Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

$
0
0
Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace | Siapa yang pernah pergi makan dekat Imperial Chakri Palace, tak kisahlah dekat KLCC ke dekat Pavilion mesti tau diaorang  punya specialty adalah masakan Thai. Memang makanan mereka terbaik dari Thai lah. Dan bersempena dengan bulan ramadan yang akan datang tak lama lagi, Chakri Palace akan menyediakan buffet ramadan berkonsepkan makanan Thai.

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Imperial Chakri Palace Buffet Ramadan 2017

Dengan tema "Tantalizing Taste of Thailand", buffet ramadan 2017 akan diadakan di Imperial Chakri KLCC dan juga Imperial Chakri Pavilion bermula pada 30 May 2017 nanti. Dalam buffet ramadan ini nanti akan ada lebih daripada 50 masakan Thai dan juga makanan tempatan Malaysia yang moden dan juga asli.

Hidangan Buffet Ramadhan Imperial Chakri Palace 2017

Salad Dan Kerabu

Dimulakan dengan pelbagai pilihan ulam dan kerabu tempatan dan juga Thai seperti Thai Mango Salad dan Thai Papaya Salad.

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace


Pembuka Selera

Sebagai pembuka selera selepas penat satu hari berpuasa, mesti korang nak mula dengan makanan-makanan yang ringan dulu kan? Korang boleh mula dengan pembuka selera terkenal Thai iaitu  Mieng Kam atau boleh juga cuba Samosa, Crispy Thai Spring Rolls serta Thai Crispy Fried Noodle.

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Menu Utama

Manu utama masa Imperial Chakri Palace Buffet Ramadan ni memang banyak. Ada macam-macam jenis lauk pauk yang menarik seperti kambing kari hijau Thai, udang dengan sos mentega dihias dengan telur masin, sotong goreng  dengan telur masin, Tomyam makanan laut, daging lembu dengan sos lada hitam dan ikan dengan sos masam manis. 

Hidangan Melayu pun ada dekat sini. Antara hidangan Melayu yang akan dihidangkan nanti adalah Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriyani.

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Live Action

Dekat Live Action stall pulak akan ada sate ayam dan sate daging. Tak sah buffet ramadan kalau tak ada sate kan? Ikan bakar dengan sos yang sedap pun ada. Dan paling best, ada jugak mee tomyam yang mana tom yam nya memang kaw habis. Serius sedap. Cuma kalau orang yang menghidang tu tanya nak cili atau tidak, aku cadangkan jangan ambil cili sebab kalau ada cili tu memang pedas yang amat.

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Pencuci Mulut

Lepas perut penuh dengan makanan berat, aku rasa masih ada sedikit ruang untuk pencuci mulut. Jangan kata tak muat dah, tipu sangat lah tu. Hahahha. Okay, dekat buffet ramadan Imperial Chakri Palace untuk tahun 2017 ini akan ada pelbagai pencuci mulut yang mesti buat korang terliurnya antaranya adalah Red Ruby Waterchestnut, Thai Mango Sticky Rica dan ada juga kuih muih Melayu, bubur jagung dan bubur pisang. 

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace


Buffet Ramadhan Imperial Chakri Palace 2017 ini akan bermula pada 30 Mei 2017. Kesemua hidangan di buffet ramadhan ni akan bertukar dengan tiga menu yang berbeza pada hari-hari tertentu. Dan buffet ramadhan ini akan bermula pada pukul 7 malam. 

Buffet Ramadhan 2017 Imperial Chakri Palace

Harga per person

Outlet KLCC
RM95.90++ (Dewasa)
RM49.90++ (*Kanak-kanak/warga emas)

Outlet Pavilion
RM85.90++ (Dewasa)
RM42.90++ (*Kanak-kanak/warga emas)

Harga per person (EARLY BIRD - Beli sebelum 30 Mei 2017)

Outlet KLCC
RM75.90++ (Dewasa)

Outlet Pavilion
RM65.90++ (Dewasa)


* Kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun
* Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah percuma
* Warga emas berumur 60 tahun ke atas 
* Group booking BUY 5 FREE 1

Untuk maklumat lanjut tentang booking, korang boleh telefon 03 23827788 (KLCC) 03 21431141(Pavilion) atau 016 2277182 atau email marketing@chakri.com.my atau layari online at http://berbuka.chakri.com.my 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles