rumah dan keluarga boleh benefit pada tahun depan.
Tema Bajet 2018: "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50"
Intipati Bajet 2018
Dekat bawah ini adalah antara intipati perbentangan Bajet 2018 semalam.
Bajet 2018 kali ini dikatakan "Ibu - Segala Bajet". Katanya Bajet 2018 kali ini adalah yang terbaik sepanjang 22 tahun.
Terdapat 8 tunjang utama sempena dengan Bajet 2018 kali ini. Antara tunjangnya fokus kepada merancankan pelaburan perdagangan dan industri, Aspirasi TN50, pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat, pembangunan inklusif, kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan, revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital, GLC dan perkhidmatan awan dan juga keseimabgan duniawi dan ukhrawi.
Berkenaan dengan info ringkat Bajet 2018:
Malaysia telah berjaya mencapai hubungan dagang dan diplomasi yang terbaik dan matang dengan kuasa-kuasa besar dunia. Malaysia juga mampu mengekalkan kewangan negara. Yang kedua tu Fadzi tak berapa pasti. Huhu.
Tunjang Pertama:
Apa yang Fadzi nampak, untuk tunjang pertama - merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri, akan lebih banyak peluang industri kecil dan sederhana tingkatkan produktiviti. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih mudah unutk mendapat bantuan kewangan dari skim-skim yang disediakan.
Golongan petani, pesawah dan nelayan juga boleh berlapang dada dengan bantuan dalam sektor pertanian dan jugak perikanan.
Dengan pengiytiharan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, harap-harap ekonomi Malaysia boleh bertambah lagi.
Tunjang Kedua:
Menuju Aspirasi TN50. Walaupun Wawasan 2020 mungkin tak menjadi kenyataan sebab kemajuan Malaysia jauh daripada apa yang Fadzi bayangkan, tapi Aspirasi TN50 ni pun rasanya tak jauh beza dengan Wawasan 2020.
Kalau dilihatkan dekat atas ni, banyak yang kita boleh dapat faedah daripada Aspirasi TN50. Mungkin bukan untuk kita tapi lebih kepada untuk anak-anak kita terutamanya dalam bidang pendidikan dan sukan.
Tunjang ketiga:
Fadzi paling suka tunjang ketiga yang berkaitan dengan mengungguli pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran serta bakat ini. Tunjang ini fokus kepada bidang pendidikan sebab bagi Fadzi pendidikan penting untuk kita dan juga masa depan anak-anak kita. Fadzi rasa senang hati bila ada cadangan untuk pembinaan lebih banyak pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional dan matrikulasi.
Tapi Fadzi lebih suka kalau silibus untuk sekolah rendah dan pra sekolah disemak semula dan disusun semula.
Tunjang Keempat:
Sebagai seorang wanita, Fadzi suka dengan tunjang keempat memacu pembangunan inklusif terutamanya cadangan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita. Lebih banyak kemudahan serta pengecualian yang diberikan kepada wanita. Fadzi dengar pun Fadzi rasa nak kembali bekerja tau.
Tunjang Kelima:
Dalam tunjang kelima, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan ni, memang yang Fadzi tunggu-tunggu. Sebab sebagai suri rumah sepenuh masa, Fadzi memang mencari peluang-peluang menambah pendapatan yang Fadzi boleh buat secara fleksibel. Ye lah, sambil sambil duduk rumah jaga anak, Fadzi boleh buat sesuatu yang mendatangkan side income.
Tunjang keenam:
Yang tunjang mempersiaga revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital dan ekonomi baru ni, Fadzi kurang faham. Muingkin sebab bukan dalam bidang yang Fadzi pernah ada sebelum ini.
Tunjang ketujuh:
Tunjang ketujuh - meningkatkan kecekapan dan penyampaian warga GLC dan penjawat awam mungkin Fadzi tak perlu ambil tahu sangat sebab yang ini fokus lebih kepada penjawat awam dan pekerja dalam sektor GLC. Disebabkan Zul pun kerja dalam syarikat swasta, tak perlu ambil tahu sangat kot.
Tunjang kelapan:
Dalam tunjang ini - mengimbangi par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi, Fadzi cuma berharap dengan kelonggaran pekerja wanita mengandung 5 bulan dan suami dibenarkan balik awal sejam tu tak menggangu produksi pekerjaan mereka. Itu je yang Fadzi harapkan. Huhuhu.
Korang dah baca intipati-intipati Bajet 2018 kali ini? Dekat atas ni antara perkara yang dihighlightkan dalam Bajet 2018.
- Bantuan khas kewangan penjawat awam (RM1500)
- Bantuan pesawah 3 bulan (RM600)
- Amanah Dana Anak Malaysia ADAM50 - Dana tabungan permulaan (RM200)
- Bantuan BRIM diteruskan
- Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) - Geran sepadan Rm500
- Bantuan Khas - Tok Batin dan Ketua Kampung RM1500
- Kenaikan Elaun Warga Emas (RM350)
- Bantuan Khas - Guru KAFA, Takmir, Imam, Bilal, Siak (RM500)
- Kenaikan Elaun OKU (RM50)
- Bantuan Khas - Pesara (RM750)
- Pengurangan Kadar Cukai Individu dan Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna (Rm300-RM1000)
Kelebihan apa yang korang boleh dapat daripada Bajet 2018 kali ini? Boleh komen sikit dekat bawah.
Sumber grafik: Treasury.GOV.MY