Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Berbuka Puasa Sambil Beramal Di Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana The Space Shah Alam

$
0
0
Baru-baru ni aku berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan saudara-saudara seislam dari Palestin yang ada di Malaysia bertempat di The Space Shah Alam Grand Ballroom. Amboi tengok muka sorang-sorang memang cantik, memang handsome, memang comel semuanya. 


Waktu aku sampai dekat The Space tu, agak dah lambat jugak. Tambah lagi bila bawak Aneeq sekali memang tak cukup tangan aku nak melayan dia. Tak sempat aku nak beraksi ambil gambar semua. Jadi aku ambil beberapa gambar dari Facebook caterer yang handle makanan dekat buffet Ramadan The Space hari tu untuk tunjuk pada korang. 

Dekat atas meja memang dah terhidang satu dulang besar nasi arab dengan kambing bakar dan ayam madu. Mula-mula aku makan ayam madu tu. itu memang dah sedap dah. Lepas tu bila aku makan kambing bakar dia, ya Allah sedap nyaaaa. Tak pernah aku makan nasi arab yang kambing bakar dia sedap macam tu.  



Tapi menu nasi arab dengan ayam madu dan kambing bakar ni cuma ada pada hari yang aku datang tu. Lepas tu aku tak pasti dieorang masih sediakan menu itu atau tidak. Katanya menu nasi arab dengan ayam madu dan kambing bakar tu disediakan sempena nak meraikan saudara-saudara palestin yang datang berbuka bersama hari tu.




Dekat buffet Ramadan The Space ni ada lebih dari 100 jenis juadah makanan yang dihidangkan termasuk kuih-muih tradisional, puding, nasi, lauk-pauk, pelbagai jenis mee dan lauk pauk. 


Minuman yang ada pada buffet Ramadan di The Space Shah Alam ni. Banyak jugak pilihan minuman dia. Dan jangan risau, kalau korang nak minum air masak, ada disediakan air mineral die setiap meja makan. 

Dekat sini ada daya penarik yang agak rare. Dieorang ada sediakan air teh arab. Aku tak sempat nak cuba air teh arab hari tu. Rasa rugi pulak. 




Gambar sekitar majlis berbuka puasa di The Space Shah Alam. Aku rasa dewan ni baru lagi sebab sebelum ni tak pernah aku dengar. Besar pun besar. Biasanya orang buat wedding dan majlis-majlis besar dekat sini. Luas dan selesa. Cuma pada hari yang aku pergi berbuka puasa dekat sini hari tu, susunan meja makan agak dekat antara satu sama lain. Jadi, bila orang dah mula duduk makan, aku nak pergi ke meja buffet agak susah sebab sempit. 

Mungkin pihak yang berkenaan boleh susun meja dan kerusi makan supaya jarak dia bersesuaian dan lebih selesa. Aku tahu dieorang boleh susun lebih selesa sebab dekat area belakang dewan masih ada ruangan yang besar dan kosong tak dipakai.

Setiap hari akan ada persembahan nasyid daripada kumpulan Brothers atau Saf-One. Waktu kita makan tu kita pun boleh santai-santai dengar alunan nasyid daripada kumpulan-kumpulan ini. 

Bukan setakat tu je. Lepas persembahan nasyid ni, ada pulak tazkirah pendek yang akan diberikan oleh penceramah-penceramah jemputan. Sambil makan, sambil kita dengar tazkirah. Setiap hari topik yang akan dibincangkan berlainan tapi semuanya berkisarkan tentang penderitaan dan perjuangan saudara-saudara seislam kita di Palestin dan Syria.

Bila dah kenyang, seronok lah kita. Tengok muka Aneeq tu, tengah tersengih seronok sampai macam tu sekali. Hahahah. Oh ye, kalau korang nak bersolat dekat sini, memang best. Surau dekat Space U8 ni memang terbaik. Aku tak ambil lah gambar surau dia tapi aku dulu-dulu memang seronok bila solat dekat sini sebab srau dia menenangkan siap ada pancuran air dekat dinding-dinding surau. Bila solat sambil dengarbunyi air mengalir, memang tenang jiwa rasanya.

Nah, kalau orang-orang Shah Alam nak pergi berbuka puasa sambil beramal dekat The Space Grand Ballroom, harga dia seperti di bawah:

Dewasa RM58
Kanak-kanak: RM30

Untuk tempahan korang boleh contact:
  • 013 366 5487 (Firdaus)
  • 012 214 5770 (Shakina)
  • 019 250 7770 (Basma)
  • 010 272 1078 (Amira)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat Facebook The Space Shah Alam atau Instagram The Space Shah Alam.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 456

Trending Articles