Buffet Ramadan D'Saji 2017 | Ini kali pertama aku jejakkan kaki di Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak sempena dengan preview buffet ramadan D'Saji untuk rasa sendiri menu-menu yang akan dihidangkan masa bulan Ramadan nanti. Aku excited sungguh weh sebab dewan untuk berbuka puasa ni besar gila.
Sebenarnya di bawah Felda D'Saji ni, korang boleh pilih 6 lokasi berbuka puasa. Banyak rupanya cawangan D'Saji ni. Dan setiap lokasi dah lengkap dengan menu istimewa, kemudahan surau, persembahan tradisi, tempat letak kereta dan imam untuk solat terawih. Antara 6 lokasi yang korang boleh pilih untuk berbuka puasa sama ada secara individu atau berkumpulan adalah:
1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
3. Kajang Perdana Avenue, Kajang
4. Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
5. Orchid Villa, Jalan Gombak
6. Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi
Buah-buahan tempatan yang memang menyelerakan. Aku cadangkan kita mula berbuka dengan buah-buahan dulu.
Dan pada tahun ini, D'Saji akan menyediakan pelbagai menu tradisi dari pelbagai pelusuk negeri mengikut Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Utara. Ada juga beberapa masakan Melayu yang akan disediakan secara terus (live) dengan menggunakan konsep warung, masakan cara bakar BBQ, aneka sup, Italian Corner dan aneka bubur. Menu-menu ini korang boleh cuba di Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue Strand dan Kajang Perdana Avenue.
Kambing golek.
Aneka jenis mee yang korang boleh cuba.
Laksa Asam pun ada
Tak suka makan nasi? Tak apa, ade benda lain yang korang boleh cuba
Ulam-ulaman pun ada. Dah lama tak makan ulam weh
Sayur pun ada. Baru lah sihat kan
Sambal
Kerabu pun ada dekat sini
Macam-macam jenis kerabu ada dekat sini. Korang kena cuba semua
Kuih-muih Melayu benda wajib ada dalam setiap buffet ramadan
Last sekali, kite pekena ais krim Wafi ni.
Untuk 3 lokasi lain iaitu Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Cempaka Lake Villa di Bandar Baru Bangi dan Orchid Villa di Gombak pula akan menyediakan makanan daripada timur, barat dan mediteranean serta Seafood Galore.
Yang aku sangat kagum, D'Saji juga menyediakan ruangan untuk solat serta imam untuk solat terawih bagi pelanggan Felda D'Saji. Tak banyak tempat berbuka puasa yang aku tengok ada siap dengan imam untuk berterawih. Bagi aku, cara D'Saji ni memang terbaik.
Harga untuk buffet ramadan D'Saji ni berbeza untuk setiap tempat. Korang boleh tengok dekat sini. Tapi sepanjang bulan Ramadan ni, ada potongan istimewa yang ditawarkan untuk warga emas (60 thaun ke atas) dan golongan OKU.
Dan kot kot lah nanti lepas puasa korang ada plan nak buat majlis korporat ke kan. Korang pun boleh pilih antara 6 venue yang ditawarkan oleh D'Saji. Kesemua venue tersebut dah dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai untuk majlis yang lebih privasi dan tertutup. Antara 6 venue tersbut adalah:
1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
2. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
3. Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa
4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC
5. Dewan Gemilang Kelana Jaya
6. Ideal Convention Center, Shah Alam
Untuk maklumat lanjut pasal Buffet Ramadan D'Saji, korang boleh tengok di website dan juga Facebook Felda D'Saji.