Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam

$
0
0
Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam | Minggu lepas aku sempat datang untuk preview Ramadan Buffet di The Venue Shah Alam. Kalau korang nak tau, The Venue Shah Alam ni adalah salah satu dewan di mana korang boleh adakan pelbagai jenis acara termasuklah majlis perkahwinan. 

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam

Bersempena dengan dah nak masuk bulan Ramadan ni, The Venue Shah Alam ni pun tak ketinggalan untuk menganjurkan buffet Ramadan yagn mengetengahkan masakan tradisional dan masakan kampung. Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh mengingatkan korang dengan suasana kampung dan juga kuih muih serta pencuci mulut yang menarik.

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
Antara bubur yang ada sebagai pencuci mulut atau pembuka selera korang bila berbuka nanti.

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
Ini pulak antara kuih-muih tyang korang boleh cuba masa berbuka nanti. Ada seri muka, cara berlauk dan nona. 

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
Aku rasa yang paling hot nanti mestilah pulut mangga ni. Dekat mana-mana pun buffet Ramadan, mesti pulut mangga ni habis dulu. 

Antara lauk-pauk kampung yang akan dihidangkan dekat The Venue Shah Alam nanti adalah daging salai lemak cili api, sambal udang, ayam pandan, kerabu mangga, gulai siput sedut, gulai ikan patin dan rendang ayam.

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
 Antara lauk-pauk yang ada.

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
 Masak lemak ikan patin

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
 Gulai siput sedut 

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
 Ikan masin dan telur masin. 

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
 Kerabu

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
 Ulam-ulaman

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam
Kurma 

Dan tak lupa juga The Venue Shah Alam akan menghidangkan Nasi Arab dengan Kambing Bakar.  

Buffet Ramadan Tradisi Kampung The Venue Shah Alam

Masa aku sampai-sampai je dekat depan The Venue Shah Alam ni, aku terus kagum sebab bangunan dia cantik betul. Dari bahagian luar sampai ke dalam dewan memang dihias cantik. Memang sesuai sangat The Venue ni untuk jadi tempat adakan majlis perkahwinanan.

The Venue Shah Alam

Dewan The Venua memang besar dan luas.  Air cond dia pulak sejuk. Sedap je duduk dalam tu lama-lama. Selain daripada dewan untuk buat majlis, ada juga kemudahan lain seperti tanda, surau di tingkat 1 dan juga office The Venue yang mana korang boleh buat tempahan baju kahwin jugak. 

The Venue Shah Alam

Tambah lagi The Venue Shah Alam ni senang nak pergi dan senang nak dicari. Waktu aku pergi hari tu, tak ada jem langsung. Seronok aku. Bila waze je terus sampai direct ke The Venue ni. Tak ada masalah sesat. Dan yang paling best, parking banyak. Kawasan depan The Venue ni memang luas untuk korang parking kenderaan korang. 

The Venue Shah Alam

Tempat dah menarik, makanan pun mengingatkan korang tentang kampung halaman, apa kata korang cuba datang ke sini masa bulan Ramadan nanti untuk berbuka puasa. 

Buffet Ramadan Gema Ramadan Tradisi Kampung

6.00 petang - 9.30 malam

Harga 
RM63 (Dewasa)
RM43 (Kanak-kanak)

The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22, 
Tiong Nam Industrial Park, 
Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Malaysia

Kalau korang berminat untuk buat tempahan, korang boleh contact 019 8585 825. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok Facebook atau Instagram The Venue Shah Alam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles