Buku Resipi 1 Hari 1 Resipi | Lepas balik raya hari tu, Fadzi ada scroll Facebook. Ada sorang kawan dalam Facebook Fadzi kata nak get ready masak tiap-tiap hari. Siap ada hashtag #1Hari1Resepi. Tiba-tiba Fadzi teringat, Fadzi ada buku 1 Hari 1 Resepi hasil tangan Chef Hanieliza.
1 Hari 1 Resipi - Panduan Langkah Demi Langkah
Kalau korang tengok pada tajuk buku, 1 Hari 1 Resipi - kiranya memang korang boleh rujuk buku resipi ini untuk menu memasak selama setahun ataupun 365 hari. Dah tak pening dah nak fikir masak apa hari ini. Dulu Fadzi setiap kali waktu tengah hari dan waktu malam, mesti penat fikir nak masak apa hari ni ye. Bila rujuk buku resipi 1 Hari 1 Resipi ini, tak ada lah pening sangat. At least ada lah jugak idea nak masak apa.
Buku resipi 1 Hari 1 Resipi yang Fadzi ada ni keluaran tahun 2010. Fadzi baru tahu ada keluaran terbaru yang mana diaorang tambah lagi 140 bonus resipi baru. Total semua 505 resipi. Jadi, kalau korang nak beli, better korang beli keluaran yang terbaru punya. Pastikan ada 505 resipi dan bukannya 365. Baru berbaloi sikit beli kan?
Isi Kandungan Buku Resipi 1 Hari 1 Resipi
Fadzi suka dengan buku resipi ni sebab buku ni siap ada pengenalan kepada rempah-ratus dan peralatan. Ye la, kadang-kadang Fadzi bukan tau sangat fungsi rempah ratus tu buat apa rempah ratus ni buat apa. At least, bertambah lah ilmu Fadzi. Dalam buku resipi ni, korang akan dapat pelbagai jenis resipi mengikut kategori:
- 20 Menu Istimewa Chef Hanieliza
- Senangnya Memasak Ayam
- Senangnya Memasak Ikan
- Senangnya Memasak Daging
- Senangnya Memasak Kambing
- Senangnya Memasak Makanan Laut
- Senangnya Memasak Tauhu Dan Telur
- Senangnya Memasak Kerabu Dan Salad
- Senangnya Memasak Sayur
- Senangnya Memasak Sambal Dan Sos
- Senangnya Memasak Nasi
- Senangnya Memasak Mi, Mihun Dan Kuetiau
- Senangnya Memasak Makanan Barat
- Senangnya Memasak Kuih Muih Minum Petang
- Senangnya Memasak Kuih Kukus
- Senangnya Memasak Puding Dan Desert
Antara banyak-banyak resipi dalam buku ni, Fadzi paling nak suka dengan resipi sambal dia. Ada lebih kurang 20 resipi sambal mudah yang korang boleh cuba. Fadzi nak cuba buat semua sambal yang ada. Sehari buat satu sambal. Hihihii besar betul cita-cita kan.
Satu benda yang Fadzi suka dengan buku resipi ni adalah gambar-gambar yang ada memang cantik. Siap ada gambar step by step untuk semua resipi. Senang sikit nak tengok kita buat betul ke tak kan. Tapi jujur Fadzi cakap, ada juga gambar nya yang agak blur. Huhuhu. Dan ada antara kih muihnya tak berapa cantik buatannya. Maksudnya, macam tak rata bahagian atas. Korang kena tengok lah sendiri. Ada gambar yang okay dan ada gambar yang bagi Fadzi tak berapa okay.
Dan kebanyakan resipi dalam buku ni nampak senang sangat nak dibuat. Nanti Fadzi cuba masak guna resipi dalam buku ni dan Fadzi update betul ke tak senang nak masak ikut step by step dia.
Fadzi rasa untuk korang yang baru nak belajar memasak atau selalu tak ada idea untuk memasak setiap hari tu kan, boleh lah korang beli buku ni. Pada Fadzi memang berbaloi sangat untuk dapatkan buku resipi istimewa daripada Chef Hanieliza ni. Dan Fadzi rasa ada antara korang yang memang dah ada pun buku ni kan. Kalau korang dah ada, resipi apa yang korang dah buat? Kongsilah sikit dekat bawah.
kalau korang rasa nak beli buku resipi secara online, korang boleh tengok dekat Lazada. banyak Fadzi tengok buku-buku resipi dekat situ. Tapi bahaya tau. Kalau korang tengok, mesti nak terbeli punya walaupun korang tau korang tak kan buat hehehhe. Korang boleh tengok dekat sini kalau nak cari buku resipi dekat website Lazada.
kalau korang rasa nak beli buku resipi secara online, korang boleh tengok dekat Lazada. banyak Fadzi tengok buku-buku resipi dekat situ. Tapi bahaya tau. Kalau korang tengok, mesti nak terbeli punya walaupun korang tau korang tak kan buat hehehhe. Korang boleh tengok dekat sini kalau nak cari buku resipi dekat website Lazada.