Buka Puasa Di Ancasa Hotel & Spa Bersama Anak-Anak Yatim | Isnin lepas aku sempat berbuka puasa dekat Ancasa Hotel & Spa sempena dengan Program Majlis Berbuka Puasa dengan anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur. Tahun lepas, Ancasa Hotel & Spa dah buat benda yang sama dan tahun ini, mereka buat lagi sekali majlis berbuka puasa dengan anak-anak yang kurang berkemampuan.
Kambing bakar dengan nasi serta sos
Sebelum majlis berbuka puasa tu, Ancasa Hotel & Spa sempat juga bagi bubur lambuk yang dimasak sendiri oleh tukang maska yang berpengalaman di Ancasa secara percuma. Bubur lambuk tu diberi secara percuma kepada orang awam di kawasan depan hotel lebih kurang pukul 5 petang macam tu.
Antara anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat
Anak-anak ini diberi penghormatan untuk mengambil makanan dulu sebelum tetamu lain
Aku suka sangat tengok hotel-hotel buat aktiviti CSR macam ni tau sebab ye lah, anak-anak yatim bukannya selalu dapat datang dan makan makanan yang sedap-sedap di hotel. Lagi satu aku suka cara Ancasa Hotel & Spa uruskan anak-anak yatim ni. Dah nak dekat-dekat dengan waktu berbuka puasa tu, Pengerusi Majlis jemput anak-anak ni untuk datang dan ambil makanan dulu sebelum tetamu-tetamu lain ambil. Senang sikit diaorang tak payah berebut-rebut dengan orang dewasa kan. Lagipun majlis tu memang fokus untuk meraikan anak-anak ni.
Antara pembuka selera yang ada
Sateee
Makanan yang dihidang di Ancasa Hotel & Spa pada tahun ni dengan tema yang sama macam tahun lepas "Selera Desa - Kembara Iftar Di Kuala Lumpur' menghidangkan macam-macam jenis menu yang dulunya memang popular di sekitar bandar Kuala Lumpur pada tahun 70an sampailah 90an.
Lemang, ketupat dan ubi serta keledek
Lauk pauk
Menu baru ni. Tahun lepas rasanya tak ada
Aneka mee
Antara menu-menu yang ada pada hari tu adalah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canani Pandan, Ketupat, Lemang dan produk daripada durian seperti Serawa, Wajik dan Puding.
Kuih muih tradisional
Dessert baru dan menarik
Ancasa Hote; & Spa memang pemurah dengan dessert cantik macam ni
Kalau korang datang berbuka dekat Ancasa Hotel & Spa ni, mesti korang seronok tengok dekorasi diaorang. Aku suka bila diaorang masukkan sekali nama jalan-jalan yang popular masa dulu-dulu contohnya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road. Kesemua nama jalan ini mewakili menu-menu makanan yang popular satu ketika dulu.
ABC
Buah-buahan
Kalau korang nak tahu, menu-menu yang dihidangkan dekat Ancasa Hotel & Spa ni akan bergilir-gilir setiap hari. Jadi, kalau korang datang makan dekat sini tetiap hari pun tak apa sebab menunya lain-lain. Setiap hari akan ada lebih daripada 100 menu yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.
Harga Voucher Berbuka Di Ancasa Hotel & Spa
RM68 (Dewasa)
RM40 (Kanak-kanak)
29 Mei hingga 22 Jun 2017
7.00 petang hingga 10 malam
Kalau korang nak book untuk berbuka puasa dekat sini, korang boleh hubungi 03 2026 6060 ext 7703